Nur Atirah

 Banner

Thursday 22 August 2013

Siapakah gerangan blogger bernombor 1234 ini ..

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


alhamdulillahh . makin hari , makin ramai jugak followers tira ni . hehe . biasa lah , newbie kan . kena rajin kalau nak gain followers ni . nak dapat yang setia pon susah . now , tira tertanya tanya , siapa lah followers tira yang no 1234 ni . cantikkan no tu ?


hehe . so , sebagai penghargaan , tira pon nak jugak follow blog dia . yang menjadi tanda tanya tira , bila bukak kat gambar tu , takda pon link blog dia . aishh . masalah ni . 


so , siapakah gerangan ekin schmidt nihh ?? tira dah tengok kat cbox . takda jugakk . hmm . melepas pulak nak tambah kawan lagi kan . 

*nota untuk ekin , kalau awak baca entry ni . awak cbox la saya k :) jangan lupa letak link blog .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

rindu nak main bola tampar

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


rindunya nak main bola tampar . ni lah sukan fav tira sejak sekolah lagi . asal dengar ade game bola tampar je . of coz la tira nak join . emm , tetibe ingat kat bola tampar plak kan . awat nyaa . ni suma sebab adk tira yang laki tuh . hehe .
naik sem ni , ade karisma lagi . ade kate kat terengganu ke kelantan ntah . lupa plak . tak sabar nya nak main volley ball lagi .
like fanpage tira okeh :)
  

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Meh sini gitar tu , aku nak simpan !

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


"Meh sini gitar tu , aku nak simpan !"
haha , tu la ayat budak tengah trial Spm dalam umah ni . yelah , esok paper sejarah . nak menghafal lah jawab nye . 

tira ni , asyik nak petik gitar tuh . hehe . last2 , kena amik . hehe , takpelah . orang nak study lah katekan . biakan je lahh .



good luck eahh . :)

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

tak boleh bukak nuffnang kat google chrome.

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


haa ,petang tadi tira ade buat entry pasal nuffnang tak boleh nak login . BACA . tira dah berhari2 nak buka tak dapat . so , pelik la kan . so , lepas dah baca komen2 rakan blogger lain , tira terniat plak nak bukak page nuffnang tu guna internet explorer .

aikk , boleh pulakkk . selama ni , tira memang pengguna tegar google chrome . yang tak leh bukak tu kat google chrome lah ! asal eah ? kat IE boleh plak . hmm . leceh la macam ni . laptop tira ke masalah ? hmm


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Encik nuffnang asyik error je . kenapa eak ?

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


siapa ada masalah dengan nuffnang ? ke tira sorang je yang bermasalah . bukan carik gaduh ke ape eah . asal tira nak login je , error . belom letak username and password lagi . baru tekan button login kat belah atas kanan tu , dah server error .

dah berapa hari dah asyik macam tuhh . kenapa eah . nk jugak check kan . kot2 ade BE ke . sebab dok tengok blogger lain dapat BE . ehh , dapat plak diorang bukak page tuh . pelik tira .why why why .



Jari Menaip ,
Nur Atirah .

GA Ogos 2013 Nurul Yui - Duit Raya 2013

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

hai . tira nak jugak duet raya dari awak . boleh merasa duet raya dari seorang blogger kan . hehe . sambil tu , tira nak support awak . hehe . jom like fanpage tira .
  

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

nak beli peti ais atau mesin basuh ?

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


naik sem nanti duet biasiswa JPA bakal masuk dalam akaun . dalam otak tira ni ade 2 benda nak fikir . nak beli 2 benda baru . tapi tak tau yang mana satu .

sama ada nak beli peti ais atau mesin basuh automatik . duet biasiswa tu adelah jugak . boleh la tampung tira untuk satu sem nanti . kalau nak beli 2 barang tu sekali gus , mau makan megi je tiap2 hari kat kolej . hehe . 

peti ais kat rumah tu dah lama , nak beku kan ais pon payah . sejak tira kecik lagi guna yang tu lahh . ni , ade duet sikit nanti , tak salah kot kalau tira nak beli .

mesin basuh plak manual . kat rumah ni , tinggal wan dengan mak je yang ade . nanti senang , wan masukkan je baju2 dalam mesin , siap ! tinggal sidai je . Auto la katekan . hmm . mana satu eak ?

**like fanpage tira boleh ?
  

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

(5 Gambar) Lady Gaga Bergambar Dengan Orang Miskin

Assalamualaikum .
Apa Khabar



Seorang lelaki tua yang tidak mempunyai tempat tinggal dan mungkin juga peminat Lady Gaga telah mendapat kejutan yang terbaik. Dia bergambar dengan Lady Gaga walaupun pada mulanya dia memberitahu Lady Gaga yang dirinya sangat berbau. Jadi Lady Gaga pun menjawab 'Jangan Risau sebab saya pun berbau'




Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Awak ambil jurusan Pendidikan Islam?

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


"Awak ambil jurusan Pendidikan Islam?"

"Tak "

"Habis tu? Mesti awak ambil jurusan Bahasa Arab atau Syariah kan?"

"Tak jugak. Saya belajar jurusan kewangan "

"Saya ingatkan ustazah tadi..."

Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh berniqab, bermakna alim dan waraklah seorang wanita itu. Hakikatnya, tak semua yang bertudung labuh dan berpurdah itu sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.

Bila berjalan ke mana-mana, jarang lelaki berani nak tegur lebih-lebih.

"Assalamualaikum Ustazah. Tak jawab, berdosa tau..."

Tengok.... yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah lelaki akan tertarik pada wanita. Kadang-kala lelaki mudah tertarik pada wanita yang bertudung labuh. Jadi, mereka rasakan mereka perlu berubah dan dalam masa yang sama, mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka berubah ke jalan Allah dengan ilmu yang wanita itu ada.

"Awak, saya nak berubah. Saya nak berhijrah ke jalan Allah.
Boleh awak bimbing saya?"

"Kenapa saya?"

"Sebab saya tengok awak lain dari perempuan lain yang saya pernah kenal sebelum ni. Awak lembut orangnya. Nampak alim..."

"Iye. Walaupun saya bertudung labuh dan berniqab, belum tentu ilmu yang saya miliki setinggi langit. Setakat ilmu yang saya ada, bolehlah saya share. Saya sendiri pun masih lagi berusaha mencari ilmu sebanyak mungkin. Saya juga perlu dibimbing. Tudung labuh dan niqab ini bukanlah lambang ketinggian dan kehebatan ilmu seseorang. Cuma saya berusaha jadi yang terbaik."

Dan tak bermakna yang bertudung singkat itu, sedikit ilmunya. Cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik. Sama-sama kita doakan. Insya'Allah.


  

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

camne nak masak Ikan YU !!

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


haa , tira baru je dapat 2 ekor ikan yu . tapi tira tak tau siang , tak tau nak masak ape . huaaa . tengok pon geli euwww . ! seriously !


haa , besar ni ade 2 ekor . kena siat kulit dia ehh ? tapi masak apa sedap ? pegang pon takot . grr

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Dania Awek Palong BONGIH, Dakwa Dia Sebenarnya Yang ‘Tolak’ Halim Othman

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Penafian Halim Othman bahawa wanita bernama Dania Danisha bukan teman wanitanya nampaknya menimbulkan kemarahan wanita itu.

Terkini melalui akaun Facebook peribadinya, Dania telah memuat naik status yang mendakwa dirinya bukanlah sekadar peminat personaliti yang juga deejay radio tersebut.





Menurut Dania, perkenalan mereka dimulakan oleh Halim sendiri.

Dakwaannya juga, mereka telah keluar bersama selama beberapa belas kali ke tempat-tempat yang berasingan, malah Halim menyatakan sanggup menunggu untuk berkahwin dengan

Dania, namun ditolak oleh Dania atas faktor umur Halim yang menurut wanita itu, hampir sebaya dengan ibu bapanya.

Tambahnya lagi, gambar tersebut sememangnya diambil dua tahun lepas, namun baru diketahui orang ramai tahun ini.

Dania turut menyatakan dia tidak kisah sama ada kenyataannya dipercayai orang ramai atau tidak.



Kenyataan Halim Othman tentang Dania Danisha sememangnya ‘tajam menikam’ dan memperlihatkan seolah-olah wanita itu seorang peminat yang ‘syok sendiri’.

Namun kenyataan balas Dania nampaknya bercanggah dengan versi Halim.

Yang mana satu hendak dipercayai?

Terpulanglah pada anda. 

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Gambar : Syani bersama tunang !

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

Moga jodoh ke jinjang pelamin ! - via : Fb Media Hiburan.


  

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

1,300 maut serangan gas beracun di Syria

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Foto
Aktivis dakwa tentera bedil roket, Rejim nafi guna senjata kimia

Beirut: Lebih 1,300 orang terbunuh apabila tentera Syria menggempur pinggir Damsyik dengan senjata kimia semalam, kata pembangkang yang menyifatkannya sebagai pembunuhan beramai-ramai dan menggesa campur tangan antarabangsa. 

“Angka itu pasti meningkat. Serbuan dan serangan berterusan,” kata Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia (SOHR) yang beribu pejabat di Britain dan mengumpulkan maklumat daripada aktivis dan pasukan perubatan. 

Angka itu pasti meningkat. Serbuan dan serangan berterusan” Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia

SOHR berkata, serangan amat sengit dan disasarkan ke pinggir bandar Zamalka, Arbeen dan Ein Tarma di timur Damsyik.

Ia memetik aktivis sebagai berkata tentera rejim membedil roket dengan peledak berisi gas beracun dalam serangan itu.

Sebuah kumpulan pemerhati dari Britain sebelum itu berkata sekurang-kurangnya 100 maut dalam serangan tentera ke atas kubu kuat pejuang pembebasan di pinggir ibu kota Syria semalam, dalam apa yang didakwa sebagai serangan gas beracun.

Ratusan maut diserang 
Satu kumpulan lain, Jawatan-kuasa Penyelarasan Tempatan, berkata beratus-ratus maut atau cedera dalam serangan itu. Perbezaan angka daripada kumpulan aktivis adalah perkara biasa di Syria, terutama dengan kerajaan mengehadkan laporan luar dan domestik.

Dakwaan dibuat ketika pasukan senjata kimia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan 20 anggota, diketuai pakar Sweden, Ake Sellstrom, berada di Damsyik sejak Ahad lalu untuk menyiasat tiga kawasan yang didakwa serangan senjata kimia dilancarkan.

Kawasan yang disiasat adalah kampung Khan al-Assal di barat Aleppo dan dua lagi lokasi yang dirahsiakan atas alasan keselamatan.

Berikutan laporan semalam, SOHR menggesa pasukan PBB di Syria dan semua pertubuhan antarabangsa melawat kawasan yang teruk terjejas dan memastikan bekalan perubatan dan bantuan tiba kepada penduduk secepat mungkin. 

Ia juga menggesa siasatan terhadap serangan itu.

Sementara itu, pihak berkuasa Syria menafikan dakwaan tentera menggunakan senjata kimia.

“Laporan penggunaan senjata kimia palsu. Ia cubaan menghalang pasukan PBB menjalankan misi mereka,” lapor agensi berita SANA.

Akhbar Al-Watan melaporkan kerajaan Syria berjanji untuk bekerjasama dan memudahkan kerja pasukan penyiasat PBB yang melancarkan misi di negara itu kelmarin. 

Britain sementara itu berkata ia akan merujuk dakwaan penggunaan senjata kimia kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dakwaan itu belum dapat disahkan. 

*kejam nya diorang . ishh , alfatihah

  

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Budak Genius 12 Tahun Mampu Beli 3 Bijik Ferrari

Assalamualaikum .
Apa Khabar

London: Kepintaran seorang budak lelaki berusia 12 tahun membolehkan dia menikmati kekayaan tidak diduga dan sebahagian daripada wang itu digunakan untuk membeli tiga buah kereta Ferrari.
Sebelum itu, budak terbabit – hanya dikenali sebagai Callum – berjaya mencipta satu aplikasi dan dijual kepada Google pada harga AS$13 juta (RM 41 juta).
Aplikasi itu diciptanya ketika dia baru berusia sembilan tahun. Kata Callum, tiga kenderaan mewah yang dibelinya ialah Ferrari 458 Italia, 599 GTO dan 335 yang pernah terbabit dalam satu daripada film James Bond. “Kereta yang pernah digunakan dalam filem James Bond itu sangat unik dan saya sangat menyukainya,” katanya dalam satu kenyataan media.
Ferrari 599 GTO Fuh.My  Fuh!! Terbaik   Budak Genius 12 Tahun Mampu Beli 3 Bijik Ferrari
Namun, di sebalik pemilikan kereta itu, Callum masih terpaksa bergantung kepada bapanya untuk menjadi pemandu.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Gambar Bas Jatuh Gaung Di Genting Highlands

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

Sebuah bas persiaran terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam 30 meter di KM3.5 Lebuh Raya Karak, Genting Highlands selepas pemandunya hilang kawalan. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 2.45 petang Rabu ketika bas yang melebihi had muatan dengan membawa 49 orang penumpang termasuk pemandu, sedang menuruni Genting Highlands menuju ke Kuala Lumpur. 


Maklumat terbaru Jabatan Bomba dan Penyelamat sehingga pukul 8.30 malam mengesahkan seramai 33 mangsa terbunuh dalam nahas kejadian bas pelancong terhumban ke dalam gaung sedalam 30 meter di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.20 petang Rabu. Sementara itu 16 lagi mangsa ditemui masih hidup.

Sebelum ini Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail dalam kenyataannya menjangkakan sekurang-kurangnya 32 orang dikhuatiri mati dalam insiden tersebut.

"Setakat ini 32 mangsa lagi masih berada di bawah gaung sejauh 200 kaki dan pemerhatian awal bomba mengatakan mereka sudah meninggal dunia. Bomba menjangkakan semua 49 mangsa," katanya. Mereka kini dikejarkan ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.













Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Segmen Semudah 1,2,3 by cik nieda

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

join dan like sini okeyh;
  

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


tira asal melaka :) 
klik bannner and like sini
  

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

September Giveaway by www.cikyaya.my

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



klik banner untuk join


  

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH