Nur Atirah

 Banner

Thursday 26 September 2013

Kad Sim Broadband DiGi dah hilang .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

wahh , dah sekian lama tira guna sim kad tu , boleh plak dah takde . actually murah gila pakai plan tu . kita topup terus sekali RM100 , then boleh guna 100 hari . contoh macam 1hari , RM1 la . murah kan . then dia unlimited plak tu . still laju jeee . 

kalau just untuk online ke ape, tira guna tu je la dulu . nak download movie memang la tak boleh . macam berat gilaa . sebab tu dalam masa yang sama , tira pakai p1 dalam bilik . then sim DG tu letak dalam phone . tapi tak sedar bila dia hilang . maybe masa pergi pantai hari tu .  hm


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Remaja mampu nyanyi dalam lapan bahasa

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



ALOR SETAR - Seawal usia enam tahun, Ahmad Iqbal Baqi Omar Baqi, 14, mula menunjukkan minat mendalam terhadap bidang seni sehingga dia tidak pernah melepaskan peluang menyertai sebarang pertandingan nyanyian.

Berbekalkan keazaman dan bakatnya dalam bidang nyanyian, anak muda ini pernah menyertai sebuah pertandingan realiti nyanyian kanak-kanak dikenali Idola Kecil 4 beberapa tahun lalu.

Bapanya, Omar Baqi Ahmad berkata, mereka sekeluarga tidak menghalang minat anaknya dalam dunia muzik, sebaliknya sentiasa menyokong dan menggalakkan usaha Iqbal kerana sekurang-kurangnya ia membantu meringankan kesulitannya.

“Jadi, kami menghantarnya ke kelas muzik demi memberi peluang kepada Iqbal menambahkan pengalaman dan memantapkan diri melalui teknik menyanyi, mengubah, mencipta mahupun menulis lirik lagu.

“Lebih membanggakan, minat mendalam terhadap dunia muzik telah membolehkan dirinya mampu menyanyi lagu asing dalam lapan bahasa seperti Inggeris, Thailand, Hokieen, Mandarin, Kantonis, Jepun mahupun Hindi,” katanya.

Katanya, walaupun usia anaknya masih muda, namun perjalanan seninya dilihat semakin berkembang melalui permintaan menggalakkan untuk melakukan persembahan  di Kedah.

Menurutnya, dia juga sering menggunakan kelengkapan alat muzik dimiliki untuk membantu anaknya mencipta mahupun mengubah lagu, yang mana setakat ini sebuah lagu bertajuk ‘Teman Setia’ dihasilkan.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH