Nur Atirah

 Banner

Thursday 5 September 2013

Yang sebenarnyaa

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


hari ni tira buatkan cheesy wedges untuk adik2 . petang , lepas cekmi , yana mandikan mak , memang rutin bagi mak makan pulak . kumpul la ramai2 makan cheesy tu . cekmi yang bagi mak . tira tengok mak , susah sangat nak telan . tira bg tau kat cekmi , mak tak boleh makan sangat dah , mak kena sonsongkan air .

dulu , mak boleh lagi jalan , makan , buat kerja rumah , semuanya mak buat . ingat lagi masa tira darjah 5 , darjah 6 gitu , mak basuhkan baju sekolah kitorang guna tangan je . padahal , ade je mesin basuh . dari masa tu , sampai sekarang , sikit2 mak tak boleh buat . mak baring jee .

wan cakap mula2 mak nak sakit dulu , masa kitorang kecik lagi . sebelum adik ade . kalau nak kira sampai teruk macam ni , dah 14tahun , 13tahun jugak . makan ? dulu mak boleh makan sendiri . bayangkan masa tira sekolah menengah lagi , adik2 kecik plak tu . kitorang letak kan nasik dalam pinggan . mak makan sendiri beralaskan surat khabar . sebab tangan mak merayau2 . tak duduk diam . abis bersepah . sekarang yang paling teruk , tak dapat suap sendiri .

jalan ? dulu mak masih boleh jalan . walaupun jalan tak berapa betul , tapi still boleh jalan . sekarang , kalau nak pergi mana2 , kena pimpin . mandi pon kitorang yang mandikan . kesian kan mak . mak memang tak pernah merungut . sikit pon mak takde pernah mengadu sakit . mak diam kan je .

tapi , tira sebagai perempuan , tira tau mak sedey . cuma mak tak dpat nak buat ape2 . kalau dulu , tira selalu menangis , kalau tira mara , mesti tira salahkan orang yang buat mak tira tu . orang tu memang tak guna ! sekarang tira dah besar . takde cengeng lagi dah . 

mak sakit ape ? kalau mula2 dulu , memang ramai tanyaa . pergi check doc , doc kate mak tak sakit ape2 . hmm , biasa lah . orang buat . orang dengki . mak terima je . tapi bagi tira , dugaan tu berat sangat bagi mak . kan , memang tira boleh kesian kat mak . tapi berat mata memandang , berat lagi bahu memikul kan . tira mohon , semoga Allah ringankan beban mak . amin .


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Segmen vector percuma

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



nak vector tu sebab tira tak pandai buat . hehe . asyik nak mengharap orang je 

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

segmen ayu: UPSR oh UPSR

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


tira amik upsr mase tahun 2004 tak silap . hehe
keputusan 3A 2B
suma subjek tira suka . hehe

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Segmen : CN nak bagi hadiah, nak tak?

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


join

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Contest ! - MENANGI RM250.00

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

RM50 Menangi RM250.00
RM50 x 5 Pemenang.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Ni baru betul pengomen tegar ! hehe

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


tengah hari tadi , bukak je blog ade 7 comment mintak dipublishh . baca satu2 , entry mana , blogger mana . selalunya blogger yang memang rajin tinggalkan komen la kan . baru je tekan home , dah ade 10 komen lagi . 

fuu , terkejut ! tengok2 , macam stalker ! hehe . sume entry die godek . 


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Kalau Mak dah panggil .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


bila mak nak panggil anak2 , mak akan tepuk2 tangan mak . selagi ade yang tak datang , selagi tu mak tepuk . macam tu lah selalu kalau mak nak something atau nak suruh buat something .

hm , nak buat macam mana . mak nak bercakap pon susah . tira adik beradik je faham ape mak cakap . itu pon kadang2 . kalau orang luar datang jenguk mak , memang orang tu akan terpinga2 . kenapa tak . nafas mak susah nak keluar . bila nak bercakap tu yang susah .

kadang2 tira kena dekatkan telinga kat mlut mak , baru tira dengar ape mak cakap . disebabkan susah nak cakap tu , suara mak perlahan je . sangat ! time tengah2 hari camni , kalau dengar mak tepuk tangan tu , makna nya mak nak air lah tu . haus !

kesian mak . satu2 mak tak boleh buat . hm . sabtu ni , dah nak naik sem , time adik2 sekolah . tinggal lah wan sorang2 jaga mak . ape nak buat . berubat pon tak jalan .


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

JUST SHUT UP GIVEAWAY #1 BY FARAH ARINA

Assalamualaikum .
Apa Khabar !




Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Review : Cheesy Powder Nyum Nyum !

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



hee , hati gembira sikit nihh . yang dihajati  dah pon dpat . memang niat dalam hati nak cari benda ni sejak minggu lepas . tapi susah nak cari ! maklom lah dok kampung . hehe . 

semalam dok online , kenapa tah rajin dok scroll group yang orang dok niaga tu , terjumpa plak . survey lah dulu . satu packet 100gram = Rm6 . ade yang tira jumpa , lagi mahal kot tak silap . siap kata ni last stok punya . next stok akan mahal lagi .. ehh , guna cara tipe ke nak tarik pelanggan . hmm , entah lahh . ini tira beli 4packet RM30 include postage .

ni punya tira percaya , sebab ni belum bayar , dia dah pos . amboii , banyak bagus lahh . tira bukan ape , tira cakap kat dia yang maybank2u tu masalah , tak leh bukak . jangan pos selagi tira tak bayar . tup tup pagi tadi sampai . maun tak terkejut .

hm , semoga murah rezeki dia . petang nanti  baru bank in . ada yang nak ? boleh direct call/sms ke . carik kat fb pon bolehh ..

CALL/SMS : 0172130276
FB : Pak Cik Fauzy

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Tinggal 2hari je lagi.

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


dah berbulan pulak rasenye tira cuti sem ni . alhamdulillah lah . dapat puasa kat rumah dengan adik2 , mak , wan . beraya pon sebulan genap dengan diorang . hidup nyawa ni rase . hehe . and now , masa untuk countdown !

tinggal hari ni dan esok je nak bertakhta kat umah ni . sabtu dah nak balik melaka . cehh , macam tak balik rumah lagi plak kan . ehh , jangann . nak balik selalu , duet minyak dah naik ! haha . tira ulang alik naik bas . maun tambang bas pon naik harga jugak nihh . hehe

lepas tu , rindu lah kat katil bucuk tira tu . bantal fav , selimut fav . nak cuti lagiiiiii . 


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Ira , kite sakit ...

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


pagi2 lagi zura dah text tira . bagi text panjang2 . "ira ,kite tengah sakitt.. and bla bla blaa " okeh ni cerita semalam ehh . uiii , sape tak risau kalau kawan tengah sakit . tira tanya dia sakit ape . paksa dia bgi tau . 

zura cakap dia dah dua tiga hari sakit kepala . ayah dia nak bawak klinik , check , tapi dia tak nak . so , sebab dah risau sangat , petang semalam baru dia pergi . tira cakap , nanti dah check terus text .

bila sampai petang . no mesej , no call . ouh , risau ! tira text dia . 2kali ! "macam mana?" . "ira , jangan risau , doc kata takde ape2 . nanti klau tak elok jugak pergi hospital melaka" . haa , lega jugak la kan kalau dah tau camtu cite nyee .

hmm , zura kawan sebilik , serumah , sekelas , sekuliah , seuniversiti tira . semuanya "Se" lahh . hehe . and kalau ape2 , mestilah risau , ye dokkk . alhamdulillah dia oke .


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

ni Lah perkara yang tira takot

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


kalau dah dekat atas jalanraya tu , benda ni lah paling tira ngeri . lori yang bawak kayu balak ! yang besar gedabak plak tu . terbayang2 je kalau lah kayu penahan tu tak kukuh , maun dihempok nye tira . fuu , jiwa perempuan kan . gerun gerun . ni haa , seb bek abg ni selamat . 
GOMBAK - Seorang pemandu nyaris maut selepas kereta Proton Gen 2 yang dinaikinya terhempap muatan kayu balak di Jalan Lama Batu 10, kira-kira jam 7.45 pagi.

Mangsa, Nordin Abdul Shukor, 54, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Subang menuju ke tempat kerjanya yang terletak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Menurutnya, secara tiba-tiba lori muatan batu yang berada di hadapan keretanya cuba memintas sebuah motosikal di hadapan lori berkenaan namun gagal lalu bergesel dengan lori yang membawa muatan kayu balak dari arah bertentangan.

"Lori yang bawa batu itu terus merempuh penunggang motosikal manakala lori kayu balak hilang kawalan sehingga menyebabkan muatannya jatuh menghempap kereta saya.

“Saya hanya mampu menjerit Allahuakbar ketika kejadian itu berlaku. Saya hanya berserah pada ALLAH,” katanya.

Nordin berkata, akibat kejadian itu, dia mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan dan dibawa ke Hospital Orang Asli Gombak untuk menerima rawatan.

"Penunggang motosikal itu patah kaki kanan dan di hantar ke Hospital Selayang manakala pemandu lori muatan batu itu terus menghilangkan diri selepas kejadian itu," katanya.

Menurutnya, dia bagaimanapun bersyukur kerana terselamat dalam kejadian ngeri itu.

"Saya akan buat laporan polis selepas ini bagi membolehkan siasatan dijalankan,” katanya.

Dalam pada itu, pemandu lori balak yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian itu berlaku, dia sedang dalam perjalanan menghantar kayu balak ke Ulu Yam.

"Saya terkejut dan gagal kawal lori selepas lihat lori di laluan bertentangan masuk secara tiba-tiba ke laluan saya.

"Saya tak sempat elak menyebabkan lori saya terbabas dan muatan dibawa menghempap kereta Gen 2 itu,” katanya.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Okehh , Good Night Dude!

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


masa untuk lelapkan mataaa . dekat luar , hujan plak tu , syokkkkk lah tido niee . hehe . nite everybody . esok je la sambung blogging tueee, carik bantal dulu . hehe




Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Maybank2u memang tak boleh bukak ehh ?

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


dah dua tiga hari tira nak bukak maybank2u . asyik tak boleh jeee . kenapa ehh ? sekarang suma hujung jari jee . nak transfer duet pon kat situ je . maklum lah , takde mase nak keluar beli barang . postage je la manjang .

korang yang ade account maybank tu try bukak maybank2u jap . boleh ke idak ? atau memang tira sorang je tak boleh ? dah la aacount nuffnang memang tak ley bukak dekat lappy tira ni . asal nak bukak nuffnang je kena pinjam laptop ujang . takot masalah yang same pulak . hmm . 

tira teringin nak beli something ni . kalau maybank2u tak ley bukak , cmne nak buatt . adoii .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH