Friday 28 February 2014
Segmen : Pencarian Bloglist Bulan March
Lawak! Yus Jambu Kena Saman Sambil Pijak Kasut Abang Polis
Gila kelakar apabila HM melihat telatah Yus dari Kumpulan Jambu turunkan tandatangan apabila abang Polis menyaman artis ini. Apa yang melucukan HM apabila abang yus ini menurunkan tandatangannya menggunakan tangan kirinya dan dalam diam memijak kasut abang polis.
Aksi ini tidak dipastikan sama ada, polis itu sedar ataupun tidak ketika tindakan Yus Jambu melakukan aksi itu... Jom layan foto seterusnya..
HM tidak pasti kesalahan apa yang abg Yus lakukan, tapi yang pasti sesiapa sahaja tidak akan terlepas daripada melanggar kesalahan jalan raya termasuk artis, tak gitu?
Satu pasangan bersama cucu berusia empat tahun maut.
Machang: Satu pasangan bersama cucu mereka berusia empat tahun maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan lori ikan di Kampung Banggol Judah, sini, 4 petang tadi.
Mereka dikatakan dalam perjalanan pulang dari arah Tok Bali menghala ke Kampung Sungai Hala, di sini.
Manakala seorang lagi cucu mangsa berusia tujuh tahun dilaporkan parah dan sedang dirawat di Hospital Machang.
Ketua Polis Daerah Machang Deputi Superintendan Che Malek Bedot berkata, ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Machang Deputi Superintendan Che Malek Bedot berkata, ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala dan badan.
Bagaimanapun katanya, pemandu lori berusia 48 tahun itu selamat dan ditahan polis untuk siasatan lanjut.