Nur Atirah

 Banner

Saturday 8 March 2014

Pegawai Miti sah dalam pesawat MH370

Assalamualaikum .
Apa Khabar !




KUALA LUMPUR - Pegawai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Sofuan Ibrahim, disahkan berada di dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing.

Senarai nama terkini yang dikeluarkan Malaysia Airlines mendapati Sofuan merupakan antara 227 penumpang pesawat yang masih belum dikesan itu.

Terdahulu, seorang pegawai komunikasi korporat kementerian itu, Rashid Omar berkata Sofuan mempunyai tugasan rasmi di Beijing.

"Beliau mempunyai tugasan rasmi dan tidak melaporkan diri hari pertama bertugas di Beijing seperti yang dikhabarkan di media sosial," katanya kepada Bernama.

"Itu sahaja maklumat yang boleh saya berikan setakat ini. Sebagai rakan sekerja saya amat mengharapkan beliau selamat," katanya.

Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi. - Bernama


*sumber*

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Pre-Order Tshirt

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


hai korang . kat sini tira nak war war kan yang tira dah open order untuk limited batch . Pre-order hanya 10hari je okey . Kalau ape ape singgah kat instagram tira . cari kedaiTMF .

Ade longsleeve and shortsleeve . Atau boleh whatsapp tira terus dekat contact no 017-6210861 .




Ade 3 perkataan je yang available okey . jenis tshirt cotton ye . Pm tira for more info .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH