Nur Atirah

 Banner

Monday 31 December 2012

31 December 2012

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


orang happy nak sambut tahun baru . tapi aku takde perasaan . even nampak macam happy , tapi rasa dalam hati aku ni , rasa lemah . dengan kerisauan aku . disana , disana, disana .



ke mereka pikir kami macam ni , kami tak boleh nak survive untuk hidup ? salah tu . dengan usaha aku yakin aku boleh sara family aku tu . kalau mereka tak ikhlas , jangan bebankan kami yang dah beban ni . tak salah kan bagi semangat ? bila aku tak waras , rasa dendam tu datang .


tapi , itu dugaan semata2 . lihatlah bila kami berjaya . I'll prove it ! 




With love and patience, nothing is impossible

sayang adik2 aku . :(


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Thursday 27 December 2012

Room Alone

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


ngeh ngeh ngeh . selalu mereka bilang home alone . tapi aku kat sini na cakap yang aku ROOM ALONE !!! ahahaha . sorang2 la aku . zura , kawan aku tu tak balik plak semalam . memang rancang nak balik same , tapi umi die kate balik hari jumaat . soooooo , keseorangan la aku dua hari  ni .



grrr , camne camne ... camni lahhh . haha . ape yang tak boleh blah , note aku tinggal umah !! ottokeee . camne mau study ni ???? ni gara2 adik aku la ni soh cepat semalam . dah aku jadi kelam kabut . bb pon tinggal . baru mau topup itu bb . nangis aku cmni haha . ** cakap je , tak nangis pon .




siapa  mau teman nieeee ... grrr


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Tuesday 25 December 2012

Cinta cyber

Assalamualaikum .
Apa Khabar !




hahaha , serius terasa .
=,=


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Seperti aku yang mengharap

Assalamualaikum .


Jika awak menaruh hati pada sesorang,
cuma tidak mampu meluahkannya,
sebagai kenyataan luahkan lah pada yang Esa.

Dan sekiranya sesorang itu telah menerima kamu serta menghulurkan cintanya, berserderhana lah saja.

Jangan terlalu baik, 
kelak dia akan merindui kamu.

Jangan terlalu mengambil berat,
kelak dia mungkin menaruh harapan pada kamu.

Jangan jadi terlalu 'sweet',
kelak dia mungkin bergantung harap pada kamu.

Kenyataan itu dan sekurang-kurangnya awak lantaran
- tidak kecewa nanti bila disakiti..Biarkan masa akan menentukan segala-galanya.



**rasa seperti aku yang mengharap
-,-

Sekiann ...


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Saturday 22 December 2012

yakin aku boleh .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


alhamdulillah , berakhir dah kelas bagi semester 3 ni . now , kena berdepan dengan final pulak . satu cabaran yang amat besar bagi aku . boleh ke aku ? dah bersedia ke aku ? sedia atau tidak , final exam tu memang kena amik la kan .


kenapa aku confident ni ? no , no , no , bukan la confident giler2 yang aku bole buat . tapi selagi aku masih berusaha , aku yakin , aku boleh . betul tak ? kejayaaan tu tak datang dengan sendiri . mana ade duet nak datang bergolek kat kite kalau kita tak keluarkan setitik peluh pon . berkorban apa sajaaa .ceh cehhh . hehe



tapi disebalik keyakinan aku ni , ade jugak rasa rapuh . dengan tanggungjawab yang aku bawa selama ni . bukan setakat belajar . ade benda lain yang merunsingkan hati aku ni . mampu ke aku hadapi sendiri ? no , actually aku ade mak , adik2 . plus rakan2 yang disamping aku . bezanya cuma mereka tahu atau tidak je .


tapi just follow the flow . even sakit pon , mesti ade jalan penyelesaian kan . and yakin boleh la tirahhhh !!! mana ada benda senang . semua perlukan pengorbanan . tak kira besar atau kecik , semangat perlu ade . okeee . tenangkan hati . berdoa , mohon pada Allah permudahkan jalan untuk kau . Insyaallah semua oke .


Sekiann ...


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Tuesday 18 December 2012

ikhlas <-- perlu dinilai ke ?

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


dalam hati ni , rasa sentap je . amik hati ke aku ni ? baik hati ke ? sakit hati ke ? entah , ta tau . ta tau . tak pandai nak cakap . pandai menaip je . HAHA . kadang2 , bicara tanpa suara lagi senang terluah dari bercakap menggunakan suara . hati yang bercakap . tak perlu nak selindung . kan kan .


kalau satu benda kita buat ikhlas , perlu dinilai ke ? tak harap balasan pon . dan sememangnya diri aku macam tu . adekah sebab kamu pikir sebalik nya ? tapi ape ? ehhh , ilusi aku je ni . no , no , jangan fikir yang tak baik .


everything that i'd done , describe who i am . terpulang nak nilai macam mana . and now , simpan jauh2 rasa ni dulu . its okey for me . target for test and quiz for tomorrow . ehh , pagi ni lahh . haha . carik ilham nak study .


Sekian ....


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Sunday 16 December 2012

SAH , pemalas !

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


haa , sape pemalas ni ? sape lagi kalau bukan tira . haha . gila ke ape cakap diri sendiri camtu . ehh , memang terbukti taw . hehe . nak tira tunjukkan evidence ? meh tengok bawah .


haaa , amik kaw . gedabak tira tunjuk bukti . reasonable assurance tak ?? haha , dah masuk topic audit plak . hehe . tengok2 . bulan lepas punye entry . sikit gilaaa . kalau ye pon , sekurang2 nya mesti ada dalam 30entry ke . yela , satu hari satu entry . ni nak sampai 10 pon tak sampai .


ni ke nak dikatakan blogger ? blogger ke aku ni ? aishh , kalau berterusan macam ni , mau tak payah berblog lagi . tade dah nak kenal dengan kawan alam maya ni . tak best ! kawan alam maya ni kadang2 seronok taw . haa, korang yang blogger tu , betul tak cakap tira ? hehe . lepas ni azam , nak cari masa update jeee  . haha . tengok la boleh ke tak .


sekian ...


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

tak bisa memilihmu .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



Telah jauh terpisah, diriku dan dirimu, 
Dalam ruang dan waktu, 
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu, 
Resahku tanpa hadirmu, 
Sungguh berat hatiku untuk merasakannya 

Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah 
Darimu, Dan hadirnya menyentuh hatiku, 
Ku cintainya, 
Hatiku pun inginkannya, 
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu 

Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku 

C/O 
Maaf ku tak bisa memilih dirimu 
Karena kuterhanyut mencintai dia 
Inilah salahku yang memberi ruang 
Didalam hatiku tuk mencintainya... 

(Terhanyut jiwa ini, terjatuh dihatinya)



tetiba hari ni terdengar lak lagu ni setelah sekian lama tak dengar . kalau dulu , wajib ada kot dalam hp . yelah , dulu kan aku suka lagu jiwang2 macam ni . layan feeling la kata kan . haha . dengan sapa ? ntahh , ta nak ingat . grrr


thennnn , sekarang , sentap plak dengan bait2 lirik lagu ni . " Hingga runtuh setiaku kepada dirimu" . aishh , nak cakap benda lama ke ? aku tengok dia pon dah boleh terima . no call or mcj dari dia lagi . salah aku ke ? no , aku yang nak benda ni jadi cm ni kan . dan sekarang terima lah . 


sekiann ..




Jari Menaip ,
Nur Atirah .

kesibukan melanda fikiran .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


tett , hahaha , actually nak merapu je dalam entry ni . sebab kesian sangat tengok blog ni tak berupdate . dan bukan salah aku , sebab memang tade mase langsung nak berblog . aku makin jadi tak aktif plak . lagi2 nak final ni .

dan minggu depan minggu terakhir belajar . dengan syllabus yg aku rase mcm belom abis lecture lagi , terkejar2 plak dengan kelas tambahan + assignment + kuiz + common test dan sebagainyaaaa . dan yang buat aku sikit memberontak bila hari jumaat yang sepatutnya tak da kelas , diganti dengan kelas2 yang tak sepatutnya ada ..


warghhhhh , dah la khamis class pack gila . dari 8.30pagi sampai 10.30 malam ! pengsan sape yang tak kuat tu . haha . tapi setakat ni aku pon belom pengsan lagi lahh . so this meansssss aku KUAT ! haha . perasan disitu . erkp , whatever.


kesibukan melanda fikiran . nak stress pon buat ape , lumrah seorang mahasiswi . wahh , baru aku sedar banyak2 yang aku ni mahasiswi rupenye . haha . dok belajar , test , belajar , test , akhirnya dapat resulttt . gempak tu takpe lah jugak . kalau tak , fuhh , menangis wehh .

 tapi tapi tapi , actually ada satu benda yang sepatutnya aku shae kat sini and jadikan kenangan dalam blog ni . tapi , nantilah aku update ookeyyy . sekarang nak ucap GOOD BYE .



Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Friday 7 December 2012

same goes to me !

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


arrgghhh . know what ? baru la ni aku dapat tengok cerita tu . alaa , yang lisa dengan tomok dok berlakon sama2 tu . yang macam romantik but for me , bukan setakat tu , sweet pon ade jugak ! haha . ape ? aku tak peduli oke , cite tu dah lame ke ape . tapi yang penting tajuk nye still "Istanbul Aku Datang" . haha .


then , ape yang bersungguh2 untuk aku update ni , kemain laju je jari2 ni menekan2 keyboard ni ha . tade dah pikir2 lagi . haha . aku nak komen pasal cerita tu lahhh . like same goes to me . ape yang same? haha . bila die dah sama dgn laki2 yang bari dia kenal tu . so sweet !


grr , haha , aku ade perasan yang ade satu scene tu tunjuk gambar diorang . means diorang dah bersama sejak sekolah lagi la kot . bertahun2 , tapi akhir nya , tetap tu bukan jodoh die . kahwin jugak dengan orang lain .



bukan aku nak samakan 100% . no no no . tapi nak cakap kat sini kalau kapel lama pon , bertahun2 *macam aku la sebelum ni kot* tapi tak bahagia . tak jadi jugak . at last , pergi kat orang lain . kan kan kan . 


wehh , sweet and more sweet sweet bila lelaki B tu kate "awak , saya tak kan mintak awak peluang kedua , say cuma mintak satu peluang" . tettt , jatuh hati saat tu .. grrr , awak awak macam tu tak ? hahaha . *suka actually*


but never mind . movie je kot yang tadi . wake up girl ! jangan berangan . haha . wait for that moment . #ehh , ni tade kene mengena ngn movie tuh . ngeee ~ last . smile no matter what happen . 

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Wednesday 5 December 2012

will you ?

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

aku tenggelam lagi . ye ke ? larut , terus ke dalam . jauh dari dasar . siapa nak tolong ? sendiri mau ingat la . tapi aku sendiri yang bersedia . cukup preparation ke ? ntah . 


perlu lagi pelbagai persoalan ? aku juga tak tau . kadang2 , bila aku dah serious , dia start nak jauh sikit , then menguji aku . bukan aku tak suka , tapi rasa macam main2 plak . sentap tak ? ambil hati sikit la .


but its okayy . sakit itu mungkin sekejap . tak perlu lama . then , kau mula tanya 'will you?' . rasanya bukan pertama kali kot . cuma sebelum tu aku belom pasti . but now , vice versa .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Sunday 2 December 2012

harap maklum .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


akhirnya , tercatat juga sesuatu dalam blog ni . entah la , sebelum2 ni bukak je tengok dashboard . tengok blog2 lain , masih giat lagi dengan blog diorang . tira ? mana tah semangat blogging tira macam dulu . HILANG ! dan masa menaip ni jugak , belom terlintas lagi tajuk entry ni ape . biarkan kosong dulu . mintak2 tira habiskan penulisan ni dan tak tinggalkan dekat draft .


so , ape yang nak dibicarakan sebenarnya ? fikirkan smula , ape tujuan tira buat blog dulu ? sebab nak catat kehidupan tira disini . jadikan memori . erk ? sometime ade sesetengah orang tak suka baca blog yang berkisarkan tentang hidup ni . sebab macam meluat . ye ke ? bg tira ye jugak . tapi blog sendiri , suka hati lah kan .


then apa yang terjadi pada tira sekarang ? dilemma . jawapan yang tepat ke ? entah lah . rasa macam nak cerita je semua nya kat sini . tapi , wajar ke ? tira baru je baca satu entry di blog mira . seriously , memang suka sangat baca entry tu . macam nak relatekan je dengan ape yang tira lalui sekarang .


tira sokong ayat "kehadiran orang ketiga adalah berpunca dari diri kita sendiri" dan "orang ketiga takkan pernah wujud tanpa usikan dan gurauan dari orang pertama atau orang kedua" . kenapa ? cuba fikirkan semula . dan cari jawapan sendirii . mungkin kamu juga paham apa makna sebenarnya .


kalau kasih sayang tu dah pudar , apa makna sebuah hubungan tu ? takde lagi bahagia . takde lagi nak mesra2 . kalau anda jadi begitu , ape jadi ? sanggup ke nak teruskan relationship tu ? tira tak sanggup . that why i want break . and i really mean it . orang ketiga ? dia bukan orang ketiga . harap maklum .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Saturday 1 December 2012

1st Giveaway by Chirp-chirp!

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


tengah2 rajin nak join .
klik la banner ye .


anda semua di tag .:)

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

GIVEAWAY 'jangan perah otak

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


done .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Sunday 25 November 2012

Cafe Cinta - baju melayu bertemu baju kurung

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



hari ni tira pergi satu forum yang agak menarik dan memang menarik bagi tira . tajuk pon dah cantik . CAFE CINTA . macam mana nak bercinta . wahh , kalau anak muda sekarang memang suka bab2 cinta ni . betul tak betul tak ? jujur taw . hehe .


haa , menarikkan poster tuh ? warna pink lagi tuh . tapi tira peminat tegar hijau . huhu . emm , seronok dapat tengok ustaz , ustazah tu berforum . pandai gak mereka buat lawak . salute lahh .


dah nama pon cafe cinta , mestilah cerita pasal cinta kan . tambah2 pasal kawin muda . aaa , terasa macam nak kawin . haha . tapi apekan daya , belajar pon tak habis lagi . plus dengan tentangan dari orang tua . fuhh , indah tapi sakit sikit .




malas nk komen panjang .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Tuesday 20 November 2012

KARISMA - part 2

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


bahagiaaa . bahagiaaa . haha . dah kenapa kan . oke , kali ni nk cakap ringkas jep . alhamdulillah , team tira boleh sampai ke separuh akhir . masa suku akhir tu , lawan dengan sabah . memang dikatekan misi balas dendam lah kan . seronok gila main . dah tiga kali jumpa sabah kat suku akhir . dari tahun 2010 . dan akhirnya tahun 2012 ni lah melaka dapat kalahkan sabah . :)))
masa separuh akhir , melaka vs pahang . fuhh , sengit . tapi kalah . hehe . then melaka berjaya dapat no tiga (3) . oke , jom lah tengok gambar . nanti cerita lagi banyak di next part .
gembira dapat medal .
lelaki dan wanita
johan uitm shah
kami semua awesome !

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Friday 16 November 2012

KARISMA 2012 - part 1

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


waa , lame sangat tak update rasanya . busy sangat2 . seperti tahun lepas tira join karisma kat Uitm Segamat . tapi tahun ni diadakan di uitm puncak alam . Karisma stand for Karnival Sukan Malaysia . hanya diantara uitm2 dekat malaysia ni . tira main permainan outdoor , BOLA TAMPAR .


now , tira dah pon kat UiTM Puncak Alam . berkampung disini . semalam tira gerak dari melaka . konvoi 4 bas ! sweet kan ?? hehe . game pertama mungkin hari ahad ni . 2 game , pagi dan petang . tapi coach tira kate ade perubahan jadual , then belum tahu keputusannya macam mana . 


macam tahun lepas , melaka hanya berjaya sampai ke Suku akhir . kami kalah dengan Sabah 3-2 . kekalahan tu dah berlaku dua kali di suku akhir yang sama . now , Wak kate maybe kami akan bertemu sabah lagi jika berjaya sampai ke separuh akhir .


apa2 pun , tira harap , tahun ni ada perubahan dan melaka akan bawa lebih lagi pingat dari tahun lepas . wish Melaka luck ! good luck Melaka :)
VOLLEYBALL TEAM MELAKA .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Wednesday 14 November 2012

Jangan lupa baca doa awal dan akhir tahun .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !





setiap yang datang , pasti ada yang pergi .
selamat tinggal akhir tahun . 
selamat datang tahun baru .
baiki niat .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Saturday 10 November 2012

Sekian Lamaa .

Assalamualaikum .



Sekian lama dah tak update . kesian pada blog ni ditinggalkan . hehe . sungguh , masa tu memang berharga , setiap saat , detik tu memberi makna . hari ni baru tira berkesempatan nak update . sekarang sangat2 busy . lepas naik cuti je , struggle dengan test . memang sakit . :)


emm , semalam , 9/11/2012 . alhamdulillah dapat membesar selama 20 tahun . mesti mak rindu tira . hehe . apekan daya tak dapat balik rumah nak jumpa mak . ade jugak perkara yang gembira bagi tira . tak dapat ungkap . terima kasih kat dia .


tentang sesuatu yang tak dpat jawab saat ni , biarlah waktu yang tentu kan . bijak berfikir . waspada . tenang dan doa . hehe . oke , cukup lah . saje mengisi ruang yang kosong ni . haha . tata

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Sunday 4 November 2012

SENYUM

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

 
sebenarnya saje nak amik masa nak update sikit setelah lama tak update . sepi dah tade pengunjung . haha . so , jom cerita pasal senyum .


Rasullah S.A.W ada menegaskan bahawa senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya .



S . M . I . L . E !
special magic in living everyday !



LETS SMILE !!
^-^

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Monday 29 October 2012

Kematian Pasti Akan Tiba

Assalamualaikum .
Apa Khabar !




currently sad . Paklong telah kembali pada Allah . innalillahiwainnailaihirojiun . baru semalam aku ke palong untuk ziarah .bacakan yasin untuk nya .  sedey melihat keadaan paklong . dulu paklong tak macam tu . paklong sihat ! kemana aku nak pergi , dia bawa . pergi balik matrik , dia bawakan . adik2 pon sama rasa kehilangan arwah . lemah hati aku . kesian ujang . baru nak ziarah hari ni , tapi dalam keadaan dah jadi arwah . :(

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”
(Ali Imran : 185).

saat ni aku masih lemah . aku nak kesana . tapi , bagaimana ? yana dan ujang je yang dah pergi . sebelum tu aku pesan pada ujang . "bawa motor elok2" . paklong sakit kencing manis . kesannya teruk . saraf2 tak membantu paklong . mata paklong dah tak nampak . badan makin kurus . hingga nampak tulang . kesian paklong . 

“Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukan ajal (kematianmu), dan ada lagi suatu ajal yang ditentukan (untuk berbangkit) yang ada pada sisi-Nya (yang Dia sendirilah mengetahuinya).” 
(Al An-am : 2).

“Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan, ‘Ini adalah dari sisi Allah,’ dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan, ‘Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad).’ Katakanlah, ‘semuanya (datang) dari sisi Allah’. Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun?” 
(An-Nisa’ : 78).

Mati tu bila-bila masa je ia datang . sakit tu , bila2 masa je boleh kembali lagi walau pon sudah elok . aku terdengar jugak mereka2 cakap semalam . ibu aku tu dah lama sakit , alhamdulillah ada lagi . paklong je yang kesian . teruk sangat gamaknya . takdir Allah . sesiapa tak boleh tolak . kalau ibu aku tak de ? ohh lagi merana aku . 

“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” 
(Ali Imran : 145)

“Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (putusannya masing-masing).” 
(Az-Zumar : 68).

Ya Allah , pahala bacaan surah al fatihah ini kuhadiahkan untuk paklong ku yang baru sahaja meninggal dunia .. aminn Ya Robb . Al -Fatihah ..

"Surah al Baqarah adalah tulang belakang al Quran, ia diturunkan oleh lapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat kursi diturunkan dari bawah Arsy'. kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha ALlah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia."

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Sunday 28 October 2012

Hawaku,kau adalah tulang rusukku-ADAM

Assalamualaikum .
Apa Khabar !




WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.
Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.

Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya....

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara.

Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada.

Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.
Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.
Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak 'Kamu tidak cintakan saya lagi!!!'.
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak 'Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!'

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.

Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

'Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing' .

Lima tahun berlalu.
LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.

WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali.

Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui
bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali.
Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan,

mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.

Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.
Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz 'Selamat tinggal..'

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC.
Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.
Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA,

tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan.
Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya,
akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita,
semua sudah terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati...
Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?
Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? - 100%Dipetik dari SINI .


P/S: Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN, Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA, Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH, Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W....

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

sekiranya aku adalah tulang rusukmu yang hilang

Assalamualaikum .
Apa Khabar !




Sekiranya aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

Sekiranya kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah

Sekiranya engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau bolehmenjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

Dan sekiranya aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Sekiranya aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku bisa berubah menjadi kelembutan
Sekiranya aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

Kerana..
Aku hanya mengharapkan imam dan pemimpin yang baik dalam rumah tanggaku
Yang mampu selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu...




Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Saturday 27 October 2012

cinta & doa

Assalamualaikum .
Apa Khabar !




jika aku pilih yang BERHARTA , pasti aku akan ditimpa musibah yang tidak terhingga .
jika aku pilih kerana PARAS RUPA , pasti aku akan diberi KEHINAAN dari yang Maha Esa .
Jika aku pilih kerana KETURUNAN , belum pasti generasiku TERJAGA dan TERPELIHARA tanpa agama didada
 
tetapi

Jika aku pilih kerana agama , sudah pasti aku dpat meraih SYURGA DUNIA bahkan
SYURGA ALLAH disana kerana aku tahu hanya dengan agamalah yang mampu memandu diriku untuk meraih REDHA Ilahi 
sesungguhnya itu JANJI ALLAH . 
♥♥
 



Pilihlah Agama , Pasti kau akan bahagia


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Friday 26 October 2012

Permata yang dicari

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


DeHearty


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya 
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah 
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu



Yang dicari , walau bukan putera raja , biarlah putera agama .
Yang diimpi , biarlah tak punya rupa , asal sedap dipandang mata .
Yang dinilai , bukan sempurna sifat jasmani , asalkan sihat rohani , sempurna hati .
Yang diharap , bukan jihad pada semangat , asal perjuangannya ada matlamat .
Yang datang , tak perlu rijal yang gemilang , kerana ana serikandi dengan silam yang kelam .
Yang dinanti , bukan lamaran dengan permata , cukuplah akad dan janji setia .
dan yang akan terjadi , andai tak sama kehendak dihati , 
ana redha ketetapan Ilahi , itulah ketentuan sejak azali .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Thursday 25 October 2012

tercipta wanita untuk dsayangi dan dilindungi

Assalamualaikum .
Apa Khabar !




Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi”

kejadian wanita itu dari tulang rusuk lelaki. Yang mana tulang rusuk sangat hampir dengan hati dan tangan yang bertujuan wanita itu untuk disayangi, dicintai dan dilindungi. Kejadiannya bukan dari kaki untuk dialasi atau dipijak-pijak dan bukan juga dari kepala untuk dijunjungi.

“kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan saja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa”


Allah menjadikan wanita itu untuk melengkapi pasangannya. Hawa sememangnya tercipta untuk Adam. Tanpa wanita hidup lelaki itu menjadi sunyi dan wanita adalah pelengkap sebuah kehidupan untuk melahirkan ganerasi seterusnya. Di samping tunduk dan beribadah kepada Allah swt.

“Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah pribadi yang dibentuk,
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa”

Tulang rusuk itu adalah satu tulang yang bengkok. Hakikatnya wanita sememangnya dari tulang yang begkok. Maka menjadi tanggungjawab si Adam untuk meluruskannya dan membimbingnya. Meluruskan tulang yang begkok itu bukannya secara tetapi secara berlembut agar tulang yang bengkok itu tidak mudah patah. Janganlah dijadikan ia hanya itu pemuas nafsu yang mana habis manis sepah dibuang. Jagainya dan pimpinlah ia bersama ke jalan yang bahagia.

“SADARILAH.. INSAN ISTIMEWA…
BAHWA KELEMBUTAN BUKAN KELEMAHAN..
BUKAN JUA PENGHINAN DARI TUHAN..
BAHKAN SEBAGAI HIASAN KECANTIKKAN. . .”

Setiap sesuatu mesti ada kelebihan dan kekurangannya. Namun, kelembutan wanita bukan suatu kekurangan ianya adalah kelebihan yang tiada taranya. Kelemahannya untuk menyenangkan hati si Adam dan melihatnya sebagai sebuah kecantikan anugerah Ilahi yang bernilai.




Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda “Hendaklah kamu saling meminta nasihat tentang perkara-perkara kebaikan kepada kaum wanita kerana sesungguhnya kaum wanita dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk ialah yang paling atas. Jika kamu membetulkan dengan kekerasan nescaya ia akan patah, jika ditinggalkan (dibiarkan tanpa nasihat) nescaya kekal ia dalam keadaan bengkok maka saling menasihatilah dengan penuh kesabaran dan berlemah lembut”. 

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH