Nur Atirah

 Banner

Tuesday 10 September 2013

Lapar .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


hari selasa . asal selasa je , kelas malam . haha . tadi ade kelas Internatinal Business . nasib baik kejap je . maklum lah , first class . brief je lah . patutnya esok ade class lagi . CANCEL ! haha . tu yang paling suka didengar . tapi dalam class tadi , yang paling kuat "Alaaaaaaaaaaaaaa" . sesaje je tu . hehe .

balik je , lapar . takde selera nak makan nasik ke , mee ke . yang pasti , nak maggi tomyam . haha . jemput makan kawan2 .


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

kalau blogger tak update blog

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

masalah tira yang ni lah kot . masalah bosan . bosan macam mana ? hmm , kalau sorang blogger tu tak update blog . cara tira blogwalking lain sikit . tira suka terjah entry2 kat dalam bloglist yang ada dalam blog tira . 

tu suma sebagai tanda terima kasih sebab join tira punya segmen dulu . actually boleh je nak BW kat home kan . tapi tah lah . tira prefer nak BW dulu blog2 yang ade dalam bloglist tu . better kot . so , kalau ter;ebih rajin , baru lah g BW kat tempat lain . so , kalau blogger tak update blog , tira nak tinggalkan komen camne ? kan ?


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Tentang cita-cita

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



dalam hidup ni ,pasti ade cita2 . ye dok ? kalau waktu kecik2 dulu , macam2 tira nak jadi . hehe . cikgu lah , polis lah , bisneswoman lah . fuyoo , HAHA . yang penting bukan doktor . sebab bab sains ni tira tak berapa minat sangat . dulu SPM , biologi tak nak amik . haha . 

now , bila orang tanya , cita2 nak jadi ape ? haa , tu lah soalan paling lemah nak jawab . hehe . nooo , bukan bermaksud takde cita2 langsung , tapi entah . adekah kamu juga begitu ? tadi masa class , almaklum lah , lecturer tu belum pernah mengajar class kitorang , ice breaking part tanya pasal cita2 . 

bayangkan student2 bachelor accounting part5 nak kenalkan diri masing2 . gelak2 jugak tadi . most of us nak jadi accounting la of course . ade jugak taw yang nak jadi bisneswoman . then mesti madam tanya nak bisnes ape .

bagi tira , cita2 tu ade . kalau pasal kerja , tira tak kesah asalkan kena dengan pangkat pendidikan tira . mestilah kena berkira sikit kan . takkan belajar tinggi2 , nak kerja cikai je . and the most important thing , niat tira nak bantu keluarga yang sekarang . tira kena jaga2 jugak . adik2 belum habis sekolah lagi . pelajaran diorang tetap kena utama kan .


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Kerana Running Man.

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

hari ni secara official nya Running Man Ep 162 akan keluar . waaa , tapi kalau kat rumah , malam tadi tira dah download dah . kat sini tak bolehh . nak jimat broadband . hehe . sedey2 . nak tengokkk . nak jugakk ! episod kali ni best woo . 

king of idol . ade 14 guest ! tengok gambar2 diorang pon macam best jeeee . huaaa . mengharap kawan yang dah download . tira nk p copy . hehe

Running Man EP.162 Guests 14 idols

Guest’s Experience on Running Man :
Hyorin (Sistar) : 3rd time – She joined in Running Man EP.75, 95
Dasom (Sistar) : 2nd time – She joined in Running Man EP.95
Bang Minah (Girl’s Day) : 1st time – New Guest
Yura (Girl’s Day) : 1st time – New Guest
Jung Eunji (A Pink) : 1st time – New Guest
Son Naeun (A Pink) : 1st time – New Guest
Jang Wooyoung (2PM) : 1st time – New Guest
Hwang Chansung (2PM) : 2nd time – He joined in Running Man EP.150
Lee Joon (MBLAQ) : 6th time – He joined in Running Man EP.8, 95, 104, 108, 129
Yang Seung Ho (MBLAQ) : 2nd time – He joined in Running Man EP.95
Kim Myung Soo (Infinite) : 2nd time – He joined in Running Man EP.129
Kim Sung Gyu (Infinite) : 1st time – New Guest
Yoon Doo Joon (Beast) : 2nd time – He joined in Running Man EP.104
Lee Gi Kwang (Beast) : 2nd time – He joined in Running Man EP.127

TEAM : 21 persons are splited into 7 teams
Blue Team : Girl’s Day (Bang Minah and Kim Ah Young [Yura]) & Yoo Jae Suk
Grey Team : A Pink (Jung Eunji and Son Naeun) & Kang Gary
White Team : Sistar (Hyorin and Dasom) & Kim Jong Kook
Red Team : 2PM (Jang Wooyoung and Hwang Chansung) & Ji Suk Jin
Deep Blue Team : MBLAQ (Lee Joon and Yang Seung Ho) & Lee Kwang Soo
Green Team : Infinite (Kim Myung Soo [L] and Kim Sung Gyu) & HaHa
Orange Team : Beast (Yoon Doo Joon and Lee Gi Kwang) & Song Ji Hyo

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

dilemma Hari Jumaat .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


arghhh , sebelum start sem hari tu dah boleh tgk timetable dekat icress . sepanjang semester , ade jugak susunan jadual yang best . and sem kali ni tak syokkkkkk . hehe

dah 2 sem kelas tira dimanja manjakan . setiap jumaat takde kelas . soo , hari khamis petang dah boleh balikkk . "untunglahhhh" , bak kata student class lain . hehe . tambah2 pulak yang buat timetable , coordinator class tira . memang pandai dia manjakan student class dia . hehe .


tapi kali ni , takde untungnya lagi . dengar kate , coordinator dah tukaaa . huaaaa . hari jumaat dah tak boleh nak rilex2 . jadual dah tak syokk . kelas sampai petang . if nak balik rumah minggu tu , mesti balik lambattt . kesiann .


kelas pon dah makin awal . pukol 8 woo start kelas . macam sem2 lepas , start pukol 8.30 . itu pon dah selalu lambat . ni kan pulak pukol 8 , lambat macam mna lah jawab nye nanti . hehe

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Suami Hilang Empat Orang Tersayang Sekaligus Dalam Kemalangan Ngeri

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

Kajang – “Dunia gelap seketika saat berita malang itu dikhabarkan… ia saat paling hiba dalam hidup saya,” kata Muhammad Tauffid Kassim, 44, yang kehilangan isteri dan tiga anaknya serentak dalam kemalangan di Kajang, semalam.
Ketika dimaklumkan mengenai nahas kira-kira jam 11 pagi itu yang mengorbankan isterinya, Rohaya Md Rabi, 35, dan tiga anak mereka, perkara pertama terlintas dalam fikiran Tauffid ialah nasib empat lagi anak mereka yang masih kecil.
Tiga anaknya yang maut dalam nahas pada jam 11.50 pagi di KM 8 Jalan Kajang-Banting itu ialah Nur Nabila Al-Huda, 9; Nur Nabila Al-Hanan, 7; Muhammad Nabil Lutfi Al-Hadif, 1, manakala seorang lagi, Muhammad Nabil Lutfan Al-Husni, 3, parah dan dihantar ke Hospital Kajang.
“Saya hilang empat nadi sekali gus,” kata guru Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi (SKBBB) itu dalam nada hiba sambil memaklumkan, empat anaknya yang masih hidup berusia antara tiga hingga 10 tahun, termasuk Nabil Lutfan.
Bertembung lori
Kemalangan dipercayai berlaku ketika kereta PERODUA Kancil dipandu Rohaya, yang juga guru agama di SKBBB dalam perjalanan dari arah Bangi ke Kajang untuk menghantar dua anaknya ke rumah pengasuh di Teras Jernang sebelum dikatakan terbabas dan bertembung sebuah lori dua tan dari arah bertentangan.
Dua anak mereka yang maut, juga bersekolah di SKBBB.
Tauffid berkata, dia sedang mengajar di sekolah ketika dimaklumkan mengenai kejadian itu dan terus lesu sehingga terpaksa dipapah ke lokasi nahas.
“Isteri mengajar sesi petang, saya pula sesi pagi. Biasanya jam 12 tengah hari dua anak yang kecil dihantar ke rumah pengasuh,” katanya sambil menambah, jenazah empat beranak itu dibawa ke Kuala Nerang Kedah, malam tadi untuk disemadikan.
Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi, Abdullah Ramli, berkata ketika pasukannya tiba di lokasi, tiga daripada anak mangsa yang duduk di kerusi penumpang belakang sudah dikeluarkan orang ramai dengan seorang cedera dan dihantar ke Hospital Kajang.
Kereta remuk
“Kami mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan dua lagi mangsa, iaitu seorang wanita dan seorang kanak-kanak yang berada di kerusi depan. Keadaan kereta yang remuk teruk menyebabkan dua mangsa berkenaan sukar dikeluarkan kerana tersepit dengan bahagian depan lori,” katanya.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata kemalangan itu turut membabitkan sebuah van yang melanggar belakang lori berkenaan, namun pemandunya tidak mengalami kecederaan serius. – BH Online
9259_507044922718018_495346774_n
1175413_507044916051352_1271914228_n
582073_507044919384685_102785092_n
1240269_507044949384682_1244119921_n
Maut
1231285_10201212059696851_886781224_n

*takziah kepada keluarga ustaz . Al-fatihah

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Diorang selalu salah anggap .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


hehe , actually hari ni dah 2hari start kelas . start semester baru . paling dasyat , dah ade homework . kahkah . tapi kali ni tira nak cerita tentang hostel yang tira duduk . 


see ? k , ini adalah apartment yayasan melaka (AYM). kalau student2 kat sini panggil "ayam" je . kalau naik teksi , cakap je ngn pakcik tu "nak balik aym" . haa , tau la dia nak antakan .

actually , apartment ni betul2 depan UiTM ni . so , kalau orang luar tengok , mereka akan cakap ni hostel budak UiTM . actually takk . kat sini kadang2 ade kes2 buruk berlaku lah jugak . so , secara automatiknya , student UiTM yang akan dpt nama buruk .

hello ,kadang2 geram jugak dngar kan . hehe . yela , ramai lagi kot student yang ade . student MiCost , KYM . so kenapa student UiTM je yang kena dapat nama free ? kalau benda baik takpa jugak . hmm . tu lah masalah kalau diorang dah salah anggap .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Mau kasi ubat , baru boleh diam .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


adehhh  , tiap2 hari bising . nak kasi angin , angin pon tade .nak kasi ubat , tira tak reti . bising tu tade lah sangat , tapi panas woo . annoy pulak dengan ini laptop . kena kasi ubat , baru boleh diam kot . ubat ape ? ubat servis lahhh !


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH