Nur Atirah

 Banner

Saturday, 25 August 2012

Petua : Kulit Muka Berminyak

Assalamualaikum .
Salam Syawal !


kali ni tira nak kongsi petua untuk kulit yang sensitif tu . mesti rase tak selesa kan bila dah start berminyak tu . rimas , lemas , tak jadi dah berhias . hehe . merepek dah tira ni . oke , jom tengok camne nak jauhkan minyak-2 tu . hehe .


1. Parut epal hingga halus . Sapukan pada muka . Biarkan selama 15 minit . Cucilah dengan air suam . Lakukan tiga kali seminggu .

2. Rendam beras anggaran setengah gelas , campurkan daun cermai dan ibu kunyit . Kisar bahan-2 ini  Bersihkan muka terlebih dahulu dan sapukan bahan yang telah dikisar setiap kali sebelum tidur .

3. Campurkan sedikit madu lebah dengan air perahan asam gelugur . Jika tiada bolehlah diganti dengan air limau purut . Sapukan bahan tersebut ke seluruh muka dan biarkan kering . kemudian bilaslah dengan menggunakan air bersih .

4. Ambil sehelai tuala bersih . rendam ke dalam air suam kemudian perah dan tekapkan kemuka . setelah itu laplah bersih-2 . lakukan setiap malam sebelum tidur .

5. Ramaskan daun sirih didalam secawan air . selepas itu , sapukan pada seluruh muka dan biarkan selama 15 minit . kemudian bilas dengan air suam . lakukan 3 kali seminggu berturut-2  untuk mendapatkan hasil yang memuaskan .

SELAMAT MENCUBA
^,^

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

3 comments:

Unknown said...

buatkan please :'(

Unknown said...

buatkan please :'(

Unknown said...

haaa , buat sendiri . petua dah dikongsi . weee

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH