Nur Atirah

 Banner

Thursday 25 October 2012

tercipta wanita untuk dsayangi dan dilindungi

Assalamualaikum .
Apa Khabar !




Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi”

kejadian wanita itu dari tulang rusuk lelaki. Yang mana tulang rusuk sangat hampir dengan hati dan tangan yang bertujuan wanita itu untuk disayangi, dicintai dan dilindungi. Kejadiannya bukan dari kaki untuk dialasi atau dipijak-pijak dan bukan juga dari kepala untuk dijunjungi.

“kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan saja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa”


Allah menjadikan wanita itu untuk melengkapi pasangannya. Hawa sememangnya tercipta untuk Adam. Tanpa wanita hidup lelaki itu menjadi sunyi dan wanita adalah pelengkap sebuah kehidupan untuk melahirkan ganerasi seterusnya. Di samping tunduk dan beribadah kepada Allah swt.

“Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah pribadi yang dibentuk,
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa”

Tulang rusuk itu adalah satu tulang yang bengkok. Hakikatnya wanita sememangnya dari tulang yang begkok. Maka menjadi tanggungjawab si Adam untuk meluruskannya dan membimbingnya. Meluruskan tulang yang begkok itu bukannya secara tetapi secara berlembut agar tulang yang bengkok itu tidak mudah patah. Janganlah dijadikan ia hanya itu pemuas nafsu yang mana habis manis sepah dibuang. Jagainya dan pimpinlah ia bersama ke jalan yang bahagia.

“SADARILAH.. INSAN ISTIMEWA…
BAHWA KELEMBUTAN BUKAN KELEMAHAN..
BUKAN JUA PENGHINAN DARI TUHAN..
BAHKAN SEBAGAI HIASAN KECANTIKKAN. . .”

Setiap sesuatu mesti ada kelebihan dan kekurangannya. Namun, kelembutan wanita bukan suatu kekurangan ianya adalah kelebihan yang tiada taranya. Kelemahannya untuk menyenangkan hati si Adam dan melihatnya sebagai sebuah kecantikan anugerah Ilahi yang bernilai.




Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda “Hendaklah kamu saling meminta nasihat tentang perkara-perkara kebaikan kepada kaum wanita kerana sesungguhnya kaum wanita dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk ialah yang paling atas. Jika kamu membetulkan dengan kekerasan nescaya ia akan patah, jika ditinggalkan (dibiarkan tanpa nasihat) nescaya kekal ia dalam keadaan bengkok maka saling menasihatilah dengan penuh kesabaran dan berlemah lembut”. 

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH