Friday 13 September 2013
dah makin rasa sakitnyaa
Hasrat bakal graduan tak kesampaian
Dia yang sepatutnya menghadiri majlis konvokesyen di Pusat Latihan Sawit Malaysia (PALSMA) di Keratong, 10 Oktober depan kini hanya terlantar di rumah selepas terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke kampung, 7 Ogos lalu.
Bapanya, Zulkifli Endut, 52, berkata, ketika kejadian, anaknya yang menunggang motosikal kemalangan dengan sebuah motosikal lain di kawasan Parit 4 Chenderong Balai, kira-kira jam 10 malam.
Katanya, akibat nahas itu, anak lelakinya itu mengalami kecederaan serius di kepala dania akan mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya.
"Tengkorak Mohd Saiful retak dan otaknya mengalami pendarahan. Doktor kata, ambil masa untuk anak saya kembali normal berdasarkan kecederaannya itu," katanya yang menerima kunjungan Pengerusi Biro Pendidikan Umno Bahagian Pasir Salak, Dr
Faizal Tajuddin.
Zulkifli berkata, anaknya itu kini memerlukan penjagaan rapi dan dia serta isterinya Normah Mat Lazim, 45, akan memastikan Mohd Saiful diberi perhatian sepenuhnya.
Katanya, Mohd Saiful sangat lemah dan tidak boleh bergerak.
Pemuda malang itu hanya meminum susu menerusi tiub yang disalurkan menerusi hidungnya.
“Saya membelanjakan RM75 untuk membeli susu tepung disyorkan pihak hospital yang hanya bertahan untuk tiga hari.
"Selain itu saya juga terpaksa memakaikan Mohd Saiful lampin pakai buang yang perlu ditukar selalu," katanya.
Bapa kepada lima cahayamata itu berkata, dia perlu membawa anaknya itu ke Hospital Teluk Intan pada pertengahan bulan ini bagi mendapatkan rawatan susulan.
Katanya, anak ketiga dari lima beradik itu juga tidak boleh bertutur secara normal, kesan trauma kemalangan terbabit.
"Dia hanya boleh memanggil ibu, bapa dan kakak dengan suara yang sangat lemah," katanya.
Menurutnya, untuk meringankan bebannya bagi menampung kos penjagaan dan rawatan Mohd Saiful, dia akan meminta bantuan daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Teluk lntan.
“Kami sudah puas menangis melihat penderitaan dialami anak saya ini. Kami sekeluarga berserah kepada ALLAH dan berdoa agar dia cepat sembuh,” katanya.
Sementara itu, Faizal berkata, beliau simpati kepada Mohd Saiful dan meminta keluarganya bersabar.
“Saya akan maklumkan kesulitan dialami mereka sekeluarga kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman supaya mereka dapat dibantu," katanya.
Teringin nak tambah bloglist
Dah tak reti rasa malu
Lihat anak maut depan mata
PARIT BUNTAR - “Ayah, adik dekat belakang mati kena langgar!” Hanya itu mampu diungkapkan kakak kanak-kanak berusia dua tahun yang maut dirempuh kereta bapanya di kediaman mereka di Taman Kerian di sini, semalam.
Lebih memilukan, kejadian tragis itu berlaku di hadapan mata bapa kanak-kanak malang itu.
Ketika kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Mohd Adam Mohd Ali difahamkan berada di belakang kereta Toyota untuk mengambil seliparnya manakala abangnya, Aiman Yasin Mohd Ali yang berusia empat tahun berada dalam kereta terbabit dan cuba menghidupkan kenderaan itu.
Bapa mangsa, Mohd Ali Hussin, 53, berkata, ketika kejadian, dia baru tiba di rumah selepas menghantar isterinya berniaga di Alor Pongsu, Bagan Serai dan ingin bergegas menghantar anak perempuannya ke sekolah.
Menurutnya, sebaik sahaja tiba di rumahnya, dia masuk ke dalam sebentar untuk mengambil barang sebelum terdengar bunyi bising dari luar rumah.
“Saya segera keluar dan melihat Aiman sedang bermain di tempat duduk pemandu, manakala arwah berada di belakang kereta untuk memakai selipar. Saya mendekati kereta dan terkejut melihat Aiman cuba menghidupkan enjin kereta.
“Saya cuba menahan tindakannya itu, namun dia terus menghidupkan enjin dan secara tiba-tiba kereta mengundur ke belakang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Mohd Ali berkata, dia kemudiannya terdengar jeritan yang diselangi suara anak perempuannya mengatakan Mohd Adam meninggal dunia akibat dilanggar.
Dia segera meluru ke belakang kereta yang mengundur hingga menyentuh dinding rumah itu dan mendapati mangsa dalam keadaan melutut sambil memegang selipar, manakala bahagian kepalanya dihimpit belakang kereta.
“Saya melihat Mohd Adam kaku di belakang kereta dan apabila kereta dialihkan ke hadapan, arwah terus terduduk.
Kepala arwah cedera dan saya segera memeriksa keadaannya serta mendapati arwah sudah tidak bernyawa.
“Saya tidak sangka kereta akan mengundur dan saya percaya Aiman memasukkan gear mengundur secara tidak sengaja ketika sedang bermain dalam kereta,” katanya.
Mohd Ali berkata, melihat keadaan mangsa, anak keempatnya, Akmal Yasin pada mulanya menyangka mangsa sedang ‘tidur’ dan mengangkatnya ke bahagian hadapan rumah.
Katanya, bagaimanapun sebaik sahaja mengetahui adik bongsunya itu sudah tidak bernyawa, kanak-kanak itu terus meluru ke arah kakaknya sambil menangis kerana dia rapat dengan arwah.
“Kejadian ini amat mengejutkan kami sekeluarga kerana arwah langsung tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya.
Mohd Ali turut meluahkan kekesalan kerana tidak dapat memenuhi permintaan terakhir arwah yang berulang kali mengajak mereka sekeluarga pergi melancong.
“Kami sekeluarga pasrah dengan pemergian arwah, cuma saya sedih kejadian tragis ini berlaku di hadapan mata kami sekeluarga,” katanya.
Suasana pilu turut menyelubungi lokasi kejadian apabila ibu mangsa menangis teresak-esak tanpa henti sambil memeluk jenazah mangsa sehingga saat mangsa ingin dibawa polis ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikannya kes sebagai kematian mengejut.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pemuda Pas Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak yang turut hadir ke lokasi kejadian meminta orang ramai terutama golongan ibu bapa supaya lebih berhati-hati mengendalikan kenderaan di pekarangan rumah masing-masing.
“Kejadian tragis wajar dijadikan iktibar kepada semua ibu bapa agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak kecil terutama apabila mereka berada di luar rumah,” katanya.

Nak balik kampung lah .
Bayi Ditikam Kerana Gigit Ibu Masa Menyusu
Jiangsu – Gara-gara menggigit ibunya ketika menyusu badan, seorang bayi berusia lapan bulan telah ditikam sebanyak 90 kali oleh wanita tersebut dengan menggunakan gunting. Ia menyebabkan Xiao Bao menerima 100 jahitan.
Bayi malang itu menetap bersama ibu dan dua bapa saudaranya dan mereka menjalani kehidupan dengan mengutip sampah-sampah untuk tujuan kitar semula.
Kejadian itu disedari oleh salah seorang bapa saudaranya selepas melihat Xiao Bao dalam keadaan berlumuran darah, sebelum dikejarkan ke hospital. Wanita berkenaan akhirnya mengaku bahawa dia menikam anaknya sendiri kerana bayi itu menggigitnya ketika sedang menyusu.
Laporan polis menyebut wanita itu tidak mengalami sebarang penyakit mental. Dalam pada itu, jiran-jiran telah meminta supaya pihak berkuasa mengambil bayi berkenaan, agar kejadian sama tidak berulang.
Penyakit mental menjadi isu utama yang dibangkitkan di China dan satu analisis kesihatan yang dikeluarkan oleh empat wilayah di China pada 2009 yang disiarkan dalam jurnal perubatan The Lancet menganggarkan 91 peratus daripada 173 juta penduduk di China dipercayai mengalami masalah mental.
Namun mereka tidak pernah mendapatkan bantuan professional.
** Allahuakbar . anak sendiri . sedih la macam nie .