Nur Atirah

 Banner

Monday 30 January 2012

Adik dan "hoki"nya

Assalamualaikum ..

apa khabar kawan-kawan ??


semoga sihat sentiasa . ehhh , ape kena ngn gambar hoki ni dengan tajuk entry tira ni ?? sabar yaa . kelak akan tahu juga .. cewahh .. tira nak berceloteh sikit ni , hehe . ingat nak hapdet blog ni semalam tapi penat sangat lak semalam . nak tau ape yang tira buat sampai "penat sangat" tuh . hehe , oke , teruskan pembacaan anda .

mcam ni , tira baru dapat duet biasiswa dari JPA untuk semester yang dah berlalu ni . so , niat tira nak belanje adik2 tira g makan ke or whatever lah . nak belanja kawan2 mase kat kolej ari tu , tapi duetnye belom masuk akaun lagi . just ade dalam penyata tira je . kesian diorang , heee , nak wat cmne , takde rezeki lagi .

kebetulan sepupu tira ade mase tu , tira ajak la join sekali . so , destinasi ktorang ialah ke TAMPIN!! hehe . tira cakap kat adik bongsu yg tira nak belanja dorang makan pizza . bukan main excited lagi dia dengar . hinggakan dia kate camni .

" wahh , ari ni akak belanja pizza , esok adik g main hoki dengan bersemangat !! "

tergelak tira dengar dia kate macam tuh . hehe . tapi mase makan tu dia lah orang paling sikit makan . buat muka kesian sebab tak larat .  baru 2 slice tapi da kenyang . haha , kelakar lahhh .. so then , kitorang g lah membeli belah sekejap . adik2 tira sibok nak tracksiut lah , baju lah , itu lah , ini lah , tira pun layan je .. yelahh , sekali sekala ade rezekikan .. lepas tu kitorang baliklah dengan hati yang gembira . **hahaha

haaa , tapi tira happy lah semalam . haa , sebab tu lah tira penat , seharian berjalan . hehe . malam pulak tengok AJL 26 .. huhu , excited tira tengok show diorang . memang TERBAEKKK !!


haa , mesti korang nak tau kan adik tira menang ke tak g lawan hoki tuhh .. ehh , sekolah adik tira dapat JOHAN taw . hehe . bukan main gembira adik tira balik rumah . bersemangat dia cerita diorang kalahkan lawan diorang . semuanya berbalas dengan (_-0) .

Tira : adik , bagi lah mesej kat abg , nti mesti abg tersengih2 je time buat keje .
Adik : akak , tolonglah taip . adik taktau nak cakap cmne .
Tira : buat je lah ayat sendiri .

tira tengok dia beria2 taip mesej tuh . bila dia pergi mandi , tira amiklah phone dia tu , tira tengok mesej tu balik .

" abang , kan adik pegi hoki tadi kan adik gi hoki kan kiteorang dapat johan . haha tere tak "

itulah ayat originalnye . geli hati tira bace sebab ayatnye macam tak betul sikit . korang jangan salah sangka ye , adik tira ni baru darjah 6 . adik ohh adik .. hehe . whatever lah . janji dia gembira ..

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Friday 27 January 2012

hei , jangan bertekaklahh

Assalamualaikum ..

apa khabar kawan-kawan ??

harap sihat2lah semua ya . oke , ari ni nak berubah sikit . tentang apa ya ?? hehe , tira tak nak da ber"aku2" lagi dalam belog ni , macam tak sopan plak . cewahhhh , (macamla sopan sangat kan) hehe . ape yang tira nak cerita ni tentang gelagat adik2 tira yang baru je sebentar tadi bertekak . (macam anjing ngan kucing) hehe . niat sebenar nak hapdet ni nak cerita benda lain tapi , da adik2 ni bertekak plak , haa , timbul la idea tira nak menambah2 entri ni .


nak tau ape kisahnya ? haa , ni lah , ari ni kan jumaat . so dalam jam 9.00 malam kan ade la cerita gerak khas di tv2 dan lavender di tv3 . adik tira yang bongsu sibok nak tengok gerak khas tapi adik tira yang keempat ni sibok nak tengok citer lavender tuh . so dorang bertekak lah supaya jangan aleh channel tv tuh ..


liyana : eh da jam9 , nak tengok tv . (bukak tv3)

Si adik : tengok gerak khas la Kak Na . (sambil tukar channel tv2)

liyana : takde2 , kak na nak tgok citer ni ... (tuka balik tv3 sambil capai remote control)

Si adik : alaa , pegi la tengok tv bawah .. (tuka balik tv2 , dok betul2 dpan tv)

Liyana : malas~! (tuka balik tv3)

Si adik : KAK NA !!!!! (marah sebab tuka channel)


haha , kelaka tira tengok gelagat diorang . last2 , liyana ni pon mengalah la . tengok je la gerak khas . hehe . sebenarnye boleh je tengok citer lavender tu kat tv bawah sebab mak tira pon tengah layan cite tu sekarang . yang si adik siap duduk depan tv lagi tuh sebab tak nak kasi dak liyana tuka channel .. haha .. geli hati .. ADIK OH ADIK ... bertekak je lah korang .. sambil tengok tv , sambil wat homework . ***rajin kan adik2 tira ?? hehe . 


haaa , berbalik pada niat sebenar nak hapdet ni , tira just nak cakap now , my blog is in new looks . cantek tak ?? hehe . tengok lah , sekarang tira da pandai letak iklan2 dari ADVERTLETS .. cube tengok kat sidebar and  header atas tuh . emm , oke lah , tira nak mengedit lagi ni . saje isi masa lapang kat rumah ni . haha , oke , take care taw , bye2 . assalamualaikum . 

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Sunday 22 January 2012

"rehat"

assalamualaikum . hai koranggg , hehehe , aku di rumah ni . bukan lagi di Melaka . now , my exam is over . alhamdulillah , sempat menduduki semua paper tuh . haa bley jwab ke tak ? hahaha , "asalkan ade jwapan".. tu lah yg mampu aku katekan . aku pon da cuba sedaya upaya . now , just wait for the result . biler naik sem nti  aku da jd senior , haha , walaupun baru part 2 . *TERUJA lak rase . hem , cuit ni abis mase kat movie je lah , haha . rehat sepenuh nya . yahoooo .. tak payah nk pk exam lg .

ni nak citer , mlam 20hb ari tu aku ngn housemate aq (yg belom blik rumah la kan ) g lah kua kat dp ue . konon2 nak overnight la ni kan , haha . pakwe si Nilam ni pulak da tgu lame . so , kami berlima je lah . nak tgu Belle , dia pon blum pulang dari johor . ape yg aku pk mse tu ade lah crik mkanan , huh , lapa giler tak makn ape2 dari pg . sebelum g exam tu pon mkan roti wat alas perut .

so , ktorang decide nak p McD . makan punya mkan , msuk lah sorang pakcik ni , siap bwak buku , dduk kat meja dpan ktorang yg kbtulan org tu baru abis mkan dan blah . ohhh nooo !! dia mkan sisa baki tu . aku da la tgh mkan , loya pon ade . tak berani aku pndang . aku abis kan sume mkanan aku . haha . RASEKAN !! lpas ktorang pergi , aku toleh kat pkcik tu , dia dduk kat tmpat ktorang ue smbil check baki2 yg ade , haha , bukan nak kate aku tak kesian . tapi aku tak suka org mcm tu . kudrat ade lg . bdan masih sihat tp tak de usaha nak baiki diri . kalu ye pon nak mkan , crik lah keje . gggrrrr . *tetap tak suka*

then lpas tu ktorang jalan2 je la . BOSAN sebenarnye  haha  tak best sbb housemate yg lain tak de , rindu korang la weh ... aku tak ley lupa kenangan dok satu umah ngn korang . gelagat wani yg kelakar , shima yg selalu happy , lin dgn perangai die , lina yg ketawa kelakar , amaa ngn muka comel nye , fiza dgn perut retak die , belle dgn anak tiri nye , nilam ngn sore comel die dan zati dgn "bibi" kesayangan die tu . hoho . sangat seronok ngn korang ... we just like a lovely sister to each other .


time naik pirate ship
smbut bday amaa ngn nilam
nilam dan lina
jalan2 di river cruz
sahabat sejati


comel kan . hehe

gadis semasa

anak belle


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Wednesday 18 January 2012

LUAHAN HATI SEORANG SUAMI YANG MEMBUATKAN KITA MENGALIRKAN AIRMATA :(

hari ni aku terbaca post dari seorang ustaz ni . sangat menyedihkan . memang sampai aku mengalirkan air mata . hayati kisah ini .

**********************************************************************************

Assalamualaikum….

Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..

Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan…? Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke? Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya., dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya., dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli.

Dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi.., risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan., dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huhu..

Sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.

”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…” Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini...? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..

Mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapkan dari saya….

Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya."

Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…

Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….

Terima kasih ustaz….doakan saya…….



******************************************************************************************

CREDIT : USTAZ .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Tuesday 3 January 2012

EXAM FEVER

Assalamualaikum ..


so , paham tak mood aku skrg ? haha , sibok dengan final .. ni pon nak update sekejap jep , tak nak buang mase . hehe . first paper 5hb ni . last paper plak 20hb . then , bercuti lah sayaaaaaaaa ....

ehhh , first entry tok 2012 ni je dah nak citer pasal exam kan , hehe .. tak pe lah , yg penting aku ley fokus dalam final ni .. humm .. oke , i wish all candidates in this exam will success with flying colours .. 

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH