Nur Atirah

 Banner

Wednesday 24 July 2013

GA Ramadhan Raya by Emas Putih

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

Hadiah
Top Referral - RM50
84 Hadiah untuk dimenangi

Tarikh Mula 10 Julai 2013- 24 Julai 2013 (11:59pm)


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

gonna miss you .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


hmm , dalam hati sebenarnye sedeyh . entah , ta tau kenapa . awak semua pernah kena marah ? ehh , bukam marah , cuma kena tegur . "awak ni selalu macam ni!" . haha , actually , tanda seru ni tade pon . saje mark up supaya ada antonasi kat situ .

sedih lah . sedih lah . huh , gedik plak tira nih . haha . mana tak nya . Mr.Crush nak g kelantan . ade pertandingan kompang .tak dapat lah bertemu untuk beberapa hari ni . ishh , jangan pk bukan2 . tira bertemu bukan nak dating !

nak katakan tiap hari jugak , kami tuka2 makanan untuk berbuka . kadang2 , dia yang hantar g rumah tira . kadang2 , turn tira pulakk . so , jumpa sekejap mase tuka makanan tu pon dah memadai bagi tira . hmm . 

tadii , tira keluar same2 g gemas . dia bawa adik dia dan adik tira sekali untuk g bank . hee , adik kami sebaya dan satu kelas . masing2 nak pergi seminar . sebab tu lah nak keluar duet . tira teman jek . kesian dia . dari pagi keluar tade rehat sebenarnya .

msa bawa kereta , sibuk mengantuk . tira nasihat , sabar , tahan sikit je lagi ! ngantuk , ngantuk jugak , tapi bila ajak p bazar ramadhan , segar aje ! hehe . ape lahh . start nak bawk kereta , nampak die menguap . hehe . 

hmm , malam ni die nak berangkat dah . bye bye Mr. Crush .


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Lelaki ‘ghaib’ pukul, ugut dijejaki isteri

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

Kuala Lumpur: Usaha seorang isteri mencari suaminya yang menghilangkan diri sejak 10 hari lalu tidak dihargai sebaliknya dibelasah dan diugut bunuh oleh lelaki itu selepas dia dijejaki di ibu kota, kelmarin.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Sharifah, 17, berkata, dia mencari suami menghilangkan diri sejak 13 Julai lalu dari rumah mereka di Port Dickson namun gagal sebelum mencarinya di Kuala Lumpur.

Katanya, kelmarin selepas dia turun bas di hadapan Pasar Seni, dia terserempak suaminya yang berlegar-legar di kawasan itu.
“Sebaik ternampak saya, suami panik sebelum menarik tangan saya dan membawa ke sebuah bilik kosong di kawasan berdekatan.

“Saya dibelasah di badan dan kepala, malah suami turut merampas wang dan telefon bimbit saya,” katanya.

Menurutnya, selepas dibelasah dia ditinggalkan dalam bilik itu bersendirian dan kesempatan itu digunakan untuk melarikan diri sebelum membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun HS Lee.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

‘Eh...dia suami saya’

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

Bukit Mertajam: “Hampir dua bulan saya mencari dan menghubungi suami namun gagal sehingga saya membuat laporan polis mengenai kehilangannya. Namun, saya sangat terkejut apabila melihat lelaki gelandangan yang dipaparkan di Metro Ahad (MA) menyerupai suami saya,” kata Lina yang mendakwa lelaki bernama Zaki seperti dipaparkan dalam MA (14 Julai) adalah suaminya yang menghilangkan diri sejak 6 Jun lalu.
Lina, 28, berkata, dia sangat terkejut dan tidak menyangka, suami yang dinikahi pada 24 Mac lalu sudah mempunyai isteri kerana ketika bernikah lelaki berkenaan sudah disahkan bercerai dengan isteri pertamanya melalui surat cerai ditunjukkan kepadanya.

Menceritakan perkenalan mereka, Lina berkata, dia mengenali Zaki melalui laman sosial Facebook sejak Julai tahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada Mac lalu.
“Kami berkenalan di Facebook pada Julai tahun lalu sebelum dia melamar dan mengajak saya berkahwin,” katanya yang berasal dari Permatang Pauh.

Lina berkata, pada awalnya, keluarga merestui hubungan mereka sehingga dua hari sebelum majlis perkahwinan, bakal suaminya itu ditahan polis di Butterworth kerana memiliki kesalahan jenayah lampau sebelum seorang abangnya menjamin lelaki itu.

“Walaupun mendapat bantahan keluarga, saya teruskan juga majlis kerana semua persediaan sudah dibuat selain suami memberitahu dia sudah berubah dan mahu membina kehidupan baru bersama-sama saya,” katanya.
Menurutnya, selepas berkahwin, suaminya bekerja di sebuah kedai perabot di Bandar Perda dan berulang-alik dari rumah menaiki bas.

Katanya, selepas dua bulan perkahwinan mereka, dia melihat suaminya resah dan asyik termenung, namun apabila ditanya, suaminya mendiamkan diri.
“Dia kelihatan gelisah dan suka termenung, tetapi bila ditanya, dia selalu mengelak dan memberitahu tiada masalah,” katanya.

Bagaimanapun, pada 6 Jun lalu, suaminya itu tidak pulang ke rumah selepas kerja sehingga memaksa Lina membuat laporan polis berhubung kehilangan suaminya pada 8 Jun lalu.

“Kerana bimbangkan keadaan dan keselamatan suami, saya membuat laporan polis namun dikejutkan apabila diberitahu suami ada beberapa rekod jenayah lampau sehingga menjadi buruan polis,” katanya.

Katanya, usaha menjejaki suaminya menemui jalan buntu kerana dia juga tidak pernah mengenali keluarga suaminya itu yang dipercayai berasal dari Negeri Sembilan.

Menurutnya, kali terakhir suaminya menghubunginya ialah pada minggu lalu dan memintanya memasukkan sejumlah wang ke akaunnya, namun dia tidak berbuat demikian kerana kesempitan wang.

“Dia pernah hubungi saya untuk meminta bantuan kewangan namun apabila saya tanya dia di mana, dia enggan beritahu selain segera memutuskan talian.

“Saya juga tidak menghiraukan permintaannya kerana kesempitan wang selain sakit hati dengan tindakannya yang enggan berterus terang dengan saya,” katanya.

Katanya, dia tidak menyangka kisah yang dipaparkan MA (14 Julai) dan hari berikutnya adalah kisah suaminya yang dicari sejak lebih sebulan lalu.

“Saya berterima kasih pada MA yang berjaya membongkar kisah sebenar dia dan berharap ini menjadi pengajaran kepada wanita di luar sana,” katanya.

Mengenai bukti yang mengesahkan Zaki suaminya, Lina berkata, dia mengenali susuk tubuh suaminya selain jam tangan, cermin mata dan beg kamera merah yang dipaparkan dalam MA.

“Melalui gambar yang dipaparkan, saya yakin itu suami saya terutama jam tangan yang dipakainya itu adalah pemberian saya. Selain itu, beg kamera merah yang mengandungi kamera itu milik rakan saya yang dipinjamkan kepada suami namun ketika dia menghilangkan diri beg itu dibawanya bersama,” katanya. Sementara itu, abang Lina yang hanya mahu dikenali sebagai Azmi berkata, dia mahu lelaki itu datang menemui keluarganya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dan melepaskan adiknya secara baik.

“Saya dan keluarga terima dia dengan baik kerana dia berjanji mahu berubah, tetapi tidak sangka jadi begini,” katanya.

Menurutnya, dia tidak mahu orang lain turut tertipu dengan helah lelaki itu dan keluarganya tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya bagi menuntut ganti rugi.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Usaha tangga kejayaan !

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

fuu , pepagi lagi da bikin ayat power kan . haha . bukan ape , nak bagi semangat kat diri ni sikit . yelah , kalau tade usaha , mane kan nak dapat hasil . YE DOK ? hehe . hmm . aastually tira berniaga sekarang , jom tengok2 ape yang tira jual !

singgal sini ! SINI !





ini antara nya lahh . haa , jangan lupa like page yaa . thankss awak :)

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH