Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menegaskan dakwaan seperti itu tidak benar sama sekali.
“Bila dakwaan itu menyebut Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR ada hubungan rapat dengan kontraktor dan pembekal, ia adalah tidak benar.
"Saya anggap ia sebagai fitnah dan pembohongan. Bulan puasa macam ini pun dia cakap macam tu,” katanya pada sidang media selepas melawat pusat mengundi awal di Pangkalan Tentera Udara Gong Kedak, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bahawa pihak pembekal dakwat kekal mempunyai hubungan rapat dengan individu dalam SPR.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan sebelum ini membangkitkan isu tersebut di Parlimen dan mengulangi dakwaan tersebut di lobi Dewan Rakyat setelah diminta untuk berbuat demikian oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Rafizi mendakwa, kontrak membekal dakwat kekal berkenaan diberi kepada seorang ahli perniagaan dari Singapura.
Mengulas lanjut perkara sama, Wan Ahmad berkata, Rafizi seolah-olah mahu wujudkan persepsi kononnya terdapat konspirasi berhubung dakwaannya itu.
Tambah beliau, semua urusan perolehan SPR dibuat berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.
Katanya lagi, semua pegawai SPR mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.
“Kami telah memberi amanat kepada pegawai-pegawai SPR supaya jalankan tugas dan kami mempercayai mereka.
".....tetapi Rafizi senang sahaja membuat tuduhan dan menggunakan Parlimen untuk menabur fitnah.
“Tidak mengapalah biar dia tanggung, kita tidak ada masa hendak melayan orang yang menabur fitnah. Ahli Parlimen sepatutnya faham dan jangan main hentam sahaja,” katanya.
Jari Menaip ,
Nur Atirah .
No comments:
Post a Comment