Nur Atirah

 Banner

Sunday, 28 April 2013

UiTM berbalas gol sebelum juara

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

  • Foto
    Pemain UITM muncul juara Divisyen 1 Liga Hoki Malaysia di Stadium Hoki Bukit Jalil. - Foto Sairien Nafis
  • Foto
Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengesahkan gelaran juara Divisyen Satu Liga Hoki Malaysia buat kali kedua selepas menewaskan Tenaga Nasional Berhad Thunderbolts (TNB Thunderbolts) 5-4 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, semalam.

Kali pertama pasukan itu merangkul gelaran juara pada tahun 2009 di Ipoh selepas menewaskan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 3-1 pada perlawanan terakhir liga. 
“Saya gembira dengan kemenangan ini kerana perlawanan begitu mendebarkan dan sengit. Apapun, ini kemenangan berharga serta bermakna buat pemain," kata jurulatih UiTM, Ahmad Tarmizi Mohamed sejurus perlawanan. 


UiTM membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 manakala TNB Thunderbolts, RM20,000.

Mohamad Afify Mohd Rodzi membuka tirai jaringan pada minit ke-5 buat UiTM namun TNB Thunderbolts menyamakan kedudukan selang lapan minit kemudian menerusi Amir Zulkarnain Ahmad Robangi.

KLHC kekal rekod

Muhamad Asraf Zulzali kembali meletak UiTM di depan seminit kemudian tetapi gagal mengekang asakan lawan yang kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-21 menerusi Muhammad Anwar Ali. 
Nor Nashriq Farhan Nor Azman meledak jaringan ketiga UiTM pada minit ke-39 tetapi anak buah Lailin Abu Hassan sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-44 menerusi Amir Zulkarnain.

Mohamad Afify menjaringkan gol peribadi keduanya pada minit ke-45 namun Mohd Fairuz Hamsani menjadikan kedudukan 4-4 pada minit ke-52 sebelum Ahmed Iqwan Shah Harun muncul wira UiTM dengan jaringan kemenangan lima minit sebelum tamat perlawanan.

Sementara itu, juara Divisyen Premier, KLHC menutup saingan terakhir dengan menewaskan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 4-2 sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

No comments:

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH