Nur Atirah

 Banner

Saturday 20 April 2013

PRU13: DAP guna simbol roket

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


KUALA LUMPUR: DAP, yang disiasat oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu, tidak menghadapi masalah pada penamaan calon hari ini apabila calonnya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dapat menggunakan simbol parti itu. 

Parti itu bertanding di 51 kawasan Parlimen dan 103 kerusi negeri. DAP membuat pelan kontingensi untuk bertanding di bawah lambang PAS di semenanjung dan lambang PKR di Sabah dan Sarawak selepas ROS berkata ia tidak mengiktiraf pemilihan CEC parti itu Disember lepas berikutan aduan penyelewengan oleh beberapa anggota parti. 


ROS berkata bagaimanapun DAP tidak dibatalkan dan parti itu boleh menggunakan simbolnya untuk PRU-13. 

DAP meletakkan penasihat parti itu Lim Kit Siang di kawasan Parlimen Gelang Patah. Lim akan ditentang Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dalam perlawanan satu lawan satu itu. 

Di Pulau Pinang pula, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akan berdepan perlawanan tiga penjuru dalam mempertahankan kawasan Parlimen Bagan dan perlawanan satu lawan satu di kerusi Dewan Undangan Negeri Air Puteh. 

Semalam Guan Eng berkata calon-calon parti itu akan membawa dua watikah calon, satu daripada DAP dan satu lagi daripada PAS bagi calon di semenanjung dan PKR bagi Sabah dan Sarawak, ke pusat penamaan calon. - BERNAMA



Jari Menaip ,
Nur Atirah .

FELDA 'tambat' Safiq

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


FELDA 'tambat' Safiq


Tapi sumber pengurusan Johor DT nafi mahu lepaskan pemain perancang

Jodoh kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim bersama pasukan berstatus bintang, Johor Darul Takzim (DT) nampaknya hanya bertahan setengah musim apabila pemain tengah 26 tahun itu bakal menyertai FELDA United sebelum tutupnya pintu perpindahan kedua Liga Super, Isnin ini.

Andai benar berlaku, Safiq bakal menjadi pemain kedua ‘dibebaskan’ Johor DT pada pintu perpindahan kedua sejak 8 April lalu selepas bek kiri, Azmi Muslim turut menyertai FELDA United dan sudah pun membuat penampilan sulung ketika bertemu Selangor di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu. 

Setiausaha Kehormat FELDA United, Kamarruddin Mohamad berkata, pihaknya memang berminat mendapatkan khidmat Safiq bagi memantapkan pasukan tetapi urusan rundingan mendapatkannya belum dimuktamadkan. 


Beli terus atau pinjaman

“Masih dalam perbincangan sama ada pihak Johor DT membenarkan kami untuk membeli terus Safiq atau hanya mendapatkannya secara pinjaman. Tapi secara dasarnya, memang kami berminat mendapatkan Safiq,” kata Kamarruddin ketika dihubungi, semalam.

Namun, pengesahan daripada pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), semalam memberi gambaran berbeza bahawa Safiq tidak akan berpindah sebaliknya kekal bersama skuad Harimau Selatan.
“Johor Darul Takzim masih perlukan khidmat Safiq dan dia kekal bersama pasukan itu,” menurut sumber persatuan.


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Penuntut Malaysia ditahan di Yogjakarta

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Kuala Lumpur: Seorang pelajar Malaysia ditahan di Yogjakarta, Indonesia atas kesalahan memiliki ganja, 17 April lalu dalam operasi memerangi kegiatan penyalahgunaan dadah di kalangan siswa di republik itu. 

Anak usahawan dari Selangor 

Difahamkan, pelajar berusia lingkungan 20-an itu yang juga anak kepada usahawan dari Selangor ditahan di rumah sewanya di Ngemplak, Sleman, tidak jauh dari universitinya. 


Sumber memberitahu, pelajar terbabit adalah sebahagian daripada 28 individu yang ditahan Bahagian Narkotik Polis Republik Indonesia (POLRI) dalam operasi berkenaan, bertindak atas maklumat risikan dan aduan awam.

“Hasil pemeriksaan mendapati pelajar terbabit berdaftar di sebuah universiti di Jogyakarta. Dia kini ditahan untuk siasatan lanjut, malah keluarganya sudah dimaklumkan mengenai penahanan itu. 

“Semua individu terbabit, yang kebanyakannya pelajar universiti ditahan dalam serbuan di 12 lokasi berbeza sekitar Sleman dan Bantul, dua bandar yang menempatkan banyak pusat pengajian tinggi di Yogjakarta,” katanya. 

Rampas dadah 
Selain ganja, turut dirampas pelbagai jenis dadah termasuk methaphetamine dan hashish, yang mendapat tumpuan di kalangan pelajar universiti di bandar berkenaan.



Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Tercampak, digilis atas jalan

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Tercampak, digilis atas jalan


Seremban: Dua pengasas sebuah syarikat perniagaan dalam talian maut selepas tercampak dari kereta dinaiki dalam kemalangan di Kilometer 245.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, semalam.

Maut di tempat kejadian 

Dalam kejadian jam 4.50 pagi itu, Leftenan Kolonel (B) Datuk Che Yang Samsudin, 54, dan rakannya, Ahmad Zamakhsyari Sapawi, 39, meninggal dunia di tempat kejadian akibat dilanggar kenderaan lain. 


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata siasatan awal mendapati PERODUA Viva dipandu Ahmad Zamakhsyari dari Muar, Johor menuju Ampang, Selangor hilang kawalan sebelum berhenti di tengah jalan.

Mangsa tercampak keluar

Katanya, sebuah kenderaan lain merempuh kereta itu menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak ke atas laluan kanan lebuh raya, manakala kenderaan dinaiki terbakar rentung.

“Berikutan keadaan gelap beberapa kenderaan lain, yang tidak melihat mangsa terbaring di atas jalan menggilis mereka,” katanya, di sini, semalam. 
Saiful Azly berkata, kejadian turut mengakibatkan kemalangan kecil tiga kenderaan lain, yang cuba mengelak daripada merempuh kereta mangsa.

Katanya, polis kini giat mengesan kenderaan, yang melanggar mangsa hingga tercampak keluar dan beberapa kenderaan yang menggilis mereka.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Jururawat ditemui mati tergantung di bilik asrama

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



KUANTAN - Seorang jururawat ditemui mati tergantung pada kipas di dalam biliknya di asrama jururawat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh malam tadi.
   
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC Mohd Zakaria Ahmad berkata polis menerima laporan daripada orang awam kira-kira pukul 11.40 malam.
   
"Mayat wanita terbabit yang berusia 25 tahun ditemui penyelia asrama yang bertindak memecahkan pintu bilik yang berkunci dari dalam setelah mendapati mangsa tidak menyahut panggilannya," katanya hari ini.
   
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke bilik mayat hospital berkenaan untuk dibedah siasat.
   
"Siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah berlaku. Bagaimanapun polis masih menyiasat dan setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," kata Mohd Zakaria.
 
Sementara itu seorang lelaki turut ditemui mati tergantung pada pokok rhu dengan tali nilon, kira-kira 50 meter dari pantai Kuala Pahang.
   
Mayat mangsa ditemui seorang nelayan kira-kira 6.30 petang semalam.
   
Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Yahaya Othman berkata mangsa yang berusia 30 tahun merupakan seorang duda dan mempunyai seorang anak lelaki.
   
Kes turut diklasifikasi sebagai mati mengejut. - Bernama

cc: dot

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Mahkamah tolak rayuan bekas pelajar USM

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


PUTRAJAYA - Seorang bekas pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) gagal dalam usahanya untuk mendapatkan perisytiharan bahawa Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) tidak mengikut perlembagaan dan menyalahi undang-undang selepas Mahkamah Rayuan di sini menolak rayuannya hari ini.
   
Hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin, mengetuai panel tiga hakim, berkata Mahkamah bersetuju dengan penghujahan Peguam Kanan Persekutuan Noor Hisham Ismail bahawa rayuan itu adalah akademik memandangkan Seksyen 15 akta itu telah dipinda pada Februari 2010.
   
Mahkamah juga menolak permohonan Soh Sook Hwa bagi mendapatkan perisytiharan bahawa Peraturan 3 dan 13 Peraturan-Peraturan USM (Kod Etika Pelajar) 1999 tidak mengikut perlembagaan.
   
Hakim Abu Samah juga menolak permohonan Soh bagi mendapatkan perintah mandamus untuk membatalkan keputusan menteri untuk tidak membenarkan rayuannya bagi mengetepikan keputusan lembaga disiplin universiti untuk menegur dan mendendanya RM200.
   
Pada 2 Disember, 2004, Lembaga Disiplin mendapatinya bersalah kerana melanggar AUKU setelah didakwa berkempen untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum 2004.

Hakim Abu Samah, yang mendengar rayuan itu bersama Hakim Datuk Lim Yee Lan dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, berkata tidak ada pelanggaran keadilan apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan Soh untuk semakan kehakiman.
   
Pada 4 Jun 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman Soh selepas memutuskan bahawa dia tidak mempunyai alasan untuk mencabar Seksyen 15 akta itu kerana telah dipinda.
   
Soh, bekas pelajar komunikasi, memfailkan permohonan itu pada 16 Ogos, 2005, untuk mencabar AUKU selepas dihukum oleh universiti atas dakwaan terbabit dalam kempen pada pilihan raya 2004, menamakan Menteri Pengajian Tinggi Pendidikan sebagai responden.
   
Seksyen 15 melarang mahasiswa terlibat dengan parti atau pertubuhan politik.
   
Soh, 31, diwakili peguam Ang Hean Leng manakala menteri berkenaan diwakili oleh Noor Hisham.  - Bernama


cc:: dot

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Noniswara tarik semula permohonan cerai

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


KUALA LUMPUR - Kegagalan suami kepada pelakon Noniswara hadir ke mahkamah bagi sesi sebutan kes cerai mereka menyebabkan pelakon itu menarik balik permohonan cerai secara baik yang difailkannya sebelum ini.

Noniswara mengambil keputusan menarik balik kes yang difailkan mengikut Seksyen 47, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 (Kebenaran Penceraian Secara Baik), di Mahkamah Rendah Syariah di sini, selepas mendapat kebenaran Hakim Syarie, Muhammad Jimmy Muhammad Azlin.

Bagaimanapun, mahkamah tidak mempunyai halangan sekiranya plaintif (Noniswara) mahu mengemukakan permohonan lain dengan kebenaran undang-undang Syariah.

Sementara itu, Peguam Datuk Amli Embong, yang mewakili Noniswara, ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu, pihaknya akan berbincang untuk tindakan selanjutnya sama ada akan memohon penceraian secara fasakh atau pun taklik.

Noniswara

“Menarik balik kes adalah jalan terbaik buat masa ini. Mungkin kami akan failkan semula permohonan lain dalam masa terdekat,” katanya.

Noniswara atau nama sebenarnya, Monis Wara Baharudin, 43, berkata, usahanya menyerahkan surat saman itu menemui jalan buntu apabila suaminya tidak menjawab panggilan dan membalas khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Dia ada memberitahu saya dia ke luar negara tetapi saya rasakan ianya tidak benar. Saya cuma mahukan perpisahan ini berjalan dengan baik tanpa perlu membawa rahsia rumah tangga kami ke mahkamah apabila terpaksa bercerai secara fasakh, mahupun taklik,” katanya. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1 Ogos 2009.

Pelakon yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini mempunyai tiga anak hasil perkahwinan pertamanya sementara  Datuk Rosman Ridzwan pula yang sebelum itu berstatus duda memiliki lima anak daripada perkahwinan terdahulu.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

BEN ASHAARI dan WEECLICKS

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



BEN ASHAARI

dan petang ni tira nak join segmen blogger hot ni . bersama si kecil yg comel . qhaliff . hehe . huh , tira memang suka sgt ber blog ni sebab boleh dapat sideincome sendiri . lebih2 lagi student macam tira ni kan . nak harapkan duet biasiswa , memang cukup2 untuk tanggung duet photostat , kerja asiignment , duet buku , yuran , gitu2 je . 

kawan tira cakap , best ke blogging ni . nak cakap ape je dalam blog ni . tira cakap kat diorang , boleh je share ape2 asalkan tak hiperbola . asalkan orang tak annoy ngn kite . ye dok . then kalau pandai jana traffic , boleh la dapat income . hmm .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

SEGMEN: KAMI & BLOG AWAK!

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Segmen ini dijayakan oleh CCK, Aisya Humaira, FizGraphic dan Cik Lyeen

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH