Nur Atirah

 Banner

Thursday 29 August 2013

"bukann , aku lagi gemukk !"

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


haaa , ni lagi satu masalah ni . gemuk salah , tak gemuk pon salah , mana satu dia nak ? em bukan ape . tira cerita ekot pengalaman tira la kan . kawan2 tira tu , sikit2 cakap diri sendiri gemuk . padahal , badan sekeping . adoii . pening jugak macam tuh ea .

bila sorang cakap , "ehh , aku dah gemuk lah" , yang lagi sorang , " takk , aku lagi gemuk " , sambil pegang2 perut tu . tunjuk sixpack lah , ape lah . dan lagi satu , kalau gemuk pon , ape susah . nak kurus , pergi jog ! 

tu la kadang2 perangai sesetengah kawan tira . bukan nak mengata ke ape . tapi kadang2 tu rimas plak . aiyoo , nanti gemuk tak kurus2 baru tau . bila cakap kau dah gemuk lah , haa , tau plak mara . haha . lawak la .



Jari Menaip ,
Nur Atirah .

tutorial cara tira download Running Man

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

okehh , sebelum ni tira ada buat entry pasal Running Man . just tanya2 tentang bagaimana tira download running man . okeh , cara yang tira buat ni adalah paling simple yang pernah tira buat . tak tau lah kalau kalau rakan yang lain ade cara yang lagi simple kan . so , lets check it out !

1. Pergi kat KSHOWNOW.NET (bookmark lah cepat2 page tuh , hehe) . so , disitu banyak variety program yang korang boleh tengok . carik episod Running Man yang korang nak .


2. Tekan link part 1 seperti yang dalam kotak tuhh .

3. Skip Ad then copy link url atas tu !



4. okeh now , process download ! pergi ke http://en.savefrom.net/

5. pastekan link dalam kotak tu , dan tekan download !

6. Siap ! nanti dia akan terus download and save ! dan sambung untuk part yang seterusnya . memang nmpak macam leceh , tapi kalau kamu dah biasa buat , senang je . semudah 123 . hehe

7. actually Running Man ni akan official keluar hari selasa setiap minggu . tapi selalu malam isnin tu dah ade . kadang2 lahh . okehh , semoga tutorial ni dapat bantu korang sikit2 okehh . good luck !

like fanpage tira jap : 
  

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Tips bezakan link blog atau link ads

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


dari dok tengah2 blogwalking tadi , terjumpa pulak satu tips yang bagus ni . bagi tira bukan bagus da , amat2 bagus kott ! actually , dah lama dah tira nak cakap pasal benda ni . cuma belom sempat nak buat entry je . yelahh , asal nak blogwalking je , mesti kadang2 tu terbantut sikit . susah nak blogwalking . tu tira geram .

klik link tu . ads yang keluar , klik yang ni , ads lagi . lagi dan lagi . korang tak perasan ke ? hmm . nak mara pon ta tau . tira ade terbace kat blog abg ben ashaari , cbox ni sebenarnya tak penting pon . menyusahkan je . kotak komen dah ade , email dah ade , nak cakap ape2 taip la panjang2 kat situ . kan kan kan . betul jugak cakap dia tu .

then sekarang , dah ade tips yang amat bagus . boleh la berjaga2 lepas ni . kalau nak tau , jom ke blog Melangkau Garisan . tira baca dari situ . hmm . semoga tips tu membantu sikit untuk korang .


*maaf pinjam gambar satu ye awak . tips awak terbaik :)

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Kesian Adik , takde rezeki .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

mungkin tade rezeki hari ni kot . ni dari tadi tak nmpak adik tira yang kecik tu . tido kot dalam blik . yelahh , tengah hujan . syok lah tidooo . adik dari semalam request kat tira "kak , bawak adik pergi gemencheh , nak beli handphone" . 

waa, terkejut gak tira mula2 . nak beli handphone ape ? corby katenye . yang murah2 je . yelah , budak tingkatan 1 . hp yang dia pakai sekarang ni , abang yang bg . heee , tapi takde lah camera ke ape ke . kawan2 dah pakai yang canggih , dia nak jugakk . ye dok ? hehe

tapi alamat hujan plak petang ni . tak dpat lah tira nak bawak dia . malas lah tira keluar time hujan . baik duduk rumah . kan kan kan . next time ye adikk .


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Sikap Caring Nadi Putera Bikin Syanie Terpikat

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

Sikap Caring Nadi Putera Bikin Syanie Terpikat

KUALA LUMPUR : Pelakon, Syanie Hisyam, 39, akui tidak pernah terfikir untuk menamatkan zaman solonya setelah gagal dalam rumah tangganya 11 tahun lalu, sehinggalah dia menemui Nadi Putera, 27 yang kini telah menjadi tunangannya sejak 10 Ogos lalu.

Syanie berkata, Nadi merupakan seorang lelaki yang telah berjaya membuka hatinya untuk berkahwin kerana sikapnya yang mengambil berat.

Malah jejaka itu juga bijak menjaga hatinya selepas mereka mula serius dalam hubungan cinta pada awal tahun ini.

“Sebenarnya Nadi merupakan kenalan saya sejak 7 tahun dan kami berkawan baik.

“Namun sejak awal tahun ini, kami mula menjalinkan hubungan istimewa dan hati saya mula terbuka untuk berkahwin setelah mengenalinya lebih rapat.

“Sikapnya yang ‘caring’, pandai jaga hati dan suka berlawak membuatkan saya benar-benar terpikat.
“Lebih-lebih lagi dia bukan seperti lelaki lain yang ego dan sering suka bawa berbincang dan mendengar pendapat masing-masing. Senang kata kami serasi.

“Terus-terang sebelum ini, saya tidak pernah terfikir untuk menjalinkan hubungan cinta apatah lagi berkahwin, tetapi dengan Nadi, dia telah merubah segalanya,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Setelah mengikat tali pertunangan pada 3 Syawal lalu, Syanie dan Nadi telah merancang untuk bernikah pada 1 Mac 2014.

Tinggal lebih kurang 6 bulan sahaja lagi mereka akan disatukan dengan satu ikatan yang sah.
Menurut Syanie, dia kini sudah mula membuat persiapan sedikit demi sedikit sebelum menjelang hari perkahwinannya itu nanti.

“Buat masa sekarang, tiada lagi persiapan yang besar yang kami buat. Malah, kami masih lagi memilih lokasi untuk majlis kami nanti.

“Cuma kini kami sedang mula membuat senarai mengenai perkara yang wajib dahulu yang perlu kami sediakan untuk majlis akad nikah nanti. Yelah, saya dengar nak kahwin bukannya mudah, ada juga prosedur yang perlu dilakukan,” jelasnya lagi.

Bakal suaminya itu memiliki dua orang anak lelaki hasil perkahwinan pertama yang berusia 5 dan 4 tahun.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Macam tau je tira suka nombor tue.

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


hehh , banyak dah kan segmen yang blogger2 ni buat . termasuk lah tira sendiri . hee , sebelum tu , nak jemput lah join segmen tira ni . Segmen Jom Bersahabat Part1 . rajin2 lah join yee . heee , lagipon tira memang suka nak join segmen2 ni sebab , nanti ade orang datang singgah blog kite , lepas tu kite plak balas jejak mereka . kan bestt . 
haa , sebenar nak bg tau nih . ari tu ade la join segmen ni . lepas tu dapat lah satu doodle . maklum lah den tak goti nak lukih doodle2 ni . hehe . mengharap orang bg yo lahh . yang tira suka tu letak plak link tira kat no peberet tira . huhu . cam tau tau yo tira suko no tu . 
feberet tira la , tira suke no 7 ! korang suka no ape ? hehehe .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Segmen : Deno Short Giveaway #Part2

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


join mari . hehe

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Wanita trauma diragut ketika bersolat

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


KUALA TERENGGANU - Sebelum ini, kita hanya mendengar duit tabung masjid dicuri, beg tangan dan barang berharga milik jemaah dilarikan ketika sedang solat, tetapi kejadian berbeza dialami seorang jemaah wanita di sebuah masjid di Chendering, di sini.

Dalam kejadian Sabtu lalu, kira-kira jam 8.40 malam, ibu empat anak itu nyaris menjadi mangsa ragut oleh penjenayah yang menutup muka dengan tuala ketika sedang menunaikan solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan.

Menurutnya yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Ani, 52, ketika kejadian, dia bersama tujuh lagi jemaah wanita sedang bersolat di ruang solat tingkat bawah, manakala jemaah lelaki di ruang solat tingkat atas masjid.

“Disebabkan jemaah tidak ramai, jadi kami hanya membuat satu saf sahaja dan saya mengambil tempat di kedudukan paling tengah.

“Semasa kejadian, imam sedang membaca surah al-Fatihah untuk rakaat kedua. Ketika sedang khusyuk itu, tiba-tiba bahu saya sebelah kiri dicengkam dengan kuat sebelum leher diraba oleh penjenayah yang muncul dari arah belakang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Permint Jaya, Chendering, di sini, semalam.

Kak Ani berkata, terkejut dengan situasi itu, dia terus memalingkan muka dan mendapati seorang lelaki bertubuh sasa yang menutup muka dengan sehelai tuala berdiri di belakangnya.

“Saya menjerit sekuat hati kerana terkejut dan disebabkan jeritan saya itu, semua jemaah wanita terpaksa memberhentikan solat untuk membantu.

“Malah dua daripada mereka bertindak berani cuba mengejar penjenayah terbabit  tetapi gagal,” katanya.

Jelasnya lagi, penjenayah yang mengenakan baju T dan berseluar jeans itu mungkin bukan sahaja berhasrat hendak meragut rantai leher dipakainya, tetapi turut mempunyai niat mengambil kesempatan untuk mencabul.

“Ini kerana, ketika dia mencengkam bahu, perbuatan awalnya lebih kepada meraba dada sebelum bertindak menarik rantai di leher.

“Tetapi apa yang saya musykilkan, bagaimana penjenayah itu tahu saya memakai rantai sedangkan semasa pergi ke masjid, saya terus memakai telekung sembahyang dan sememangnya tidak akan nampak barang kemas dipakai,” katanya.

Menurutnya lagi, walaupun insiden itu sudah berlalu beberapa hari, namun dia masih trauma.

“Setiap kali hendak solat, saya merasakan seperti ada orang di belakang walaupun hanya solat di rumah.

“Selepas kejadian, saya masih tidak berani  ke masjid dan insyaALLAH, selepas semangat saya pulih dalam beberapa hari nanti, saya pasti akan menjadi salah seorang jemaah di masjid itu lagi,” katanya.

ragut

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH