Nur Atirah

 Banner

Sunday 21 July 2013

maafkan lah .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


kamu ,
yang dulu diam tiada bicara .
kamu ,
yang dulu jujur setiap kata .
aku ,
yang kau curi hatinya .
aku ,
yang kau rampas jiwa raga .

engkau ,
menabur kasih tiada penghujungnya ,
meletakkan tanda setia hanya pada aku ,
tiada yang lain , hanya aku ,
begitu kasihnya engkau pada dirikuu .

engkau ,
sentiasa sabar dengan karenah aku ,
biar bergelora kadangkala , sentiasa kau pertahankan ,
biar angin meniup kencang ,
sentiasa ada kau disisi tempat berlindung .

aku pernah dulu terhanyut ,
terjebak dengan kasih sayang yang lainnya ,
hingga engkau aku belakangkan ,
merayu engkau agar aku pulang .

tika aku mulai sedar ,
kau yang setia masih memaafkan ,
setianya engkau pada diri ini ,
hingga aku kalah kepada dirimu .

maafkan lah .
maafkan aku sayang .
hanya engkau yang aku sayang .
engkau yang bersama susah dan senang .
engkau yang ku cinta seikhlas hati .
untukmu sayang .
:)


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

MINI GA RAMADHAN by DEDEQ

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

sini


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Jejaka Korea teraju drama tempatan

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Menerusi siri web yang semakin menjadi kegilaan iaitu Autumn Di Hatiku, jejaka tinggi lampai kelahiran Korea Selatan, Kim Jun Suk atau JS dipertemukan dengan pelakon jelita Hanez Suraya, 27, dan Ezzaty Abdullah, 23.
Tentu sekali canggung apabila berkongsi set penggambaran buat pertama kali apalagi dengan kehadiran lelaki asing yang baru menjejak Malaysia, namun sebaliknya Hanez dan Ezzaty tiada masalah digandingkan dengan JS yang berusia 28 tahun itu.
Ia terbukti ketika mereka hadir ke sesi fotografi bersama RAP baru-baru ini. Usik-mengusik, bertepuk-tampar sudah perkara biasa bagi mereka bertiga walaupun 
baru pertama kali bertemu. 
Foto
KEMESRAAN JS, Hanez dan Ezzaty bagaikan sudah lama kenal.
Seperti mana mereka berjaya menggalas watak dalam siri terbabit, di luar lokasi juga terserlah kemesraan di antara mereka.
Apapun, tumpuan pastinya kepada JS yang mencuba nasib menjadi pelakon di negara yang asing baginya.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Suami tak balik berbuka

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Sungai Petani: “Saya berada di rumah ibu kerana menunggu dijemput suami untuk berbuka puasa di rumah petang ini (kelmarin). Saya pitam sebaik menerima berita suami meninggal dunia kerana kemalangan.”
Begitu kata Norsuriana Ismail, 27, isteri kepada anggota tentera Mohd Hanifah Ibrahim, 28, yang maut selepas motosikalnya dirempuh sebuah kereta di persimpangan Jalan Lencongan Barat berhampiran Taman Nilam, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5 petang, Mohd Hanifah yang bertugas di Rejimen 19 Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Lapangan Terbang dan seorang mangsa lain dirempuh dari arah belakang oleh kereta jenis Hyundai i10 itu ketika mereka berhenti di lampu isyarat.

Akibat rempuhan itu, Mohd Hanifah diseret bersama motosikal sejauh hampir 20 meter, menyebabkannya parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kereta terbabit yang gagal dikawal pemandunya merempuh papan tanda jalan dan terbabas ke dalam hutan di sebelah kiri jalan, sementara seorang lagi penunggang motosikal yang turut dirempuh cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini.

Foto

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Budak maut ditinggal 5 jam dalam kereta

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Ibu terlupa anak tertidur di kerusi belakang

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang ditinggalkan ibunya lebih lima jam di dalam kereta, maut dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di USJ4, petang kelmarin.

Ibu kanak-kanak itu, Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dikatakan terlupa anaknya itu di dalam kereta ketika tergesa-gesa menghadiri mesyuarat di sekolah berkenaan jam 11 pagi. 

Mangsa, Nawal Iris Samsudin, ditemui dalam keadaan kebiruan dalam kereta ibunya sekitar jam 5.30 petang dipercayai kepanasan dan lemas. 


Ibunya segera membawa anak bongsu daripada dua beradik itu ke klinik berhampiran tetapi disahkan meninggal dunia.

Sebelum ke sekolah, Nor Zatusy Hazwa dikatakan menghantar adiknya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang sebelum bergegas ke sekolahnya untuk menghadiri mesyuarat itu kerana terlewat setengah jam.

Tak sedar anak tidur 

Beliau tidak menyedari anaknya tidur di tempat duduk belakang keretanya.

Apabila kembali ke keretanya lima jam kemudian, Nor Zatusy Hazwa terkejut mendapati anaknya terbaring di tempat duduk belakang dalam keadaan kebiruan dan kaku. 
Seorang kakitangan sekolah berkata kereta ibu mangsa ditutup rapat selain diletakkan di kawasan parkir tidak berbumbung dan cuaca panas terik.

“Selepas mesyuarat ibu mangsa dikatakan menghadiri kelas untuk mengajar dan terlupa anak yang ditinggalkan dalam keretanya.

“Mayat mangsa ditemui basah kuyup dan kebiruan,” katanya ketika ditemui BH.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata mangsa dipercayai mati lemas akibat terperangkap dalam kenderaan jenis PERODUA Myvi ibunya.

“Siasatan mendapati, ibu mangsa, didapati tanpa sedar meninggalkan anaknya yang sedang tidur di dalam kereta.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

“Kes ini pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati terdapat unsur kecuaian dan dikelasifikasikan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Sementara itu, jenazah kanak-kanak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 selepas solat Jumaat dengan dihadiri dihadiri kita-kira 30 ahli keluarga dan sahabat ibu bapanya.

Bapa saudara mangsa yang enggan dikenali berkata keluarga mereka reda dengan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.

Budak maut ditinggal 5 jam dalam kereta

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Gambar Pernikahan Ashraf Muslim Dan Wan Sakinah

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Berita perkahwinan kedua Ashraf Muslim nampaknya masih panas dan masih dibicarakan di ruang sosial internet. Terbaru, gambar di majlis pernikahan pasangan ini telah tersebar dan dilihat Ashraf Muslim sedang menyarungkan cincin di jari manis Wan Sakinah.

Ashraf Muslim dan Wan Sakinah yang telah bernikah pada 7 julai itu lengkap berbusana perkahwinan rona tembaga dan krim serta berinai.

Info mengenai gambar ini masih lagi kecil dan masih banyak perlu dikupas. Namun bagi kami benda sudah berlaku tak perlu nak dihebohkan lagi kerana semua sudah sedia maklum.

Semoga Ashraf Muslim tidak lupa diri dan tidak lupa akan tanggungjawab yang bertambah selepas pernikahan keduanya itu.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Lagi guru mati kena tembak

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Lagi guru mati kena tembak

Suspek lepas 6 das tembakan ketika mangsa berhenti di lampu isyarat

Kulim: Seorang guru mati terkena sekurang-kurangnya enam das tembakan dilepaskan dua lelaki ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Keladi di sini, semalam. 
Serangan berlaku jam 12.25 tengah hari, ketika guru sebuah sekolah rendah di Berapit, Bukit Mertajam, K Shanmugam, 45, yang memandu kereta jenis Toyota Wish dalam perjalanan ke sekolahnya atas urusan kerja. 


Ketika kereta mangsa berhenti di lampu isyarat, dua lelaki yang menaiki motosikal menghampiri kenderaannya sebelum melepaskan tembakan bertalu-talu menembusi cermin keretanya.

Kejadian ketiga

Ini kejadian ketiga bulan ini guru menjadi sasaran penembak upahan. Pada 4 Julai lalu, seorang guru, Mat Zaki Hashim, 35, cedera di leher selepas ditembak di Kampung Kubang Panjang, Pasir Mas, manakala pada 7 Julai, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Bachok, Kelantan, Hashim Mat Zin, 43, mati selepas terkena tiga das tembakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, berkata ketika kejadian, Shanmugam dikatakan baru keluar dari rumahnya di Taman Bidara di sini.

Katanya, siasatan awal menunjukkan dua lelaki menaiki motosikal jenis Yamaha LC warna hitam melepaskan beberapa das tembakan selepas berhenti di sebelah kereta mangsa ketika lampu isyarat merah.

Kawasan kejadian sesak

“Ketika kejadian kawasan itu sesak kerana waktu puncak selain kedudukannya yang berhampiran simpang empat lampu isyarat Jalan Keladi. Mangsa ketika itu memandu sendirian dan berhenti kerana lampu isyarat merah.

“Sebaik terkena tembakan, mangsa dikatakan cuba menyelamatkan diri melalui pintu penumpang, namun tidak berjaya lalu rebah dan tersembam pada tempat duduk penumpang hadapan,” katanya ketika di temui di tempat kejadian di sini, semalam.

Mohd Nashir berkata, polis menemui beberapa butir kelongsong peluru di tempat kejadian, dan menyiasat motif pembunuhan.

Seorang saksi, Mat Ali saad, 63, berkata beliau mendengar bunyi letupan yang disangkanya bunyi mercun, namun tersedar ia bunyi tembakan apabila kereta mangsa melanggar keretanya.

“Ketika itu saya tidak sedar apa yang berlaku dan tiba-tiba sebuah motosikal berlalu melepasi kereta saya dan dalam masa sama bahagian belakang kereta saya dilanggar kereta mangsa.

“Saya keluar dari kenderaan dan terkejut melihat mangsa terkena tembakan,” katanya.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Cinta berputik di pasar raya

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Kuala Lumpur: “Ajal maut dan jodoh adalah rahsia Allah dan saya tak sangka kami bernikah secepat ini kerana baru dua minggu berkenalan. Tetapi, itu ketentuan Allah yang tiada siapa mampu menolaknya,” kata Abby Abadi yang mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24.
Abby sudah lima tahun hidup bersendirian selepas bercerai dengan aktor Norman Hakim. 
Menceritakan detik indah pertemuannya dengan jejaka itu, menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, 36, mereka bertemu di sebuah pasar raya di ibu kota dan masing-masing saling berpandangan.

“Pada pertemuan yang tidak disangka itu kami saling memandang dan mengerling antara satu sama lain. Selepas itu adalah dua tiga kali kami berhubung kerana saya sibuk menguruskan butik Muslimah di Taman Melawati.

Foto
Foto
“Ketika itu kami membahasakan diri adik dan kakak. Dalam masa dua minggu berkawan, dia menyuarakan hasrat hati mahu menjadikan saya teman wanitanya, tetapi saya kata dalam Islam mesti ada hubungan yang sah jika tidak, hubungan itu hukumnya haram. Terus dia melamar saya dan saya kata kepadanya, ‘beraninya awak melamar saya.’

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

18 terbunuh semasa mendengar khutbah

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


BAGHDAD - IRAQ. Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh ketika khutbah disampaikan di sebuah masjid yang terletak di wilayah al-Wajihiya Iraq.

“Bom tersebut disembunyikan di bawah podium Imam,” kata pegawai polis di ibu kota wilayah yang berdekatan Baquba.

Al-Wajihiya merupakan kawasan perkampungan Sunni yang berdekatan Muqdadiya.

Sebuah daerah yang sebahagian besarnya merupakan penempatan penduduk Syiah.

Ia terletak kira-kira 25 kilometer dari timur laut Baquba.

Menurut seorang Ahli Parlimen Sunni, sejak beberapa minggu lalu, ramai keluarga Sunni melarikan diri dari rumah mereka di kampung-kampung kecil berhampiran Muqdadiya kerana ancaman berterusan oleh militian Syiah.

“Pertumpahan darah sering berlaku di Iraq yang berpunca daripada perbalahan antara Sunni dan Syiah,” katanya yang enggan dikenali kepada CNN.

Sunni Arab mempunyai pengaruh politik di Iraq semasa pemerintahan bekas Presidennya, Saddam Hussein, namun mereka merasa terpinggir dibawah pimpinan kerajaan Syiah dalam era pasca Saddam.


*ish ish , kejam betol . alfatihah untuk mereka ,


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Pemanah negara dapat peluang kedua

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Pemanah  negara  dapat peluang kedua

Kuala Lumpur: Selepas kali terakhir mara ke final dua tahun lalu, pasukan recurve lelaki negara berpeluang sekali lagi untuk memperoleh pingat emas pertama buat Malaysia dalam peringkat tiga Piala Dunia yang sedang berlangsung di Medelline, Colombia. 

Pasukan negara yang dibarisi Khairul Anuar Mohamad, Atiq Bazil Bakri dan Haziq Kamaruddin berjaya memperoleh purata mata 220 seperti yang diharapkan ketua jurulatih, Lee Jae Hyung untuk menempah tempat ke final menentang Mexico yang juga pasukan pilihan utama kejohanan. 

Malaysia tewaskan Cuba 

Malaysia dan Mexico yang diwakili Juan Rene Serrano, Luis Eduardo Velez dan Luis Alvarez, masing-masing pernah memperoleh pingat perak di Piala Dunia, namun masih belum memenangi emas. 

Perlawanan perebutan pingat emas akan berlangsung awal pagi esok. 
Terdahulu dalam pusingan suku akhir semalam, Malaysia menewaskan Cuba 222-215 sebelum mara ke separuh akhir bagi menewaskan Kanada biarpun dengan kemenangan tipis 220-219. 

Kali terakhir Malaysia mara ke final adalah pada peringkat empat Piala Dunia di Shanghai 2011 dengan negara diwakili Cheng Chu Sian, Khairul dan Haziq ditewaskan trio Amerika Syarikat 218-222.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Dakwat kekal: SPR nafi dakwaan Rafizi

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



BESUT – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dua pemimpin tertinggi suruhanjaya itu mempunyai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal digunakan semasa PRU13 lalu.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menegaskan  dakwaan seperti itu tidak benar sama sekali.
 
“Bila dakwaan itu menyebut Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR ada hubungan rapat dengan kontraktor dan pembekal, ia adalah tidak benar.
 
"Saya anggap ia sebagai fitnah dan pembohongan. Bulan puasa macam ini pun dia cakap macam tu,” katanya pada sidang media selepas melawat pusat mengundi awal di Pangkalan Tentera Udara Gong Kedak, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bahawa pihak pembekal dakwat kekal mempunyai hubungan rapat dengan individu dalam SPR.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan sebelum ini membangkitkan isu tersebut di Parlimen dan mengulangi dakwaan tersebut di lobi Dewan Rakyat setelah diminta untuk berbuat demikian oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
 
Rafizi mendakwa, kontrak membekal dakwat kekal berkenaan diberi kepada seorang ahli perniagaan dari Singapura.
 
Mengulas lanjut perkara sama, Wan Ahmad berkata, Rafizi seolah-olah mahu wujudkan persepsi kononnya terdapat konspirasi berhubung dakwaannya itu.
 
Tambah beliau, semua urusan perolehan SPR dibuat berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.
 
Katanya lagi, semua pegawai SPR mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.

“Kami telah memberi amanat kepada pegawai-pegawai SPR supaya jalankan tugas dan kami mempercayai mereka.
 
".....tetapi Rafizi senang sahaja membuat tuduhan dan menggunakan Parlimen untuk menabur fitnah.
 
“Tidak mengapalah biar dia tanggung, kita tidak ada masa hendak melayan orang yang menabur fitnah. Ahli Parlimen sepatutnya faham dan jangan main hentam sahaja,” katanya.


*sumber

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Gadis Islam haram sertai ratu cantik

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Kuala Lumpur: Wanita Islam haram menyertai sebarang pertandingan ratu cantik. 

Demikian ditegaskan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin mengulas empat gadis Islam yang terpilih sebagai peserta peringkat akhir pertandingan Miss Malaysia World 2013. 

Katanya, wanita terbabit dinasihatkan supaya menghormati dan membuat keputusan berlandaskan kehendak Islam sebelum menyertai pertandingan itu. 


“Perkara itu sudah jelas haram dan berdosa jadi tidak perlu dilakukan kerana membabitkan soal maruah agama, masyarakat dan individu itu sendiri. 

Maruah individu 

“Haram tetap haram, tanggungjawab menjaga maruah agama Islam itu terletak di atas bahu setiap umatnya, jika sudah terang ia bertentangan dengan hukum agama mengapa perlu bangga melakukannya. 

“Walaupun pilihan itu adalah hak individu, ia ada kaitan dengan maruah individu, masyarakat dan agama Islam itu sendiri,” katanya kepada BH, semalam. 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyertaan empat gadis Islam sebagai peserta peringkat akhir pertandingan Miss Malaysia World 2013 yang akan berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pada 2 Ogos ini. 

Pemilihan dibuat dalam satu sesi temu duga tertutup pada 12 Julai lalu dan majlis memperkenalkan mereka diadakan baru-baru ini. 

“Jika mereka sudah tahu mengenai fatwa yang mengharamkannya, ia dianggap perkara besar dan merbahaya kerana membabitkan akidah seseorang individu itu,” katanya. 

Fatwa yang dikeluarkan mengikut Seksyen 34 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 melarang orang Islam menyertai pertandingan ratu cantik.


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH