Nur Atirah

 Banner

Monday 29 April 2013

Suami Hina Wajah Noniswara Buruk Macam Hantu

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Noniswara sebelum ini ada menyebut kepada media yang seorang wanita bergelar artis telah menjadi punca kepada tuntutan cerai beliau terhadap suami, Datuk Rosman Ridzwan malah telah bersemuka.


Berita Harian menerusi sisipan hiburan mereka, Bpop menulis gossip yang mengatakan artis tersebut adalah Maznah Zulkifli, personaliti televisyen yang terkenal dengan aktiviti lasak beliau.

Khabarnya, Maznah Zulkifli & suami Noniswara sering keluar bersama suatu ketika dahulu tetapi dalam diam di’katakan personaliti TV ini mencuri hati lelaki tersebut.


Ini pula kisah yang di’ceritakan oleh Noniswara tentang artis yang menjadi punca penceraian beliau & suami.

“Siapa sangka kawan sendiri sanggup mengkhianati saya. Dia juga rakan artis. Saya mengenalinya dengan rapat malah dia pernah meminta saya mencarikan teman lelaki untuknya”

“Artis ini mula memberi perhatian kepada suami saya ketika saya sibuk di lokasi penggambaran. Dia meracuni fikiran suami dan memburukkan saya”

“Selepas berbincang dengan suami, beliau mengakui mencintai artis ini dan tidak mahu melepaskannya. Tidak guna saya menunggu lagi jika suami sendiri mengakui wajah saya serupa hantu,” jelas Noniswara. 

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

(Kisah Benar) Mayat Isteri Kaki Zina Diserang Lintah

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih menyedihkan ianya bukan sahaja melibatkan remaja malah lebih ramai di kalangan individu dewasa yang bujang mahupun yang telah berkahwin! Seperti yang pernah penulis kisahkan tentang kecurangan isteri dan balasan yang diterima akibat perbuatan menduakan suami, kini sekali lagi penulis ingin menceritakan azab seksa seorang wanita yang berkahwin tetapi masih melakukan seks bebas.
Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan. Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran darinya.

Hiasan
“Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik. Jamilah mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang petani di kampung.
Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak dikawal oleh kerajaan seperti sekarang maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga beras seludup dari Thailand. Pendapatan hasil penjualan beras seludup tidak seberapa hanya boleh menampung hidup seharian sahaja.” Jelas En.Idris.
Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan nama sebenar ) merestui pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak tidak selincah isterinya, beliau berjiwa lembut dan menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak bantahan. Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke sana ke mari.
Husin baik dan jujur orangnya dan tidak banyak perangai. Jamilah keluar masuk rumah dan melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah juga tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin. Husin percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari wang dan membela nasib keluarganya.
Ramai wanita sekitar kampung Jamilah melakukan pekerjaan menjual beras seludup namun ianya hanya sekadar boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja. Berbeza dengan Jamilah yang menampakkan sedikit mewah dengan gelang dan rantai emas yang banyak pada tubuhnya. Ramai orang mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan mewah sebegitu. Maka ada beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia bekerja, sedangkan ramai juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah Jamilah.
Semenjak itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jamilah tanpa disedarinya. Pada mula-mulanya rahsia Jamilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand membuat pemeriksaan di sempadan maka tertangkap beberapa orang yang cuba menyeludup masuk beras dari Thailand termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu.
Namun setelah beberapa jam kemudian nampak Jamilah dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Thailand dengan muka yang senyum dan beras seludupnya juga selamat dibawa balik ke Malaysia. Beberapa orang lain yang menyeludup masuk beras terpaksa membayar denda dan beras terpaksa dirampas Sikap tidak puas hati rakan-rakan penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jamilah terlepas sedangkan mereka menerima nasib sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh beberapa orang yang tidak puas hati berkenaan. Maka pada suatu hari mereka mendapat tahu rupa-rupanya Jamilah telah memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan dengan meniduri dirinya.
Hiasan
Malah rasuah tersebut bukan sekali dua bahkan telah banyak kali berlaku setiap kali tidak boleh membolosi diri ditahan Kastam Thailand di sempadan. Tidak lama kemudian dapat lagi berita mengatakan Jamilah juga membuat perniagaan sampingan ketika berada di Thailand. Rupa-rupanya Jamilah memperdagangkan tubuhnya sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jamilah mampu membeli emas yang banyak.
Maka heboh diceritakan akan kisah Jamilah yang sedemikian rupa, orang ramai tidak hairan dengan kemewahan yang Jamilah miliki malah dicemuhi dan dipandang jijik terhadapnya oleh orang kampung serta masyarakat setempat. Tergamak Jamilah melakukan perkara terkutuk sedemikian semata-mata mencari sedikit kemewahan. Husin telah diberitahu gejala isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja.
Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga tidak segagah dahulu lagi manakala Jamilah berusia lewat 40an masih bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang terdesak disamping minat pada wang. Husin hanya berserah pada Allah, hendak menuduh isterinya curang beliau tidak mempunyai cukup bukti dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.
Selang beberapa tahun kemudian Jamilah diserang sakit kepala lalu demam dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk sakit Jamilah. Selang beberapa minggu kemudian Jamilah mengalami nazak yang teruk. Pada hari sakaratul maut Jamilah dikatakan menyalak seperti anjing untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh salakan sebelum nyawanya habis. Jamilah habis nyawa dalam keadaan menyedihkan matanya terbeliak manakala lidahnya terjelir. Ahli keluarga yang berkumpul turut merasa pelik akan kelakuan Jamilah menyalak sebelum menghembuskan nafas terakhir dan mati dalam keadaaan yang sebegitu.
Upacara kematian seperti biasa orang kampung lakukan bagi menyempurnakan jenazah Jamilah. Setelah dikafankan liang lahad disukat dan digali tibalah masa untuk dikebumikan. Sebaik sahaja jenazah Jamilah dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk menyimpan mayatnya. Mayat Jamilah diukur semula dan liang lahad di panjang sekali lagi namun masih tidak cukup panjang lagi. Diulangi kali ketiga dipanjangkan lagi liang lahad itu pun begitu juga masih tidak cukup panjang. Satu kejadian luar biasa telah berlaku mayat Jamilah disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang lahadnya.
Setelah semua keluarga pulang ke rumah tiba masa untuk Husin membuat sijil kematian Jamilah pada hari itu juga. Bila diminta kad pengenalan daripada anak perempuannya kata anaknya itu, “Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat ibu saya terletak kad pengenalan atas jenazah mak, bermakna kad pengenalan itu ada bersama mayat mak dalam kubur” Husin agak terganggu memarahi anak perempuannya itu namun terpaksa memanggil penggali kubur di situ agar menggali kembali liang lahad kubur arwah Jamilah yang baru beberapa jam dikebumikan tadi.
Maka kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang mengikut Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jamilah telah didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah namun bertaring menggigit tubuh mayat Jamilah. Husin mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa kali namun ulat yang sama itu kembali ke tempat asal di mana ianya menggigit tubuh mayat Jamilah tadi. Kejadian itu amat pelik sekali.
Setelah itu mayat Jamilah terpaksa dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam bungkusan kain kafannya untuk mendapatkan kad pengenalannya. Dalam mengiringkan mayat Jamilah itu sekali lagi kejutan berlaku. Terdapat beribu-ribu ekor ulat seperti lintah bertaring itu berada di bawah mayat Jamilah . Segera kami menimbusnya kembali setelah berjaya mendapatkan kad pengenalannya itu.
Saya tidak dapat membayangkan akan apakah rahsia sebenarnya kejadian yang Allah pertunjukkan sebegitu. Namun saya terasa agak seram dan insaf bila melihat kejadian aneh sebegitu buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Di dunia lagi Allah sudah menunjukkan azabnya apatah lagi diakhirat kelak.
Saya boleh memberikan gambaran atas kejadian begitu bahawa kita manusia tidak boleh lari daripada azab pembalasan jika melakukan salah yang besar atau dosa yang besar. Bagi isteri-isteri tetapkan iman, jangan berlaku curang pada suami kita nescaya dosanya amatlah besar.
Dosa berzina sudah cukup besar tidak tertanggung bagi yang masih bujang, apatah lagi wanita yang bergelar isteri melakukan zina. Nauzubillah…hanya Allah sahaja yang mengetahui akan azabnya kelak.
Di dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka sama-sama kita ambil iktibarnya supaya ianya tidak berulang lagi dimasa hadapan pada diri kita atau keluarga kita, minta disisihkan Allah.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Mengapa Wanita Ini Tidak Boleh Pijak Masjidil Haram?

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



Mengapa Wanita Ini Tidak Boleh Pijak Masjidil Haram? | Kalau sebelum ini KisahBest.My pernah berkongsi tentnag pengalaman seorang ustaz berjumpa dengan insan kenit di masjidil haram (LINK), kali ini pula tentang cerita seorang jemaah yang mengerjakan umrah, namun pada masa yang sama dirinya turut adamembela hantu raya. Memang sudah banyak kita dengar kisah-kisah misteri yang dihadapi segelintir jemaah umrah, ada yang menginsafkan, ada yang diberi peringatan oleh Allah, dan sebagainya. Kisah ini bukan bertujuan untuk mengaibkan sesiapa, namun sekadar iktibar dan renungan kita bersama. Ikuti kisah di bawah ini.

masjidil-haram
SUDAH lebih sepuluh tahun saya mengumpul pengalaman dalam menguruskan jemaah haji dan umrah, pelbagai kerenah yang saya temui. Tak kiralah sama ada sebelum berangkat ke Tanah Suci ataupun sewaktu berada di sana. Apa yang boleh saya katakan, mereka yang berjaya sampai ke Mekah untuk menunaikan ibadah adalah golongan yang dipilih Allah. Jika Allah tidak menjemput, jemaah itu tidak akan berjaya sampai ke Tanah Suci.
Wang bukan segala-galanya. Saya sering melihat kes di mana jika orang itu banyak duit sekali pun, tetapi ada saja halangannya sejak di tanah air sehingga menyebabkan dia gagal menjadi tetamu Allah di Mekah.Ada kalanya, kerana fikir dia kaya dan banyak wang, maka itu menjadi lesen untuk meminta apa saja bertaraf first class bagaikan melancong ke luar negara lagaknya. Pernah saya bawa seorang jemaah wanita, boleh dikatakan dari golongan elit. Sebelum pergi lagi dah minta macam-macam. Lepas tu, langsung tak mahu bercampur dengan jemaah lain. Kononnya orang lain tak setaraf dengannya. Sikapnya sungguh sombong dan suka memerintah orang.
Semasa di Madinah, dia sudah mula tunjuk rasa tak puas hati. Kononnya makanan tak sedap, persekitaran tak selesa dan macam-macam lagi. Saya sendiri tidak faham tujuannya datang ke Tanah Suci untuk beribadah atau melancong. Sudahlah begitu, dia suka melaga-lagakan orang dengan fitnah hingga ada jemaah yang bermasam muka angkaranya. Bila sampai di Mekah, kami bawa ke hotel penginapan. Walaupun hotel itu tidak secantik mana namun ia selesa dan segala kemudahan disediakan. Semua jemaah suka dan amat bersyukur kerana dapat penginapan yang paling dekat dengan kawasan Masjidilharam. Ini memudahkan mereka berulang-alik mengerjakan ibadah.
Macam Kandang Babi
TAPI berlainan pula dengan wanita elit itu. Mula-mula dia membebel kerana tak puas hati dengan hotel itu. Katanya hotel itu buruk. Lama-kelamaan amarahnya mula berpanjangan. Daripada membebel, akhirnya dia terjerit-jerit marah dan memaki hamun di depan jemaah lain hanya kerana tidak mahu menginap di hotel tersebut. “Hotel ni macam kandang babi? Aku tak mahu tinggal kat tempat kotor macam ni!” jerit wanita itu. Habis pintu hotel ditendangnya. Saya hanya geleng kepala. Jemaah lain turut malu dengan sikapnya hamun dalam ihramnya itu.
Kami memujuk, tapi dia terus memarahi dan memaki hamun kami semua. Hampir setengah hari habis masa kami memujuknya. Tidak mahu jemaah lain terganggu kerana kerenahnya itu, akhirnya kami tempatkan dia di sebuah hotel mewah yang jauh dari Kaabah. Kalau diikutkan, tak layak pun dia duduk di hotel itu. Bayangkanlah, bayar pakej untuk kelas pertengahan, tapi minta layanan bagaikan dia membayar pakej kelas pertama. Tapi kerana malas mendengar suaranya yang tak habis membebel dan mengganggu Jemaah lain, kami turutkan saja kemahuannya.
Lepas itu, mutawif minta wanita tersebut membayar dam kerana sudah banyak melanggar syarat dalam ihram. Lebih kurang RM400 dendanya. Tak sampai 15 minit lepas dia bayar, dia boleh marah semula mutawif dan berkeras minta dipulangkan semula duit damnya itu.
Dia sanggup tinggal seorang diri di hotel berlainan yang jauh daripada jemaah lain. Saya dapat, tahu selepas itu dia langsung tidak dapat mengerjakan ibadah umrah di Mekah. Sebabnya tiba-tiba haidnya datang tak menentu. Kejap ada, kejap tiada. Sehari suci, esoknya ‘kotor’ semula. Semasa dalam ihram, haidnya datang lagi. Akhirnya, sepanjang 10 hari di Mekah, memang dia lebih banyak duduk di hotel saja, langsung tak dapat buat ibadah. Betapa ruginya orang seperti ini.
Gagal Pijak Masjidilharam
SELAIN itu, saya teringat juga satu kes seorang lelaki berusia 60-an yang mengerjakan umrah ditemani anak lelakinya. Semasa di Madinah, semuanya berjalan dengan baik. Tapi, sampai di Mekah lain pula jadinya. Lelaki itu tak boleh memasuki kawasan Masjidilharam. Tiap kali dia jejakkan kaki ke dalam kawasan itu, dia akan menjerit-jerit kepanasan. Badannya rasa nak terbakar sampai nak dicabutnya kain ihram kerana tak tahan berasa panas. Begitulah setiap kali mahu memasuki kawasan Masjidilharam.
Lebih haru, bila kami tanya mana Kaabah, dia boleh tunjuk arah belakang. Maknanya, Kaabah yang besar pun langsung dia tak nampak! Anak lelakinya menangis melihat keadaan itu. Setelah puas bertanya, barulah lelaki itu bercerita dia ada membela hantu raya. Tujuannya untuk membantunya melakukan kerja dan menjaga rumah semasa ketiadaannya sewaktu zaman mudanya dulu. Kami tanya di mana dia simpan benda pemujaan hantu raya itu. Setelah dia menyebutkan lokasinya, anaknya menelefon keluarganya di tanah air dan minta dibuang benda itu dengan bantuan pengamal perubatan tradisional. Setelah hantu raya itu dibuang, barulah lelaki itu boleh memijak kawasan Masjidilharam. Barulah dia boleh melihat Kaabah. Kerana itu semasa memberi kursus pada jemaah yang mahu berangkat ke Tanah Suci, saya selalu mengingatkan mereka jika ada sebarang amalan ilmu hitam atau yang menyalahi syariat, lebih baik ‘dibersihkan’ dahulu dan bertaubat sebelum berangkat ke Tanah Suci.
Betulkan tauhid kita sebelum berangkat ke sana. Jika tidak, itulah yang terjadi seperti kes pakcik tadi. Selain itu, akhlak kita sesama manusia juga harus dijaga. Sebaiknya kita minta ampun dan maaf pada mereka yang pernah kita zalimi atau sakiti hatinya, apatah lagi jika kita ambil haknya.
Akibat Alih Batu Sempadan
PERNAH berlaku seorang jemaah lelaki yang saya bawa tak boleh buat ibadah sepanjang berada di Mekah. Badannya sentiasa terasa panas dan tidak keruan hingga dia langsung tak boleh beri tumpuan untuk beribadah. Dia mengadu pada saya lalu saya bertanya jika dia ada buat apa-apa kesalahan sebelum ini.Akhirnya dia teringat semasa di kampung dia suka mengambil tanah hak orang. Dia dengan sengaja mengalihkan batu sempadan agar tanahnya lebih luas dengan ‘mencuri’ hak orang lain. Selepas dinasihatkan, dia menelefon jirannya di tanah air dan meminta maaf atas perbuatannya itu. Selepas itu barulah dia dapat melakukan ibadah dengan tenang di Mekah.
Sebenarnya, cerita-cerita yang saya bawakan tadi sepatutnya menginsafkan kita. Apa saja ujian atau balasan yang kita lalui semasa berada di Tanah Suci, terimalah dengan dada terbuka. Jangan takut, jangan gentar. Setiap ujian dan balasan di sana adalah salah satu pengampunan dosa kita. Jika kita tidak dapat menerimanya dengan redha, bermakna kita adalah manusia yang rugi. Segala keajaiban yang ditunjukkan Allah di Tanah Suci itu bersifat pelbagai. Seperti saya alami dua tahun lalu. Ketika saya berniat mahu bawa golongan yang tidak berkemampuan ke Tanah Suci.
Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, orang tua, golongan miskin dan pelajar madrasah di mana mereka ingin sangat ke Mekah tapi tidak mampu dari segi kewangan. Kalau diikutkan logic akal, bajet untuk membawa mereka memang tak cukup langsung. Tapi saya tawakal dan berserah pada Allah. Sampai di Tanah Suci, rezeki saya tak putus-putus. Ramai orang menderma, segala bajet seperti makan minum dan penginapan tiba-tiba dapat diskaun paling murah.
Kad ATM bila dicucuk sentiasa ada wang. Dalam poket pun bila saya seluk, ada saja wang yang saya sendiri tertanya-tanya entah datang dari mana. Itulah kuasa Allah. Semasa pergi tak cukup wang, sampai di sana wang saya jadi berlebihan hingga boleh membeli-belah untuk golongan yang tidak berkemampuan ini.Daripada situ saya bertekad seboleh-bolehnya saya mahu membantu membawa golongan sebegini ke Tanah Suci. Oleh kerana itulah saya wujudkan program ‘Kembara Taubat Di Bumi Anbia’ yang akan bermula pada Mei tahun ini. Tujuannya untuk memberi peluang pada golongan yang tidak berkemampuan untuk sama-sama menjadi tetamu Allah di sana. Saya percaya, benda baik yang kita lakukan dengan ikhlas tanpa tujuan mengaut keuntungan pasti akan dipermudahkan jalannya oleh Allah.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Dibuang Negara Arab kerana Terlalu hensem ??? ( 7 Gambar)

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Omar Borkan Al Gala adalah salah seorang daripada tiga warga arab saudi yang dikeluarkan dari negara arab kerana terlalu hensem. Dia adalah jurugambar fesyen, pelakon serta poet dari Dubai. Dia telah dikeluarkan dari negara itu kerana suami di Arab Saudi khuatir isteri mereka akan jatuh cinta dengan si Omar ini sekiranya dia terus tinggal di negara itu.

Gadis, adakah Omar begitu kacak?

 



* jadi orang hensem pon , bermasalah . hmm

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

BAYI DIHUMBAN DARI TINGKAT 5! BERKECAI KEPALA..'ANGKARA MANUSIA BERTOPENGKAN IBLIS'!!

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



JIKA DIBANDINGKAN HAYAWAN PON MUNGKIN TIDAK LAYAK, MANUSIA YANG SANGUP BERBUAT SEBEGINI SESAMA MANUSIA ! KEMANA HILANGNYA SIFAT KASIH SAYANG SEORANG MANUSIA YANG TELAH DIANUGERAHKAN OLEH NYA???

Kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak apabila seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara.

Bayi berkenaan dipercayai masih hidup sebelum dicampak. Dipercayai bayi itu dibawa seseorang ke tingkat lima pangsapuri berkenaan berdasarkan kesan darah yang ditemui di tangga bangunan itu. Penduduk yang menemui mangsa, Ahmad Azhari, 34, berkata ketika itu dia baru meletakkan keretanya di tempat letak kenderaan di bawah pangsapuri berkenaan. Menurutnya, ketika berjalan menuju rumahnya, dia melihat benda seakan-akan bayi terbaring di tepi tong sampah di atas jalan.

“Saya pada mulanya menyangka benda itu anak patung, namun pelik apabila melihat ada kesan darah. Saya kemudian berjumpa jiran yang berada berdekatan dan menyuruhnya memeriksa objek itu dan terkejut apabila mendapati ia mayat bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Jirannya, Mokhtar Ahmad berkata, ketika melihat mayat bayi itu dari dekat, hatinya amat tersentuh kerana terdapat kecederaan teruk pada kepala bayi itu. Tak sangka ada manusia tergamak melakukan perbuatan kejam ini,” katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis!

*ish ish ish . ape nak jadi lah . bayi yang tak bersalah ni jadi macam ni . moga kamu ditempatkan disyurga . amin .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Sakit Datang Kembali.

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


first sekali , tira nak ucap syabas kepada diri tira sendiri . *clap your hand* :) hehe . sebab ape ? sebab tira berjaya datang kelas hari ni . full ! ehh , bukan sepatutnya memang kena g class ke ? wahaha . okeyh . meh sini tira nak share . 

actually semalam , sakit tira datang balik . sakit ape ? sakit dada ! sesak nafas , semput , dan sewaktu dengannya . fuu , bagi tira la , ni kali kedua tira kena teruk macam ni . first dulu sebab tira makan udang ! udang galah yang besar tu . tira actually memang alah dengan udang . tapi makanan laut yang lain ,oke jee . udang je tak boleh .

then , untuk yang ni , tira tak sure kenape . datang mengejut . same je keadaan macam yang dulu . susah nak bernafas . tak boleh tidur . kerap batuk . tira rase mula2 nak kena tu waktu maghrib sabtu . malam tu dah start tak boleh nak nafas . tira dah agak tira kena .


tapi kat umah , tira takde pon bende alah yang sedut2 tu . HAHA . yang untuk orang semput tu . malam tu memang tira tidur duduk ! bayangkan la seksa nya tira nak menunggu nak siang . then esok nya tira pergi la klinik and ambil oksigen .

petang tu dah kena balik melaka . dengan condition tira yang tak berapa nak sihat , makcu tira offer nak hantakan smpai melaka . hoyeahh . tak payah susah2 naik bas . *thanks makcu :)* malam , tira kena lagi . batuk sanan , batuk sini . sakit sangat . tira dah makan ubat dah . tapi still gini .

hari ni tira rase macam tak mau g klass sebab tira nak p klinik semula . tapi disebabkan kelas pukol 8 tu batal , tunggu klas pukol 10 , tira rase dah bermaya . gagahkan lah diri ni untuk g klass . fuu , alhamdulillah . selamat . takde ponteng class . presentation tadi pon , tira tak puas hati sangat . sebab tak dapat nak cakap kuat2 . penat nak tarik nafas . hmm .  thats all . :D


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Semakin Ramai Anak Buang Ibu Bapa

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Hiasan


Setelah hampir 20 tahun saya bekerja di bidang perubatan, saya didedahkan dengan pelbagai pengalaman yang mengembirakan dan juga yang sangat menyedihkan hati.

Seperkara yang menyedihkan saya ialah apabila menyaksikan semakin ramai ibu-bapa yang dibuang oleh anak-anak mereka sendiri samada di hospital, rumah orang-orang tua dan ada juga yang dibuang ke masjid atau ke surau.

Kalau dulu, perkara seumpama ini banyak berlaku di kalangan masyarakat Cina terutamanya di kalangan mereka yang berada tetapi kini ianya telah menular kepada masyarakat Melayu yang beragama Islam.

Semakin kerap kedengaran berita anak-anak yang sibuk dengan kerjaya mereka menghantar ibubapanya ke rumah kebajikan orang tua. Apalagi apabila anak yang beragama Islam itu menghantar ibu atau ayahnya ke rumah kebajikan orang tua bukan Islam yang menjadi pilihan untuk dia membuang orang tuanya!

Tidakkah mungkin mereka berusaha mendapatkan pembantu rumah yang boleh menjaga dan membantu urusan kehidupan orang tua yang dahagakan kasih sayang mereka dan cucu-cicit mereka?

Sudah tiada tempatkah untuk orang tuanya di rumah kebajikan Islam? Mungkin juga dia merasakan orang tuanya akan dapat layanan terbaik di sana atau ada niat yang tersirat dalam memerli orang tuanya?

Saya sangat khuatir bahawa anak-anak yang kurang adab dan akhlaknya kepada orang tua mereka ini akan menerima nasib yang sama atau mungkin lebih teruk apabila mereka sendiri meniti usia senja nanti…..!

Kasihanilah ibu bapa dan garaplah kehebatan syurga melalui kasih-sayang dan bersabar dengan karenah ibu bapa yang berada di penghujung usia.

Sesungguhnya budaya menghormati dan mengasihi ibu bapa akan mewujudkan suasana yang harmoni, damai dan tenang dalam keluarga. Mari kita perhatikan maksud hadith Rasulullah saw ini sebagai peringatan kepada kita dalam menjaga adab dan berkasih-sayang dengan ibu bapa.

“Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami.” (Hadis riwayat Tabrani)

Dalam hadith yang lain, baginda mengatakan bahawa perbuatan menderhaka kepada kepada ibu bapa merupakan maksiat yang akan di balas dengan segera di dunia ini.

“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Ingatlah saudaraku,

Syurgamu kelak adalah pada redha ibumu, redha ibumu, redha ibumu dan juga pada redha bapamu…..!

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Sunday 28 April 2013

Subhanallah! Ibu Dolphin Membawa Anaknya Yang Telah Mati

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Terdapat sebuah kisah yang menyayat hati yang melibatkan ibu Dolphin. Menurut berita, kejadian ini berlaku di pusat lawatan ikan lumba-lumba di China. Ketika seorang pelancong sedang mengambil gambar, kelihatan ibu dolphin ini sedang berusaha gigih membawa anaknya yang telah mati pada kelajuan 40 kilometer sejam. Ia dilihat merempuh ombak lautan untuk membawa anaknya yang difikirkan tidak pandai berenang walhal anaknya sudah mati. Beberapa kali anaknya tenggelam dek dilanggar ombak namun ibunya turun semula untuk membawa anaknye ke atas lautan. Lihat gambar di bawah ini.





Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Ayam sebar virus H7N9

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Pasar ternakan lokasi jangkitan: Penyelidik 

BEIJING: Penyelidik mengesahkan virus selesema burung H7N9 yang mula dikesan Februari lalu disebarkan oleh ayam di pasar haiwan ternak kepada manusia. 

Kes pertama jangkitan terhadap manusia dilaporkan di Shanghai sebelum virus itu dikesan di wilayah selatan Zhejiang dan Beijing di utara. 


Pasar haiwan ternak banyak didapati di Asia. Hasil penyelidikan terbaru itu dilaporkan oleh majalah The Lancet. 

Selepas seorang pesakit berusia 39 tahun dirawat di hospital kerana virus berkenaan, sepasukan penyelidik mula menguji 486 orang yang melaporkan tanda-tanda jangkitan pernafasan. 

Ia diketuai oleh Profesor Lanjuan Li dari Universiti Zhejiang, Hangzhou, China dan Profesor Kwok-Yung Yuen dari Universiti Hong Kong. 

Ujian mereka menunjukkan tiga daripada pesakit dijangkiti virus H7N9 dan meneruskan kajian bagi mengenal pasti petanda jelas jangkitan. 
Oleh kerana semua pesakit terdedah kepada haiwan ternakan, mereka berusaha mengesahkan bagaimana jangkitan berlaku daripada ternakan kepada manusia. 

Mereka mengambil sampel ayam, quails, burung merpati dan itik di enam pasar haiwan ternak yang dikunjungi pesakit. 

Sebanyak 40 peratus burung merpati dan 20 peratus ayan yang diuji didapati positif H7N9. 

Penyelidik membandingkan struktur genetik virus H7N9 dengan seorang pesakit dan mendapati beberapa persamaan menunjukkan virus disebar oleh ayam. 

Mereka memutuskan manusia bukan penyebar jangkitan virus itu selepas meneliti 303 kediaman dan pejabat pesakit. 

Seselema burung H7N9 sudah menjangkiti 108 orang dan membunuh 22 penduduk China di beberapa kawasan berasingan.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Tuduhan liar boleh jejas imej kastam

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Tuduhan liar boleh jejas imej kastamDatuk Seri Khazali Ahmad, Ketua Pengarah KDRM
Kuala Lumpur: Seluruh kakitangan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) terguris hati dengan tuduhan liar pembangkang yang mendakwa pembunuhan pegawai kanan mereka, kelmarin ada kaitan dengan rasuah dalam kerajaan. 

Ketua Pengarah KDRM, Datuk Seri Khazali Ahmad, (gambar) berkata tohmahan itu bukan saja menyinggung perasaan keluarga mangsa, malah menimbulkan persepsi negatif bahawa penjawat negara yang berkhidmat untuk kerajaan terbabit rasuah. 
Katanya, sebagai parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, pemimpin PAS tidak harus mempolitikkan kes sedemikian. “Hentikan tohmahan palsu ini dan hormatilah keluarga mangsa. Ini soal pentadbiran, biar polis siasat kerana kita tidak tahu motif pembunuhan. 



“Kita tidak mahu tuduhan palsu itu memberi persepsi negatif kepada rakyat dan menjejaskan imej kastam. Sebagai badan penguat kuasa, kami melaksanakan tugas yang diamanah dengan penuh tanggungjawab hatta mempertaruhkan nyawa,” katanya. 

Beliau mengulas tuduhan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam ceramahnya di Presint 3, Putrajaya, malam kelmarin, mendakwa pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah KDRM, Datuk Shaharuddin Ibrahim ada kaitan dengan rasuah kerajaan. 
Shaharuddin ditembak mati dua lelaki bermotosikal ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, kira-kira jam 8.15 pagi. 

Khazali yang yakin kes itu dapat diselesaikan polis dalam masa terdekat berkata, pembunuhan pegawainya itu tidak melemahkan semangat beliau dan anggotanya untuk meneruskan tugas. 
“Ia tidak jejaskan moral dan semangat kami walaupun sering menerima ancaman, malah meningkatkan lagi usaha mengikut objektif ditetapkan. Kakitangan juga turut sentiasa bersiap siaga dengan meningkat tahap keselamatan untuk menghadapi sebarang kemungkinan selepas ini kerana kami tidak tahu musuh kami dari mana,” katanya. 

Sementara itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman yang mewakili kira-kira 1.3 juta penjawat awam, berkata tuduhan Husam itu bukan saja merugikannya, malah mengundang kebencian rakyat terhadap PAS.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Pegawai SPR kena ugut

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Kuala Lumpur: Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat laporan polis selepas diugut seorang lelaki ketika sedang meronda dan memantau di Kubang Semang, Pulau Pinang, semalam. 

Penolong Ketua Urus setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Superintendan Ramli Mohamed Yoosuf, berkata kejadian berlaku ketika pegawai itu dan dua rakannya yang menaiki kereta jenis Pajero berhenti di depan Bilik Gerakan di kawasan itu. 

“Lelaki itu secara tiba-tiba membuka pintu kereta itu dan menumbuk cermin sebelum memberi isyarat telunjuk jari sambil berkata ‘hang balik, nanti aku akan pukul hang’,” katanya dalam taklimat media PRU13 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, semalam. 


Tiga kes cemar kempen pilihan raya 

Ramli berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. 

Katanya, ada tiga lagi kes yang mencemarkan kempen pilihan raya semalam iaitu kebakaran Bilik Gerakan di Rawang Jaya, Selangor, menconteng papan iklan yang mencemarkan imej polis di Kulaijaya, Johor dan ugutan jenayah di Petaling Jaya, Selangor.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

UiTM berbalas gol sebelum juara

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

  • Foto
    Pemain UITM muncul juara Divisyen 1 Liga Hoki Malaysia di Stadium Hoki Bukit Jalil. - Foto Sairien Nafis
  • Foto
Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengesahkan gelaran juara Divisyen Satu Liga Hoki Malaysia buat kali kedua selepas menewaskan Tenaga Nasional Berhad Thunderbolts (TNB Thunderbolts) 5-4 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, semalam.

Kali pertama pasukan itu merangkul gelaran juara pada tahun 2009 di Ipoh selepas menewaskan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 3-1 pada perlawanan terakhir liga. 
“Saya gembira dengan kemenangan ini kerana perlawanan begitu mendebarkan dan sengit. Apapun, ini kemenangan berharga serta bermakna buat pemain," kata jurulatih UiTM, Ahmad Tarmizi Mohamed sejurus perlawanan. 


UiTM membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 manakala TNB Thunderbolts, RM20,000.

Mohamad Afify Mohd Rodzi membuka tirai jaringan pada minit ke-5 buat UiTM namun TNB Thunderbolts menyamakan kedudukan selang lapan minit kemudian menerusi Amir Zulkarnain Ahmad Robangi.

KLHC kekal rekod

Muhamad Asraf Zulzali kembali meletak UiTM di depan seminit kemudian tetapi gagal mengekang asakan lawan yang kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-21 menerusi Muhammad Anwar Ali. 
Nor Nashriq Farhan Nor Azman meledak jaringan ketiga UiTM pada minit ke-39 tetapi anak buah Lailin Abu Hassan sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-44 menerusi Amir Zulkarnain.

Mohamad Afify menjaringkan gol peribadi keduanya pada minit ke-45 namun Mohd Fairuz Hamsani menjadikan kedudukan 4-4 pada minit ke-52 sebelum Ahmed Iqwan Shah Harun muncul wira UiTM dengan jaringan kemenangan lima minit sebelum tamat perlawanan.

Sementara itu, juara Divisyen Premier, KLHC menutup saingan terakhir dengan menewaskan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 4-2 sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Russia tahan 140 jemaah masjid

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


MOSCOW: Polis Russia dan ejen keselamatan menahan 140 orang di sebuah masjid di sini kelmarin kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pelampau. 

Agensi Keselamatan Persekutuan dilaporkan agensi berita Russia sebagai berkata, antara mereka yang ditahan termasuk 30 warga asing tetapi tidak didedahkan dari negara mana. 
Penahanan itu berlaku seminggu selepas dua suspek pengeboman Maraton Boston dikenal pasti keturunan etnik Chechen kelahiran Russia yang bersimpati dengan pelampau Islam. 


Tiada laporan segera atau tuduhan difailkan. Agensi keselamatan merujuk The Associated Press kepada sebuah pejabat daerah tetapi panggilan ke sana tidak dijawab. 

Laporan memetik agensi berkenaan sebagai berkata, masjid itu sebelum ini dkunjungi mereka yang terbabit dalam menyediakan atau melakukan keganasan. 

Pemberontakan pemisah Chechen bermula pada 1990-an merebak ke rantau berjiran Caucasus Russia, termasuk Dagestan, tempat tinggal suspek pengeboman Boston, Tamerlan dan Dzhokhar Tsarnaev dan keluarga mereka untuk seketika sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat pada 2002 atau 2003. 

Ibu bapa Tsarnaev kemudian kembali ke Dagestan dan Tamerlan yang terbunuh ketika berbalas tembakan dengan polis minggu lalu membuat kunjungan pada 2012. 
Penyiasat cuba mencari apa yang dilakukannya dalam persinggahan enam bulan, terutama jika dia bertemu dengan mana-mana pelampau. - AP 

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH