Nur Atirah

 Banner

Friday 21 February 2014

Berebut pasal Lagu

Assalamualaikum .
Apa Khabar


kalau dah Suka dengan satu lagu tu , mula lah nak cakap tu lagu sendiri . hehe . Macam tira dengan adik . Tira suka dengar lagu Papinka tu . Tajuk nya Hitungan Cinta . Tetibe tadi dengar adik nyanyi lagu tu . Mula la tira gurau dengan diaa .

Adikk , nape nyanyi lagu akak ni ? adik pun tahankan hak dia . haha . Ehhh , ni lagu adik . dia nak kata yang dia tau dulu lagu tu . hehe . Adik adikk .





Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Kecoh dengan BR1M

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Kalau nak diawardkan , memang hari ni hari yang paling kecoh la kan . Award Kecoh ! Haha , merepek . Mane tak nyaa , kat mana mana sibuk pasal dapat duet br1m tu . Bukan main suka la diorang diorang yang dapat tu .

Pergi bank , tengok tengok duet dah ade . Tira dapat ke takk ? Rase rase ? Heheh . tira tak mohon pun . Sebab tira kan student . Of course dapat baucar buku punyaa . Kannnnn ? Ade yang cakap 'Rugi wooo . Sepatutnya mohon jeee . mana tau boleh dapat' .

Yelah kan , kalau tetibe rezeki tu memang nak datang camne ? Dapat CASH , RM650 . dapat baucer lagi . Pehhhh , untunggg . Itu pandangn diorang lahhh . 

Pandangan tira pulak , macam ni . Tira tak kesah la kalau dapat baucar buku then tak dapat duet cash tu . Yang buat tira fikir panjang , ialah bila mereka yang bukan pelajar macam tira . Untung tu dpat cash . Boleh beli ape ape je TANPA had .

Tapi student macam tira . Dapat baucer buku . Alhamdulillah . Tapi nak beli buku kat mana mana pun ade condition . Contoh , 70% buku , 30% alat tulis . Kalau nak guna 100% beli buku , tak boleh ke ? Bagi mereka , buku student student ni memang murahh ehh ??  -,- 


*just pandangan dari tira , bukan nak salah kan sape sape*

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

BR1M masuk awal, rakyat suka hati

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



SHAH ALAM - Walaupun Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 telah diumumkan akan diterima mulai esok, namun rata-rata pemohon telah menerimanya sejak semalam lagi.

Kebanyakan pemohon dan yang telah menerima BR1M 3.0 turut berkongsi berita gembira itu di laman media sosial.

Seorang pemilik Facebook, Pakcu Sofi turut berkongsi berita itu bersama rakan di laman sosial tersebut.

"BR1M telah masuk, boleh bayar cukai jalan.

"Saya telah dengar BR1M masuk, jadi saya cuba semak akaun bank saya.

"Saya semak hari ini, saya agak terkejut ada jumlah RM300 dalam akaun saya," tulisnya.

Bantuan berkenaan dimasukkan ke akaun miliknya semalam.

Selain itu, seorang lagi pemilik akaun Facebook, Azlan InThe House turut menyatakan bantuan kerajaan itu telah diterimanya.

"Alhamdulillah, saya sudah dapat duit BR1M. Terima kasih kerajaan Malaysia.

"Harap dapat lagi tahun-tahun mendatang," katanya.

Seorang lagi pemilik akaun Facebook menggunakan nama King Jason turut berkongso telah menerima bantuan BR1M semalam.

"BR1M sudah masuk. Jimat cermat ya," tulisnya.

Sebelum ini, media melaporkan BRIM 3.0 peringkat nasional akan dilancarkan pada 22 Februari ini manakala pengagihan bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pula diadakan pada 23 Februari, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata pemberian bantuan adalah seperti yang dijanjikan dalam manifesto BN yang mana jumlah BR1M dinaikkan dari semasa ke semasa dalam tempoh lima tahun sehingga mencapai RM1,200.

"Pemberian BR1M ini juga akan diagihkan kepada golongan bujang. Kalau gula naik 34 sen banyak mana kita pakai gula sebulan, habis banyak dua kilogram cuma 68 sen. Yang kita nak beri ini melalui BR1M, bantuan persekolahan dan buku baucar jauh lebih besar daripada itu," katanya.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

TMF 1 : Salam jumaat.

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



Jumaat dah tibaaa :)

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH