Nur Atirah

 Banner

Wednesday 11 September 2013

Makin kering idea nak menaip entry.

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


blogging ? jangan tanya , tira suka blogging . selalu ade je benda nak taip , nak kongsi . but , hari ni rasa macam kering je idea nak menaip . what happen to me ? adehh .

duduk depan laptop , tekan new entry , pandang lama2 keyboard ni . nak cakap pasal ape nih . last2 , tinggal draft . haha . hmm , takpe . actually , ade je cara macam mana nak atasi kekeringan idea ni . no hal lahh . bagi masa . hehe


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Intan Dan Atirah

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


yeahh , entry ni saje dikarang supaya blog ni berupdate . haha . actually nak letak gambar je , ape plak kan . asyik nak buat wordless jee . so , karang2 la sikit ayat yang tak seberapa ni . hehe . jum , nak kenalkan sorang kawan tira yang comel ni .


hee , dia ni peneman tira kat class . sama ade duduk sbelah tira or next next to my place . sebab dia ni selalu je tuka2 tempat dengan tehaa . satu yg tira suka , die ni punya la suka bergambar , berposing . hehe . ehh , lupa cakap nama dia . 

INTAN SULIANA . cehhh , comel taw . nak kirim salam ? okehh , tira sampaikan . peace !

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Miaw! Random Giveaway by Syiera & Fatin Diana

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



chot
fifa

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Wordless Wednesday : Miss

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


miss every moment .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Buku Untuk Dijual

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


awal2 sem ni kan . kalut nak carik buku . bagi tira , baik beli buku dari previous senior . jimat sikit kan . dari nak beli buku baru mahal2 tu , adehhh . kopak duet ni . kalau duet dah masuk pon , tetap gak nak cari senior punya . hehe .

and buku past sem tira ? ha , terkial lah nak carik buyer . hehe . amik gambar suma2 buku . post dalam group universiti . hehe . kejap je dah laku . 


actually , bukan ni je buku tira past sem . ade  lagi . sdey ! ade yang dah hilang bila letak dekat stor . 

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Empat beranak dikebumi satu liang

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Foto
Jenazah empat beranak yang terbunuh dalam kemalangan di Jalan Bangi-Kajang dikebumikan di Kuala Nerang, Kedah. - Foto Lim Poh Chin

Kuala Nerang: Nur Nabila Al-Husna Mohammad Tauffid hanya melihat dari jauh jenazah ibu dan tiga adiknya dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Islam Masjid Jami’ul Khair Kampung Tong Pelu, di sini, semalam. 

“Saya tak sanggup pergi dekat. Saya sedih sangat. Saya doakan roh mama dan adik dicucuri rahmat,” katanya ketika ditemui, semalam. 

Sepanjang upacara pengebumian, anak sulung tujuh beradik berusia 10 tahun itu dilihat menangis tidak berhenti dan terpaksa ditenteramkan ibu saudaranya, Hidayah Khassim, 50. 


Kemalangan di Kilometer 8, Jalan Kajang-Banting, Selangor pagi kelmarin, mengorbankan guru agama, Rohaya Md Rabi, 35, dan tiga anaknya iaitu Nur Nabila Al-Huda, 9; Nur Nabila Al-Hanan, 7; serta Muhammad Nabil Lutfi Al Hadif, setahun apabila kereta dinaiki terbabas sebelum dirempuh lori.

Berada di sekolah

Ketika kejadian, Nur Nabila berada di kelasnya di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi (SKBBB).

“Cikgu datang dan tiba-tiba peluk saya sambil menangis. Cikgu beritahu mama dah tak ada. Saya terkejut dan terus menangis. 
“Susah nak terima tapi bila nampak jenazah mama dan adik di Hospital Kajang, saya sedar mama dah tak ada,” katanya.

Nur Nabila kali terakhir bertemu ibunya ketika bersiap bersama dua adiknya, Muhammad Nabil Luqman Al-Hakim, 6, dan Nur Nidhal Al-Hanin, 4, untuk dihantar ke sekolah oleh bapa, Muhammad Tauffid Khassim, 44.

Katanya, arwah ibunya kelihatan tergesa-gesa menyediakan sarapan.

Terdahulu, jenazah empat beranak itu tiba di Kampung Tanjung Luar, Pedu, dekat sini, kira-kira jam 4 pagi semalam sebelum dikebumikan pada jam 11 pagi.

Di Kajang, seorang anak mangsa, Muhammad Nabil Lutfan Al-Husni, 3, yang cedera parah dalam kemalangan itu, dilapor menunjukkan tanda positif selepas menerima rawatan di Hospital Kajang.

Muhammad Tauffid yang menemani anaknya itu berkata, Nabil menunjukkan reaksi lebih baik berbanding kelmarin, walaupun masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Keadaannya lebih stabil hari ini (semalam),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Jom Terjah ! hehe

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


tira baru je balik kelass . tadi lunch pon bungkus je . takkan nak makan awal . next class pukol 3 nanti . tengah hari sikit baru beli . huu . so , untuk pepagi ni , nak menaip entry pon takda idea . hehe . so , tira nak terjah blog2 korang .

bukak blog tadi , dah baca komen2 , publish ! so , nak g blogwalking pulak . jom la tinggak jejak . nanti insyaAllah , tira datang balik balas kunjungan . 


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Tips Penulisan Entry Yang Menarik

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


memang seronokkan berblogging . isi masa lapang dengan blogwalking , samping tu jugak boleh tambah2 kenalan alam maya . kadang2 penulisan kita dalam entry jugak memainkan peranan untuk menarik pembaca baca tentang tulisan kite . so , kat sini tira nak kongsikan sikit tips2 yang boleh membantu untuk menghasilkan sebuah entry yang menarik .

1. PERENGGAN.
Entry yang menarik , mesti ade perenggan . bayangkan kalau anda menulis panjang2 , tanpa perenggan , malah tira pon akan rasa bosan . so , jika kita menulis secara berperenggan , pasti , entry itu juga akan kelihatan kemas .

2. JENIS TULISAN.
Jenis tulisan yang kita apply dalam blog juga amat penting . bayangkan kalau sebuah blog tu terlampau kreatif , guna tulisan yang macam doktor tu , hape pon tak paham . mata pon sekejap besar , sekejap kecik . adehh . kalau tira tersinggah kat blog macam ni , malas terus nak baca .

3. AYAT STANDARD.
Dalam penulisan , jangan gunakan ayat yang membuatkan pembaca berbelit2 nak paham . sebagai contoh "sayew tak sukew larh dgn budax gedixx tu" . gunakan ayat standard . yang penting , kurang shortform ! 

4. LETAK GAMBAR.
Gambar merupakan salah satu penarik untuk membuatkan readers baca blog kita . so , gunakan gambar yang sesuai yang match dengan entry yang anda bincangkan . 

5. LETAK PERSOALAN.
Akhir sekali , diakhir penulisan anda , letak kan persoalan yang boleh membuatkan pambaca memberi respond tentang entry anda . elakkan tanya soalan yang sensitif . cuma gunakan soalan yang simple dan mudah untuk pembaca jawab .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Selamat malam Rinduku

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


aishhh , dah malam2 camni , hati tak kering . rase rindu je pada Mr.Heart . takpe , minggu ni due2 balik kampung . InsyaAllah jumpa . sebelum nak melelapkan mata , taip dulu entry ni . hehe . Mr. Heart tau tira ni suka blogging . tapi dia bukannya selalu datang sini jengah . tak selalu eah . memang takkan ! haha .

bg tira ,oke lah tu . tak de lah dia tau ape yang tira dok bebel panjang2 dalam setiap entry yang merepek . hehe . esok kelas pukol 8 . insyaAllah class FAR430 dengan Miss Salina . Miss yang sempoi . tira suka cara dia mengajar .

kepada Mr.Heart , and blogger2 sekalian , good night .roomate tersayang dah berlayar dah . hehe


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH