Nur Atirah

 Banner

Thursday 12 September 2013

11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan didalam saf)
5. Kalangan malaikat mengucapkan "amin" ketika seseorang iman selesai membaca Al Fatihah
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas menunaikan solat .
7. Orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjemaah .
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakannya .
9. Orang yang membelanjakan harta (infak)
10. Orang yang sedang makan sahur.
11. Orang yang sedang melawat orang sakit.

ini tira dapat dari sumber FB . insyaAllah , sama2 kita praktikkan untuk mendapat doa dari para malaikat . amin . dont forget to share :)

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Marathon Segmen !

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


bukak je blog terus nampak ade banyak segmen yang ade . ape lagi , tira join lahh . join laju2 . kejap lagi pukol 8 dah nak kena pergi lendu . briefing tentang volleyball . huu , jauh nyaaa . ehhh , tira nak ajak korang join segmen2 ni suma . jangan tengok je k . kat tepi2 tu pon ade jee . bermarathon la sikit eahhh 






Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Segmen Simple & Mudah

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



tira dah join ni hehe

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Segmen 1st Mama

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



Jari Menaip ,
Nur Atirah .

SIMPLE GIVEAWAY BY FARISHA #1

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Dijemput semua Blogger menyertai Simple Giveaway By Farisha #1
Sebanyak dua pemenang dicari

Giveaway ini sah dari 12/09/2013 sehingga 18/09/2013
(Seminggu sahaja)
Pemenang akan diumumkan pada 19/09/2013

Klik Banner untuk sertai dan melihat hadiah

Terima Kasih dan "Good Luck"!



Jari Menaip ,
Nur Atirah .

SEGMEN REVIEW BLOG 1

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



jum joinnn .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Entry Ke 100 untuk bulan 9

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

arghh , letih . setelah penat lelah gelak2 tengok running man , now , nak update entry lahh . and yang teruja , ini adalah entry ke 100 untuk bulan 9 niee . waa , byk betul . hehe . alaaa , jangan tertipu ye kawan2 . mka tira ni nak taip hari2 , tiap2 masa dengan entry sendiri ? huh , jangan harap ! haha

tira banyak join GA , segmen suma tu . ehh , best lah join benda2 camtu . senang nak cari tempat blogwalking taw ! sape2 yang join GA or segmen tu , jangan lupa tag tira yee . sharing is caring kan ?  peace .



Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Dah beli P1 . yeahhh

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

hari ni syokk , ade satu class je . so , petang boleh la rilex2 . lepas class ape lagi , berjimbaaa . haha . ehh , takde la berjimba sakan . tengah jimat nieee , biasiswa tak masuk lagi . kering2 . habis je class , berdesup pergi Jusco Bandaraya Melaka . sapa pernah pergi ? hehe .

tujuan utama nak beli p1 . nak kongsi dengan budak rumah la kirenye . actually tira ade broadband . tapi nak letak sim tu dalam handphone . malas pulak nak bukak2 , letak hp , letak dlm modem . leceh ! alang2 ade member nak share , share ramai2 . hehe

tira guna yang plan terbaru tuee , hee , nuffnang pon ade kot keluarkan iklan tue . lepas tu boleh berblogging laju2 . yeahhh . boleh download running man dengan jaya nya . kahkah . ehh korang pakai paln ape pulak ?


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

doa lepas bersin

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

hmm , sini tira nak kongsikan sedikit ilmu yang tira dapat masa pergi ceramah dengan kampung sebelah time raya hari tu . haa , ni bukan entry lapokk . ni entry or tips yang berguna jugak nih . hehe . so , kenapa kita bersin ? and kenapa perlu sebut alhamdulillah ketika bersin ?

macam ni , semasa kita bersin tu , segala kotoran akan keluar daripada hidung dan dalam masa yang sama , jantung kita jugak akan berhenti seketika . haa ? hebatkan kuasa Allah ? dah berhenti poun , masih bernyawa . hehe . tapi takde lah berhenti lama sangat . 


lepas tu , jantung kita akan berdenyut seperti biasa . sebab tu dalam Islam , kita disarankan mengucap Alhamdulillah yang bermaksud segala puji bagi Allah yang menyebabkan jantung kembali berdenyut setelah berehat seketika .

hmm , so , cara jawan bersin tu ..


Semoga bermanfaat untuk semuaaa :)

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Kanak-kanak perempuan mati pada malam pertama

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

SANAA, YAMAN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun meninggal dunia akibat pendarahan dalaman pada malam pertama perkahwinannya, dengan seorang lelaki lima kali umurnya.

Arwa Othman, ketua Dewan Rakyat Yaman dan aktivis hak asasi terkemuka berkata, kanak-kanak itu yang hanya dikenali sebagai Rawan , telah berkahwin dengan seorang lelaki berumur 40 tahun lewat minggu lalu di bandar Meedi di wilayah Hajjah di barat laut Yaman.

"Pada malam perkahwinan dan selepas melakukan hubungan seks, dia mengalami pendarahan dan pecah rahim yang menyebabkan punca kematiannya ," katanya kepada Reuters.

"Mereka membawanya ke klinik tetapi doktor tidak dapat menyelamatkannya,” katanya lagi pada laporan Reuters.

Arwa berkata, pihak berkuasa tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap keluarga gadis itu atau suaminya.

Seorang pegawai keselamatan tempatan di bandar wilayah Haradh menafikan kejadian tersebut. Dia tidak mahu dikenali kerana dia tidak diberi kuasa untuk bercakap dengan akhbar.

Tetapi dua penduduk Meedi dihubungi oleh Reuters mengesahkan kejadian itu dan berkata, ketua-ketua puak tempatan telah cuba untuk menutup kejadian itu apabila berita itu tersebar.

Banyak keluarga miskin di Yaman mengahwinkan anak-anak perempuan kecil untuk menjimatkan kos membesarkan kanak-kanak dan bagi mendapat wang tambahan dari mas kahwin yang diberikan kepada gadis itu.

Satu laporan PBB yang dikeluarkan Januari lalu  mendedahkan tahap kemiskinan di negara itu , menyatakan bahawa 10.5 juta daripada 24 juta orang Yaman kekurangan bekalan makanan yang mencukupi, dan 13 juta tidak mempunyai akses kepada air bersih dan kebersihan asas.

Human Rights Watch (HRW) pada Disember 2011 menggesa kerajaan Yaman mengharamkan perkahwinan kanak-kanak perempuan di bawah umur 18 tahun.

Memetik Bangsa-Bangsa Bersatu dan data kerajaan, HRW berkata, hampir 14 peratus daripada kanak-kanak perempuan Yaman telah berkahwin sebelum umur 15 dan 52 peratus sebelum umur 18 tahun.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Hebatnya Seorang wanita

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Bacalah Wahai Kaum Adam, Kenalilah Wanita 

Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya.. Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia.

Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear. Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya.

Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.


Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja.

Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap kiri lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.

Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu…
Wanita dicipta untuk menjadi ibu.
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan..
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia..
Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya..
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran..
Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa..
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki..
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki..

Hebat kan wanita?
Anda bertuah menjadi seorang wanita..

Buat kaum Adam, hargailah kaum Hawa anda.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH