Nur Atirah

 Banner

Wednesday 30 January 2013

takda kerja , cari kerja

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


okay , first sekali nak cakap yang tira ni malas nak update . haha . mengaku pulak . now , kena sopan sikit . takda aku aku dah macam selalu tu . tapi kekadang terkeluar gak perkataan tuhh . hehe . hmm .


actually , sempena cuti ni takda kerja pon nak buat . dok je umah membesarkan badan . hahaha . yelahh , dok makan jaa . kalau nak tau , ade sesetengah classmate tira macam nak berlumba plak nak gemok time cuti sem ni . HAHA . whatever lahh .


tira memang jenis makan banyak . banyak kali ! haha . tapi badan cenggini gak ! then yang tira wonder kadang2 ,, berat badan tak penah lebih 50kg ke atas . hmm , tapi mana tau dah cuti ni naik plak berat kan . dah pecah rekod . hahaha .


hmm , actually tira ade satu prob . sapa tau main gitar ? tira nak sangat belajar cara main gitar . setakat ni tira dah boleh hafal cording tu suma . just cara plucking , strumming tu tira tak berapa pandai . hmm , ottokkeee . dok belajar sendiri je tengok youtube suma . tu pon still lagi tak bolehh . hehe


camna camna camna . tapi takpe , selagi boleh , tira belajar jugak . hehe . nak sangat main lagu auburn-perfect two . hhehe . cording dia G , D , Em , C . sapa nak tolong ? :D


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Tuesday 22 January 2013

Te Amo SAYANG

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


actually petang tadi dah pasang niat , malam ni nak edit blog . lama dah tak bagi perhatian kat blog ni . mood blogging pon dah kurang , so , kena tanamkan semangat balik dengan mengedit lah kan .tapi hampeh . ni je yang dapat . nantilah sambung . tapi petang tadi si liyana offer aku sekali 3 buah novel . dia kata takut aku bosan bila duduk rumah .


Te Amo SAYANG . tu lah novel pertama yang aku baca dulu . dah pon tamat . sweet gila cerita tu . aku bagi 5 bintang !! kisah tentang suami isteri , Faaeq Rifqi dan Sara Irdina . Sara ni tua 4tahun dari Faaeq . tapi faaeq ni gaya dah matang gila nak layan karenah seorang perempuan . sehinggakan dia mampu jadi suami , bapa yang bertanggungjawab walaupun muda .



masa diorang kawen , takde lah lambat sangat . sebab faaeq ni baru 24 tahun . haa, nampak tak kematangan dia kat situ . muda ag tuhh . haha . faaeq sayang gila2 kat sara . terima sara seadanya . tapi kadang2 ade jugak konflik rumah tangga diorang . tapi yang penting sweet lah . hihi .


kalau rasa2 belom baca , cari dulu eah . hihi . oke je sebenarnya kalau dapat suami lebih muda . yang penting hati . hmm , aku nak kongsi sikit lah . masa sem 2 dulu , aku ade knal sorang kakak senior ni . dia kata kalau couple dengan lelaki sebaya ni susah . sebab , lelaki ni lambat matang sikit . betul ke ?


cuba pahamkan betul2 maksud akak tu . aku terpikir banyak kali jugak . kenapa dan sememangnya . haaa , paham tak ? okeh , lelaki dan perempuan sebaya . kadang2 , lelaki ni lambat sikit nak paham keinginan perempuan . agaknya , tu sebab akak tu kata macam tu kot . kot lahh . haha , whatever lah .



Jari Menaip ,
Nur Atirah .

F.E.A.R

Assalamualaikum .
Apa Khabar !





mana satu kena pilih ? lari dari masalah takkan menyelesaikan ape-2 . takut dengan kebenaran . tak sanggup hadapi kenyataan . tapi still akan meninggalkan bekas kat hati . comfirm 100% .

face everything . yes , perfect choice ! face it . explain . make he/she understand . bukan nak lari je dari satu benda tu . so buatkan seseorang tu rasa tergantung . kalau explain , explain betul2 , cakap je jujur . tak payah nak cakap belok sana belok sini .


until now , still lagi tertanya-tanya . =,=


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Tuesday 15 January 2013

Hold dulu .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !




still kat rumah lagi . belom balik melaka . ingat nak balik hari ni tapi terpaksa hold dulu . maybe esok , maybe lusa . jumaat last paper . still belom ade mase nak sentuh . bila nak bukak , netah lah . mungkin kejap lagi kot . insyaallah . niat kena ade . kalau tak , memang takkan study lah aku .


but i need someone . kalau kat sana , zura ada teman aku . tu dah cukup memadai . aku tak tau , boleh tanya dia . im alone here . but im act like nothing happened . relax , tapi dalam hati gelabah gak kadang2 . haha . nampak tak permainan hati tu macam mana ? menipu je keja nya . ishh , tak baik tak baik .


aku saje curi masa blogging ni . yang dok heboh sekarang fenomena listen listen listen tuh .. adoii , kelakar pon ade gak . siap dah ade budak buat lagu listen versi kosong kat you tube . nak nganjing la tuhh . opsss , DILARANG MENGANJING . listen ! anjing pon ade masalah taw . bukan aku je . so atirah .jangan nak down sangat lah bila ade problem . bukan awk je bermasalah . hihih .


but still , i.m thankful . salam~

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Monday 14 January 2013

tentang rasa

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


currently i'm at home . bukan melaka tapi bukit jalor , negeri sembilan . hmm , then ape yang actually happened at home ? sedangkan aku tengah ketagih final kot . berdebar menanti soalan yang bakal tiba . alhamdulillah tadi dah lepas untuk subjek AUD 390 . dah habis pulun aku review itu subjek . masa dalam kelas memain . bila final kan dah gelabah sendiri . haha

lepas ni tinggal one more paper to go . FAR 315 . yup , sapa kata senang ? mana ade benda senang dalam hidup . semua kena usaha . tapi , aku dirumah ... gi mana mau nyaaa ? sini juga satu tanggungjawab . final itu jugak satu tanggungjawab untuk aku . untuk masa depan yang dirumah ni lahh .

paper tadi aku keluar awal . 30 minit sebelum . awal ke ? HAHA . entah lah . aku menulis selaju mungkin . bukan sebab idea yang mencurah2 , tapi aku tak tahan duduk dalam dewan tu . resah . gelabah . tapi suma dalam hati lah . tapi tetap gak buat aku tak senang . makan macam biasa . niat nak balik bilik nak sambung tido .. fuuu , ngantok gilaaa .

tapi sebelum tu aku tunggu azan zohor . tak pk panjang dah , lepas bagi salam rakaat terakhir aku cakap kat zura aku nak balik . time2 tu jugak aku kemas2 . then balik . dalam hati aku pikir , ape ke jadah nya tetiba aku mimpi nak balik rumah ni . HAHA .

aku text cekmi suruh ujang jemput aku bila sampai nanti . cekmi tanya kau balik kenapa ? ohooiiii , rumah saya , suka hati saya lah mau pulang bila . KAN KAN KAN . rupanya something happened at home . dia memang niat ta nak bg tau aku just becoz of aku tengah final . so , nmpak tak kat situ ? sebab kenapa aku resah gelisah masah sebelum ni ?? TENTANG RASA ...

 fuu , sampai hati ! dalam bas tertido2 aku sebab penat . sampai rumah carik wan . wan sakit teruk pagi tadi . :( . mak pon sedih , cekmi apetah lagi . sedih aku dengar cerita cekmi . aku sentap masa tu . aku bersyukur sebab cekmi ni matang sikit . dia boleh jaga wan dengan mak masa aku tade . aku tau cekmi terbeban sikit dengan perkara ni .

aku perlu study untuk last paper ni . aku jugak perlukan semangat . sebelum ni aku ajar diri aku untuk jadi professional . asingkan masalah peribadi dengan yang lain . belajar itu perlu . tapi keluarga itu tanggungjawab ! dan kali ni memang , sungguh aku lemah . aku hanya mampu semangat semula bila lihat adik2 aku je .

aku sentap dengar ayat dari mulut cekmi "owang masakkan nasi goreng nak bagi adik2 dan mak makan " . fuuu , ya allah . dengan keadaan macam ni , bg lah aku sedikit semangat . pulih kan aku . jangan bagi aku lemah .

aku harap , segala ucapan tu belum smpai masa nya lagi . aku belum ready nak kehilangan . aku mungkin punya tempat berteduh , tapi aku tak punya tempat bergantung . please . sayang semua . <3 .



Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Friday 11 January 2013

kangan benar deh sama kamuuu ..

Assalamualaikum .
Apa Khabar !




fuuu , lama tu tak update . satu mungkin sebab tengah berperang dengan final ni . dan sau lagi sebab lupa bawak bb . noooo , memang sgt deh sama kamu . kangan dengan dunia maya ni . memang aku tahan rindu je . haha . and now , sempat jugak dapat udpate tengah2 pagi buta ni sebab si zura tu bg aku guna bb dia kejap .


actually aku nak betul kan blog budak manja tu . asyik cakap tak boleh je . then aku try bukak . editkan post dia tu , haaa , okay je ! manja kan !! grrr , geram . tapi takpe , aku okay . okay okay okay . 


paper final tinggal lagi 2 . dan memang mati2 kena belajar betul2 ni . lagi2 pasal audit ni . aku belajar cuba mengikhlaskan diri paham ape yang sebenarnya encik audit ni cuba test aku . takpe2 , aku review kau betul2 encik audit . haha . 


haaa , dah lama tak bercerita ni , memang dah berbuku idea nak cakap ni , tapi takpe , kena limitkan dulu . nanti2 aku espress kan sini ea encik blog . kau je bg aku bahagia . haha . bebas je confess dekat kau , then kau tak pernah marah . tu aku sayang kau encik blog . muahh , muahh . haha


pasal sayang benda lain , nti aku cerita eahh . sekarang aku try untuk memahami dulu . paham betul2 . kau pon kena paham aku jugak . haha . dah lah , dah lah . nanti aku leka pk pasal kau , ilmu aku plak tah kemana . haha . bye2 encik blog . nak log out terus ni . jumpa nanti ea . time aku dah balik rumah , nti tiap2 hari aku jumpa kau . byeee ~~



Jari Menaip ,
Nur Atirah .

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH