Nur Atirah

Monday, 26 August 2013

Pelajar tergamam kena serang

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


 Zamri Shamsuddin

KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar tingkatan tiga tergamam seketika diserang sekumpulan remaja semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya, dalam kejadian di Kampung Petai Bubus, Manir, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.15 malam apabila mangsa berumur 15 tahun, dalam perjalanan pulang ke rumahnya dengan menunggang motosikal ditahan kumpulan remaja terbabit ketika tiba di hadapan sebuah rumah di lokasi kejadian.

“Tanpa bersoal jawab, mangsa cuba ditumbuk oleh salah seorang ahli kumpulan itu yang dikenalinya tetapi nasibnya baik kerana berjaya mengelak.

“Bengang dengan tindakan mangsa yang dilihat cuba melawan, suspek bertindak lebih agresif, namun mangsa berjaya melarikan diri,” katanya, semalam.
Zamri berkata, mangsa yang tidak berpuas hati dengan serangan melulu kumpulan tersebut cuba mendapatkan bantuan beberapa rakannya dengan hasrat untuk berbincang secara baik bagi mengetahui punca sebenar kenapa diserang.

“Beberapa minit kemudian, mangsa bersama beberapa rakan pergi semula ke lokasi kejadian dan kumpulan tersebut masih tidak berganjak di situ.

“Hasrat mangsa berbincang gagal apabila salah seorang daripadanya menumbuk rakan mangsa sebelum ada antaranya mengambil cangkul untuk memukul mangsa bersama rakannya,” katanya.

Jelas Zamri, terkejut dengan serangan tersebut, mangsa dan rakannya segera melarikan diri.

Berikutan kejadian tersebut, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Manir, di sini, kira-kira jam 12 tengah malam pada hari kejadian.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

1 comment:

Isabel Diaz said...

Hish, bahayanya budak2 zaman sekarang

COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH