1. cuci kuku tangan dan kaki sehingga bersih dan lap hingga kering . gosokkan beberapa ulas bawang putih pada kuku jari tangan dan kaki . amalkan 3 kali seminggu .
2. geselkan jari pada bedak batu , kemudian gosoklah pada kuku sehingga kelihatan licin dan berkilat .
3. gosokkan beberapa bunga kuntum melor pada kuku hingga berkilat . lakukan sekerap mungkin untuk mendapatkan lebih kesan . jika tiada bunga melor , gantikan dengan daun bunga melor yang masih muda .
4. ambil cecair lilin yang masih panas , dan sapukan dikuku . selepas beberapa minit , buangkan sisa ceacir lilin yang telah keras dikuku tadi .
haa , ni bagus untuk mereka yang sayangkan gigi anda . hehe . gigi cantik mesti menjadi idaman semua orang . orang kate gigi saya cantik . erk ? Perasan sekejap ! haha . dah-2 , daripada merepek lebih2 , baik kite teruskan . check this out !
1. Tumbuk sepotong halia dan sesudu garam kasar sehingga lumat . tambah sedikit air dan berkumurlah dengan air tersebut setiap kali selepas menggosok gigi pada sebelah malam iaitu sbelum tidur . gigi anda bukan sahaja akan kuat dan putih , malah mulut anda pon akan berbau harum .
2. campurkan sedikit garam pada ubat gigi . kemudian gosoklah pada gigi setiap hari . gigi akan kelihatan lebih berseri .
3. sapukan soda bikarbonat pada berus gigi dan gosok sehingga berkilat . selain itu makan buah strawberry setiap hari untuk menjaga gigi .
kali ni tira nak kongsi petua untuk kulit yang sensitif tu . mesti rase tak selesa kan bila dah start berminyak tu . rimas , lemas , tak jadi dah berhias . hehe . merepek dah tira ni . oke , jom tengok camne nak jauhkan minyak-2 tu . hehe .
1. Parut epal hingga halus . Sapukan pada muka . Biarkan selama 15 minit . Cucilah dengan air suam . Lakukan tiga kali seminggu .
2. Rendam beras anggaran setengah gelas , campurkan daun cermai dan ibu kunyit . Kisar bahan-2 ini Bersihkan muka terlebih dahulu dan sapukan bahan yang telah dikisar setiap kali sebelum tidur .
3. Campurkan sedikit madu lebah dengan air perahan asam gelugur . Jika tiada bolehlah diganti dengan air limau purut . Sapukan bahan tersebut ke seluruh muka dan biarkan kering . kemudian bilaslah dengan menggunakan air bersih .
4. Ambil sehelai tuala bersih . rendam ke dalam air suam kemudian perah dan tekapkan kemuka . setelah itu laplah bersih-2 . lakukan setiap malam sebelum tidur .
5. Ramaskan daun sirih didalam secawan air . selepas itu , sapukan pada seluruh muka dan biarkan selama 15 minit . kemudian bilas dengan air suam . lakukan 3 kali seminggu berturut-2 untuk mendapatkan hasil yang memuaskan .