Nur Atirah

 Banner

Tuesday, 23 April 2013

Edisi Sedih: Kemalangan Dihadapan Tunang Sehingga Darah Terpercik Ke Bajunya

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Kisah yang sungguh menyayat hati apabila kita membaca apabila perempuan kehilangan tunangnnya di depan mata dan malang pula menimpa gadis itu. Berikut adalah kisahnya.

Kawan aku ni seorang salesman kereta, bercinta dgn Seorang anakjutawan di Area Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan ini ditolak kerana kawan aku ini seorang salesman kereta.

Satu malam, mereka bercadang utk melarikan diri. Selepas berjaya melarikan diri, bapak perempuan ini sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangan dan telah membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dgn mengatakan dia akan menerima teman lelakinya itu jika dia balik ke rumah.

Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke rumahnya di bukit antarabangsa dan keluarga pihak permpuan itu pun menerima lelaki ini dengan seadanya. Enam bulan kemudian, mereka bercadang utk berkahwin dan persiapan utk majis perkahwinan itu sedang disediakan.

*Gambar hiasan

Nak dijadikkan cerita, Semasa Lelaki ini pergi membeli KFC di Ampang Point, dia kena langgar kereta di hadapan perempuan tersebut dan keesokan harinya lelaki itu pun dikebumikan. Kejadian ini amatlah menyedihkan perempuan tersebut kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dengan lelaki kesayangannya.

Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi, seorang nenek tua meminta untuk membersihkan percikan darah di baju pengantinperempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Tapi, ibu perempuan tersebut tidak mengendahkannya.

Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama iaitu seorang nenek tua meminta untuk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. akan tetapi, ayah perempuan tersebut jugak tidak megendahkannya.

Malam ketiga, perempuan itu pula menerima mimpi yang sama sepertiayah dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan ayahnya. Dalam ketakutan yang amat sangat, dia pun pergi membasuh baju itu dan macam mana kuat dia basuh pun, darah tetap ada.

Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa. Seorang nenek tua menyuruh dia membasuh darah itu bersih-bersih dan jika tidak, malang akan menantinya. Bila bangun, perempuan itu pun terus menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap adaa.

Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apabila pintu belakang rumahnya di ketuk bertalu-talu dan muncullah nenek tua tersebut dan perempuan itu pun pengsan. Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menghulurkan benda yang berwarna biru.

Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu “apa ini…?”
Ini lah Sabun Basuh Dynamo, letak kan sedikit dan kotoran akan hilang…
err..yang ni adalah pakej percubaan aja, kalau nak yang besar, beli kat kedai..hehehehhhhehehehh……”

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Luahan Perempuan : Ayah Tinggalkanku Selamanya Kerana Gambarku Berpeluk Dengan Lelaki Di Facebook

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Hari ini acik mendapat request dari seseorang untuk yang ingin ceritakan tentang sesuatu kepada kita semua, agar kaum hawa memahami realiti kehidupan yang sebenarnya dan jangan terlalu ikut hati .

Assalamualaikum acik, maaf gangu pagi pagi ni, saya betul betul tertarik dengan setiap entry acik dan buatkan saya nak kongsikan sesuatu kepada acik dan pembaca blog acik ni. Yelah hidup ini perlukan perubahan dan memperbaiki diri.Sebelum nama saya siti dan saye seorang mahawasiswi di UPM serdang. 

Acik : walaikumusalam silakan jika sudi berkongsi cerita dengan kami,dengan rela hati acik sudi mendengar apa yang ingin di sampaikan.

Siti : terima acik , ahh sebelum tu saya ni silent reader blog acik, hampir setiap hari saya akan bace dan kadang kala menagis bila bace entry acik. Dulu saya tak macam gini, dulu saya jahil , walaupon mak ayah dan berikan pendidikan yang baik dan mereka merupakan guru agama di sekolah tapi itulah iman tak di warisi. Saya khilaf dengan perbuatan saya sendiri. Saya bertudung tapi adab dan pergaulan saye tak jaga sebab dulu saya difikir tudung itu bukan halangan untuk saya bersosial dan bercampur gaul dengan mana mana lelaki.Allah kurnia saya mempunyai rupa paras yang menarik dan saya jadikan itu sebagai kekuatan dan penarik kepada lelaki.

Saya selesa bila ramai yang ingin berkenalan dengan saya, dan kadang kala masa melepak ,saya lepak dengan lelaki tanpa ada perasaan risau tentang diri saya. Bergurau senda ,bertepuk tampar tak pernah saya hiraukan , memakai legging dan baju lengan pendek itu biasa. Mak ayah tak tahu keadaan saya bagaimana di sini.Tapi ..

Acik : ermm tapi kenapa ?? apa yang buatkan siti berubah ?

Tapi itulah saya hanyut dengan kehidupan saya yang inginkan kebebasan sebenarnya. saya tahu apa yang saye buat itu berdosa besar tapi masa itu malas nak fikir. Satu hari saya dapat panggilan yang ayah di serang sakit jantung dengan teruk dan di masuk ke hospital , saya rasa risau sangat dan sedih dengan keadaan ayah. Jadi saya minta pertolongan dari seorang rakan yang selalu lepak dengan saya dan dia sudi nak tolong saya.

Tapi itulah nafsu tetap nafsu , kawan yang saya minta tolong itu ambil kesempatan di kala saya sedang down dengan kesedihan nie. Di bawa saya ke sebuah rumah buruk dan ingin buat sesuatu yang tak elok pada saya. masa tu saya sangat terkejut dan  meronta ronta tak mahu di lakukan sedemikian rupa dan nasib baik masa tu kebetulan ada orang lelaki lalu di situ dan sedar apa yang berlaku dan tolong saya kalau tak saya tak tahu apa nasib saya . Allah masih sayangkan saya, dengan perasaan hiba saya pergi ke hospital di dengan  menaiki teksi dan bila tiba di sana mak bagitahu yang ayah dan meninggal. Saya tanya mak kenapa ayah boleh serang sakit jantung ?? mak kata ayah serang sakit jantung sebab ternampak gambar saya di facebook berpeluk dengan seorang lelaki. 

Sumpah acik saya menyesal dan saya khilaf, bila muhasabah diri saya tak salah lelaki yang cuba buat pekara yang tak senonoh terhadap saya sebab puncanya adalah diri saya sendiri.Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati dan bermesra dgn lelaki bukan muhrimnya, hilanglah harga dirinya dihadapan Allah.

Saya tak kisah nak bagitahu kisah ini, untuk kaum hawa sedar bahawa kita harus jaga maruah diri dan pergaulan kita, Jangan jadi macam saya dan terkena baru nak teradah. Nak bergaya tak salah tapi biarlah mengikut syariat islam. Saya masih beruntung kerana ALLAH masih beri kesempatan dan lindungi saya. Siapa pon dan dari keturunan kita tak akan berubah jika diri kita sendiri tak cuba kearah kebaikan.Terima acik kerana sudi siarkan cerita ini, saya harap ada insan yang sedar .

Allahuakbar , acik jadi hilang kata kata, semoga kisah siti di jadikan pedoman kepada kamu yang membaca. hanya mampu acik hulurkan doa untuk siti semoga ALLAH memberkatimu. 

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH