Monday 31 December 2012
31 December 2012
Thursday 27 December 2012
Room Alone
Tuesday 25 December 2012
Seperti aku yang mengharap
Dan sekiranya sesorang itu telah menerima kamu serta menghulurkan cintanya, berserderhana lah saja.
Jangan terlalu baik,
kelak dia akan merindui kamu.
Jangan terlalu mengambil berat,
kelak dia mungkin menaruh harapan pada kamu.
Jangan jadi terlalu 'sweet',
kelak dia mungkin bergantung harap pada kamu.
Kenyataan itu dan sekurang-kurangnya awak lantaran
- tidak kecewa nanti bila disakiti..Biarkan masa akan menentukan segala-galanya.
Saturday 22 December 2012
yakin aku boleh .
Tuesday 18 December 2012
ikhlas <-- perlu dinilai ke ?
Sunday 16 December 2012
SAH , pemalas !
haaa , amik kaw . gedabak tira tunjuk bukti . reasonable assurance tak ?? haha , dah masuk topic audit plak . hehe . tengok2 . bulan lepas punye entry . sikit gilaaa . kalau ye pon , sekurang2 nya mesti ada dalam 30entry ke . yela , satu hari satu entry . ni nak sampai 10 pon tak sampai .
ni ke nak dikatakan blogger ? blogger ke aku ni ? aishh , kalau berterusan macam ni , mau tak payah berblog lagi . tade dah nak kenal dengan kawan alam maya ni . tak best ! kawan alam maya ni kadang2 seronok taw . haa, korang yang blogger tu , betul tak cakap tira ? hehe . lepas ni azam , nak cari masa update jeee . haha . tengok la boleh ke tak .
sekian ...
tak bisa memilihmu .
Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku untuk merasakannya
Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah
Darimu, Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Ku cintainya,
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu
Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku
C/O
Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena kuterhanyut mencintai dia
Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku tuk mencintainya...
(Terhanyut jiwa ini, terjatuh dihatinya)
kesibukan melanda fikiran .
Friday 7 December 2012
same goes to me !
Wednesday 5 December 2012
will you ?
Sunday 2 December 2012
harap maklum .
Saturday 1 December 2012
Sunday 25 November 2012
Cafe Cinta - baju melayu bertemu baju kurung
Tuesday 20 November 2012
KARISMA - part 2
Friday 16 November 2012
KARISMA 2012 - part 1
Wednesday 14 November 2012
Jangan lupa baca doa awal dan akhir tahun .
Saturday 10 November 2012
Sekian Lamaa .
Sunday 4 November 2012
SENYUM
Rasullah S.A.W ada menegaskan bahawa senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya .
S . M . I . L . E ! special magic in living everyday !
Monday 29 October 2012
Kematian Pasti Akan Tiba
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali Imran : 185).
“Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukan ajal (kematianmu), dan ada lagi suatu ajal yang ditentukan (untuk berbangkit) yang ada pada sisi-Nya (yang Dia sendirilah mengetahuinya).” (Al An-am : 2). “Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan, ‘Ini adalah dari sisi Allah,’ dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan, ‘Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad).’ Katakanlah, ‘semuanya (datang) dari sisi Allah’. Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun?” (An-Nisa’ : 78).
“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran : 145) “Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (putusannya masing-masing).” (Az-Zumar : 68).
"Surah al Baqarah adalah tulang belakang al Quran, ia diturunkan oleh lapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat kursi diturunkan dari bawah Arsy'. kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha ALlah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia."
Sunday 28 October 2012
Hawaku,kau adalah tulang rusukku-ADAM
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.
Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.
Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya....
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara.
Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada.
Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.
Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.
Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak 'Kamu tidak cintakan saya lagi!!!'.
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak 'Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!'
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.
Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.
'Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing' .
Lima tahun berlalu.
LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.
WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali.
Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui
bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali.
Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan,
mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.
Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.
Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz 'Selamat tinggal..'
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC.
Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.
Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA,
tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan.
Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya,
akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita,
semua sudah terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati...
Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?
Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? - 100%Dipetik dari SINI .
P/S: Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN, Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA, Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH, Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W....
sekiranya aku adalah tulang rusukmu yang hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat
Sekiranya kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah
Sekiranya engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau bolehmenjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan
Dan sekiranya aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Sekiranya aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku bisa berubah menjadi kelembutan
Sekiranya aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita
Kerana..
Aku hanya mengharapkan imam dan pemimpin yang baik dalam rumah tanggaku
Yang mampu selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu...
Saturday 27 October 2012
cinta & doa
jika aku pilih yang BERHARTA , pasti aku akan ditimpa musibah yang tidak terhingga . jika aku pilih kerana PARAS RUPA , pasti aku akan diberi KEHINAAN dari yang Maha Esa . Jika aku pilih kerana KETURUNAN , belum pasti generasiku TERJAGA dan TERPELIHARA tanpa agama didada tetapi Jika aku pilih kerana agama , sudah pasti aku dpat meraih SYURGA DUNIA bahkan SYURGA ALLAH disana kerana aku tahu hanya dengan agamalah yang mampu memandu diriku untuk meraih REDHA Ilahi sesungguhnya itu JANJI ALLAH . ♥♥
Friday 26 October 2012
Permata yang dicari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
Yang dicari , walau bukan putera raja , biarlah putera agama . Yang diimpi , biarlah tak punya rupa , asal sedap dipandang mata . Yang dinilai , bukan sempurna sifat jasmani , asalkan sihat rohani , sempurna hati . Yang diharap , bukan jihad pada semangat , asal perjuangannya ada matlamat . Yang datang , tak perlu rijal yang gemilang , kerana ana serikandi dengan silam yang kelam . Yang dinanti , bukan lamaran dengan permata , cukuplah akad dan janji setia . dan yang akan terjadi , andai tak sama kehendak dihati , ana redha ketetapan Ilahi , itulah ketentuan sejak azali .
Thursday 25 October 2012
tercipta wanita untuk dsayangi dan dilindungi
“Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi”
kejadian wanita itu dari tulang rusuk lelaki. Yang mana tulang rusuk sangat hampir dengan hati dan tangan yang bertujuan wanita itu untuk disayangi, dicintai dan dilindungi. Kejadiannya bukan dari kaki untuk dialasi atau dipijak-pijak dan bukan juga dari kepala untuk dijunjungi.
“kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan saja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa”
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan saja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa”
Allah menjadikan wanita itu untuk melengkapi pasangannya. Hawa sememangnya tercipta untuk Adam. Tanpa wanita hidup lelaki itu menjadi sunyi dan wanita adalah pelengkap sebuah kehidupan untuk melahirkan ganerasi seterusnya. Di samping tunduk dan beribadah kepada Allah swt.
“Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah pribadi yang dibentuk,
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa”
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah pribadi yang dibentuk,
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa”
Tulang rusuk itu adalah satu tulang yang bengkok. Hakikatnya wanita sememangnya dari tulang yang begkok. Maka menjadi tanggungjawab si Adam untuk meluruskannya dan membimbingnya. Meluruskan tulang yang begkok itu bukannya secara tetapi secara berlembut agar tulang yang bengkok itu tidak mudah patah. Janganlah dijadikan ia hanya itu pemuas nafsu yang mana habis manis sepah dibuang. Jagainya dan pimpinlah ia bersama ke jalan yang bahagia.
“SADARILAH.. INSAN ISTIMEWA…
BAHWA KELEMBUTAN BUKAN KELEMAHAN..
BUKAN JUA PENGHINAN DARI TUHAN..
BAHKAN SEBAGAI HIASAN KECANTIKKAN. . .”
BAHWA KELEMBUTAN BUKAN KELEMAHAN..
BUKAN JUA PENGHINAN DARI TUHAN..
BAHKAN SEBAGAI HIASAN KECANTIKKAN. . .”
Setiap sesuatu mesti ada kelebihan dan kekurangannya. Namun, kelembutan wanita bukan suatu kekurangan ianya adalah kelebihan yang tiada taranya. Kelemahannya untuk menyenangkan hati si Adam dan melihatnya sebagai sebuah kecantikan anugerah Ilahi yang bernilai.
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda “Hendaklah kamu saling meminta nasihat tentang perkara-perkara kebaikan kepada kaum wanita kerana sesungguhnya kaum wanita dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk ialah yang paling atas. Jika kamu membetulkan dengan kekerasan nescaya ia akan patah, jika ditinggalkan (dibiarkan tanpa nasihat) nescaya kekal ia dalam keadaan bengkok maka saling menasihatilah dengan penuh kesabaran dan berlemah lembut”.