Nur Atirah

 Banner

Friday, 19 October 2012

makna cinta dan perkahwinan

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

Pelajar: Guru, apakah erti cinta? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ya, itu lah CINTA..



Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. Berjalanlah kamu. Tetapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini?

Pelajar itu menjawab: sebab berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya..

Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan..



Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Wednesday, 17 October 2012

Andai Itu Takdirnya .

Assalamualaikum .


psssttt . tak tau nak mula macam mana sebenarnya . tapi yang penting , tira nak catatkan memori tu dalam entry ni . tak tau lah nak muntahkan semua ke ape , tapi apa yang terlintas , tira nak luahkan kat sini . yang tersirat dah tersurat ! itu yang pasti lah . kalau dah bersuara , ape tira rase tira cakap .


tadiiii , tira jumpa dia . sapa dia ? mestilah kawannn . hehe . bukan date , jumpa je . haha , boleh ke macam tu ? then , macam yang tira cakap tadi , apa yang tira nak bg tahu , dah pon bg tahu . tira tahu dulu tak patut tira mulakan . nyatakan , bagi tau . macam terlampau jujur . ye ke ? haha .


macam mana tira kenal dia , tahu nama dia . waktu dulu tu . semua masa dulu . nak kata series , entah lah . tapi masa tu memang suka . hihi . dalam entry blog jugak tira cakap . cakap sorang2 . tade sapa tahulah kata kan .  heee , tapi lama2 , bocor rahsia jugak . kantoi~~


series ! tak tentu arah jugak dulu . sebab ? dia depan mata kottt . nak alih mana mata tira ni . haha . alih punya alih , tetap curi pandang jugak . ngih ngih ngih . tapi dalam hati , gelisah sebenarnya . bak kata christina perri , " heart beat fast " la katekan . haha . kelakarkan . kalau nera plak , chorus dia tuh ! haa , first time dengar lagu tu , terus dengar tiap hari . mabuk eak ? haha


sekarang ? sekaranggg , sekaranggg , sekarang biasa saja ... tira yakin erti kawan lagi bermakna . soo , kita nak kawan dengan awakk . hehe . awak jangan marah kite taw . nanti kite sedey . hehe . lagi satu , awak jangan tak kawan kita lagi . lagi plus plus sedey kita nanti . hehe .
andai itu takdirnya . kita kan tetap kawan . kita da pesan kat awak kan . kalau suka kat seseorang , kenal dia betul2 , nama dia , tentang dia , keluarga dia , adik2 dia , kawan2 dia . serba serbi ! ini yang serius lah . kalau takat main2 tu , entah lahh . hehe . kita tak tau ...
okelahh , ta tau nak cakap . betullah kata dia . speechless .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH