Nur Atirah

Friday, 30 August 2013

Pasukan Era FC Takut Johan Meroyan Atas Padang

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

Pasukan Era FC Takut Johan Meroyan Atas Padang
KL : Tinggal beberapa hari saja lagi satu sejarah bakal tercipta yang mana radio nombor satu negara, ERA FM bakal menganjurkan Eravanganza di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 31 Ogos ini bermula jam 3 petang.

Sejarah yang dimaksudkan Murai Batu adalah perlawanan bola sepak antara pasukan ERA FC dan Arena All-Star serta konsert yang melibatkan selebriti popular dari Malaysia dan Indonesia.

Apa yang penting, untuk perlawanan bola ini, pasukan ERA FC sedang dilatih oleh jurulatih popular negara iaitu Ong Kim Swee.

Tambah istimewa lagi, pasukan yang dibarisi penyampai Era FM dan artis ini bakal bergabung tenaga dengan pemain Harimau Muda yang cukup popular.

Mungkinkah Irfan Fazail, Nazmi Faiz, Izham Tarmizi dan Syahrul Azwari? Terpaksa tunggu sajalah pada Sabtu ini.

Memandangkan pasukan ERA FC dilatih oleh jurulatih Ong Kim Swee, Murai Batu dengar cerita, boleh dikatakan semua penyampai Era FM telah mempelawa diri untuk bermain dalam pasukan ini.

Termasuklah Ira yang sedang cuti bersalin. Yelah, bukan senang kan nak dilatih oleh orang hebat lagi popular macam Ong Kim Swee.

Johan adalah penyampai yang pertama menawarkan diri untuk bermain.

Sungguh pun ramai tahu Johan ni sangat aktif dalam sukan bola sepak, namun disebabkan kecederaan di lututnya yang teruk pada awal tahun ini, Johan telah dinasihati doktor agar tidak bermain bola atau membuat aktiviti lasak.

Oleh kerana itulah, pihak pengurusan Era FM dikhabarkan telah menghalang Johan untuk bermain dalam pasukan ERA FC nanti.

Bagaimanapun, Johan yang dikenali sebagai individu yang sukar dikawal difahamkan masih tetap mahu bermain kerana Johan mahu mencipta satu sejarah yang baru.
Apapun, pihak Era FM tetap akan menghalangnya untuk bermain.

Tetapi mereka risau dan takut, jika Johan bakal meroyan ditengah padang kalau dia tidak di ajak bermain pada hari tersebut.

Jadi, bagi memastikan perkara ini tidak melarat atau mengundang masalah besar, Era FM mengambil langkah berjaga-jaga kerana mereka sudah masak dengan perangai Johan yang suka buat kerja gila

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

1 comment:

Erna Eer said...

haha. johan xhabes2 .. tp kdg2 tgk joke die bule hilang kan stress, he is more funny than zizan .. eer rasa. =)

COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH