Nur Atirah

 Banner

Friday 30 August 2013

Segmen Jom Bersahabat! Part1

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


okeyhh , malam ni tira nak melancarkan segmen ni . tujuan nye adalah untuk menyenangkan tira , termasuklah kawan2 blogger lain untuk blogwalking and tambah2 sabahat ! senang je . tak susah pon kannn ? hehe . 

Syarat2 :
1. Follow lah blog tira yang simple nih . 
2. Kalau nak senang , copy paste je oke link yang sedia ada dibawah .
3. Like fanpage tira dan Page ni .

4. Hantarkan link segmen kat kotak komen.
5. DONE !

langsung selam 3hari . sampai 30hb ! jam 12.00 malam . walau pun macam lebih 36 jam , takpeee . bgi chance korang join . okehh !


SENARAI PESERTA

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

[Official Picture] Running Man Episode 161

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Running Man EP.161 Official Picture 5
Running Man EP.161 Official Picture
guest : shinhwa 
( eric , minwoo , hyesung , junjin , andy )

Running Man EP.161 Official Picture 1
Running Man EP.161 Official Picture 2
Running Man EP.161 Official Picture 3
Running Man EP.161 Official Picture 6
Running Man EP.161 Official Picture 7
Running Man EP.161 Official Picture 8
Running Man EP.161 Official Picture 9
Running Man EP.161 Official Picture 10
Running Man EP.161 Official Picture 11
Running Man EP.161 Official Picture 12
Running Man EP.161 Official Picture 13
Running Man EP.161 Official Picture 14
Running Man EP.161 Official Picture 15
Running Man EP.161 Official Picture 16
Running Man EP.161 Official Picture 17
Running Man EP.161 Official Picture 18
Running Man EP.161 Official Picture 19

best giler tengok gambar2 ni . tak sabar nk tunggu malam isnin . pada sapa yang masih tercari2 tempat dan cara nak download , sini mehh , bookmark cepat2 :)

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

~2nd GIVEAWAY BY HIJAB VALLEY~

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



tag : mama , teruskemata

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

dah tinggal berdua.

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

adik2 sibuk tengah bersiap . kejap lagi nak ke muar . sepupu tira yang jemput . lepas ni tinggal berdua je lah dengan mak . mak ta nak ekot . mak risau nanti susah kan orang sane . yelah . hmm , kesian mak .



Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Segmen Akan tamat pada 12.00 tengah malam

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



okehh , hari ni merupakan hari terakhir segmen akan berjalan . so , setakat ni ade 17 orang blogger yang join . terima kasih tira ucapkan .

seperti sedia maklum , segmen akan tamat pada 12 tengah malam nanti . so , sesiapa yang rase2 nak join tu , boleh la tekan banner okehh . lagi satu , rewards yang tira rase nak buat , tira akan buat satu bloglist untuk mereka yang sama sama support tira .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

masa untuk hantar ticket pada nuffnang

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


dua hari lepas baru update blogger bio kat nuffnang . dan lepas ni nak update lagi . nak hantar ticket sekali . rajin2 nak tengok nuffnang sekarang nih :)



Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Salam Jumaat :)

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

dah jumpa kembali kita dengan penghulu segala hari ni . salam jumaat :)


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Nyaris tira tak cukup duet tadi .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


dah dua tiga hari makan ikan jeee , hari ni teringin plak nak makan ayam . so , pergi lah keluar nak carik ayam . dah sampai kedai , nampak kerang . dalam hati , lame dah tak makan kerang . bukan 2 3 hari je tak makan . memang lame sungguh dah tak usik kerang tu .

dalam poket bawak rm20 je . tapi duet rm5 tak jadi beli burger malam semalam ade lagi . "cukup kot duet ni" . dengan confidentnye " kak , kerang sekilo setengah ". adik2 ramai , kang beli sikit , tak cukup plak . hehe . rm6.50 . 

pergi kedai ayam plak . "ayam dah mahak dik . sekilo rm9" . risau betul hati tira kot2 tak cukup duet . dah tinggal rm18.50 . tira carik lah ayam yang kecik sikit . dalam hati kalau timbang tak de lah sampai 2 kilo . tengok2 kena rm18. fuu , selamat . alhamdulillah cukup duet . haha .


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

dah memang adat kita begituu .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

hmm , tira nak cite sikit pasal pagi tadi . tira hari ni terasa plak nak makan nasi lemak , so pagi tadi pergi lah kedai beli nasi lemak tuh . sampai2 umah , ingatkan nak bagi mak makan dulu , tapi mak tak nak . tak lapar lagi lah kott .

tira dengan eksaited nya amik pinggan , amik sudu , satu nasi lemak , untuk tira makan la kiranya . dah tu , bukak je bungkusan nasi lemak tu , terussss tangan ni gaul2kan sambal dengan nasik . nasib bail dah basuh tangan tadi . hehe .

tira ingatkan nak makan pakai sudu la kan sebab senang dok tekan keyboard ni . dah tangan kotor plak , makan dulu lah gaye nyee . memang adat kita makan pakai tangan kan , nak wat camne . dah terbiasa :)


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Countdown : tinggal lagi beberapa hari je lagi .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


hmmm , siang malam , siang malam , dah bulan ogos . lepas tu september dan seterusnyeee . pejam celik , pejam celik , dah nk dekat 2 bulan tira dduk umah ni goyang kaki tak baca buku . hehe
ni tinggal bape hari je lagi nak naik semester baru . part5 . bila pikir2 balik , kejap je tira dah sampai ke Part5 . masuk tahun ke3 untuk capai degree tira . alhamdulillah semua oke . lulus takda repeat paper . sabtu depan dah kena daftar umah . bermulalah kehidupan seorang pelajar semulaaaaaa . 

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Permohonan Biasiswa PIDN JPA 2013 Program Ijazah Dalam Negara

Assalamualaikum .
Apa Khabar !
Biasiswa-JPA-PIDN
Pengumuman Terkini JPA

Adalah Dimaklumkan Bahawa Permohonan Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam Di Bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Bagi Mengikuti Pengajian Peringkat Diploma Dan Ijazah Sarjana Muda Di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Dalam Negara Bagi Sesi 2013/ 2014 Dijangka Akan Dibuka Pada Bulan September 2013.

IPTA Tajaan JPA
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang disenaraikan bagi Biasiswa JPA program pengajian peringkat Diploma dan Ijazah adalah seperti berikut:
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
  • Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT)

IPTS Tajaan JPA

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang disenaraikan bagi Biasiswa JPA program pengajian peringkat Ijazah sahaja adalah seperti berikut:
  • Universiti Multimedia (MMU)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Syarat Kelayakan

(a) Syarat-syarat Asas
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Umur tidak melebihi 25 tahun pada atau sebelum 1 Januari 2013;
(iii) Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(iv) Telah menerima tawaran kemasukan ke tahun pertama (1) pengajian (Bagi lepasan Matrikulasi/Asasi/STPM) atau tahun kedua (2) dan ke atas di peringkat ijazah pertama dan mempunyai baki 2 tahun pengajian; dan
(v) Tahun pertama peringkat diploma dari mana-mana IPTA (kecuali UPSI).

(b) Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)
1.SPM 2012
-Minimum 7 A- termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu
-untuk Diploma

2.Bagi pelajar tahun satu dan ke atas di IPTA adalah menggunakan CGPA terkini
-CGPA 3.30
-untuk Ijazah Pertama

3.Bagi tahun satu dan ke atas di IPTS dan Kampus Cawangan adalah menggunakan CGPA terkini atau setara
-CGPA 3.50 / 70% / HD / B
-untuk Ijazah Pertama

4.Matrikulasi/Asasi/STPM
-CGPA 3.75
-untuk Ijazah Pertama

5.Diploma/Lepasan Diploma
-CGPA 3.5
-untuk Ijazah Pertama

Cara Permohonan PIDN JPA
Permohonan boleh dibuat di laman http://esilav2.jpa.gov.my/ dijangka pada minggu keempat bulan ogos 2013. 

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Pasukan Era FC Takut Johan Meroyan Atas Padang

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

Pasukan Era FC Takut Johan Meroyan Atas Padang
KL : Tinggal beberapa hari saja lagi satu sejarah bakal tercipta yang mana radio nombor satu negara, ERA FM bakal menganjurkan Eravanganza di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 31 Ogos ini bermula jam 3 petang.

Sejarah yang dimaksudkan Murai Batu adalah perlawanan bola sepak antara pasukan ERA FC dan Arena All-Star serta konsert yang melibatkan selebriti popular dari Malaysia dan Indonesia.

Apa yang penting, untuk perlawanan bola ini, pasukan ERA FC sedang dilatih oleh jurulatih popular negara iaitu Ong Kim Swee.

Tambah istimewa lagi, pasukan yang dibarisi penyampai Era FM dan artis ini bakal bergabung tenaga dengan pemain Harimau Muda yang cukup popular.

Mungkinkah Irfan Fazail, Nazmi Faiz, Izham Tarmizi dan Syahrul Azwari? Terpaksa tunggu sajalah pada Sabtu ini.

Memandangkan pasukan ERA FC dilatih oleh jurulatih Ong Kim Swee, Murai Batu dengar cerita, boleh dikatakan semua penyampai Era FM telah mempelawa diri untuk bermain dalam pasukan ini.

Termasuklah Ira yang sedang cuti bersalin. Yelah, bukan senang kan nak dilatih oleh orang hebat lagi popular macam Ong Kim Swee.

Johan adalah penyampai yang pertama menawarkan diri untuk bermain.

Sungguh pun ramai tahu Johan ni sangat aktif dalam sukan bola sepak, namun disebabkan kecederaan di lututnya yang teruk pada awal tahun ini, Johan telah dinasihati doktor agar tidak bermain bola atau membuat aktiviti lasak.

Oleh kerana itulah, pihak pengurusan Era FM dikhabarkan telah menghalang Johan untuk bermain dalam pasukan ERA FC nanti.

Bagaimanapun, Johan yang dikenali sebagai individu yang sukar dikawal difahamkan masih tetap mahu bermain kerana Johan mahu mencipta satu sejarah yang baru.
Apapun, pihak Era FM tetap akan menghalangnya untuk bermain.

Tetapi mereka risau dan takut, jika Johan bakal meroyan ditengah padang kalau dia tidak di ajak bermain pada hari tersebut.

Jadi, bagi memastikan perkara ini tidak melarat atau mengundang masalah besar, Era FM mengambil langkah berjaga-jaga kerana mereka sudah masak dengan perangai Johan yang suka buat kerja gila

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH