Thursday 22 August 2013
Siapakah gerangan blogger bernombor 1234 ini ..
rindu nak main bola tampar
Meh sini gitar tu , aku nak simpan !
tak boleh bukak nuffnang kat google chrome.
Encik nuffnang asyik error je . kenapa eak ?
GA Ogos 2013 Nurul Yui - Duit Raya 2013
nak beli peti ais atau mesin basuh ?
(5 Gambar) Lady Gaga Bergambar Dengan Orang Miskin
Seorang lelaki tua yang tidak mempunyai tempat tinggal dan mungkin juga peminat Lady Gaga telah mendapat kejutan yang terbaik. Dia bergambar dengan Lady Gaga walaupun pada mulanya dia memberitahu Lady Gaga yang dirinya sangat berbau. Jadi Lady Gaga pun menjawab 'Jangan Risau sebab saya pun berbau'
Awak ambil jurusan Pendidikan Islam?
"Tak "
"Habis tu? Mesti awak ambil jurusan Bahasa Arab atau Syariah kan?"
"Tak jugak. Saya belajar jurusan kewangan "
"Saya ingatkan ustazah tadi..."
Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh berniqab, bermakna alim dan waraklah seorang wanita itu. Hakikatnya, tak semua yang bertudung labuh dan berpurdah itu sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.
Bila berjalan ke mana-mana, jarang lelaki berani nak tegur lebih-lebih.
"Assalamualaikum Ustazah. Tak jawab, berdosa tau..."
Tengok.... yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah lelaki akan tertarik pada wanita. Kadang-kala lelaki mudah tertarik pada wanita yang bertudung labuh. Jadi, mereka rasakan mereka perlu berubah dan dalam masa yang sama, mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka berubah ke jalan Allah dengan ilmu yang wanita itu ada.
"Awak, saya nak berubah. Saya nak berhijrah ke jalan Allah.
Boleh awak bimbing saya?"
"Kenapa saya?"
"Sebab saya tengok awak lain dari perempuan lain yang saya pernah kenal sebelum ni. Awak lembut orangnya. Nampak alim..."
"Iye. Walaupun saya bertudung labuh dan berniqab, belum tentu ilmu yang saya miliki setinggi langit. Setakat ilmu yang saya ada, bolehlah saya share. Saya sendiri pun masih lagi berusaha mencari ilmu sebanyak mungkin. Saya juga perlu dibimbing. Tudung labuh dan niqab ini bukanlah lambang ketinggian dan kehebatan ilmu seseorang. Cuma saya berusaha jadi yang terbaik."
Dan tak bermakna yang bertudung singkat itu, sedikit ilmunya. Cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik. Sama-sama kita doakan. Insya'Allah.
camne nak masak Ikan YU !!
Dania Awek Palong BONGIH, Dakwa Dia Sebenarnya Yang ‘Tolak’ Halim Othman
Terkini melalui akaun Facebook peribadinya, Dania telah memuat naik status yang mendakwa dirinya bukanlah sekadar peminat personaliti yang juga deejay radio tersebut.
Menurut Dania, perkenalan mereka dimulakan oleh Halim sendiri.
Dakwaannya juga, mereka telah keluar bersama selama beberapa belas kali ke tempat-tempat yang berasingan, malah Halim menyatakan sanggup menunggu untuk berkahwin dengan
Dania, namun ditolak oleh Dania atas faktor umur Halim yang menurut wanita itu, hampir sebaya dengan ibu bapanya.
Tambahnya lagi, gambar tersebut sememangnya diambil dua tahun lepas, namun baru diketahui orang ramai tahun ini.
Dania turut menyatakan dia tidak kisah sama ada kenyataannya dipercayai orang ramai atau tidak.
Kenyataan Halim Othman tentang Dania Danisha sememangnya ‘tajam menikam’ dan memperlihatkan seolah-olah wanita itu seorang peminat yang ‘syok sendiri’.
Namun kenyataan balas Dania nampaknya bercanggah dengan versi Halim.
Yang mana satu hendak dipercayai?
Terpulanglah pada anda.
Gambar : Syani bersama tunang !
1,300 maut serangan gas beracun di Syria
Beirut: Lebih 1,300 orang terbunuh apabila tentera Syria menggempur pinggir Damsyik dengan senjata kimia semalam, kata pembangkang yang menyifatkannya sebagai pembunuhan beramai-ramai dan menggesa campur tangan antarabangsa.
SOHR berkata, serangan amat sengit dan disasarkan ke pinggir bandar Zamalka, Arbeen dan Ein Tarma di timur Damsyik.
Ia memetik aktivis sebagai berkata tentera rejim membedil roket dengan peledak berisi gas beracun dalam serangan itu.
Sebuah kumpulan pemerhati dari Britain sebelum itu berkata sekurang-kurangnya 100 maut dalam serangan tentera ke atas kubu kuat pejuang pembebasan di pinggir ibu kota Syria semalam, dalam apa yang didakwa sebagai serangan gas beracun.
Ratusan maut diserang
Satu kumpulan lain, Jawatan-kuasa Penyelarasan Tempatan, berkata beratus-ratus maut atau cedera dalam serangan itu. Perbezaan angka daripada kumpulan aktivis adalah perkara biasa di Syria, terutama dengan kerajaan mengehadkan laporan luar dan domestik.
Dakwaan dibuat ketika pasukan senjata kimia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan 20 anggota, diketuai pakar Sweden, Ake Sellstrom, berada di Damsyik sejak Ahad lalu untuk menyiasat tiga kawasan yang didakwa serangan senjata kimia dilancarkan.
Kawasan yang disiasat adalah kampung Khan al-Assal di barat Aleppo dan dua lagi lokasi yang dirahsiakan atas alasan keselamatan.
Berikutan laporan semalam, SOHR menggesa pasukan PBB di Syria dan semua pertubuhan antarabangsa melawat kawasan yang teruk terjejas dan memastikan bekalan perubatan dan bantuan tiba kepada penduduk secepat mungkin.
Ia juga menggesa siasatan terhadap serangan itu.
Sementara itu, pihak berkuasa Syria menafikan dakwaan tentera menggunakan senjata kimia.
“Laporan penggunaan senjata kimia palsu. Ia cubaan menghalang pasukan PBB menjalankan misi mereka,” lapor agensi berita SANA.
Akhbar Al-Watan melaporkan kerajaan Syria berjanji untuk bekerjasama dan memudahkan kerja pasukan penyiasat PBB yang melancarkan misi di negara itu kelmarin.
Britain sementara itu berkata ia akan merujuk dakwaan penggunaan senjata kimia kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dakwaan itu belum dapat disahkan.
Budak Genius 12 Tahun Mampu Beli 3 Bijik Ferrari
London: Kepintaran seorang budak lelaki berusia 12 tahun membolehkan dia menikmati kekayaan tidak diduga dan sebahagian daripada wang itu digunakan untuk membeli tiga buah kereta Ferrari.
Sebelum itu, budak terbabit – hanya dikenali sebagai Callum – berjaya mencipta satu aplikasi dan dijual kepada Google pada harga AS$13 juta (RM 41 juta).
Aplikasi itu diciptanya ketika dia baru berusia sembilan tahun. Kata Callum, tiga kenderaan mewah yang dibelinya ialah Ferrari 458 Italia, 599 GTO dan 335 yang pernah terbabit dalam satu daripada film James Bond. “Kereta yang pernah digunakan dalam filem James Bond itu sangat unik dan saya sangat menyukainya,” katanya dalam satu kenyataan media.
Namun, di sebalik pemilikan kereta itu, Callum masih terpaksa bergantung kepada bapanya untuk menjadi pemandu.
Gambar Bas Jatuh Gaung Di Genting Highlands
Sebuah bas persiaran terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam 30 meter di KM3.5 Lebuh Raya Karak, Genting Highlands selepas pemandunya hilang kawalan. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 2.45 petang Rabu ketika bas yang melebihi had muatan dengan membawa 49 orang penumpang termasuk pemandu, sedang menuruni Genting Highlands menuju ke Kuala Lumpur.
Maklumat terbaru Jabatan Bomba dan Penyelamat sehingga pukul 8.30 malam mengesahkan seramai 33 mangsa terbunuh dalam nahas kejadian bas pelancong terhumban ke dalam gaung sedalam 30 meter di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.20 petang Rabu. Sementara itu 16 lagi mangsa ditemui masih hidup.
Sebelum ini Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail dalam kenyataannya menjangkakan sekurang-kurangnya 32 orang dikhuatiri mati dalam insiden tersebut.
"Setakat ini 32 mangsa lagi masih berada di bawah gaung sejauh 200 kaki dan pemerhatian awal bomba mengatakan mereka sudah meninggal dunia. Bomba menjangkakan semua 49 mangsa," katanya. Mereka kini dikejarkan ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.