Nur Atirah

 Banner

Sunday 8 September 2013

maaf kalau kau diabaikan .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

hmm , masa semakin cemburu tentang hubungan kitaa . hari ni je , berjam aku tinggalkan kau . langsung tak  pedulikan kau . aku leka dengan kerja aku hingga kau ditinggalkan . maaf , aku salah . percayalah , sikit pun tiada terniat nak abaikan kau . 

sedang sibuk aku membuat kerja lain , waktu tu juga aku rindukan kau sebenarnya . sungguh ! kerana kau , aku mendapat teman , kerana kau , aku bisa meluahkan apa sahaja yang aku inginkan . tatkala aku membebel panjang meluahkan semua , kau diam taat mendengar . kau setia .

lepas ni , mungkin akan lebih sibuk dan mugkin kau akan terabai . tapi , aku akan cuba untuk mencuri waktu agar aku dapat bertemu dengan mu . maaf , jika kau , aku abaikan , BLOG KU SAYANG . 


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Demi Anak .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

Penan people Cerita seorang doktor di pedalaman....
Saya ingin kongsikan secebis kisah seorang tokoh yang hebat dan berdedikasi yang telah banyak berkorban menyumbang kepada masyarakat pedalaman sebelum beliau kemudiannya mencipta nama di bidang perubatan di peringkat nasional dan internasional.
Dr MZ telah memulakan kerjayanya sebagai seorang pegawai perubatan yang bekerja di Kor Perubatan ATM sejak lebih 20 tahun yang lalu. Beliau telah ditugaskan untuk berkhidmat di pelbagai kem tentera dan pusat kesihatan ATM termasuklah di kawasan pedalaman Sarawak. Beliau telah menerima amanah ini dan menyempurnakannya dengan penuh tanggung-jawab demi memberikah khidmat terbaik kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira latar belakang agama, keluarga dan etnik mereka.
Pernah sekali, Dr MZ ditugaskan untuk mengendalikan klinik bergerak di kawasan pedalaman Sarawak. Beliau bersama kakitangannya telah bergerak ke kawasan pedalaman tersebut dengan menaiki sebuah trak ATM yang telah dilengkapi peralatan perubatan dan ubat-ubatan yang diperlukan untuk sebuah klinik bergerak ATM.
Beliau bersama kakitangan ATM yang membantunya telah meredah kepayahan dan merasai pelbagai keperitan untuk menyiapkan klinik bergerak tersebut. Dalam tempoh seminggu, mereka telah memeriksa dan merawat ramai pesakit dengan pelbagai jenis penyakit di kalangan masyarakat pedalaman Sarawak dengan penuh dedikasi tanpa mengeluh sedikit pun. Misi yang mencabar selama 7 hari tersebut sebenarnya sangat bermakna kepada masyarakat yang memerlukan khidmat mereka.
Pada hari terakhir, mereka kemudiannya mengambil masa kira-kira 3-4 jam untuk mengemaskan semula barang-barang peralatan dan kelengkapan klinik bergerak tersebut.
Tiba-tiba datang sepasang suami isteri daripada etnik orang Penan membawa seorang anak mereka yang sakit untuk menerima rawatan perubatan. Staf yang membantu Dr MZ berkata bahawa mereka tidak dapat memberikan bantuan kerana klinik bergerak ini telah ditutup dan mungkin akan mengambil masa beberapa jam untuk berkemas semula sekiranya pemeriksaan dan rawatan diberikan kepada anak mereka.
Pasangan orang Penan ini berkata bahawa mereka telah berjalan selama 5 hari dan 5 malam daripada kawasan yang lebih pedalaman untuk mendapatkan rawatan anak mereka ini setelah mengetahui kewujudan klinik bergerak ini.
Mendengar perbuatan ini, Dr MZ memerintahkan kakitangannya untuk membuka semula klinik bergerak ini bagi membuat pemeriksaan dan memberikan rawatan yang sewajarnya kepada anak pasangan orang Penan ini.
Pengajaran dari kisah Dr MZ :
1-Kalau kita merasa susah, mungkin lebih ramai orang lain yang hidupnya lebih susah dan perit daripada kita.
2-Kita mungkin merasa berpuas hati dengan serba sedikit sumbangan kita kepada masyarakat. Namun masih ramai yang belum lagi menerima kemudahan asas seumpama akses kepada perkhidmatan perubatan.
3-Kita mungkin merasa cukup dengan pengorbana yang telah kita berikan kepada seseorang atau masyarakat awam tetapi di sana lebih ramai orang yang telah berkorban di tahap yang lebih tinggi.
Apalah susahnya mengemas peralatan perubatan selama 3-4 jam di tengah hutan Sarawak jika dibandingkan dengan ibu-bapa yang mendokong anaknya yang sakit dalam perjalanan meredahi sungai dan hutan belantara di pedalaman yang mengambil masa selama 5 hari dan 5 malam.
Tatapi dan hayatilah ayat ini,
“Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?”

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Jom sertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com". Segmen ini berlangsung daripada 1 September 2013 hingga  30 September 2013. Caranya mudah sangat. Cuma lima langkah sahaja.

  1. Follow Blog cikguzamrud.com, Tambah Google+ hijau zamrud
  2. Buat entri bertajuk "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com"
  3. Copy paste kod HTML yang telah disediakan diruangan HTML new post dan publish entri.
  4. Tinggalkan link (URL entri) anda diruangan komen entri ini.
  5. Klik mana-mana iklan Nuffnang.

Blog rakan blogger yang menyertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com" akan tersenarai dalam bloglist cikguzamrud.com sehingga 31 Disember 2013.

Segmen ini dibuat sempena pertukaran domain pbssainsonline.blogspot.com kepada cikguzamrud.com. Selain itu, ia memberi peluang kepada cikguzamrud mengenali rakan-rakan blogger dan menziarahi blog rakan-rakan blogger. Secara tidak langsung segmen ini dapat merapatkan lagi persahabatan sesama blogger.

Kepada semua rakan blogger, selamat berkenalan. Terima kasih kerana memberi meryertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com". Sokongan kalian amat saya dihargai.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Dilema pengusaha stesen minyak Petron Malaysia

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

Dilema pengusaha stesen minyak Petron Malaysia

KUALA LUMPUR - Kira-kira 600 ahli pengusaha stesen minyak Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (Petron Malaysia) kini dalam dilema apabila mendakwa terpaksa menanggung caj tambahan yang dikenakan syarikat minyak, ketika memperbaharui lesen untuk memperoleh bekalan bahan api itu.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman berkata, pihaknya menerima aduan daripada pengusaha stesen minyak itu yang tidak bersetuju dengan caj tambahan yang dikenakan, kerana tidak mendapat persetujuan dalam kalangan pengusaha dan kebenaran kerajaan.

Menurutnya, berikutan syarat telah ditetapkan, sebarang caj tambahan yang dikenakan sepatutnya perlu mendapat kelulusan kerajaan.

“Terdapat dua kes, di mana pengusaha stesen minyak dikenakan caj tambahan dan terpaksa tandatangan perjanjian untuk elak bekalan minyak dihentikan merujuk surat yang dihantar oleh pihak syarikat minyak.

“Caj tambahan itu dikenakan mengikut jumlah jualan setiap minyak dan ia tidak munasabah dan membebankan pengusaha,” katanya dalam satu sidang media.

Menurutnya, walaupun masalah itu belum melibatkan pengusaha stesen minyak secara keseluruhan, ia perlu diatasi segera kerana ramai yang bakal perbaharui lesen.

Beliau minta kerajaan campur tangan bagi memastikan pihak syarikat tidak mengambil kesempatan mengenakan caj tambahan, tanpa kebenaran dan melalui perbincangan.

“Ini perlu untuk memastikan perjalanan peruncitan petroleum untuk orang ramai tak terganggu,” katanya.

Sementara itu, Pengusaha Stesen Minyak Jalan Ipoh-Rawang, Sani Hamid berkata, dia menerima dua notis dari Petron Malaysia kerana enggan bersetuju dengan polisi caj tambahan ketika perbaharui lesen.

Dia diberi tempoh sehingga 30 Oktober ini untuk perbaharui lesen dan  menandatangani perjanjian baru termasuk caj tambahan itu termasuk kenaikan sewa pengangkutan.

“Jika sebelum ini saya mengambil bekalan minyak daripada Petron Malaysia sebanyak 500,000 liter sebulan dan sewa pengangkutan yang dikenakan RM17,000 tetapi apabila mahu menambah jumlah bekalan kepada 700,000 liter sebulan, mereka juga menaikkan kadar sewa pengangkutan tersebut kepada RM24,000.

“Disebabkan kenaikan sewa pengangkutan itu, margin keuntungan kita akan rendah. Apa guna kita naikkan jumlah bekalan sekiranya kita tidak memperoleh keuntungan,” katanya.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH