Nur Atirah

 Banner

Wednesday 21 August 2013

Jep Sudah Terima Petanda Kecil Mampu Kalahkan Jozan

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Jep Sudah Terima Petanda Kecil Mampu Kalahkan Jozan

KUALA LUMPUR : Kemenangan ahli Sepahtu, Mohd Nadzri Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan nama Jep menewaskan Johan, Zizan, Dato’ AC Mizal dan Yus Jambu dalam kategori Artis Lawak Lelaki Paling Popular pada Anugerah Lawak Warna 2013 benar-benar telah mengejutkan ramai peminat industri komedi tempatan.

Malah, Jep yang ditemani kawan baiknya, Shuib pada malam itu mengakui turut terkejut dengan kemenangan itu. Pun begitu, sebelum namanya diumumkan sebagai pemenang, Jep sudah menerima petanda kecil bahawa dia akan meraih anugerah berkenaan.

“Saya sama sekali tidak menyangka, saya akan menang pada malam ini. Namun, saya sudah dapat petanda kecil bahawa saya akan menang. Sebenarnya, saya mahu terus pulang selepas saya buat persembahan pertama tadi kerana saya kurang sihat.

“Namun, pihak produksi telah menghalang saya berbuat demikian dengan memberikan pelbagai helah supaya saya terus kekal di situ dan tidak pulang. Setelah diumumkan, barulah saya tahu kenapa mereka halang saya dan saya betul-betul terperanjat.

“Anugerah ini memang saya tujukan buat orang yang selalu percayai bakat saya iaitu Bob Azrai dan Hussein.Tidak lupa juga, buat sahabat baik saya, Shuib yang selalu bersama saya dan faham kerenah saya. Dia adalah sahabat saya yang paling sempurna,” katanya kepada murai.com.my.
Dalam pada itu, Jep menafikan bahawa kemenangannya pada malam itu adalah sebagai satu gelanggang untuk dia bersaing dengan Jozan yang sememangnya diketahui sedang lebih popular di mata masyarakat pada saat ini.

“Semuanya terpulang kepada masyarakat. Saya memang kagum dengan bakat yang ada pada Jozan. Terutama sekali Johan. Saya tidak merasakan saya berlawan dengan Johan mahu pun Zizan.

“Kita orang dah macam adik-beradik. Sejujurnya, saya tidak tahu nak komen lebih mengenai persoalan tentang saya kalahkan Jozan. Apa yang boleh saya katakan, kami saling menasihati dan saling memerlukan,” katanya lagi.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Bas dari Genting Highlands jatuh gaung

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

KUALA LUMPUR: Sebuah bas yang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu kota terjunam dalam gaung setinggi 80 meter dalam kejadian di Kilometer 3.6 Jalan Genting - Kuala Lumpur kira-kira jam 2.46 petang tadi.
Setakat jam 5 petang, lapan lelaki dan lima wanita berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut. 
Bagaimanapun, usaha menyelamatkan lebih 30 mangsa lain masih diteruskan. 

Mangsa pertama merupakan seorang wanita Melayu berusia 20-an berjaya dibawa keluar kira-kira jam 3.30 petang.

Dipercayai 49 penumpang berada dalam bas ketika kejadian.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Lelaki nyaris maut, kereta tiba-tiba terbakar

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

KOTA KINABALU: Keupayaannya mengawal diri dan tidak panik menyelamatkan seorang lelaki daripada rentung selepas kereta yang dipandunya tiba-tiba terbakar, dalam satu kejadian hari ini. 

Lelaki berusia lewat 30-an yang hanya mahu dikenali sebagai Henry itu berkata dia sedang memandu di Kampung Air di sini apabila tiba-tiba terdengar bunyi letupan daripada enjin keretanya. 
"Tanpa berfikir panjang saya cepat-cepat membuka tali pinggang keledar dan keluar daripada kereta. Ketika itu baru saya sedar bahagian depan kereta saya sudah marak terbakar," katanya kepada pemberita. 


Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy Ramin ketika dihubungi, berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9.55 pagi dan sebuah jentera digegas ke tempat kejadian. 

Api dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 10.26 pagi dan kereta itu terbakar hampir 80 peratus, katanya. - BERNAMA 

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

OHBlogger Blogger Baru

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Nama : Nur Atirah Bt Mohd Hafiz
Nama blog : Nur Atirah
Sebab pilih nama blog : sebab this is me ! :)
link blog :  itsmetira.blogspot.com
Bila tira mula berblog : Tahun 2011 kalau tak silap
Tujuan berblog : masa mula2 tu , tira saje je nak blogging sebab tengok adik2 punya blog cantik . so , tira pon cuba la berblogging . hehe
Sebab join segmen ni : em maybe sebab ia nya segmen kot . sapa2 je boleh join kan ? so , tira memang suke . heeh
jom like fanpage tira :) 

  

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Askar Mesir tembak mati wartawan tempatan

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


KAHERAH: Askar Mesri menembak mati seorang wartawan tempatan yang sedang bertugas untuk sebuah pertubuhan akhbar harian negara itu di pusat pemeriksnaan tentera, hari ini. 

Kematian Tamer Abdel-Raouf menjadikan lima wartawan maut dalam tempoh seminggu sejak tercetusnya keganasan di Mesir. 
Pihak tentera bagaimanapun berkata, Abdel-Raouf yang bertugas untuk akhbar Al-Ahram membolosi pusat pemeriksaan tentera pada petang semalam perintah berkurung bermula. 


Katanya, anggota tentera melepaskan tembakan amaran terhadapnya sebelum menembaknya di dalam kereta dan tentera menafikan tindakan itu untuk membunuhnya. 

Bagaimaanapun, Ahli Jawatankuasa Melindungi Wartawan, Shaimaa Abu Elkhir yang memetik saksi yang bersama Abdel-Raouf di dalam kereta itu berkata, sebenarnya tiada tembakan amaran dilepaskan dan kejadian itu berlaku sejam sebelum perintah berkurung bermula jam 7 malam. 

Hamed al-Barbari dari akhbar Al-Gomhuria memberitahu media, mangsa diarah kembali semula ke pusat pemeriksaan tentera itu sebelum mereka ditembak ketika kereta mereka melalui pusingan U. 

Abdel-Raouf ditembak di kepala sebelum keretanya melanggar tiang lampu di pos pemeriksaan tentera berkenaan. - AP


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Peminjam Gagal Bayar PTPTN Tidak Akan Diletak Di Bawah CCRIS

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

Khairy Jamaluddin

PETALING JAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).
Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat jemaah menteri, Rabu.
Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menerusi Twitter dan laman Facebook beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kementerian terlibat membuat keputusan yang disifatkan sebagai ‘mendengar suara orang muda’.
“Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS. Terima kasih pada PM & Menteri-menteri Pendidikan kerana mendengar suara-suara orang muda,” katanya.
Pemuda Umno pada Selasa, membantah keputusan kerajaan untuk menyenaraihitamkan peminjam PTPTN yang gagal membayar balik pinjaman mereka di bawah CCRIS kerana berpendapat kerajaan sepatutnya menggunakan mekanisme sedia ada dalam memastikan peminjam PTPTN membayar balik pinjaman mereka.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Dulu pengemis jalanan....Tegar kini artis terkenal

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

PROFIL
Nama Penuh: Tegar Septian
Tempat Lahir : Pemalang, Jawa Tengah
Tarikh Lahir : 19 September 2001
Bilangan Adik Beradik : Empat Orang (anak pertama)


TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Satu ketika dahulu, si kecil ini sering kali menjadikan kaki lima dan kota-kota kecil di sekitar Indonesia sebagai tempat mencari rezeki.

Dengan bertemankan sebuah gitar kecil, dia menjadi penghibur jalanan untuk membantu keluarganya demi sesuap nasi.

Seawal usia enam tahun, Tegar atau nama sebenarnya, Tegar Septian, 12, mula diasuh menjadi pengemis.

Selain mendapatkan wang dengan petikan gitar, Tegar juga turut membuat pekerjaan lain seperti mengambil upah mencuci kereta.

Malah, Tegar terpaksa mengorbankan zaman persekolahannya demi membantu keluarga yang kesempitan.

Bukan sahaja dirinya, malah ibunya, Ratna Dwi Asih juga turut menjadikan stesen kereta api berdekatan sebagai tempat mencari pendapatan dengan usaha pengemis.

Bapa tirinya pula bekerja sebagai buruh binaan dan kadang kala turut menjadikan pekerjaan yang sama untuk menyara kehidupan mereka demi membesarkan tiga adiknya yang lain.



Walaupun membesar di persekitaran yang serba kekurangan, namun Tegar dikurniakan suara emas yang mampu menghiburkan orang ramai.

Segalanya berubah setelah seorang daripada penuntut sebuah universiti di negara itu bertindak merakam nyanyian Tegar dan terus memuat naik ke laman sosial YouTube, pada Mei tahun lalu.

Dengan alunan suara emas dan bertemankan petikan gitar kecil yang usang, Tegar menyanyikan lagu dendangan penyanyi dangdut, Ratna Koin, Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang, dengan liriknya sendiri.

Video yang dimuat naik itu berjaya mendapat perhatian pengikut dunia maya termasuk di luar Indonesia sehingga mencatat lebih daripada tujuh juta tontonan.

Bermula saat itu, ramai yang mula mencari Tegar dan kagum dengan kelebihan yang dimiliki si cilik ini.

Kelibat Tegar mula mencuri tumpuan setelah memenangi satu pertandingan pencarian bakat yang dianjurkan sebuah syarikat telekomunikasi sekali gus, membawa nama Tegar ke persada seni Indonesia.



Kehidupan di jalanan

Akui Tegar, kehidupannya sebagai pengemis jalanan bukanlah sesuatu perkara yang manis untuk dikenang. Malah, sepanjang tempoh itu, Tegar pernah terjebak di dalam kalangan pengemis cilik yang bermasalah.

"Saya pernah terjebak dalam masalah sosial seperti merokok dan minum arak. Pada awalnya, saya memang menolak, namun akhirnya terpengaruh dengan rakan-rakan.

"Kehidupan di jalanan sememangnya tidak lari daripada masalah seperti itu kerana tiada siapa yang mempedulikan kami kerana ibu bapa juga sibuk bekerja.

"Namun kini, saya sudah meninggalkan kesemua ketagihan itu dan pengurus saya banyak beri nasihat serta dorongan untuk meninggalkan masa lampau yang tidak memberikan sebarang kebaikan," katanya.


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

PANAS…Halim Dakwa Perempuan Itu Hanya Mahukan Publisiti!

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


PANAS...Halim Dakwa Perempuan Itu Hanya Mahukan Publisiti!

Jawapan agak klise namun kalau itu adalah kebenaran, apa salahnya kan?
Susulan artikel beberapa gambar mesra dirinya bersama seorang wanita, Halim Othman menafikan yang wanita bernama Dania itu adalah kekasihnya.
Menurut Halim, Dania hanyalah peminatnya.
Nampak gayanya lambat lagilah nak merasa makan nasi minyak di kenduri majlis perkahwinan Halim Othman.
Yang menariknya, menurut Halim, gambar-gambar itu diambil tahun lalu ketika dia, wanita itu dan beberapa orang rakan menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka.
Abang Nara tertarik dengan kata-kata Halim di bawah:-
Dia bukan kekasih saya dan hanya sebagai peminat. Saya tidak sangka dia muat naik gambar itu sehingga menimbulkan salah faham orang lain terhadap saya.
Saya mendapat tahu perkara ini menerusi rakan. Saya mengenali wanita itu sebagai peminat dan tindakannya seolah-olah mahukan publisiti.
Ada gambar yang dimuat naik itu dibuat secara “super impose”. Ketika bergambar dia gemar berkepit dengan saya dan ia membuatkan saya tidak selesa.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Misteri dua kubur

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



KUALA TEMBELING - Dua kubur yang dipercayai milik tentera British di Kampung Pasir Tambang, dekat sini, menimbulkan tanda tanya penduduk mengenai sejarah yang berlaku di kawasan itu.

Pengerusi Pengusaha-pengusaha Pelancongan Taman Negara, Abdul Jalil Abd Rahman berkata, salah satu kubur itu milik Alfred Edward Cyrill Franklin yang lahir pada 18 Jun 1875 dan mati pada Mei 1915.

Menurutnya, sebuah lagi kubur yang berkemungkinan orang berpangkat dalam tentera British memandangkan keadaan kuburnya yang lebih besar dan terhormat tetapi tidak dapat dikenal pasti kerana tanda namanya sudah hilang.

“Dua kubur ini terletak di atas bukit di Kampung Pasir Tambang dan dalam kebun kelapa sawit penduduk. Keadaan kubur ini dilihat pada sebelum ini seperti dijaga kerana mempunyai pagar tetapi kini ia tidak lagi dijaga dengan baik dan dibiarkan di tengah hutan.

“Dalam hal ini kita minta mana-mana pihak termasuk pihak Muzium supaya dapat memelihara kembali kubur ini dan mencari apa sebenarnya sejarah yang berlaku hingga dua tentera ini ditanam di atas bukit ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Jalil berkata, kemungkinan dua tentera itu mati kerana berperang dengan penduduk kampung ketika itu.

Menurutnya, kawasan Kuala Tembeling ini kaya dengan pelbagai sejarah dan dua kubur ini boleh dijadikan salah satu kawasan pelancongan bagi memberi pengetahuan kepada orang ramai mengenai apa yang telah berlaku hingga dua tentera ini mati di kawasan ini.

“Kubur ini perlu dijaga semula dan penulisan sejarah yang berlaku perlu dipaparkan untuk pembacaan orang ramai. Kita mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku.

“Secara tidak langsung ia dapat menaikkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat untuk lebih menghargai nikmat keamanan negara dan mengingati pejuang negara yang bertempur demi kemerdekaan negara,” katanya.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Mayat berkuku panjang belit badan

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



PENGALAMAN terjumpa mayat yang tidak diterima bumi antara detik yang tidak boleh dilupai oleh Solihin Yusoff, 35, sepanjang bergelar penggali kubur. Ceritanya, pada ketika itu dia sedang menggali sebuah kubur di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Tokong.

Gara-gara tidak mempunyai batu nisan, dia tidak sangka tanah yang digalinya sebenarnya sudah terdapat jasad lain di dalamnya.

“Pada masa itulah saya terkejut apabila mendapati jasad berkenaan masih ada sedangkan papan keranda sudah pun reput, sementara kain kafan yang membaluti tubuh mayat berkenaan juga sudah tiada.

“Anehnya, saya dapat lihat jasadnya berwarna merah seakan terbakar dan wajah semua tidak ada, cuma jasad sahaja sementara kukunya ibarat hidup.

“Kuku mayat berkenaan memanjang seakan hidup dan membelit badannya sendiri, itu antara pengalaman yang saya tidak akan lupakan sepanjang hayat,” katanya kepada Sinar Harian.


Kubur bercahaya

Anak kelahiran Kampung Tanjung Tokong itu sudah hampir 25 tahun bergelar penggali kubur. Dia yang bekerja sebagai kontraktor di sebuah syarikat telekomunikasi turut mewarisi bakat menggali kubur daripada ayahnya.

Seperti mana janji ALLAH SWT, sesiapa yang mengikut ajaran-Nya pasti akan dipermudahkan di alam barzakh. Solihin bertuah kerana melihat sendiri keajaiban berkenaan di hadapan matanya pada suatu malam.

Menurutnya, dia pernah menyaksikan kubur bercahaya pada waktu malam namun kejadian berkenaan tidak dapat dilihat rakan yang lain.

Pada suatu malam ketika dia dan tiga lagi rakan yang lain mahu menggali kubur, tiba-tiba dilihatnya satu kubur bercahaya seakan diterangi lampu yang amat cerah.

Pada ketika itu dia memanggil rakannya untuk melihat kejadian berkenaan namun disanggah rakan-rakan yang lain kerana tidak dapat melihatnya.

“Memang saya sedikit terkejut, tapi itulah kebesaran ALLAH SWT, kubur berkenaan milik seorang yang boleh digelar ustaz kerana dia adalah guru agama yang turut mengajar anak Tanjung Tokong membaca al-Quran.

“Malah arwah juga adalah antara orang penting yang memandikan jenazah sekiranya adanya mayat,” katanya.

Solihin mengakui mula seronok datang ke kubur sejak kecil lagi dan kemudiannya membantu bapanya menggali kubur sejak berusia 12 tahun.


Rasa ada kematian

Mempunyai pengalaman agak luas, lelaki yang sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak ini mempunyai teknik tertentu untuk menggali kubur. Kebiasaannya dia akan mengukur tanah kubur hanya menggunakan cangkulnya sahaja.

Akibat sudah terlalu biasa dengan kematian, Solihin seakan dapat merasa akan ada kematian yang akan berlaku.

Bukan rekaan, namun itulah yang berlaku terhadap dirinya sehingga majikannya sendiri menyedari kelakuannya apabila tiba saat dia akan menggali kubur.

“Ya, saya sendiri dapat rasa diri saya tidak dapat duduk diam dan selepas itu akan ada perkhabaran orang meninggal dunia dan saya akan terus ke kubur untuk menggali.

“Saya sendiri tidak pasti mengapa tapi itulah yang berlaku terhadap diri saya, majikan saya tidak mempunyai masalah untuk melepaskan saya apabila waktu bekerja untuk ke kubur,” katanya.

Sama seperti orang lain, Solihin akan membaca surah al-Fatihah dan berselawat ketika menjalankan tugasannya di kubur.

“Biasalah orang sentiasa ingat kubur ini tempat menakutkan tetapi kita tidak boleh bersikap demikian kerana inilah tempat kita akan ‘tinggal’ nanti,” katanya.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Segmen Gempak Mieza Jhaa K.

Assalamualaikum .
Apa Khabar !




Assalamualaikum bloggers.. Akhirnya segmen yang dijanjikan dan ditunggu-tunggu tiba jua. Ini adalah segmen pertama saya yang diharapkan agar segempak tajuknya. Bermula hari ini pukul 1:00 tgh hari dan berakhir pukul 1:00 tgh hari esok. Anda semua dijemput join.

Syarat-syarat penyertaan :
1. Add to circle Google+ Mieza Jhaa K dan like Fanpage Mieza Jhaa K
2. Buat entry bertajuk "Segmen Gempak Mieza Jhaa K"
3. Copy coding yang telah disediakan dan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publish entri.
4. Tinggalkan URL entri di kotak komen.

Ganjaran Segmen : 
1. 10 blog bertuah yag dipilih sendiri oleh saya akan direview salah 1 dari entri terbaik mereka. Kepada yang terpilih nanti, sila tinggalkan URL entri terbaik anda.

2. 25 blog yang bertuah berpandukan RANDOM.ORG akan diletakkan di dalam bloglist khas bermula 23 Ogos hingga 23 September 2013. Dan kepada yang bertuah nanti diminta agar meletakkan blog Mieza Jhaa K ke dalam bloglist anda juga.

Jom kita meriahkan segmen ini.


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



Kembali menemui uols setelah sekian lama... Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2... ^_^...

Seperti maklum, segmen ini dibuat bagi memudahkan saya a.k.a. Cik Puan Bubbly serta rakan2 lain untuk follow dan bloghopping semua blog peserta segmen ini. Dalam masa yang sama, nak bagi ruang buat kita semua untuk berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra giteww... he he he... 

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com bermula dari hari ini, 15/8/2013, jam 1.00 petang SEHINGGA 22/8/2013, jam 1.00 petang... Aci tak? *_^ ... Hopefully segmen ni dapat sambutan dari uols macam segmen2 yang lepas dan semua blogger dijemput join... Pada yang rajin datang, rajin komen, silent reader, stalkers, he he he...stalkers pun boleh, x ada masalah...masa serta peluang untuk anda menonjolkan diri...ekekekeke...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. Follow blog Bubblynotes.Com
2. Buat entri bertajuk Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian, pastekan ker ruangan HTML uols seperti di bawah ni...


4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini. 

Pemilihan Pemenang:
1.   10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2.   Pemenang akan diumumkan pada 25/8/2013.
2. URL Blog pemenang akan diletakkan di sidebar bubblynotes untuk tempoh sebulan bermula dari 25/8/2013 sehingga 25/9/2013.

So, kalau2 sudi tu, silalah support dan juga join... *_^... Selamat Bersegmen & Ber-Bloghopping!

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH