Nur Atirah

 Banner

Saturday 7 September 2013

sakit dah tangan gua .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


MasyaAllah , masuk je rumah baru ni , macam tongkang pecah ! sebelum ni , budak2 intersesi yang masuk . bilik air kotor , dapur bersepah , sampah lagi ,adoii . ni kalau mak mertua tengok ni , cancel jadi menantu ! hehe .

so , tira tadi pakat2 la ngn member rumah nak bersihkan rumah ni . dengan rela hati nya tira sendal bilik air yang kotor tu . kalau tak , geli nak mandi . adehhh . sakit dah tangan2 ni kerana menyental dengan segeram hatinyaa . hehe

ini nak mintak urut , manja2 dengan housemate , mesti dapat . kihkih . esok nak keluar beli barang rumah . so , nantikan rumah cantik kitorang . hehe


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Segmen Sabtu by Emas Putih & Dedeq

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



JOINNNNNN

maxis

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Hai Melakaaaaa

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


now dekat bilik tengah amik masa nak update blog . dari pagi tak usik blog sebab hari ni tira balik melaka . anneyong melaka ! hehe . macam melaka jauh sangat plak dari negeri sembilan kan ? kahkah .

barang2 suma dah keluar dari stor . rumah yang dapat sekarang , mak aii , kotor ! budak yang lama dulu tak geti nak kemas agaknyaa . adoiii , badan ni dah lah letih . barang2 tira pon belum habis kemas. karang nak kemas rumah lagi .

esok pergi carik barang ape yang takde . malam ni tonggak tonggek kemas rumah . hehe . ade sesapa dah balik kolej masing2 ?


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Bekas penyanyi dipenjara, sebat rogol anak tiri

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Kajang: Seorang bekas anggota kumpulan R&B popular sekitar 2000, dipenjara 20 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas didapati bersalah merogol anak tirinya yang ketika itu di bawah umur, tahun lalu. 

Hakim Nor Hazani Hamzah menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, yang berusia 38 tahun selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. 
Gagal kawal perasaan 


Tertuduh yang memakai kemeja lengan panjang dan kopiah hitam hanya menundukkan kepala dan gagal mengawal perasaan sedih sebaik mahkamah menjatuhkan hukuman itu. 

Nor Hazani dalam penghakimannya berkata, keterangan mangsa boleh dipercayai kerana disokong oleh saksi bebas dan doktor turut mengesahkan, ada kesan koyak pada alat sulit mangsa. 

Beliau membenarkan permohonan peguam bela, Azmi Talib untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman ke atas anak guamnya, namun menaikkan jumlah jaminan kepada RM80,000 berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran sehingga selesai rayuannya. 

Terdahulu, mahkamah diberitahu oleh mangsa sendiri melalui keterangan impak mangsa (VIS), bahawa dia mengalami tekanan perasaan dan takut untuk memulakan sesi persekolahan serta berdepan rakannya. 
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang juga seorang guru vokal, didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, pada jam 9 pagi, 9 Februari 2012 mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan. 

Jika sabit kesalahan, tertutuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan. 

Hukuman maksimum 

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Fadzlin Abd Zawawi, sebelum itu memohon mahkamah mengenakan hukuman maksimum terhadap tertuduh dengan mengambil kira faktor kepentingan awam. 

Nor Fadzlin berkata, mangsa di dalam kes ini sangat menyayangi tertuduh dan menganggapnya sebagai bapa kandung. 

Lapan saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan manakala enam bagi pihak pembelaan sepanjang perbicaraan.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH