Nur Atirah

 Banner

Thursday 17 October 2013

cubaan google nama sendiri

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


keje ni korang pernah try tak ? ape yang keluar ? hehe . dah takde keje , carik lah keje kan ! ni keje tak faedah ke ? entahhhh !! haha

cube korang try google nama sendiri . google image taw ! banyak tak gambar korang yang cun melecun atau hensem nak gila tu terpapar ? kehkehkeh . takdooo ? kalau tiraaa , taip nama sendiri , keluar nyaa , gambar adik2 tira .

acano tuu ? hehe . korang dah try ? share jum !



Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Pepatah Yang Di Patahkan

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.
2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.
3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.
4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.
5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang.
(Itulah…lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)
6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga… nasi pun habis.
7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)
8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu
9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.
10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)
11. Alang-alang menyeluk perkasa! m biar sampai kepangkal ketiak.
12. Biar korek hidung jangan korek tabung.
13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.
14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.
15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi…..boleh blah…….
16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.
17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.
18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.
19. Biar lambat asalkan perlahan.
20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah….
21. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.
22. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri.

hehehe

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Fakta tentang Kentut .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

1. Dari mana asal Kentut?
 Dari gas dalam usus. Gas dalam usus berasal dari udara yang kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria perut.


2. Apa komposisi Kentut?
Berubah-ubah. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dalam udara terabsorbsi oleh tubuh sebelum sampai usus). Adanya bakteria dan reaksi kimia antara asid perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen. Proporsi masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak uidara yang tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentutnya lebih banyak kerana tubuh tidak sempat menyerap oksigen.

3. Kenapa Kentut berbau busuk?
Bau kentut kerana kandungan hidrogen sulfida dan merkaptan. Kedua bahan ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfur dan merkaptan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan makin busuklah kentut anda. Telur dan daging berperanan besar dalam menghasilkan bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam menghasilkan volume kentut dan bukan kebusukannya.


4. Kenapa Kentut menimbulkan bunyi?
 Oleh kerana adanya vibrasi lubang anus pada saat kentut dihasilkan. Kerasnya bunyi bergantung kelajuan gas. 


5. Kenapa Kentut yang busuk itu hangat dan tidak bersuara?
Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria dan proses pencernaan menghasilkan panas, dan hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil, panas dan dengan produk metabolisme bakteria yang berbau busuk. Ini kemudian menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya tapi SBD (Silent but Deadly).


6. Berapa banyak Kentut dihasilkan dalam sehari? 
Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.


7. Mengapa Kentut keluar melalui lubang dubur?
Kerana density-nya lebih ringan, mengapa gas tidak melakukan perjalanan ke atas? Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar anus lebih rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang menjadi bertekanan, sehingga memaksa isi usus termasuk gas-ganya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar anus. Dalam perjalanan ke arah anus, gelembung-gelembung kecil bergabung menjadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gas akan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh kerana bentuk usus yang rumit dan berbelit-belit.


8. Berapa lama masa yang diperlukan Kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain?
Bergantung keadaan udara seperti kelembapan, suhu, kelajuan dan arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara transmitter dengan receiver. begiotu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar dan konsenstrasinya berkurang. Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa saat bererti ianya mengalami pengcernaan di udara dan hilang ditelan udara selam-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di tempat sempit seperti lif atau kereta, konsentrasinya lebih banyak sehingga baunya akan berlegar dalam waktu lama sampai diserap oleh dinding.


9. Apakah setiap orang Kentut? 
Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah matipun orang masih boleh kentut .


10. Betulkan laki-laki sering kentut lebih daripada perempuan?
Tidak ada hubungannya dengan gender. Kalau benar, maka perempuan menahan kentutnya dan saat kentut, banyak sekali jumlah yang dikeluarkan.


11. Saat apa biasanya orang Kentut?
Pagi hari saat di tandas, yang disebut â € œmorning thunderâ €. Kalau resonansinya bagus, boleh kedengaran di seluruh penjuru rumah.


12. Mengapa kacang-kacangan menyebabkan banyak kentut?
Kacang-kacangan mengandungi zat gula yang tidak boleh dicerna tubuh. Zat gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus berpesta dan menghasilkan gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya).


13. Selain makanan, apa saja penyebab Kentut?
Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum soft drink, naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami ekspansi, sehingga muncul sebagai kentut).


14. Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul di lain lubang?
Tidak. Sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung udara lebih banyak, kentut mengandung gas yang dihasilkan oleh bakteria lebih banyak.


15. Kemana perginya kentut kalau ditahan atau tidak dikeluarkan?
Bukan diserap oleh darah, bukan hilang kerana bocor. Kentut berhijrah menuju ke bahagian atas menuju usus dan pada gilirannya akan keluar juga. Jadi bukan lenyap, hanya mengalami kelewatan.


16. Mungkinkah kentut terbakar?
Kentut mengandung metana, hidrogen yang combustible (gas alam mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyalaannya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.


17. Bolehkah menyalakan korek api dengan kentut?
 Jangan mengada-ada! Konsistensinya lain. Juga suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.


18. Mengapa Kentut anjing dan kucing lebih busuk?
Kerana kucing dan anjing adalah karnivor. Daging kaya dengan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan horbivor seperti gajah, kuda, kambing yang menghasilkan banyak kentut, lebih lama, lebih keras bunyinya, tapi relatif tidak berbau.


19. Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?
Kentut mengandung sedikit oksigen. Mungkin sedikit saja anda akan mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.


20. Apakah warna kentut?
 Tidak berwarna. Kalau warnanya oren seperti gas nitrogen oksida akan tahulah siapa yang kentut.


21. Apakah kentut itu acid, basa, atau neutral Acid
 kerana mengandungi karbon dioksida (CO2) dan hidrogen sulfida (H2S).


22. Apakah yang terjadi kalau seseorang kentut di planet venus?
 Planet venus sudah banyak mengandungi sulfur (belerang) di lapisan udaranya, jadi kentut di sana tidak akan banyak pengaruhnya.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Shock !

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


dalam dok tengah termenung tu kan , tetibe tira teringat plak waktu study kat matrik duluuu . rase rindu pulak kan . hehe . ni belum cakap teringat waktu sekolah menengah dulu , kang tetibe jadi rindu jugak nanti . hehe . over pulak kan .

masa kat matrik , seronok ! ade jugak terasa life macam U sikit . tiap2 petang mesti main bola tampar . rajin jumpa lecturer . tengah hari jek boleh balik bilik . tapi dah blaja U ni , asal habis kelas je , balik umah , TIDO ! tu je keje . walaupun gap 2jam , nak jugak tido . hehe . takde masa pun nak jumpa lecturer .

and bila dapat result , boom ! meletop . haha . tira ingat lagi waktu UPS 1 , tira target 3.60 je . sebab tira ni mane la tau prestasi tira belajar macam mana . 3.60 tu pon yek yek je letak target . tak confident langsung . haha . tapi dapat result , 3.91 ! hamek kau . haha . suma A . ade satu je A- . tu yang failed dapat 4.00 .


dalam hati , fuyoo , macam ni ke cara blaja kat matrik . senang jek rupenyeee . alhamdulillah , exam seterusnya dapat 4.00 je . keluar matrik dengan pointer 3.95 . alhamdulillah . lepas tu apply IPTA . dapat la sambung dekat UiTM kampus melaka ni . 

so , blaja la macam biasa . macam kat matrik dulu . entah lah , tapi kurang rajin sikit kot . dapat je result , 3.++ jee ?? ohmairesult !! apa nak jadi . haa , dari situ tira terkejut . masa tu tira anggap tu result paling teruk punyaaaa . blaja kat U ni , bukan senang macam matrik . kena up sikit rajin tu . 

then sampai sekarang , tira still dapat kekal kan pointer atas 3 . CGPA kena jaga . walaupun sem lepas result teruk giler2 babeng punyaaa , sem ni , dengan cabarab karisma , tira nak back up balik result yang ada . doakan tira okey :)


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Nomad - Tetap menantimu

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


sekarang dah pandai main lagu ni . dok rakam dengan adik2 . tak nak upload . nak share chord je . hehe . senang sangat and enjoy :)

Intro: Am G C Am G C Dm F G C
C F
Aku menyedari telah jatuh cinta
G C
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
A Dm
Terasa bahagiaku mencintaimu
F E
Walaupun kau belum mencintaiku
A Dm
Aku di sini kan selalu menunggu
G C
Yang selalu ada di setiap waktumu
E Am F
Slalu menanti jawapanmu
Dm G C
Untuk cinta yang terakhir
G Am Dm G C
C F
Semakin ku bisa untuk menyayangi
G C
Semakin ku bisa untuk mengerti
A Dm
Dari semua hidupmu yang ku mimpikan
F Dm E
kan ku hapus semua menjadi indah Hoo…
A Dm
Tak akan pernah hilang rasaku
G C
Cinta yang membawa dalam hatiku
E Am G F
Bagai mata yang tak terpejam
Dm G C
Aku tetap menantimu
G Am Dm F E
A Dm
Aku di sini kan selalu menunggu
G C
Yang selalu ada di setiap waktumu
E Am G F
Selalu menanti jawapanmu
Dm G
Untuk cintamu
A Dm
Tak akan pernah hilang rasaku
G C
Cinta yang membawa dalam hatiku
E Am F
Bagai mata yang tak terpejam
Dm G C G A
Aku tetap menantimu …hoo
Dm G C A
Aku tetap menantimu ..hoo
Dm G C
Aku tetap kan menantimu
G Am Dm G C

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

kena tinggal .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

kena tinggal atau sengaja tinggal ? tipu tipu . sengaja tinggal ni . hehe . saje tinggalkan blog ni tak berupdate ! visitor pun kurang . ehh , tapi ade BE baru . jeng jeng jengggg . camne tue ? hehe . alhamdulillahhh . sape tak nak kan . 

oitt , mana kawan2 ni . diorang pun kurang update gak ! sebok makan daging lagi ke ? hehe . eh , korang masak ape je eh raya hari tu ? share sikit !



Jari Menaip ,
Nur Atirah .

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH