Sunday 28 April 2013
Subhanallah! Ibu Dolphin Membawa Anaknya Yang Telah Mati
Ayam sebar virus H7N9
BEIJING: Penyelidik mengesahkan virus selesema burung H7N9 yang mula dikesan Februari lalu disebarkan oleh ayam di pasar haiwan ternak kepada manusia.
Pasar haiwan ternak banyak didapati di Asia. Hasil penyelidikan terbaru itu dilaporkan oleh majalah The Lancet.
Selepas seorang pesakit berusia 39 tahun dirawat di hospital kerana virus berkenaan, sepasukan penyelidik mula menguji 486 orang yang melaporkan tanda-tanda jangkitan pernafasan.
Ia diketuai oleh Profesor Lanjuan Li dari Universiti Zhejiang, Hangzhou, China dan Profesor Kwok-Yung Yuen dari Universiti Hong Kong.
Ujian mereka menunjukkan tiga daripada pesakit dijangkiti virus H7N9 dan meneruskan kajian bagi mengenal pasti petanda jelas jangkitan.
Oleh kerana semua pesakit terdedah kepada haiwan ternakan, mereka berusaha mengesahkan bagaimana jangkitan berlaku daripada ternakan kepada manusia.
Mereka mengambil sampel ayam, quails, burung merpati dan itik di enam pasar haiwan ternak yang dikunjungi pesakit.
Sebanyak 40 peratus burung merpati dan 20 peratus ayan yang diuji didapati positif H7N9.
Penyelidik membandingkan struktur genetik virus H7N9 dengan seorang pesakit dan mendapati beberapa persamaan menunjukkan virus disebar oleh ayam.
Mereka memutuskan manusia bukan penyebar jangkitan virus itu selepas meneliti 303 kediaman dan pejabat pesakit.
Seselema burung H7N9 sudah menjangkiti 108 orang dan membunuh 22 penduduk China di beberapa kawasan berasingan.
Tuduhan liar boleh jejas imej kastam
Ketua Pengarah KDRM, Datuk Seri Khazali Ahmad, (gambar) berkata tohmahan itu bukan saja menyinggung perasaan keluarga mangsa, malah menimbulkan persepsi negatif bahawa penjawat negara yang berkhidmat untuk kerajaan terbabit rasuah.
“Kita tidak mahu tuduhan palsu itu memberi persepsi negatif kepada rakyat dan menjejaskan imej kastam. Sebagai badan penguat kuasa, kami melaksanakan tugas yang diamanah dengan penuh tanggungjawab hatta mempertaruhkan nyawa,” katanya.
Beliau mengulas tuduhan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam ceramahnya di Presint 3, Putrajaya, malam kelmarin, mendakwa pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah KDRM, Datuk Shaharuddin Ibrahim ada kaitan dengan rasuah kerajaan.
Shaharuddin ditembak mati dua lelaki bermotosikal ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, kira-kira jam 8.15 pagi.
Khazali yang yakin kes itu dapat diselesaikan polis dalam masa terdekat berkata, pembunuhan pegawainya itu tidak melemahkan semangat beliau dan anggotanya untuk meneruskan tugas.
“Ia tidak jejaskan moral dan semangat kami walaupun sering menerima ancaman, malah meningkatkan lagi usaha mengikut objektif ditetapkan. Kakitangan juga turut sentiasa bersiap siaga dengan meningkat tahap keselamatan untuk menghadapi sebarang kemungkinan selepas ini kerana kami tidak tahu musuh kami dari mana,” katanya.
Sementara itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman yang mewakili kira-kira 1.3 juta penjawat awam, berkata tuduhan Husam itu bukan saja merugikannya, malah mengundang kebencian rakyat terhadap PAS.
Pegawai SPR kena ugut
Penolong Ketua Urus setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Superintendan Ramli Mohamed Yoosuf, berkata kejadian berlaku ketika pegawai itu dan dua rakannya yang menaiki kereta jenis Pajero berhenti di depan Bilik Gerakan di kawasan itu.
Tiga kes cemar kempen pilihan raya
Ramli berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.
Katanya, ada tiga lagi kes yang mencemarkan kempen pilihan raya semalam iaitu kebakaran Bilik Gerakan di Rawang Jaya, Selangor, menconteng papan iklan yang mencemarkan imej polis di Kulaijaya, Johor dan ugutan jenayah di Petaling Jaya, Selangor.
UiTM berbalas gol sebelum juara
- Pemain UITM muncul juara Divisyen 1 Liga Hoki Malaysia di Stadium Hoki Bukit Jalil. - Foto Sairien Nafis
Kali pertama pasukan itu merangkul gelaran juara pada tahun 2009 di Ipoh selepas menewaskan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 3-1 pada perlawanan terakhir liga.
UiTM membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 manakala TNB Thunderbolts, RM20,000.
Mohamad Afify Mohd Rodzi membuka tirai jaringan pada minit ke-5 buat UiTM namun TNB Thunderbolts menyamakan kedudukan selang lapan minit kemudian menerusi Amir Zulkarnain Ahmad Robangi.
KLHC kekal rekod
Muhamad Asraf Zulzali kembali meletak UiTM di depan seminit kemudian tetapi gagal mengekang asakan lawan yang kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-21 menerusi Muhammad Anwar Ali.
Nor Nashriq Farhan Nor Azman meledak jaringan ketiga UiTM pada minit ke-39 tetapi anak buah Lailin Abu Hassan sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-44 menerusi Amir Zulkarnain.
Mohamad Afify menjaringkan gol peribadi keduanya pada minit ke-45 namun Mohd Fairuz Hamsani menjadikan kedudukan 4-4 pada minit ke-52 sebelum Ahmed Iqwan Shah Harun muncul wira UiTM dengan jaringan kemenangan lima minit sebelum tamat perlawanan.
Sementara itu, juara Divisyen Premier, KLHC menutup saingan terakhir dengan menewaskan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 4-2 sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini.
Russia tahan 140 jemaah masjid
Agensi Keselamatan Persekutuan dilaporkan agensi berita Russia sebagai berkata, antara mereka yang ditahan termasuk 30 warga asing tetapi tidak didedahkan dari negara mana.
Tiada laporan segera atau tuduhan difailkan. Agensi keselamatan merujuk The Associated Press kepada sebuah pejabat daerah tetapi panggilan ke sana tidak dijawab.
Laporan memetik agensi berkenaan sebagai berkata, masjid itu sebelum ini dkunjungi mereka yang terbabit dalam menyediakan atau melakukan keganasan.
Pemberontakan pemisah Chechen bermula pada 1990-an merebak ke rantau berjiran Caucasus Russia, termasuk Dagestan, tempat tinggal suspek pengeboman Boston, Tamerlan dan Dzhokhar Tsarnaev dan keluarga mereka untuk seketika sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat pada 2002 atau 2003.
Ibu bapa Tsarnaev kemudian kembali ke Dagestan dan Tamerlan yang terbunuh ketika berbalas tembakan dengan polis minggu lalu membuat kunjungan pada 2012.
Penyiasat cuba mencari apa yang dilakukannya dalam persinggahan enam bulan, terutama jika dia bertemu dengan mana-mana pelampau. - AP
Polis nafi khabar angin pembunuh ditembak
Ini berikutan terdapat khabar angin yang disebarkan individu tidak bertanggungjawab berhubung insiden berkenaan di internet dan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
“Berita yang mengatakan suspek kejadian sudah dikesan dan ditembak mati manakala rakannya berjaya melarikan diri adalah tidak benar sama sekali,” katanya dalam kenyataan media yang disiarkan di laman Facebook Polis Kuala Lumpur semalam.
Shaharuddin mati ditembak dua lelaki bermotosikal dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, ketika kereta yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan, kira-kira 8.15 pagi kelmarin.
Mohmad berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil memberi keterangan di mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, Deputi Superintendan Hamzah Buman di talian 012-2342122, Pegawai Penyiasat Kanan IPD Putrajaya Asisten Superintendan Irwan Saimi di 019-6007772.