Nur Atirah

 Banner

Monday 26 August 2013

dah tido ke blogger2 nihh ?

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


dari tadi tira dok refresh home blog ni . balik2 tekan home . sebab nak baca entry baru korang . tapi yang tuuuuuu jugak yang keluar . penat tira tunggu korang update . hehe . so , terfikir gak dalam hati ni , dah tido kee blogger2 yang lain nih ?

tira bosan nihh . sambil2 tuh tira download running man yang latest punya . episod 160 . dah tengok belom ? jum tengok same2 . hehe . 


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Kakak Tolong La Pulang…Walau Apa Pun Keadaan Ibu Terima Kakak

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Kakak Tolong La Pulang...Walau Apa Pun Keadaan Ibu Terima Kakak. itulah rayuan seorang ibu di Kampung Tanjung Setul, Bukit Jenun

PENDANG – “Kakak tolong la pulang…walau apa pun keadaan kakak ibu tetap terima kakak,” itulah rayuan seorang ibu di Kampung Tanjung Setul, Bukit Jenun di sini kepada anaknya, Nor Syazana Isa, 15, didakwa mengikut seorang lelaki yang dikenali melalui laman sosial Facebook.
Nor Syazana atau mesra dipanggil kakak adalah anak sulung daripada dua beradik merupakan pelajar tingkatan tiga Sekolah Model Khas Bukit Jenun.
Ibunya, Noor Azah Razali, 39, berkata, dia menyedari kehilangan anaknya itu apabila pihak sekolah menghubungi dan memaklumkan Nor Syazana tidak menghadiri peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 30 Julai lalu.
“Saya mengekori anak saya berjalan kaki dengan motosikal kira-kira 7.15 pagi hingga dia (Nor Syazana) masuk dalam kawasan sekolah.
“Saya terkejut pihak sekolah hubungi saya maklumkan perkara itu dan bergegas ke sekolah kurang 500 meter dari rumah untuk dapatkan kepastian,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, dia difahamkan rakan anaknya bahawa ternampak Nor Syazana memanjat pagar belakang sekolah menuju ke ladang kelapa sawit lalu mengikut seorang lelaki berusia 19 tahun menaiki motosikal Honda EX5.
Noor Azah berkata, dia tidak mengetahui Nor Syazana berkawan dengan lelaki itu kerana anaknya itu tidak pernah menceritakan apa-apa.
Menurutnya, selepas kehilangan anaknya itu dia berusaha menjejaki lelaki itu melalui rakan anaknya menerusi Facebook dan mengetahui lelaki itu dikenali dengan panggilan G berasal dari Kubur Panjang.
“Saya tidak menyangka dia akan merajuk sampai melarikan diri dari rumah selepas dia meminta saya membeli telefon bimbit berharga RM250.
“Saya menolak untuk beli telefon bimbit kerana bimbang mengganggu dan melalaikan kerana dia bakal duduki PMR tidak lama lagi,” katanya.
Suri rumah itu berkata, keluarganya telah pergi ke rumah lelaki terbabit namun difahamkan oleh keluarga lelaki berkenaan bahawa anak mereka tiada di rumah sejak tarikh itu.
Katanya, beberapa hari sebelum kejadian anaknya itu kelihatan berubah apabila sering mengamuk, menjerit dan sering berkurung di dalam bilik sambil melayari internet.
“Anak saya banyak berubah mungkin gara-gara lelaki itu memandangkan sebelum ini dia seorang anak yang baik, periang dan manja.
“Saya juga menghubungi lelaki itu dan terdengar suara anak saya tetapi bila ditanya lelaki itu menafikan serta berjanji kepada saya bahawa akan datang ke rumah saya bagi membukti dia tidak melarikan anak saya tetapi sampai sekarang hampir sebulan lelaki itu tidak datang,” katanya.
Menurutnya lagi, selepas beberapa hari dia cuba menelefon lelaki itu lagi namun nombor telefon itu gagal dihubungi sehingga hari ini.
“Noor Syazana ada menghubungi saya pada 15 Ogos lalu dan memaklumkan bahawa dia berada di Pahang sebelum talian diputuskan.
“Sejak kehilangan Noor Syazana saya dan suami sering sakit kerana bimbang keselamatan anak saya selepas usaha mencari dilakukan di merata kawasan iaitu Perlis, Sungai Petani, Alor Setar dan banyak lagi,” katanya.
Noor Azah berkata, dia dan suaminya berusaha mencari Noor Syazana di merata tempat.
Katanya, kali terakhir dia melihat anaknya memakai uniform pengakap, seluar sukan, kasut hitam dan tudung hitam selain membawa beg galas belakang berwarna merah sebelum anaknya itu dilaporkan hilang.
Menurutnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini tidak bermakna tanpa kehadiran anak sulungnya itu.
Dalam pada itu, keluarga terbabit telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jenun.
**em entah lah . tak tau tira nak komen ape

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Permohonan Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam Di Bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



Adalah Dimaklumkan Bahawa Permohonan Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam Di Bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Bagi Mengikuti Pengajian Peringkat Diploma Dan Ijazah Sarjana Muda Di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Dalam Negara Bagi Sesi 2013/ 2014 Dijangka Akan Dibuka Pada Bulan September 2013.

 Tawaran Biasiswa Ini Juga Akan Di Iklan Secara Ringkas Dalam Akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia, The New Straits Times, Tamil Nesan, Nanyang Siang Pau, The Borneo Post Sarawak Dan The Borneo Post Sabah Pada Hari Sabtu Dan Ahad awal bulan September.



**tira pon salah seorang pelajar tanggungan JPA . alhamdulillah . sekarang dah masuk tahun ketiga mereka tanggung tira belajar . terima kasih . kepada korang yang nak belajar tu , try lah apply okehh . insyaAllah , biasiswa mereka yang mereka kreditkan setiap semester sangat mencukupi kalau nak tanggung korang belajar untuk satu semester .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Johara Diancam Bunuh Oleh Peminat Bola Sepak Sarawak

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

johara-hangatmy

Siapa tak terbakar jiwa raga apabila pasukan yang kita sokong digelar “cap ayam” lebih-lebih lagi pasukan bola yang kita minati, betul tak? Apapun, perkara tersebut telah terjadi kepada Johara Pagi Era apabila diancam bunuh sekiranya mereka berkunjung ke Sarawak setelah mengelar pasukan Sarawak “cap ayam”.
Difahamkan lagi, perkara ancaman ini terjadi selepas krew pagi Era iaitu Johan, Hanif dan Ray memberi komen Sarawak menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah kerana pasukan itu bermain dalam liga yang mana semua pasukannya adalah ‘cap ayam’ atau tidak berkualiti selain itu enyifatkan Sarawak sebagai pasukan yang tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya boleh bermain di peringkat Liga Perdana.
johara2-sarawak-cap-ayam-hangatmy
Berikut itu, ketiga-tiga mereka telah dipanggil oleh pihak pengurusan radio Era dan diarahkan untuk membuat permohonan maaf.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Wang Tunai RM5000 untuk Blogger masih berjalan ?

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


tira dok belek2 blog ni . terpandang lah banner2 yang tira letak dekat sidebar ni sume . terpandang pulak banner yang dah lame dulu tira letak . masih berjalan ke tidak ? ke dah tamat tempoh ? tira pergi ke blog penganjur . baca lah dia punya statement tentang ganjaran ni . 

Wang Tunai RM5000 untuk Blogger
SINI . 

rasenye macam masih berjalan dah masih mencari peserta . soo , harap2 , dengan entry tira ni , bakal ade peserta baru yang akan join . jom support blogger kitaaa .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Akhirnyaa dapat hilangkan kempunan niee ..

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



alhamdulillahh . hehe . baru je lepas balik dari gemencheh . tujuan utama nak g ambil kipas mak yang dah lama tinggal kat kedai . yelah , sebelum raya hantar repair , baru hari ni dapat pergi amik  . 

mana tak nya , uncle tu kata nanti dah siap , dia call . smpai sekarang tak call . last2 tadi pergi je terjah gitu . hehe . and secara tak langsungnyaaa ,, dapat lah hilang kan kempunan makan cheesy wedges kat KFC tadi . semata mata kerana cheesy wedges . fuu . im lovin it !


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Pelajar tergamam kena serang

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


 Zamri Shamsuddin

KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar tingkatan tiga tergamam seketika diserang sekumpulan remaja semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya, dalam kejadian di Kampung Petai Bubus, Manir, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.15 malam apabila mangsa berumur 15 tahun, dalam perjalanan pulang ke rumahnya dengan menunggang motosikal ditahan kumpulan remaja terbabit ketika tiba di hadapan sebuah rumah di lokasi kejadian.

“Tanpa bersoal jawab, mangsa cuba ditumbuk oleh salah seorang ahli kumpulan itu yang dikenalinya tetapi nasibnya baik kerana berjaya mengelak.

“Bengang dengan tindakan mangsa yang dilihat cuba melawan, suspek bertindak lebih agresif, namun mangsa berjaya melarikan diri,” katanya, semalam.
Zamri berkata, mangsa yang tidak berpuas hati dengan serangan melulu kumpulan tersebut cuba mendapatkan bantuan beberapa rakannya dengan hasrat untuk berbincang secara baik bagi mengetahui punca sebenar kenapa diserang.

“Beberapa minit kemudian, mangsa bersama beberapa rakan pergi semula ke lokasi kejadian dan kumpulan tersebut masih tidak berganjak di situ.

“Hasrat mangsa berbincang gagal apabila salah seorang daripadanya menumbuk rakan mangsa sebelum ada antaranya mengambil cangkul untuk memukul mangsa bersama rakannya,” katanya.

Jelas Zamri, terkejut dengan serangan tersebut, mangsa dan rakannya segera melarikan diri.

Berikutan kejadian tersebut, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Manir, di sini, kira-kira jam 12 tengah malam pada hari kejadian.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Syanie Kahwin Mac Tahun Depan . Tahniahh !!

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


WALAUPUN pernah melalui episod kegagalan dalam rumah tangga pertama, nyata ianya tidak mematahkan hasrat pelakon Syanie Hisham untuk kembali bergelar suri buat kali kedua.
Syanie turut mendedahkan dia kini sudah menjadi tunangan orang pada Syawal lalu dan akan mengadakan majlis perkahwinannya pada Mac tahun depan.

Menerusi Metro Ahad, Syanie mengumumkan majlisnya itu nanti akan diadakan di Pulau Langkawi sejajar dengan tema perkahwinan idamannya iaitu tepi pantai dan ala dalam taman.
Tahniah diucapkan buat Syanie dan semoga ikatan yang dibina ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Mangsa Dera Ibu Kandung Akhirnya Meninggal Dunia

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


mangsa dera meninggal dunia

Mangsa Dera Ibu Kandung Akhirnya Meninggal Dunia | IPOH – Kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa dera ibu kandungnya sendiri akhirnya meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini petang ini.
Dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak 16 Ogos lalu.
Ibunya, Choong Mee Chin, 30, sebelum ini telah didakwa mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiayai anaknya dengan cara memukul kepala dan seluruh badannya dengan menggunakan sebatang rotan di ruang tamu rumah No 19 Laluan Kledang Utara 7, Taman Wang, Menglembu, di sini, pada kira-kira jam 9 pagi, pada hari berkenaan.
Bagi tuduhan kedua pula, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera parah ke atas anaknya itu di tempat dan masa yang sama.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu dan meminta dirinya dibicarakan.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dihantar untuk pemeriksaan psikiatri selama sebulan di Hospital Bahagia Hulu Kinta.
Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 20 September depan. – Mynewshub.my

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

kisah benar : tubuh saya belum pernah disentuh suami ..

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

*sekadar hiasan

ADA sesuatu tentang dia yang gagal saya kesan meski pun telah berkenalan bertahun-tahun lamanya. Zahirnya perkahwinan kami nampak bahagia di pandangan keluarga dan sahabat handai.

Tapi di sebalik senyuman manis dan kebahagiaAn itu, terselit duka yang akhirnya membawa kepada penceraian.

Sukar dinyatakan puncanya, perkahwinan yang berusia setahun lebih yang cuba dipertahankan akhirnya kecundang jua.

Saya dan suami membina hubungan atas dasar cinta yang membawa kami ke gerbang perkahwinan.

Namun, saya tidak menyangka suami tidak dapat menjalankan kewajipan dengan sempurna.

Sebagai isterinya yang sah saya tidak pernah menerima hak batin yang sepatutnya dia berikan.

Kesibukan tugas si suami sering kali diberikan alasan, dan hampir enam bulan berumah tangga, saya masih belum disentuhnya.

Hanya doa dan air mata, penguat semangat. Kehidupan kami sebagai suami isteri seolah-olah ‘berpura-pura’.

Kelihatan bahagia di depan orang, sedangkan asing di rumah sendiri. Sering kali apabila ditanya, bila akan menimang zuriat saya hanya tersenyum kelat.

Saya hanya mampu memberikan jawapan, rezeki belum tiba lagi. Hanya ALLAH SWT memahami apa yang saya rasakan. Kepada keluarga kedua belah pihak, saya cuba rahsiakan. Bimbang mengaibkan suami.

Pada awalnya, saya memikirkan yang suami mempunyai masalah kesihatan dan sebab itu dia seringkali mengelak dengan memberi pelbagai alasan. Oleh sebab itu,
saya cuba mencari alternatif sendiri dengan mendapatkan khidmat ustaz yang boleh merawat.

Saya juga berusaha membawa suami mendapatkan nasihat doktor pakar. Namun, ikhtiar saya mendapat reaksi negatif suami.

Pelbagai alasan diberikan. Akhirnya, segala usaha hanya sia-sia. Suami mula berubah tingkah laku. Dia tidak pulang ke rumah dengan alasan kerja lebih masa.

Pembohongan demi pembohongan, katanya kursus sana sini. Alasan yang kadang kala tidak masuk akal. Saya mula hilang sabar.

Penat dengan kerenah dia yang tidak cuba menyelesaikan masalah, sebaliknya mengusutkan lagi keadaan kami.

Setahun lebih memandam perasaan, saya nekad ke pejabat agama. Sesi kaunseling antara kami diharapkan dapat menyelamatkan hubungan.

Sangkaan saya meleset. Rupa-rupanya, dia bernafsu terhadap lelaki. Saya akhirnya redha. Puas saya berusaha, tapi ini balasannya. Mungkin perkahwinan ini tiada ertinya bagi dia lagi.

Akhirnya saya nekad bercerai. Jika diteruskan lagi, hidup saya akan lebih derita.

Mia, 30, Selangor

Seseorang wanita yang diceraikan oleh suaminya boleh membuat beberapa tuntutan atas bekas suaminya di Mahkamah Syariah.

Tuntutan-tuntutan itu ialah, tuntutan mutaah, tuntutan nafkah eddah, tuntutan Hadhanah (Hak Jagaan Anak), tuntuan nafkah anak, tuntutan harta sepencarian dan tunggakan hutang.

Bagaimanapun, tuntutan tuntutan ini tertakluk kepada syarat dan kebenaran Mahkamah Syariah selepas melalui prosedur tertentu yang ditetapkan mahkamah.

Si isteri boleh membuat rujukan kepada pihak-pihak sepatutnya untuk mendapatkan maklumat dan prosedur permohonan, sama ada menerusi lantikan peguam atau ke pejabat ugama berdekatan.

Dalam hal puan tadi, yang mana mempunyai suami yang cenderung kepada lelaki dan tidak mampu memberikan nafkah batin kepada si isteri, isteri wajar meminta cerai.

Sekiranya suami setuju cerai cara biasa tidak ada masalah bagi kedua-dua pihak. Namun, sekiranya suami tidak setuju menceraikan isteri, isteri boleh membuat permohonan fasakh di mahkamah.

Dan alasan itu (suami tidak pernah sentuh) adalah alasan kukuh untuk mahkamah membenarkan permohonan cerai.

Dari segi tuntutan, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira mengenai tuntutan apakah yang boleh dibuat isteri.

Dalam kes ini, isteri yang tidak disentuh suami bererti masih anak dara. Oleh yang demikian isteri tidak mempunyai tempoh edah ketika bercerai.

Isteri tidak perlu menjalani edah selama tempoh tiga bulan seperti disyariatkan agama sebaliknya bebas dinikahi pada bila-bila masa selepas bercerai.

Isteri boleh membuat tuntutan mutaah atau saguhati perkahwinan daripada suami. Dan sekiranya dalam tempoh selama perkahwinan suami tidak pernah memberi nafkah kepada isteri, isteri boleh menuntut nafkah tertunggak daripada bekas suami melalui mahkamah.

Begitu juga dengan soal harta sepencarian. Isteri boleh membuat tuntutan harta sepencarian daripada suami.

*sumber

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Running Man 160

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

tira sedang  menanti Running Man episod 160 keluar ni . selalu hari ni dah ade dah . petang2 sikit . itu pon eng sub . kalau yang tade sub , kat kshownow dah ade . sape yg layan running man jugak ? hehe

Running Man EP.160 Official Picture 1

Running Man EP.160 Official Picture 5

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Segmen Bloglist www.kanvasdakwat.com

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


banner okehh

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH