Nur Atirah

 Banner

Friday 27 July 2012

RAMADHAN 7 : apelah nasib aku :(

Assalamualaikum .
Salam Ramadhan !


sebelum tu , tira nak bgi tau , berdasarkan entry INI dan INI , korang dah join belom ? kalau belom , join lah ye . tira baru je join tadi . rugi taw tak join sama . hehe .


hem , berakhirlah ramadhan 7 . dan berlaku satu perkara sedih bagi tira . waaa , waaa , nak jerit boleh tak ?? ic tira hilanggg !!! seddeyyy . hehe . apelah nasib saya . haha . tira pon baru perasan tadi . beria2 siap , nak kua la kirenye , nak g bank ! korang nak sumbang ? SINI .


sebelum tu , tengok kad bank , ADE . tengok lesen , ADE . tengok IC , ehhhhh ??? mana p ic den ni ?? aduhh , camne nak keluar ni . dah lah tengah pokai . haha . padan muko kau tira . erk ? kesian lah sikit kakak oii .. ade yang kate kene g buat report dulu baru bole buat ic baru . betol ke ? tira tak tau ni .. hehe , den tak nak jadi PATI . haha





p/s : tolong tira boleh ?

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Review Dan Menang SamsuNG Galaxy Note !

Assalamualaikum .
Salam Ramadhan !




click sini untuk join 
>JOIN<

bismilllahirahmanirrahim .. tira nak join satu contest yang amat menarik bagi tira . sebelum tu , tira nak bg perkenalkan penganjur dan penaja yang menjayakan contest ni .



Penganjur : AzwanAnuar.com
Penaja Utama : faceboutique.com.my
Penaja Bersama : hairlosstreatment-tips.com


oke , dan ape yang lebih menarik lagi , hadiah yang ditawarkan juga sangat menarik , pasti korang nak join jugak :) . nak tau ape hadianya ?

Tempat Pertama : Sebuah Samsung Galaxy Note bernilai RM1,900 Sumbangan Faceboutique.com.myTempat Kedua : RM200 sumbangan AzwanAnuar.comTempat Ketiga : Rm100 sumbangan hairlosstreatment-tips.com


disini , tira nak menceritakan serba sedikit tentang faceboutique ni . faceboutique menjual fesyen2 tudung terkini dan baju2 muslimah dengan fesyen yang terkini yang mudah dibeli secara online . ape yang menarik bagi tira , para pelanggan akan mudah berkomunikasi dengan mereka SEBAB mereka menggunakan kelebihan e-commerce didalam aktiviti jual beli .


mungkin tira tidak pernah tau tentang faceboutique ni , tapi tira rase , ia sesuai untuk tira sebagaii pelajar nak menjimatkan mase daripada keluar nak beli tudung2 yang tira perlukan . malah , semua tudung yang ada , cantik dan mengikut trend terkini . 


so , ape yang kelebihan e-commerce ni ? uniknya faceboutique yang menggunakan platform e-commerce ni , ianya mudah untuk menguruskan produk , menguruskan pelanggan , menguruskan tempahan , merekod jualan dengan baik , dan lebih utama , mempunyai shopping cart .


Dengan menggunakan software ecommerce, admin boleh menguruskan maklumat produknya samada menambah deskripsi tentang produk atau lain-lain melalui admin panel. Tempahan dari pelanggan, admin dapat di rekodkan secara automatik di admin panel anda dan notifikasi akan di sampaikan ke email admin sendiri .

Dengan ecommerce, pelanggan boleh menggunakan Shopping Cart untuk memudahkan pembelian mereka. Dengan Shopping Cart anda lebih mudah untuk menguruskan diskaun atau kupon, kos penghantaran atau berat produk secara automatik.

haa , ape lagi , jom ekot tira join contest ni . hehe . tekan sini meh ! > SINI <


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

RAMADHAN 7 : Fadhilat Ramadhan

Assalamualaikum .
Salam Ramadhan !

HADITH 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

HADITH 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."


HADITH 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

hadtih 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."







credit : darulnuman

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Segmen : Up Followers Blog + Twitter By AimanAziz

Assalamualaikum .
Salam Ramadhan !





blog >>  http://itsmetira.blogspot.com/    >>  697 followers

twitter >> https://twitter.com/Atirah77  >>  73 followers

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH