Nur Atirah

 Banner

Monday 29 October 2012

Kematian Pasti Akan Tiba

Assalamualaikum .
Apa Khabar !




currently sad . Paklong telah kembali pada Allah . innalillahiwainnailaihirojiun . baru semalam aku ke palong untuk ziarah .bacakan yasin untuk nya .  sedey melihat keadaan paklong . dulu paklong tak macam tu . paklong sihat ! kemana aku nak pergi , dia bawa . pergi balik matrik , dia bawakan . adik2 pon sama rasa kehilangan arwah . lemah hati aku . kesian ujang . baru nak ziarah hari ni , tapi dalam keadaan dah jadi arwah . :(

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”
(Ali Imran : 185).

saat ni aku masih lemah . aku nak kesana . tapi , bagaimana ? yana dan ujang je yang dah pergi . sebelum tu aku pesan pada ujang . "bawa motor elok2" . paklong sakit kencing manis . kesannya teruk . saraf2 tak membantu paklong . mata paklong dah tak nampak . badan makin kurus . hingga nampak tulang . kesian paklong . 

“Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukan ajal (kematianmu), dan ada lagi suatu ajal yang ditentukan (untuk berbangkit) yang ada pada sisi-Nya (yang Dia sendirilah mengetahuinya).” 
(Al An-am : 2).

“Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan, ‘Ini adalah dari sisi Allah,’ dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan, ‘Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad).’ Katakanlah, ‘semuanya (datang) dari sisi Allah’. Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun?” 
(An-Nisa’ : 78).

Mati tu bila-bila masa je ia datang . sakit tu , bila2 masa je boleh kembali lagi walau pon sudah elok . aku terdengar jugak mereka2 cakap semalam . ibu aku tu dah lama sakit , alhamdulillah ada lagi . paklong je yang kesian . teruk sangat gamaknya . takdir Allah . sesiapa tak boleh tolak . kalau ibu aku tak de ? ohh lagi merana aku . 

“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” 
(Ali Imran : 145)

“Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (putusannya masing-masing).” 
(Az-Zumar : 68).

Ya Allah , pahala bacaan surah al fatihah ini kuhadiahkan untuk paklong ku yang baru sahaja meninggal dunia .. aminn Ya Robb . Al -Fatihah ..

"Surah al Baqarah adalah tulang belakang al Quran, ia diturunkan oleh lapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat kursi diturunkan dari bawah Arsy'. kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha ALlah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia."

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Sunday 28 October 2012

Hawaku,kau adalah tulang rusukku-ADAM

Assalamualaikum .
Apa Khabar !




WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.
Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.

Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya....

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara.

Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada.

Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.
Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.
Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak 'Kamu tidak cintakan saya lagi!!!'.
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak 'Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!'

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.

Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

'Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing' .

Lima tahun berlalu.
LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.

WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali.

Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui
bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali.
Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan,

mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.

Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.
Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz 'Selamat tinggal..'

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC.
Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.
Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA,

tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan.
Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya,
akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita,
semua sudah terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati...
Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?
Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? - 100%Dipetik dari SINI .


P/S: Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN, Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA, Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH, Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W....

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

sekiranya aku adalah tulang rusukmu yang hilang

Assalamualaikum .
Apa Khabar !




Sekiranya aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

Sekiranya kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah

Sekiranya engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau bolehmenjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

Dan sekiranya aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Sekiranya aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku bisa berubah menjadi kelembutan
Sekiranya aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

Kerana..
Aku hanya mengharapkan imam dan pemimpin yang baik dalam rumah tanggaku
Yang mampu selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu...




Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Saturday 27 October 2012

cinta & doa

Assalamualaikum .
Apa Khabar !




jika aku pilih yang BERHARTA , pasti aku akan ditimpa musibah yang tidak terhingga .
jika aku pilih kerana PARAS RUPA , pasti aku akan diberi KEHINAAN dari yang Maha Esa .
Jika aku pilih kerana KETURUNAN , belum pasti generasiku TERJAGA dan TERPELIHARA tanpa agama didada
 
tetapi

Jika aku pilih kerana agama , sudah pasti aku dpat meraih SYURGA DUNIA bahkan
SYURGA ALLAH disana kerana aku tahu hanya dengan agamalah yang mampu memandu diriku untuk meraih REDHA Ilahi 
sesungguhnya itu JANJI ALLAH . 
♥♥
 



Pilihlah Agama , Pasti kau akan bahagia


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Friday 26 October 2012

Permata yang dicari

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


DeHearty


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya 
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah 
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu



Yang dicari , walau bukan putera raja , biarlah putera agama .
Yang diimpi , biarlah tak punya rupa , asal sedap dipandang mata .
Yang dinilai , bukan sempurna sifat jasmani , asalkan sihat rohani , sempurna hati .
Yang diharap , bukan jihad pada semangat , asal perjuangannya ada matlamat .
Yang datang , tak perlu rijal yang gemilang , kerana ana serikandi dengan silam yang kelam .
Yang dinanti , bukan lamaran dengan permata , cukuplah akad dan janji setia .
dan yang akan terjadi , andai tak sama kehendak dihati , 
ana redha ketetapan Ilahi , itulah ketentuan sejak azali .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Thursday 25 October 2012

tercipta wanita untuk dsayangi dan dilindungi

Assalamualaikum .
Apa Khabar !




Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi”

kejadian wanita itu dari tulang rusuk lelaki. Yang mana tulang rusuk sangat hampir dengan hati dan tangan yang bertujuan wanita itu untuk disayangi, dicintai dan dilindungi. Kejadiannya bukan dari kaki untuk dialasi atau dipijak-pijak dan bukan juga dari kepala untuk dijunjungi.

“kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan saja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa”


Allah menjadikan wanita itu untuk melengkapi pasangannya. Hawa sememangnya tercipta untuk Adam. Tanpa wanita hidup lelaki itu menjadi sunyi dan wanita adalah pelengkap sebuah kehidupan untuk melahirkan ganerasi seterusnya. Di samping tunduk dan beribadah kepada Allah swt.

“Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah pribadi yang dibentuk,
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa”

Tulang rusuk itu adalah satu tulang yang bengkok. Hakikatnya wanita sememangnya dari tulang yang begkok. Maka menjadi tanggungjawab si Adam untuk meluruskannya dan membimbingnya. Meluruskan tulang yang begkok itu bukannya secara tetapi secara berlembut agar tulang yang bengkok itu tidak mudah patah. Janganlah dijadikan ia hanya itu pemuas nafsu yang mana habis manis sepah dibuang. Jagainya dan pimpinlah ia bersama ke jalan yang bahagia.

“SADARILAH.. INSAN ISTIMEWA…
BAHWA KELEMBUTAN BUKAN KELEMAHAN..
BUKAN JUA PENGHINAN DARI TUHAN..
BAHKAN SEBAGAI HIASAN KECANTIKKAN. . .”

Setiap sesuatu mesti ada kelebihan dan kekurangannya. Namun, kelembutan wanita bukan suatu kekurangan ianya adalah kelebihan yang tiada taranya. Kelemahannya untuk menyenangkan hati si Adam dan melihatnya sebagai sebuah kecantikan anugerah Ilahi yang bernilai.




Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda “Hendaklah kamu saling meminta nasihat tentang perkara-perkara kebaikan kepada kaum wanita kerana sesungguhnya kaum wanita dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk ialah yang paling atas. Jika kamu membetulkan dengan kekerasan nescaya ia akan patah, jika ditinggalkan (dibiarkan tanpa nasihat) nescaya kekal ia dalam keadaan bengkok maka saling menasihatilah dengan penuh kesabaran dan berlemah lembut”. 

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Wednesday 24 October 2012

kalau saya takda ....

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Name aku Amir.. Aku de sorg awek.. Sorg??? huhu.. Awek aku ni mmg lawa giler r!! Sbb die lawa tu r aku ngn membe2 aku berebut.. Nasib aku baik la, aku dpt jugak die....memandangkan aku ni pun kategori org yg handsome.. hahaha..


OOPS! lupe! Name awek aku ni Nadia.. Kitorg x same kampung tp satu sekolah.. Satu hari ni aku dpt twrn smbung blajar kt satu IPTA ni.. Awek aku pn dpt.. Alhamdulillah result SPM kitorg cemerlang walaupun aku pun x percaye boleh dpt 7A.. Hahaha.. Tp mmg giler r.. Walaupun kos yg ditawarkn same, tp aku terlambung kt utara n die lak kt Selatan..

Die ni kuat jeles tu jgn ckp laa.. hidup aku dia yg aturkan.. selama aku satu sekolah dulu, jgn hrp la aku nk kuwa ngn membe2 perempuan aku.. Jgnkn kuwa same, pndg pun x boleh.. Kdg2 aku rimas jugak ngn die.. T aku ckp byk ngn die, mau die marah2 then merajuk.. Benci tul aku.. Aku tau die sygggg sgt2 kt aku. Aku tau die mmg x lyn mane2 lelaki yg cube usyar line die.. Kdg2 aku bengang jugak if ade lelaki yg hntr2 msj kt die walaupun die x reply..

Tp sebenarnye aku ade sorokkan sumthing drp die.. Disebabkan kitorg pun da terpisah jauh, aku mule la nk test market kt utara ni.. Jahatkn? Aku rase bebas!!! Aku pn rase die mcm tu jgk kot.. Yelah, die kn lawa.. Msti r ramai jantan usyar die.. Disebabkan aku nk menutup perasaan prasangka yg buruk2 tu, aku mula r berkawan ngn ramai perempuan kat sini.. Setiap kali org tanye status aku, mesti aku jwb aku single.. Aku selalu kuwa ngn member2 perempuan aku kat sini.. Mmg lagak cm org single.. Aku selalu teringatkan die time aku tgh berfoya2.. Bile wktu mlm sebelum tidur, msti die yg call aku.. Aku? Kdg2 kot.. 

Tp aku syg sgt kt die.. Aku ckp kt die, membe2 aku kt sini semuanye jantan.. Die ckp die pun same.. Sebelum kitorg end call mst die cerita2 kenangan kami bersama.. Die selalu ckp, "kalau sy da x de baru awk leh gatal dgn perempuan lain".. Kdg2 aku mrh die sbb die ckp yg bukan2 walaupun hakikatnya aku mmg da menggatal da pun.. Kdg2 aku selalu jgk create pergaduhan ngn die.. byk kali die nangis time gaduh2 ngn aku.. pernah tu aku tertengking dia.. kesian die.........

"SAYA SAYANG AWAK! SAYA NAK AWAK!"

Tibe2 aku terkejut drp lamunan.. Rupa2nye member perempuan aku, Tiqah.. Aku pn dgn bangang aku terima..

Mase duit PTPTN kuwa, aku beli sebijik henpon lg. Satu henpon khas tok msj Nadia, satu g utk Tiqah.. Dlm tempoh aku belajar kt sini, mcm2 tipu aku wat.. Aku tipu dua2 perempuan tu.. Tp hati aku tetap sygkn Nadia.. Mungkin sbb jauh, perasaan tu kdg2 bercampur.. Tiqah pn mcm Nadia.. Sejak aku couple ngn minah ni, aku dah x kuwa ngn member2 perempuan lain.. semuanya kembali mcm mase aku ngan Nadia dulu.. Aku terasa bersalah sgt.. Tp dlm mase yg same aku just nk hilangkan perasaan bosan sorg2 kat sini.. "Kalau la Nadia tau.." 

Kdg2 aku terfikir nk berterus-terang.. Tp aku x berani.. Kalau dulu aku tidur pukul 1.30, sekarang ni pkul 3.30 kdg2 pkul 4.. Yelah sbb nk gayut dgn dua2.. Semua org x tahu siapa aku sebenarnya walaupun roomate aku sendiri.. Setiap kali aku balik kampung, Nadia x balik.. Yelah.. U dgn sekolah mane same.. Cuti lain2.. Cume ade sekali tu kitorg dpt cuti same2.. Cuti raye kn.. Time aku jumpa ngn Nadia, aku sorokkan henpon satu lg tu kat rumah.. Nadia makin lawa! Berseri2.. Mane2 lelaki tgok gerenti r cair ni.. Nadia ckp cinta die hanya utk aku.. Selama die berpisah dgn aku, die semakin rindu, semakin syg n cintakn aku.. Utk hilang rase camtu, die habiskan mase dgn belajar.. Kdg2 die ckp belajar smpai tau2 da mlm.. Die happy sbb hati aku masih x berubah utk dia sorang.. ERR! aku terasa bersalah sgt.. "Kalau sy da x de, baru awk leh gatal dgn perempuan len tau!" ckp die sambil tergelak2.. Perkataan tu da berjuta kali kot die sebut.. Aku tgok muke die yg lembut tu.. Die bersuara, kalau habis belajar, die nk aku ikat die sebagai tunang.. Pastu die nk kami kerja, kumpul duit byk2 n kahwin then sambung belajar lg.. Beria2 die menceritakan impian die kt aku...

Permainan aku berlarutan sehingga sem yg ke 4...
Pada satu hari ni aku g makan ngn Tiqah mcm biasa... Heboh kampus aku jd tuan rumah untuk satu pertandingan perbahasan antara IPTA. Kebetulan hari ni ulangtahun ke 3 aku ngan Nadia.. Mcm biase aku g mkn ngn Tiqah kt cafe.. Mase Tiqah tgh ambil lauk, aku terniat hati nk cek msj die.. Terhenti jantung aku, berlambak2 msj sorang jantan yg bersayang2 kt inbox dia.. Aku pn angin r.. Mase Tiqah duduk, aku soal2 dia smpai menangis minah tu.. Sebelum ni x terniat pulak aku nk cek.. Tiqah ckp die ttp sygkn aku.. 

Aku pun mula terfikirkn Nadia.. Tibe2 ade sekumpulan awek dtg kat meja aku time2 gini la pulak.. X lame pastu aku nmpk Nadia.. Aku menelan air liur.. Rupe2nye, Nadia ambil bahagian dalam pertandingan tu.. Bila Tiqah nmpk ramai2 awek tu dtg kt aku, pelik r die.. N dgn kuasa Allah, semua terbongkar pada saat tu.. N Tiqah sendiri mengaku yg dielah awek aku kt depan Nadia.. Aku tgok Nadia menangis.. Die x bercakap sepatah haram perkataan pun.. Cume die berikan aku sekotak hadiah ulangtahun kami sebelum dia tinggalkn aku.. Aku terus putuskan hubungan aku ngn Tiqah.. Mase aku balik hostel, puas aku call Nadia.. Aku hntr msj berlambak2 kt die.. die x reply pn... Aku sedar, die dah benci aku..

Rupanya Nadia masih menerima aku.. Aku happy sgt2.. Aku berjanji x nk kecewakn die lg.. 2 minggu kejadian itu berlalu.. Org2 sekeliling aku mula menjauhkan diri daripada aku.. Nk2 yg member2 perempuan aku la.. Aku dah x kesah da.. Aku dah berubah.. Aku cuma nk dapatkn keputusan yg cemerlang sampai time akhir sem nanti. Aku nk dptkn kerja baik2.. Apa2 pun aku nk ikat Nadia dulu.. Kdg2 aku berasa malu sgt kt Nadia nk2 bila teringatkn mak ayah dia.. Nasib baik die x pergi report kat mak n ayah dia.. hehe.. Dlm tgh syok2 berangan sambil membelek2 kemeja baru hadiah ulangtahun daripadanya mase hari kejadian tu, tibe2 aku dpt msj drpd member Nadia.. "Nadia eksiden!" Ermm.. Hati aku tibe2 jd x sedap.. Msj kedua drp member die smpai lg.. Terasa panas muka aku bile bace msj tu.. "Nadia da X DE.. Die kne langgar ngan kereta mase lintas jln.." Mcm org gila pas aku bace msj tu.. Aku ambil keputusan balik kejap kampung walaupun terpaksa ponteng kelas..

Aku rase kosong.. Kosong sgt.. Teringat gelak tawa die, teringat suara die, muke die yg lawa tu.. Aku menangis dlm bas.. Aku x peduli ngn org2 yg pndg aku.. Kali ni aku betul2 menyalahkan diri aku.. Semua kenangan aku ngan Nadia bermain dlm kepala aku.. Aku xmampu menahan perasaan sedih ni.. Berulang kali aku bace msj terakhir Nadia mlm td.. "Awk, sy nk tido.. Mcm biase, sy sygkn awk utk selamanye walaupun awk da lukekn ati sy, sy maafkn... Tp ingat! Kalau sy x de baru awk leh gatal ngn perempuan len tau! Hehe.. Nk mrh la tu.. Sy leb awk! Sweet dreamz.." Ya Allah! Kuatkn hatiku ni.. Semasa aku sampai, jenazahnya belum tiba lagi.. Ye.. Aku pun terus mencoretkan kisah ini.. Semoga menjadi pengajaran kt korang.. Air mata aku berguguran sepanjang mencoretkan kisah ni.. Tapi aku tau, Nadia x kn kembali da.. X de lg msj Nadia, panggilan Nadia.. X de dah ungkapan "kalau sy x de" tu dah..

Teman2.. Aku mintak sedekahkanlah fatihah utk nya.. Mungkin ada yg memperlekehkn kisah aku ni.. Tp bg aku, inilah kisah yg plg bermakna utk aku.. Utk selamanya aku menyayangi kau, Nurul Nadia bt Zainarruddin..

Mungkin kejap lagi jenazahnya tiba.. Aku nk bersiap2 utk beri penghormatan terakhir buat die yg aku sygi.. Sememangnya cinta die utk aku shgga akhir nafasnya... Aku mampu merelakan pemergiannya... Tabahkn hatiku Ya Allah.... -Al Fatihah.....



Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Tuesday 23 October 2012

jika aku jatuh hati

Assalamualaikum .
Apa Khabar !





Bismillahirahmanirrahimm..

Ya Allah , jika aku jatuh cinta ,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada Mu .
agar bertambah kekuatanku uuntuk menyintaiMu .
Ya Muhaimin , jika aku jatuh hati ,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu .
agar tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu .
Ya Rabbana , jika aku jatuh hati ,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMu .
Ya Rabbul Izzati , jika aku rindu .
rindukan lah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanMu .
Ya Allah , jika aku menikmati cinta kekasihmu
jangnalah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya 
bermunajat di sepertiga malam terakhirMu .
Ya Allah , jika aku jatuh hati pada kekasihmu
jangan biarkan aku tertatih dan jatuh di dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu .
Ya Allah , jika kau halalkan aku merindui kekasihmu
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi
hanya kepadaMu .

Amin Ya Rabbal Alamin







Jari Menaip ,
Nur Atirah .

nantikan ku dibatas waktu

Assalamualaikum .


nyanyian edCoustic

Dikedalaman hatiku tersembunyi harapan yang suci
Tak perlu engkau menyangsikan
Lewat kesalihanmu yang terukir menghiasi dirimu
Tak perlu dengan kata-kata

Sungguh walau kukelu tuk mengungkapkan perasaanku
Namun penantianmu pada diriku jangan salahkan

Reff :
Kalau memang kau pilihkan aku
Tunggu sampai aku datang nanti
Kubawa kau pergi kesyurga abadi

Kini belumlah saatnya aku membalas cintamu
Nantikanku dibatas waktu



Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula..

Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan."
 ~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Sunday 21 October 2012

redha suami = kunci syurga

Assalamualaikum .
Apa Khabar !




Malam , di bilik tidur..

Isteri : abg ....
Suami : ....(tanpa suara) dan terus membelakangi isterinya ..
Isteri : abg , syg minta maaf .. syg tak bermaksud nak kecilkan hati abg ...
Suami : .......(masih diam) dan keluar dari bilik ..
Isteri : abg , nak pergi mana .. syg nak ikut .. (dan terus berlari , terus dapatkan pinggang suami dan peluk
kuat) abg , syg minta maaf .. jangan la mcm nie .. nnti cepat tua kalau marah-2 ..
Suami : ye , xpe la syg . Abg tak marah .. pergi la tido .
Isteri : syg minta maaf , kalau ada salah dan silap hri nie dgn abg , abg xnak tido sama?
Suami : nnti abg masuk tido .. tau la abg jln kt bilik tu..
Isteri : ok .. ermm ... abg tak nak maafkn syg ??
Suami : lain kali la .. xde mood ..
Isteri : knp lain kali .. abg , xnk redhakn syg ?
Suami : redha untuk apa ?
Isteri : abg , kalau abg xnak maafkan syg ,. Allah xnak terima syg masuk syurga .. kalau abg xnak redhakan
syg , kita xkan jumpa kt syurga bang ...(sambil tepis airmata yg jatuh kt pipi)
Suami : eh .. knpa menangis plk syg abg nie .... abg gurau je .. nak manja dgn syg la..syg, abg nak syg tau .. kalau syg tak buat salah ke , tak minta redha abg pun .. abg sentiasa maaf dan redhakan syg .. abg sentiasa ikhlas...
Isteri : (sambil peluk suami) terima kasih abg ,. Syg beruntung dpt suami mcm abg ..
Suami : dah la , jom tido..dah lewat mlm ...♥♥
Isteri : syg abg , syg abg kerana Allah ..
Suami : abg pun ... dah pi tutup lampu ok ! :D





p/s : sweet <3<3
omey3 . hehehe

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

jangan bersedih .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



la tahzan . yup , rasa ada sedikit kesedihan di hati . menyiat raga , melemahkan jiwa . nyah jauh kau dari rasa ini . kehadiran yang tidak di undang . rasa yang tidak pernah di jemput . tapi kadang kala datang terjah hati yang kosong .
" dan jangan kamu berasa lemah , dan jangan pula kamu bersedih hati . kerana kamu paling tinggi darjatnya jika kamu beriman "
Surah Al-Imran ayat 139
p/s : ayuh kuat semangat .
bangkit dari kelemahan .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Saturday 20 October 2012

kalaulah saya ada di sana ..

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


waaaa , tira jeles ni . macam seronok je diorang hari ni . seronok amat2 . nak rase macam nak balik je wehh . nak balik sekarang ! no , pagi tadi sebenarnya . hari ni ade program "honguk pikuk Negeri FM" kat kampung . macam2 program ade . best nyee . 


tapi sayangg , hari ni ade pulak kelas ganti . U pon ade kelas ganti taw , jangan ingat budak sekolah je . haha . esok pulak Modul 3 . fuhh , letih-2 . tade cuti rehat . haha . sabtu ahad still lagi pergi kelas . kalau bg orang bekerje ni , boleh dapat bonus ! kan kan kan .


haa , kat kampung tira tu macam2 pertandingan ade . bola jaring , kacau dodol , mewarna and macam2 lagi lahh . kalau la tira ade kat kampung , mesti dah kene main bola jaring punye . kan seronok . huuu , lagi pulak adik2 tira call . cakap seronok . lagi-2 plak mawi datang . haha . mawi je pon . bukan Dato Siti kan . haha , tapi biase lah orang kampung , asalkan mereka tu artis , dah heboh2 . siap bergambar ! hehehe .


walaupun tira tade kat sana , tapi tira tumpang gembira la jugak . ni tira nak share gambar2 yang tira cilok kat group FB kampung tira .


Forum Perdana Hal Ehwal Islam Peringkat Wilayah Raja Alias
kacau dodol

adik omey main kaler2

adik2 ku menari sayang

senamrobik

kemain lagi abg2 ngn akak ni .


p/s : tengah layan bola dalam bilik , haha
ATM vs KELANTAN

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Friday 19 October 2012

biar dia menyangka .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



its that you ? for me , YES ! its that me . this is who i am . sorry , i cant be perfect .

pada saya , biar dia salah sangka 
pada saya , biar dia salah menduga
pada saya , biar dia salah anggap ,
daripada mengharapkan kebaikan .
kalaudia ikhlas , dia terima saya seadanya .
daripada mengharapkan seorang yang baik dan sempurna .
biar dia berkata ,
biarkan dia tau saya lemah .
biarkan dia tahu saya juga punyai masa lalu .
yang tak perlu diceritakan semuanya .
kerna saya juga berhak membuat keputusan 
agar tidak rasa tertipu dan menyesal kelak .







~~~~~~~~~~~~~~~~~


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

makna cinta dan perkahwinan

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

Pelajar: Guru, apakah erti cinta? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ya, itu lah CINTA..



Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. Berjalanlah kamu. Tetapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini?

Pelajar itu menjawab: sebab berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya..

Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan..



Jari Menaip ,
Nur Atirah .

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH