Nur Atirah

 Banner

Wednesday 31 July 2013

iftar bersama ..

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


hari ni eksaited sikit nak masak . sebab family Mr.Simple mai sekali datang rumah buka sama . dan aku ? punya eksaited masak tomyam , sayur kubis masak lemak dengan goreng ikan . tanpa sedar , adik2 g bazar and beli kuehh .

waa , banyak nya benda kena makan . mau kembong perut . achik bawak nasik lemak , tapi sambalnya masak kat umah tira . *pon bolehh . dan ini tahun punya untuk kami iftar bersama . next round dekat rumah Mr.Simple . hari jumaat ! macam dengar2 achik nak masak nasi tomato tadi . nyumm ~~


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Tuesday 30 July 2013

thanks to Mr.Simple.

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


haa , hari ni berterima kasih sangat2 pada Mr.Simple tira . sebab dia banyak tolong tira hari ni . Mr.Simple yang sangat baik hati ni dah hantar tira dengan wan tira pergi kat masjid sungai kelamah tu . sebab mak tira dapat bantuan dari jabatan agama islam .
hm , yang bagi idea mak Mr.Simple tu lah . alih2 masa surat tu sampai , mak dia ade kat umah tira . so mak dia yang suruh Mr.Simple ni hanta kan . *dalam hati gembira sebab ade orang nak bwakkan* 
and , petang pulak teman tira pergi beli barang nak buat kuih raya ! haha . dah nak dekat raya ni lah baru terhegeh2 nak buat , cari bahan la bagai . memula tu ingat nak p mydin kat jasin tu . tapi tetibe petang tadi tira tak bape nak sihat . malas nak g jejauh . tira cakap g gmart kat gemas tu jee .
hmm , anyways , thanks to Mr.Simple . 

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Ramadhan Giveaway by ZZ

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



SINI

Tag :-
I

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Pre Raya GiveAway By Adam Faiz

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


klik banner okeh :)

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Promosi Powerbank 20,000mAH !

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



RM98 + free postage !
sabah sarawak + rm7
PM tira cepat !
017-6210861

**limited ! selagi stok masih ada :)

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Monday 29 July 2013

Giveaway Rekaan Sendiri By Eymasu

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


sini

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

sebab nyaa adalah .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


actually , i miss you .


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Saturday 27 July 2013

bila hati dah sayang.

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


hari ni je dah hari sabtu . lol . kejap je dah sabtu kan . rase baru semalam tira rase sedey sebab Mr.Crush nak g kelantan tuhh . hehe . yelahh , bakal jadi rindu la katekan . die g kelantan sebab ade pertandingan kompang .

pagi tadi dah smpai rumah dah . alhamdulillah . hebat diorang . no 3 dalam tangan . ecececehh , hehe . tapi tapi tapi ! die balik kampung pulakkk . huaaaaa , ;"(

nak kate mesej ? huhh , berjeman tunggu die mesej tira . tape lahh . sabar je .


ni budak poyo tu .. kalau nak soh pandang camera , memang payah . bajet je . haha .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Friday 26 July 2013

lagi kemalangan waktu hujan .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



abis lah , da nak raya ni . boleh pulak buat hal . ni ha berlaku kat jalan utama dekat dengan kampung tira . tu ha pemandu sedang meratapi kereta die tu masuk longkang . naseb baik la die selamat .

mase mula2 tu , kereta tu atas rumput tu lagi . disebabkan hujan , licin agaknya , terus masuk longkang tuh . ish ish ish . kesian . hati2 dijalan raya :0

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Giveaway Ramadhan+Raya By Iman

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


tag :

satuu

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

GIVEAWAY AIDILFITRI

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


klik sini .


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Segmen Pencarian Bloglist Mieya Atiera

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


kali ini Mieya nak anjurkan segmen pencarian bloglist bagi menggantikan bloglist yang lama.

Tujuan utama Mieya mewujudkan bloglist baru ini sebagai peluang kepada blogger lain untuk berkenal-kenalan, mengeratkan ikatan silaturrahim, meningkatkan kadar trafik blog, dan memudahkan urusan Mieya untuk berblogwalking serta membalas komen di blog kalian.

Untuk pengetahuan, bloglist ini akan kekal dari bulan Julai sehingga lah ke bulan Disember 2013. Tempoh sepanjang lima bulan lebih. Lama tu!


Antara syarat-syarat penyertaan :
1. Anda mestilah merupakan Follower blog Mieya.
2. Buat satu entri bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Mieya Atiera"
3. Copy coding yang disediakan di bawah.
4. Klik iklan di blog Mieya sebagai dana tambahan nak buat giveaway nanti. (tiada paksaan)
5. Dah siap? Hantar link url korang di ruangan komen entri ini.

Jadi, meh lah join bloglist di blog Mieya. Tak rugi pon sebab Mieya akan pilih :

  • 10 blogger bertuah untuk menerima topup RM5. (pemilihan dibuat menggunakan khidmat random.org)

Tamat Penyertaan pada : 31 July 2013 (Jam 12 A.M.)

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

8 cara mengetahui lelaki penyayang.

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



1) Suka Haiwan

- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan binatang, kita boleh tengok reaksi dia bila ada haiwan ni sebagai contoh dikedai makan, ada kucing datang mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak terajang dan halau kucing tu, ada pulak yang bercakap dengan kucing tu ” kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan. Haa, boleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu contoh mudah, lelaki yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih sayang dia.

2) Suka Kanak-Kanak

- Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Ini kata Dr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang bagaimana.

3) Berat Akan Orang Tua

- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran, perasaan tak sampai hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.

4) Berat Akan Adik-Adik

- kita cuba tengok hubungan dia dgn adik. Tengok samada adakah hubungannya dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan samada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodoh saje bila si adik ingin bermain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya kurang

5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan

-Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan rakan-rakannya. jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu sedaya boleh. Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada sikap bantu-membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada, bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsung menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.

6) Pandai Menjaga Hati Pasangan

-Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannyaa. Tengokklah bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat humor untuk menghiburkan hati pasangannya. Kadang-kadang dia suka membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih dia juga tidak senang hati

7) Susah Marah

-Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan cepat melenting. Kerana hal kecil pun nak melenting seperti terlewat berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting macamni korang berhati-hati la..

8 ) Sentiasa Murah Dengan Senyuman

-Kita tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu. Memang tak lokek langsung!.. Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang. Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan berhubungan baik dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur kebencian. 

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Thursday 25 July 2013

bila hati dah lega

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


hmm , lega bilah dah luahkan . betulkan ? tira tak bermaskud kan yang tira permain kan dia . tapi tira dah mula sedar . tira tak boleh takde Mr.Crush . dia tolong tira mase susah dan senang . die je paham tira . keadaan tira . not anyone else . and no you , Mr.Simple .

rase lemah sangat bila peristiwa tu berlaku dulu . nak dapatkan kepercayaan dia balik , susah ! tapi tira tau jauh sudut hati die , die masih sayang . die sangat setia . tira hargai tu . dan kepada Mr.Simple , as you said , now , u r forever alone . no no no . suatu hari u akan jumpa yang sama macam awak .


mungkin dulu aku pernah jatuh , 
mungkin dulu aku pernah beralih arah , 
namun kini , hanya kau satu didepan ,
membimbing  dan  pembakar semangat .
tiada lagi yang kedua .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

be together .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



you're not perfect , me too .
but i love just the way you are , i hope u too . 

its gonna get harder , before it gets easier .
but the end , it gonna get better .

good relationship don't just happen .
they takes time , patience and two people who truly want to be together .

*saya doakan awak selamat pulang dan selamat balik . :) 

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Wednesday 24 July 2013

GA Ramadhan Raya by Emas Putih

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

Hadiah
Top Referral - RM50
84 Hadiah untuk dimenangi

Tarikh Mula 10 Julai 2013- 24 Julai 2013 (11:59pm)


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

gonna miss you .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


hmm , dalam hati sebenarnye sedeyh . entah , ta tau kenapa . awak semua pernah kena marah ? ehh , bukam marah , cuma kena tegur . "awak ni selalu macam ni!" . haha , actually , tanda seru ni tade pon . saje mark up supaya ada antonasi kat situ .

sedih lah . sedih lah . huh , gedik plak tira nih . haha . mana tak nya . Mr.Crush nak g kelantan . ade pertandingan kompang .tak dapat lah bertemu untuk beberapa hari ni . ishh , jangan pk bukan2 . tira bertemu bukan nak dating !

nak katakan tiap hari jugak , kami tuka2 makanan untuk berbuka . kadang2 , dia yang hantar g rumah tira . kadang2 , turn tira pulakk . so , jumpa sekejap mase tuka makanan tu pon dah memadai bagi tira . hmm . 

tadii , tira keluar same2 g gemas . dia bawa adik dia dan adik tira sekali untuk g bank . hee , adik kami sebaya dan satu kelas . masing2 nak pergi seminar . sebab tu lah nak keluar duet . tira teman jek . kesian dia . dari pagi keluar tade rehat sebenarnya .

msa bawa kereta , sibuk mengantuk . tira nasihat , sabar , tahan sikit je lagi ! ngantuk , ngantuk jugak , tapi bila ajak p bazar ramadhan , segar aje ! hehe . ape lahh . start nak bawk kereta , nampak die menguap . hehe . 

hmm , malam ni die nak berangkat dah . bye bye Mr. Crush .


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Lelaki ‘ghaib’ pukul, ugut dijejaki isteri

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

Kuala Lumpur: Usaha seorang isteri mencari suaminya yang menghilangkan diri sejak 10 hari lalu tidak dihargai sebaliknya dibelasah dan diugut bunuh oleh lelaki itu selepas dia dijejaki di ibu kota, kelmarin.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Sharifah, 17, berkata, dia mencari suami menghilangkan diri sejak 13 Julai lalu dari rumah mereka di Port Dickson namun gagal sebelum mencarinya di Kuala Lumpur.

Katanya, kelmarin selepas dia turun bas di hadapan Pasar Seni, dia terserempak suaminya yang berlegar-legar di kawasan itu.
“Sebaik ternampak saya, suami panik sebelum menarik tangan saya dan membawa ke sebuah bilik kosong di kawasan berdekatan.

“Saya dibelasah di badan dan kepala, malah suami turut merampas wang dan telefon bimbit saya,” katanya.

Menurutnya, selepas dibelasah dia ditinggalkan dalam bilik itu bersendirian dan kesempatan itu digunakan untuk melarikan diri sebelum membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun HS Lee.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

‘Eh...dia suami saya’

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

Bukit Mertajam: “Hampir dua bulan saya mencari dan menghubungi suami namun gagal sehingga saya membuat laporan polis mengenai kehilangannya. Namun, saya sangat terkejut apabila melihat lelaki gelandangan yang dipaparkan di Metro Ahad (MA) menyerupai suami saya,” kata Lina yang mendakwa lelaki bernama Zaki seperti dipaparkan dalam MA (14 Julai) adalah suaminya yang menghilangkan diri sejak 6 Jun lalu.
Lina, 28, berkata, dia sangat terkejut dan tidak menyangka, suami yang dinikahi pada 24 Mac lalu sudah mempunyai isteri kerana ketika bernikah lelaki berkenaan sudah disahkan bercerai dengan isteri pertamanya melalui surat cerai ditunjukkan kepadanya.

Menceritakan perkenalan mereka, Lina berkata, dia mengenali Zaki melalui laman sosial Facebook sejak Julai tahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada Mac lalu.
“Kami berkenalan di Facebook pada Julai tahun lalu sebelum dia melamar dan mengajak saya berkahwin,” katanya yang berasal dari Permatang Pauh.

Lina berkata, pada awalnya, keluarga merestui hubungan mereka sehingga dua hari sebelum majlis perkahwinan, bakal suaminya itu ditahan polis di Butterworth kerana memiliki kesalahan jenayah lampau sebelum seorang abangnya menjamin lelaki itu.

“Walaupun mendapat bantahan keluarga, saya teruskan juga majlis kerana semua persediaan sudah dibuat selain suami memberitahu dia sudah berubah dan mahu membina kehidupan baru bersama-sama saya,” katanya.
Menurutnya, selepas berkahwin, suaminya bekerja di sebuah kedai perabot di Bandar Perda dan berulang-alik dari rumah menaiki bas.

Katanya, selepas dua bulan perkahwinan mereka, dia melihat suaminya resah dan asyik termenung, namun apabila ditanya, suaminya mendiamkan diri.
“Dia kelihatan gelisah dan suka termenung, tetapi bila ditanya, dia selalu mengelak dan memberitahu tiada masalah,” katanya.

Bagaimanapun, pada 6 Jun lalu, suaminya itu tidak pulang ke rumah selepas kerja sehingga memaksa Lina membuat laporan polis berhubung kehilangan suaminya pada 8 Jun lalu.

“Kerana bimbangkan keadaan dan keselamatan suami, saya membuat laporan polis namun dikejutkan apabila diberitahu suami ada beberapa rekod jenayah lampau sehingga menjadi buruan polis,” katanya.

Katanya, usaha menjejaki suaminya menemui jalan buntu kerana dia juga tidak pernah mengenali keluarga suaminya itu yang dipercayai berasal dari Negeri Sembilan.

Menurutnya, kali terakhir suaminya menghubunginya ialah pada minggu lalu dan memintanya memasukkan sejumlah wang ke akaunnya, namun dia tidak berbuat demikian kerana kesempitan wang.

“Dia pernah hubungi saya untuk meminta bantuan kewangan namun apabila saya tanya dia di mana, dia enggan beritahu selain segera memutuskan talian.

“Saya juga tidak menghiraukan permintaannya kerana kesempitan wang selain sakit hati dengan tindakannya yang enggan berterus terang dengan saya,” katanya.

Katanya, dia tidak menyangka kisah yang dipaparkan MA (14 Julai) dan hari berikutnya adalah kisah suaminya yang dicari sejak lebih sebulan lalu.

“Saya berterima kasih pada MA yang berjaya membongkar kisah sebenar dia dan berharap ini menjadi pengajaran kepada wanita di luar sana,” katanya.

Mengenai bukti yang mengesahkan Zaki suaminya, Lina berkata, dia mengenali susuk tubuh suaminya selain jam tangan, cermin mata dan beg kamera merah yang dipaparkan dalam MA.

“Melalui gambar yang dipaparkan, saya yakin itu suami saya terutama jam tangan yang dipakainya itu adalah pemberian saya. Selain itu, beg kamera merah yang mengandungi kamera itu milik rakan saya yang dipinjamkan kepada suami namun ketika dia menghilangkan diri beg itu dibawanya bersama,” katanya. Sementara itu, abang Lina yang hanya mahu dikenali sebagai Azmi berkata, dia mahu lelaki itu datang menemui keluarganya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dan melepaskan adiknya secara baik.

“Saya dan keluarga terima dia dengan baik kerana dia berjanji mahu berubah, tetapi tidak sangka jadi begini,” katanya.

Menurutnya, dia tidak mahu orang lain turut tertipu dengan helah lelaki itu dan keluarganya tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya bagi menuntut ganti rugi.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Usaha tangga kejayaan !

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

fuu , pepagi lagi da bikin ayat power kan . haha . bukan ape , nak bagi semangat kat diri ni sikit . yelah , kalau tade usaha , mane kan nak dapat hasil . YE DOK ? hehe . hmm . aastually tira berniaga sekarang , jom tengok2 ape yang tira jual !

singgal sini ! SINI !





ini antara nya lahh . haa , jangan lupa like page yaa . thankss awak :)

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Tuesday 23 July 2013

adik lelaki tunggal

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



dulu dan sekarang .
hmm , dah besar dah memasing . hehehe . gambar yang kecik tu , die yang jumpa sendiri .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

masa tadika duluuu .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



masa tadika dulu . comel tak ? kihkih . adik tira yang jumpe . lain kali , gambar die plak k . 

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Monday 22 July 2013

Jerebu lagi !

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


macam mana yang korang tau , dalam berita pon dah keluar balik pasal jerebu ni . ish ish ish , entah lah . tak tau nak komen macam mana . alhamdulillah , sekarang tira dah ade kat kampung . bukan kat melaka . kat melaka nun , teruk rase nye jerebu tu . 


tira study kan kat uitm kampus bandar tu . masa jerebu part 1 dulu , dah teruk dah sampai tira sesak nafas la jugak . ni haa , ade lagi . yang paling tira kesian kat adik2 kecik tu haa . hmm . ni kat kampung ni haa , ade jugak sikit2 jerebu tuh . takde la nmpak sangat .

selamatkan kami . grr . pakai lah mask ye .


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Sunday 21 July 2013

maafkan lah .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


kamu ,
yang dulu diam tiada bicara .
kamu ,
yang dulu jujur setiap kata .
aku ,
yang kau curi hatinya .
aku ,
yang kau rampas jiwa raga .

engkau ,
menabur kasih tiada penghujungnya ,
meletakkan tanda setia hanya pada aku ,
tiada yang lain , hanya aku ,
begitu kasihnya engkau pada dirikuu .

engkau ,
sentiasa sabar dengan karenah aku ,
biar bergelora kadangkala , sentiasa kau pertahankan ,
biar angin meniup kencang ,
sentiasa ada kau disisi tempat berlindung .

aku pernah dulu terhanyut ,
terjebak dengan kasih sayang yang lainnya ,
hingga engkau aku belakangkan ,
merayu engkau agar aku pulang .

tika aku mulai sedar ,
kau yang setia masih memaafkan ,
setianya engkau pada diri ini ,
hingga aku kalah kepada dirimu .

maafkan lah .
maafkan aku sayang .
hanya engkau yang aku sayang .
engkau yang bersama susah dan senang .
engkau yang ku cinta seikhlas hati .
untukmu sayang .
:)


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

MINI GA RAMADHAN by DEDEQ

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

sini


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Jejaka Korea teraju drama tempatan

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Menerusi siri web yang semakin menjadi kegilaan iaitu Autumn Di Hatiku, jejaka tinggi lampai kelahiran Korea Selatan, Kim Jun Suk atau JS dipertemukan dengan pelakon jelita Hanez Suraya, 27, dan Ezzaty Abdullah, 23.
Tentu sekali canggung apabila berkongsi set penggambaran buat pertama kali apalagi dengan kehadiran lelaki asing yang baru menjejak Malaysia, namun sebaliknya Hanez dan Ezzaty tiada masalah digandingkan dengan JS yang berusia 28 tahun itu.
Ia terbukti ketika mereka hadir ke sesi fotografi bersama RAP baru-baru ini. Usik-mengusik, bertepuk-tampar sudah perkara biasa bagi mereka bertiga walaupun 
baru pertama kali bertemu. 
Foto
KEMESRAAN JS, Hanez dan Ezzaty bagaikan sudah lama kenal.
Seperti mana mereka berjaya menggalas watak dalam siri terbabit, di luar lokasi juga terserlah kemesraan di antara mereka.
Apapun, tumpuan pastinya kepada JS yang mencuba nasib menjadi pelakon di negara yang asing baginya.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Suami tak balik berbuka

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Sungai Petani: “Saya berada di rumah ibu kerana menunggu dijemput suami untuk berbuka puasa di rumah petang ini (kelmarin). Saya pitam sebaik menerima berita suami meninggal dunia kerana kemalangan.”
Begitu kata Norsuriana Ismail, 27, isteri kepada anggota tentera Mohd Hanifah Ibrahim, 28, yang maut selepas motosikalnya dirempuh sebuah kereta di persimpangan Jalan Lencongan Barat berhampiran Taman Nilam, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5 petang, Mohd Hanifah yang bertugas di Rejimen 19 Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Lapangan Terbang dan seorang mangsa lain dirempuh dari arah belakang oleh kereta jenis Hyundai i10 itu ketika mereka berhenti di lampu isyarat.

Akibat rempuhan itu, Mohd Hanifah diseret bersama motosikal sejauh hampir 20 meter, menyebabkannya parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kereta terbabit yang gagal dikawal pemandunya merempuh papan tanda jalan dan terbabas ke dalam hutan di sebelah kiri jalan, sementara seorang lagi penunggang motosikal yang turut dirempuh cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini.

Foto

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Budak maut ditinggal 5 jam dalam kereta

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Ibu terlupa anak tertidur di kerusi belakang

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang ditinggalkan ibunya lebih lima jam di dalam kereta, maut dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di USJ4, petang kelmarin.

Ibu kanak-kanak itu, Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dikatakan terlupa anaknya itu di dalam kereta ketika tergesa-gesa menghadiri mesyuarat di sekolah berkenaan jam 11 pagi. 

Mangsa, Nawal Iris Samsudin, ditemui dalam keadaan kebiruan dalam kereta ibunya sekitar jam 5.30 petang dipercayai kepanasan dan lemas. 


Ibunya segera membawa anak bongsu daripada dua beradik itu ke klinik berhampiran tetapi disahkan meninggal dunia.

Sebelum ke sekolah, Nor Zatusy Hazwa dikatakan menghantar adiknya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang sebelum bergegas ke sekolahnya untuk menghadiri mesyuarat itu kerana terlewat setengah jam.

Tak sedar anak tidur 

Beliau tidak menyedari anaknya tidur di tempat duduk belakang keretanya.

Apabila kembali ke keretanya lima jam kemudian, Nor Zatusy Hazwa terkejut mendapati anaknya terbaring di tempat duduk belakang dalam keadaan kebiruan dan kaku. 
Seorang kakitangan sekolah berkata kereta ibu mangsa ditutup rapat selain diletakkan di kawasan parkir tidak berbumbung dan cuaca panas terik.

“Selepas mesyuarat ibu mangsa dikatakan menghadiri kelas untuk mengajar dan terlupa anak yang ditinggalkan dalam keretanya.

“Mayat mangsa ditemui basah kuyup dan kebiruan,” katanya ketika ditemui BH.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata mangsa dipercayai mati lemas akibat terperangkap dalam kenderaan jenis PERODUA Myvi ibunya.

“Siasatan mendapati, ibu mangsa, didapati tanpa sedar meninggalkan anaknya yang sedang tidur di dalam kereta.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

“Kes ini pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati terdapat unsur kecuaian dan dikelasifikasikan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Sementara itu, jenazah kanak-kanak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 selepas solat Jumaat dengan dihadiri dihadiri kita-kira 30 ahli keluarga dan sahabat ibu bapanya.

Bapa saudara mangsa yang enggan dikenali berkata keluarga mereka reda dengan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.

Budak maut ditinggal 5 jam dalam kereta

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Gambar Pernikahan Ashraf Muslim Dan Wan Sakinah

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Berita perkahwinan kedua Ashraf Muslim nampaknya masih panas dan masih dibicarakan di ruang sosial internet. Terbaru, gambar di majlis pernikahan pasangan ini telah tersebar dan dilihat Ashraf Muslim sedang menyarungkan cincin di jari manis Wan Sakinah.

Ashraf Muslim dan Wan Sakinah yang telah bernikah pada 7 julai itu lengkap berbusana perkahwinan rona tembaga dan krim serta berinai.

Info mengenai gambar ini masih lagi kecil dan masih banyak perlu dikupas. Namun bagi kami benda sudah berlaku tak perlu nak dihebohkan lagi kerana semua sudah sedia maklum.

Semoga Ashraf Muslim tidak lupa diri dan tidak lupa akan tanggungjawab yang bertambah selepas pernikahan keduanya itu.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Lagi guru mati kena tembak

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Lagi guru mati kena tembak

Suspek lepas 6 das tembakan ketika mangsa berhenti di lampu isyarat

Kulim: Seorang guru mati terkena sekurang-kurangnya enam das tembakan dilepaskan dua lelaki ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Keladi di sini, semalam. 
Serangan berlaku jam 12.25 tengah hari, ketika guru sebuah sekolah rendah di Berapit, Bukit Mertajam, K Shanmugam, 45, yang memandu kereta jenis Toyota Wish dalam perjalanan ke sekolahnya atas urusan kerja. 


Ketika kereta mangsa berhenti di lampu isyarat, dua lelaki yang menaiki motosikal menghampiri kenderaannya sebelum melepaskan tembakan bertalu-talu menembusi cermin keretanya.

Kejadian ketiga

Ini kejadian ketiga bulan ini guru menjadi sasaran penembak upahan. Pada 4 Julai lalu, seorang guru, Mat Zaki Hashim, 35, cedera di leher selepas ditembak di Kampung Kubang Panjang, Pasir Mas, manakala pada 7 Julai, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Bachok, Kelantan, Hashim Mat Zin, 43, mati selepas terkena tiga das tembakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, berkata ketika kejadian, Shanmugam dikatakan baru keluar dari rumahnya di Taman Bidara di sini.

Katanya, siasatan awal menunjukkan dua lelaki menaiki motosikal jenis Yamaha LC warna hitam melepaskan beberapa das tembakan selepas berhenti di sebelah kereta mangsa ketika lampu isyarat merah.

Kawasan kejadian sesak

“Ketika kejadian kawasan itu sesak kerana waktu puncak selain kedudukannya yang berhampiran simpang empat lampu isyarat Jalan Keladi. Mangsa ketika itu memandu sendirian dan berhenti kerana lampu isyarat merah.

“Sebaik terkena tembakan, mangsa dikatakan cuba menyelamatkan diri melalui pintu penumpang, namun tidak berjaya lalu rebah dan tersembam pada tempat duduk penumpang hadapan,” katanya ketika di temui di tempat kejadian di sini, semalam.

Mohd Nashir berkata, polis menemui beberapa butir kelongsong peluru di tempat kejadian, dan menyiasat motif pembunuhan.

Seorang saksi, Mat Ali saad, 63, berkata beliau mendengar bunyi letupan yang disangkanya bunyi mercun, namun tersedar ia bunyi tembakan apabila kereta mangsa melanggar keretanya.

“Ketika itu saya tidak sedar apa yang berlaku dan tiba-tiba sebuah motosikal berlalu melepasi kereta saya dan dalam masa sama bahagian belakang kereta saya dilanggar kereta mangsa.

“Saya keluar dari kenderaan dan terkejut melihat mangsa terkena tembakan,” katanya.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Cinta berputik di pasar raya

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Kuala Lumpur: “Ajal maut dan jodoh adalah rahsia Allah dan saya tak sangka kami bernikah secepat ini kerana baru dua minggu berkenalan. Tetapi, itu ketentuan Allah yang tiada siapa mampu menolaknya,” kata Abby Abadi yang mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24.
Abby sudah lima tahun hidup bersendirian selepas bercerai dengan aktor Norman Hakim. 
Menceritakan detik indah pertemuannya dengan jejaka itu, menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, 36, mereka bertemu di sebuah pasar raya di ibu kota dan masing-masing saling berpandangan.

“Pada pertemuan yang tidak disangka itu kami saling memandang dan mengerling antara satu sama lain. Selepas itu adalah dua tiga kali kami berhubung kerana saya sibuk menguruskan butik Muslimah di Taman Melawati.

Foto
Foto
“Ketika itu kami membahasakan diri adik dan kakak. Dalam masa dua minggu berkawan, dia menyuarakan hasrat hati mahu menjadikan saya teman wanitanya, tetapi saya kata dalam Islam mesti ada hubungan yang sah jika tidak, hubungan itu hukumnya haram. Terus dia melamar saya dan saya kata kepadanya, ‘beraninya awak melamar saya.’

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

18 terbunuh semasa mendengar khutbah

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


BAGHDAD - IRAQ. Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh ketika khutbah disampaikan di sebuah masjid yang terletak di wilayah al-Wajihiya Iraq.

“Bom tersebut disembunyikan di bawah podium Imam,” kata pegawai polis di ibu kota wilayah yang berdekatan Baquba.

Al-Wajihiya merupakan kawasan perkampungan Sunni yang berdekatan Muqdadiya.

Sebuah daerah yang sebahagian besarnya merupakan penempatan penduduk Syiah.

Ia terletak kira-kira 25 kilometer dari timur laut Baquba.

Menurut seorang Ahli Parlimen Sunni, sejak beberapa minggu lalu, ramai keluarga Sunni melarikan diri dari rumah mereka di kampung-kampung kecil berhampiran Muqdadiya kerana ancaman berterusan oleh militian Syiah.

“Pertumpahan darah sering berlaku di Iraq yang berpunca daripada perbalahan antara Sunni dan Syiah,” katanya yang enggan dikenali kepada CNN.

Sunni Arab mempunyai pengaruh politik di Iraq semasa pemerintahan bekas Presidennya, Saddam Hussein, namun mereka merasa terpinggir dibawah pimpinan kerajaan Syiah dalam era pasca Saddam.


*ish ish , kejam betol . alfatihah untuk mereka ,


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Pemanah negara dapat peluang kedua

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Pemanah  negara  dapat peluang kedua

Kuala Lumpur: Selepas kali terakhir mara ke final dua tahun lalu, pasukan recurve lelaki negara berpeluang sekali lagi untuk memperoleh pingat emas pertama buat Malaysia dalam peringkat tiga Piala Dunia yang sedang berlangsung di Medelline, Colombia. 

Pasukan negara yang dibarisi Khairul Anuar Mohamad, Atiq Bazil Bakri dan Haziq Kamaruddin berjaya memperoleh purata mata 220 seperti yang diharapkan ketua jurulatih, Lee Jae Hyung untuk menempah tempat ke final menentang Mexico yang juga pasukan pilihan utama kejohanan. 

Malaysia tewaskan Cuba 

Malaysia dan Mexico yang diwakili Juan Rene Serrano, Luis Eduardo Velez dan Luis Alvarez, masing-masing pernah memperoleh pingat perak di Piala Dunia, namun masih belum memenangi emas. 

Perlawanan perebutan pingat emas akan berlangsung awal pagi esok. 
Terdahulu dalam pusingan suku akhir semalam, Malaysia menewaskan Cuba 222-215 sebelum mara ke separuh akhir bagi menewaskan Kanada biarpun dengan kemenangan tipis 220-219. 

Kali terakhir Malaysia mara ke final adalah pada peringkat empat Piala Dunia di Shanghai 2011 dengan negara diwakili Cheng Chu Sian, Khairul dan Haziq ditewaskan trio Amerika Syarikat 218-222.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Dakwat kekal: SPR nafi dakwaan Rafizi

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



BESUT – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dua pemimpin tertinggi suruhanjaya itu mempunyai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal digunakan semasa PRU13 lalu.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menegaskan  dakwaan seperti itu tidak benar sama sekali.
 
“Bila dakwaan itu menyebut Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR ada hubungan rapat dengan kontraktor dan pembekal, ia adalah tidak benar.
 
"Saya anggap ia sebagai fitnah dan pembohongan. Bulan puasa macam ini pun dia cakap macam tu,” katanya pada sidang media selepas melawat pusat mengundi awal di Pangkalan Tentera Udara Gong Kedak, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bahawa pihak pembekal dakwat kekal mempunyai hubungan rapat dengan individu dalam SPR.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan sebelum ini membangkitkan isu tersebut di Parlimen dan mengulangi dakwaan tersebut di lobi Dewan Rakyat setelah diminta untuk berbuat demikian oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
 
Rafizi mendakwa, kontrak membekal dakwat kekal berkenaan diberi kepada seorang ahli perniagaan dari Singapura.
 
Mengulas lanjut perkara sama, Wan Ahmad berkata, Rafizi seolah-olah mahu wujudkan persepsi kononnya terdapat konspirasi berhubung dakwaannya itu.
 
Tambah beliau, semua urusan perolehan SPR dibuat berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.
 
Katanya lagi, semua pegawai SPR mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.

“Kami telah memberi amanat kepada pegawai-pegawai SPR supaya jalankan tugas dan kami mempercayai mereka.
 
".....tetapi Rafizi senang sahaja membuat tuduhan dan menggunakan Parlimen untuk menabur fitnah.
 
“Tidak mengapalah biar dia tanggung, kita tidak ada masa hendak melayan orang yang menabur fitnah. Ahli Parlimen sepatutnya faham dan jangan main hentam sahaja,” katanya.


*sumber

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH