Nur Atirah

 Banner

Monday, 26 August 2013

Kakak Tolong La Pulang…Walau Apa Pun Keadaan Ibu Terima Kakak

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Kakak Tolong La Pulang...Walau Apa Pun Keadaan Ibu Terima Kakak. itulah rayuan seorang ibu di Kampung Tanjung Setul, Bukit Jenun

PENDANG – “Kakak tolong la pulang…walau apa pun keadaan kakak ibu tetap terima kakak,” itulah rayuan seorang ibu di Kampung Tanjung Setul, Bukit Jenun di sini kepada anaknya, Nor Syazana Isa, 15, didakwa mengikut seorang lelaki yang dikenali melalui laman sosial Facebook.
Nor Syazana atau mesra dipanggil kakak adalah anak sulung daripada dua beradik merupakan pelajar tingkatan tiga Sekolah Model Khas Bukit Jenun.
Ibunya, Noor Azah Razali, 39, berkata, dia menyedari kehilangan anaknya itu apabila pihak sekolah menghubungi dan memaklumkan Nor Syazana tidak menghadiri peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 30 Julai lalu.
“Saya mengekori anak saya berjalan kaki dengan motosikal kira-kira 7.15 pagi hingga dia (Nor Syazana) masuk dalam kawasan sekolah.
“Saya terkejut pihak sekolah hubungi saya maklumkan perkara itu dan bergegas ke sekolah kurang 500 meter dari rumah untuk dapatkan kepastian,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, dia difahamkan rakan anaknya bahawa ternampak Nor Syazana memanjat pagar belakang sekolah menuju ke ladang kelapa sawit lalu mengikut seorang lelaki berusia 19 tahun menaiki motosikal Honda EX5.
Noor Azah berkata, dia tidak mengetahui Nor Syazana berkawan dengan lelaki itu kerana anaknya itu tidak pernah menceritakan apa-apa.
Menurutnya, selepas kehilangan anaknya itu dia berusaha menjejaki lelaki itu melalui rakan anaknya menerusi Facebook dan mengetahui lelaki itu dikenali dengan panggilan G berasal dari Kubur Panjang.
“Saya tidak menyangka dia akan merajuk sampai melarikan diri dari rumah selepas dia meminta saya membeli telefon bimbit berharga RM250.
“Saya menolak untuk beli telefon bimbit kerana bimbang mengganggu dan melalaikan kerana dia bakal duduki PMR tidak lama lagi,” katanya.
Suri rumah itu berkata, keluarganya telah pergi ke rumah lelaki terbabit namun difahamkan oleh keluarga lelaki berkenaan bahawa anak mereka tiada di rumah sejak tarikh itu.
Katanya, beberapa hari sebelum kejadian anaknya itu kelihatan berubah apabila sering mengamuk, menjerit dan sering berkurung di dalam bilik sambil melayari internet.
“Anak saya banyak berubah mungkin gara-gara lelaki itu memandangkan sebelum ini dia seorang anak yang baik, periang dan manja.
“Saya juga menghubungi lelaki itu dan terdengar suara anak saya tetapi bila ditanya lelaki itu menafikan serta berjanji kepada saya bahawa akan datang ke rumah saya bagi membukti dia tidak melarikan anak saya tetapi sampai sekarang hampir sebulan lelaki itu tidak datang,” katanya.
Menurutnya lagi, selepas beberapa hari dia cuba menelefon lelaki itu lagi namun nombor telefon itu gagal dihubungi sehingga hari ini.
“Noor Syazana ada menghubungi saya pada 15 Ogos lalu dan memaklumkan bahawa dia berada di Pahang sebelum talian diputuskan.
“Sejak kehilangan Noor Syazana saya dan suami sering sakit kerana bimbang keselamatan anak saya selepas usaha mencari dilakukan di merata kawasan iaitu Perlis, Sungai Petani, Alor Setar dan banyak lagi,” katanya.
Noor Azah berkata, dia dan suaminya berusaha mencari Noor Syazana di merata tempat.
Katanya, kali terakhir dia melihat anaknya memakai uniform pengakap, seluar sukan, kasut hitam dan tudung hitam selain membawa beg galas belakang berwarna merah sebelum anaknya itu dilaporkan hilang.
Menurutnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini tidak bermakna tanpa kehadiran anak sulungnya itu.
Dalam pada itu, keluarga terbabit telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jenun.
**em entah lah . tak tau tira nak komen ape

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

1 comment:

Mimie said...

Speechless...xtau nk ckp pe

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH