Nur Atirah

 Banner

Tuesday 27 August 2013

Dicekup bawa balik kekasih gelap

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

 Rahimin Bani
BANDARAYA MELAKA - Gara-gara membawa balik ‘kekasih gelap’ ke rumah sewaktu suami keluar bekerja, seorang wanita di Bukit Rambai, dekat sini, dicekup polis dan penduduk awal pagi, semalam.

Dalam kejadian 2 pagi itu, wanita kepada dua anak berusia 27 tahun itu dicekup bersama lelaki berusia 28 tahun selepas didapati berkhalwat di rumah wanita berkenaan.

Pasangan terbabit yang dicekup  sepasukan polis kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk tindakan lanjut.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, berdasarkan siasatan lelaki terbabit datang setengah jam sebelum dia bersama wanita terbabit dicekup.

Katanya, ketika itu wanita terbabit membuka pintu dan selepas anggota polis masuk dan membuat pemeriksaan menemui lelaki berkenaan di sebuah bilik.

“Lelaki terbabit datang selepas suami kepada wanita itu keluar bekerja dan turut mengetahui temannya itu berstatus isteri orang.

“Wanita itu memberi alasan dia mempunyai krisis rumah tangga dengan suaminya dan memberi alasan tidak mengetahui pukul berapa suaminya bekerja serta mengambil kesempatan mengajak lelaki berkenaan datang ke rumah,” katanya, di sini, semalam.

Rahimin berkata, pasangan berkenaan sudah kenal sejak enam tahun lalu dan lelaki itu pula berstatus bujang.

Ketika wanita berkenaan dan pasangannya dicekup, kedua-dua anak wanita itu tiada di rumah.

“Kehadiran lelaki terbabit disedari penduduk sebelum membuat aduan kepada polis untuk menahan mereka kerana disyaki berkhalwat,” katanya.

Katanya, pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhrim.

“Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Promosi Powerbank 20,000mah !

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



Promosi Powerbank 20,000mah .
hanya dengan rm98 termasuk dengan harga postage .

sesiapa yang nak tu boleh la pm tira okee . 
dah tak banyak yang tinggal . 
cepat2!

*promosi sehingga 27hb*

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

tira Jatuh motor tadi !

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


betul ke idak ni . start mula petang tadi bil api dengan air dah sampai masanya nk ketuk umah tira mntak bayar . haha . wan pulak jenis , kalau dapat bil je , mesti kena bayar cepat2 , takot kena potong . so , disebabkan adik tira tak bawak motor pergi sekolah , tira dapat la guna nak pergi air kuning sebab nak bayar bil kat pejabat pos .


masa pergi singgah kejap umah mail nak pinjam helmet . haha . saje malas nak pakai helmet mula2 . balik tu , mail lead tira bawak jalan shortcut . tira tak pernah lalu situuu . dalam pada tu ,mata tira masuk ulat kott . pedih . dok gosok2 mata , tangan sebelah press mminyak . last2 , tergolekkk . haha .


mail plak dah jauh nun depan . tira jerit panggil dia . cepat2 dia datang kat tira balik . haha . nasib baik tira takde pape sgt  . motor je calar sikit . selalu kalau calar2 , adik tira dah memekak dah . seb bek kali ni selamat . muahaha

ni bukak gambar tira . hehe . saje je buat hiasan .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Kes budak didera sampai mati: Berdepan hukuman gantung

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Kes budak didera sampai mati: Berdepan hukuman gantung

Ipoh: Seorang suri rumah yang mendera anak perempuannya berusia lima tahun sehingga mangsa meninggal dunia kelmarin, didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh.

Choong Mee Chin, 30, didakwa di depan Majistret Nor Haslinda A Raof, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Ho Yan Hui di ruang tamu rumah mereka di No 19, Laluan Kledang Utara 7, Taman Wang, Menglembu, di sini, kira-kira jam 9 pagi 12 Ogos lalu. 
Tiada rekod pengakuan 


Mee Chin yang berpakaian lokap berwarna hijau dan berdepan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan, mengaku faham pertuduhan dikenakan. Bagaimanapun mahkamah tidak merekodkan pengakuan sebelum menetapkan kes disebut semula 25 Oktober ini.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amril Johari, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Wanita berkenaan sudah didakwa Selasa lalu, namun ketika itu hanya dikenakan tuduhan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana memukul kepala dan seluruh badan mangsa menggunakan sebatang rotan serta Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mendatangkan cedera parah ke atas mangsa. Dia mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan.

Pertuduhan terbaru semalam dibuat susulan kematian mangsa jam 2.40 petang kelmarin dalam keadaan koma selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Pediatrik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), 14 Ogos lalu. 

Otak menanah

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata laporan bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan serius di kepala iaitu otak bernanah dan jangkitan kuman dalam darah.

Bedah siasat mayat mangsa dilakukan di HRPB pada jam 9 pagi dan berakhir 12.40 tengah hari semalam sebelum mayat dituntut bapanya, Ho Kok Peng, 39, yang tiba jam 12.50 tengah hari.

Kok Peng yang kelihatan murung dan tertekan, enggan menemui wakil media yang menunggu di perkarangan bilik mayat HRPB seawal jam 8.30 pagi.

*Ya Allah , kesian kat budak nih . kalau la anak tira , sanggup ke tira nak wat macam ni . hmm .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Jejak 500 Followers

Assalamualaikum .
Apa Khabar !







Jari Menaip ,
Nur Atirah .

awak , awak , nama saya bukan atikaa . hehe

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


selamat tengah hari . ni haa , tira nak cerita sikit . hehe . ade rakan blogger baru ni tegur tira . tapi dengan nama yang salah . ni mesti silap pandang ni ye awak . tira join segmen yang dia buat . tu yang kami dah saling folo2 tuhh . hehe
tapi tira rase macam dia ni kakak kot dari tira . tengok blog dia ada gambar baby . hehe . hai kak :) 

ehhh , jom ke blog kak amyma >> ramai2 follow yukk . amyma

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Artis Bertudung Sesatkan Masyarakat dalam Diam

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



Peminat bersorak girang melihat aksi awek bertudung di atas pentas. Bersorak bukan kerana awek bertudung itu beraksi ghairah di atas pentas, tetapi bersorak girang melihatnya hebat menyanyi. Kelunakan suaranya membuatkan peminat terpana.

Kepala yang disarung tudung menyebabkan peminat lebih dekat kepadanya. Kononnya awek yang bertudung adalah perempuan yang baik dan wajar untuk dicontohi. Inilah pemikiran sempit yang membelenggu umat Islam hari ini, akibat daripada penerapan hukum sekular. Asalkan bertudung sahaja, mereka itu membawa imej Islam.

Masyarakat menjadikan artis sebagai contoh, bukan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sandaran undang-undang. Sekiranya artis itu bertudung, tudung seperti itulah yang akan dicontohi fesyennya, tanpa mengikut hukum syarak. Lazimnya, tudung ketat dan tudung yang tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk kedua-dua 'bukit' wanita sering dijadikan tudung contoh.



وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [an-Nur:31]

Inilah peranan artis bertudung. Memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar. Kononnya mereka bertudung, merekalah contoh ikutan yang wajar diikuti. Walhal, mereka tidak menutup aurat seperti mana yang Allah telah tetapkan. Maka, peminat yang mengikut gaya fesyen artis ini turut sama masuk longkang bersama-sama artis pujaan mereka.

Mereka bukanlah membawa ajaran sesat mahupun menyesatkan aqidah umat Islam, tetapi peranan mereka amat besar sekali untuk menjadi ejen Barat untuk menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam. Perkara ini adalah hakikat yang harus ditelan walaupun pahit oleh peminat-peminat. Artis yang terbabit juga harus menelan hakikat ini, kerana mereka secara tidak sedar dan tidak rasmi menjadi ejen-ejen Barat dalam memesongkan umat Islam daripada ajaran Islam!


Ini baru diperhatikan daripada aspek tudung. Bagaimana pula dengan aksi-aksi mereka menonjolkan diri di khalayak umum meliuk-lentokkan tubuh mereka yang disarung dengan baju ketat serta mengenakan solekan yang berlebihan yang bisa menggetarkan jiwa lelaki normal? Hal aurat tidak lagi diambil peduli. Peminat terus memuji artis-artis bertudung dengan pujian yang lebih kurang, "Saya suka awak bertudung. Kekalkan imej bertudung". Begitu mudah hati ummat dibutakan dengan bertudung. Seolah-olah bertudung itu merupakan lesen untuk menyanyi dan menonjolkan diri di khalayak ramai!

Inilah kesan daripada penerapan hukum sekular yang lahir daripada akal manusia semata-mata. Undang-undang dicipta berdasarkan majoriti 2/3 undi di dalam parlimen. Artis juga tidak terkecuali daripada terkena bahana-bahana sekularisme.

Buktinya, tudung yang dipakai oleh para artis walaupun tidak mengikut hukum syarak diislamkan. Mereka telah mengislamkan trend supaya tindakan mereka itu adalah mengikut hukum syarak. Bertudung tapi menyanyi, berpakaian ketat pun, 'tepati syarak' juga, dan ummat tergila-gila untuk mencontohi fesyen tudung itu.

Sedarlah, Nabi Muhammad SAW itulah contoh ikutan terbaik, bukan para artis! Sedarlah, artis-artis itu sedang menyesatkan kita dalam diam. Mahukah kita masuk longkang bersama-sama artis itu?

*****

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. [al-Ahzab (33):21]

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Elfira Loy Sudah Mula Lupa Diri?

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Elfira Loy Sudah Mula Lupa Diri?

Mula berjinak-jinak dalam industri hiburan tempatan seawal umur 15 bukanlah sesuatu yang mudah bagi pelakon kecil cilik ini. Elfira Loy yang kini sudah pun berusia 19 tahun sedikit demi sedikit mengikir nama diatas puncak kerjayanya.

Namun, pelakon yang mula popular dengan drama Qalesya yang disiarkan pada tahun 2009 dan 2010 dikatakan telah mula berubah sedikit demi sedikit. Biasalah, setiap orang akan berubah. Apatah lagi Elfira mula yang berlakon dari usia remaja dan kini sudah mula meningkat dewasa.

Menurut sebuah artikel dari Utusan semalam, Elfira kini tidak lagi seperti waktu dia mula-mula bertapak dalam dunia seni. Jika dulu, dia pernah berjanji untuk tidak lupa diri. Namun kini, menerusi laporan yang sama, pelakon ini kelihatan sudah lupa dengan janjinya dahulu.

Al-kisahnya, Elfira yang dulunya peramah telah berubah sikap apabila seorang wartawan yang juga dikenalinya hanya dibuat tak endah sahaja ketika mereka bertemu. Paling menyedihkan apabila orang yang Elfira tidak endahkan itu pula adalah orang yang dahulunya banyak membantu untuk Elfira meneruskan kerjayanya dalam bidang seni.

Hah itulah manusia. Habis madu sepah dibuang. Takkan pula nak jadi macam artis luar negara seperti Justin Bieber, Miley Cyrus dan juga Amanda Bynes? Siapa yang tidak kenal ketiga mereka ini? Ketika usia remaja, semuanya mendapat perhatian dengan gelagat mereka yang sentiasa bagus. Namun kini, apa sudah jadi?

Agaknya itulah, apabila usia sudah mula meningkat dewasa, mulalah cepat terpengaruh dengan rakan-rakan sekeliling.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

‘Mama…Adam datang tengok mama’

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


‘Mama...Adam datang  tengok mama’

Adam Noramsar setia mengunjungi pusara ibunya yang terletak 500 meter dari rumah neneknya di Taman Sebang Gemilang, Alor Gajah.
Adam Noramsar Syahrizal sama seperti kanak-kanak lain seusianya, sangat gemar bermain tetapi sebaik senja dia akan pulang ke rumah meninggalkan rakan untuk ke pusara ibunya kira-kira 500 meter dari kediaman neneknya di Taman Sebang Gemilang, Pulau Sebang, bagi melepaskan rindu.
Anak yatim piatu ini kehilangan ibunya, Norzalina Ismail, 31, yang meninggal dunia pada awal Januari lalu, akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Empat tahun sebelum itu, Adam Noramsar kehilangan ayahnya, Syahrizal Ibrahim, 29.
Ketika ditemui di kediamannya semalam, neneknya, Kamariah Haroon, 55, berkata setiap hari Adam Noramsar akan ke pusara ibunya dan sanggup meninggalkan rakan sebayanya walaupun sedang bermain di taman permainan.
“Sebaik senja, dia akan terus pulang ke rumah dan memberitahu kami, jam sudah 6 petang dan dia ingin ke kubur melawat ibunya.
“Setiap hari, Adam akan melafazkan ayat dan patah perkataan yang sama dengan tujuan inginkan saya dan anak makcik, Mohd Amirul Helmi, 13, menemaninya ke kubur ibunya yang letaknya hanya kira-kira 500 meter dari rumah.”
Lafaz tulus meruntun hati 
“Lafaz tulus dari hatinya itu meruntun hati kami. Dia kehilangan kasih sayang ibu bapa ketika dahagakan kasih sayang mereka.
“Setiap hari apabila sampai di pusara ibunya, Adam akan berkata mama… Adam datang tengok mama, tengok,” katanya dan selepas berdoa serta mengusap batu nisan ibunya, Adam Noramsar akan mengajak mereka pulang sambil merenung pusara ibunya itu.
“Apa yang membuat kami lebih terharu, ketika Aidilfitri baru-baru ini, Adam ke kubur ibunya… berpakaian baju Melayu warna merah seperti diimpikan arwah ibunya ketika masih hidup. Arwah ingin melihat Adam segak berbaju Melayu,” katanya.
Kamariah berkata, bagi membesarkan Adam Noramsar dan Mohd Amirul Helmi, dia hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Alor Gajah, bernilai RM230 selain dibantu dua anak yang bekerja.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH