Nur Atirah

 Banner

Friday 13 September 2013

dah makin rasa sakitnyaa

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

adehh , badan ni dah mula sakit2 dah . gerak kanan sakit , gerak kiri sakit . ni suma sebab training volleyball semalam . dah lama tak training la katekan . tetibe je kena push semalam dengan coach (tira panggil wak je) . wak memang okey je ngn kitorang suma .

masuk kali ni dah 3tahun kot kenal dengan wak . hm . semalam ade gak jatuh tergolek macam nangka busuk tu . nak lompat spike , badan ni tak stabil plak . haha . kena gelak . but its okeyy . tangan dah sengal2 , badan pon camtu gak .

esok umah member kenduri kawin . kawan laki lagipon . datang untuk jemputan je lah . hehe . petang nak pergi Jasin . Mr.Heart sibuk nak tuka rebate handphone . layankan aje . tira ni ? akhir tahun baru genap 21 . haha . korang dah tebus rebate ke ?


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Hasrat bakal graduan tak kesampaian

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



HILIR PERAK - Jika mahasiswa lain teruja dan tidak sabar untuk menghadiri majlis konvokesyen yang menjadi simbolik berakhirnya sesi pengajian mereka, namun bagi Mohd Saiful Aiman Zulkifli, 20, dia terpaksa melupakan hasrat itu.

Dia yang sepatutnya menghadiri majlis konvokesyen di Pusat Latihan Sawit Malaysia (PALSMA) di Keratong, 10 Oktober depan kini hanya terlantar di rumah selepas terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke kampung, 7 Ogos lalu.

Bapanya, Zulkifli Endut, 52, berkata, ketika kejadian, anaknya yang menunggang motosikal kemalangan dengan sebuah motosikal lain di kawasan Parit 4 Chenderong Balai, kira-kira jam 10 malam.

Katanya, akibat nahas itu, anak lelakinya itu mengalami kecederaan serius di kepala dania akan mengambil masa lama  untuk pulih sepenuhnya.

"Tengkorak Mohd Saiful retak dan otaknya mengalami pendarahan. Doktor kata, ambil masa untuk anak saya kembali normal berdasarkan kecederaannya itu," katanya yang menerima kunjungan Pengerusi Biro Pendidikan Umno Bahagian Pasir Salak, Dr
Faizal Tajuddin.

Zulkifli berkata, anaknya itu kini memerlukan penjagaan rapi dan dia serta isterinya Normah Mat Lazim, 45, akan memastikan Mohd Saiful diberi perhatian sepenuhnya.

Katanya, Mohd Saiful sangat lemah dan tidak boleh bergerak.

Pemuda malang itu hanya meminum susu menerusi tiub yang disalurkan menerusi hidungnya.

“Saya membelanjakan RM75 untuk membeli susu tepung disyorkan pihak hospital yang hanya bertahan untuk tiga hari.

"Selain itu saya juga terpaksa memakaikan Mohd Saiful lampin pakai buang yang perlu ditukar selalu," katanya.

Bapa kepada lima cahayamata itu berkata, dia perlu membawa anaknya itu ke Hospital Teluk Intan pada pertengahan bulan ini bagi mendapatkan rawatan susulan.

Katanya, anak ketiga dari lima beradik itu juga tidak boleh bertutur secara normal, kesan trauma kemalangan terbabit.

"Dia hanya boleh memanggil ibu, bapa dan kakak dengan suara yang sangat lemah," katanya.

Menurutnya, untuk meringankan bebannya bagi menampung kos penjagaan dan rawatan Mohd Saiful, dia akan meminta bantuan daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Teluk lntan.

“Kami sudah puas menangis melihat penderitaan dialami anak saya ini. Kami sekeluarga berserah kepada ALLAH dan berdoa agar dia cepat sembuh,” katanya.

Sementara itu, Faizal berkata, beliau simpati kepada Mohd Saiful dan meminta keluarganya bersabar.

“Saya akan maklumkan kesulitan dialami mereka sekeluarga kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman supaya mereka dapat dibantu," katanya.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Teringin nak tambah bloglist

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


dah lama dah bloglist yang ade kat sidebar tira tu . sejak awal tahun kot . kecuali bloglist jom bersahabat tu baru sebulan . so terasa lah macam nak tambah bloglist baru . agak2 nak buat macam mana ehh ? nak wat segmen or camne ?

kenapa ? bukan ape , tira lebih suka berblogwalking mereka2 yang berada dalam bloglist tira dulu . contoh macam baca dulu diorang punya update , so baru lah g blogwalking kat blog2 lain . nak pergi blog lain tu , menerusi blog diorang ni lah kirenyaa . 

so , nak wat cmne ni and biler eak ? hehe


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Dah tak reti rasa malu

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

alhamdulillah , tira baru je sampai kampung halaman . penat badan ni duduk dalam bas . sebelum rehat , nak blogging dulu . hehe . hari ni belum sempat lagi blogwalking . nanti malam baru sempat nak singgah baca entry korang . nanti tira singgah okeyyy .

hm , actually tira nak cakap pasal perangai budak2 yang takde rase malu lagi kat orang sekeliling . alkisahnya gini , masa tira kat bustop tampin tadi , ade lah terpandang due tiga pasang couple ni dok pegang2 tangan , manja2 depan orang ramai . eyy , memang ramai k kat situ . ape , tak reti malu ke ?

nak buat show pulak . aishh . yang si makwe2 diorang ni nak naik bas la . dan kononnya si pakwe ni tunggu diorang sampai bas tu gerak . dah macam suami pulak . padahal budak2 je lagi tu . adoii . yang paling tak boleh bla , sebelum si makwe ni naik bas . salam tangan , laga2 pipi .

makcik pakcik kat tepi2 tu mesti berbulu je tira rase . diorang buat muka tak bersalah plak ehh , ape nak jadi lahh . salah sapa tu ?


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Salam Jumaat semuaaaa

Assalamualaikum .
Apa Khabar !






Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Lihat anak maut depan mata

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


PARIT BUNTAR - “Ayah, adik dekat belakang mati kena langgar!” Hanya itu mampu diungkapkan kakak kanak-kanak berusia dua tahun yang maut dirempuh kereta bapanya di kediaman mereka di Taman Kerian di sini, semalam.

Lebih memilukan, kejadian tragis itu berlaku di hadapan mata bapa kanak-kanak malang itu.

Ketika kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Mohd Adam Mohd Ali difahamkan berada di belakang kereta Toyota untuk mengambil seliparnya manakala abangnya, Aiman Yasin Mohd Ali yang berusia empat tahun berada dalam kereta terbabit dan cuba menghidupkan kenderaan itu.

Bapa mangsa, Mohd Ali Hussin, 53, berkata, ketika kejadian, dia baru tiba di rumah selepas menghantar isterinya berniaga di Alor Pongsu, Bagan Serai dan ingin bergegas menghantar anak perempuannya ke sekolah.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba di rumahnya, dia masuk ke dalam sebentar untuk mengambil barang sebelum terdengar bunyi bising dari luar rumah.

“Saya segera keluar dan melihat Aiman sedang bermain di tempat duduk pemandu, manakala arwah berada di belakang kereta untuk memakai selipar. Saya mendekati kereta dan terkejut melihat Aiman cuba menghidupkan enjin kereta.

“Saya cuba menahan tindakannya itu, namun dia terus menghidupkan enjin dan secara tiba-tiba kereta mengundur ke belakang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Mohd Ali berkata, dia kemudiannya terdengar jeritan yang diselangi suara anak perempuannya mengatakan Mohd Adam meninggal dunia akibat dilanggar.

Dia segera meluru ke belakang kereta yang mengundur hingga menyentuh dinding rumah itu dan mendapati mangsa dalam keadaan melutut sambil memegang selipar, manakala bahagian kepalanya dihimpit belakang kereta.

“Saya melihat Mohd Adam kaku di belakang kereta dan apabila kereta dialihkan ke hadapan, arwah terus terduduk.

Kepala arwah cedera dan saya segera memeriksa keadaannya serta mendapati arwah sudah tidak bernyawa.

“Saya tidak sangka kereta akan mengundur dan saya percaya Aiman memasukkan gear mengundur secara tidak sengaja ketika sedang bermain dalam kereta,” katanya.

Mohd Ali berkata, melihat keadaan mangsa, anak keempatnya, Akmal Yasin pada mulanya menyangka mangsa sedang ‘tidur’ dan mengangkatnya ke bahagian hadapan rumah.

Katanya, bagaimanapun sebaik sahaja mengetahui adik bongsunya itu sudah tidak bernyawa, kanak-kanak itu terus meluru ke arah kakaknya sambil menangis kerana dia rapat dengan arwah.

“Kejadian ini amat mengejutkan kami sekeluarga kerana arwah langsung tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya.

Mohd Ali turut meluahkan kekesalan kerana tidak dapat memenuhi permintaan terakhir arwah yang berulang kali mengajak mereka sekeluarga pergi melancong.

“Kami sekeluarga pasrah dengan pemergian arwah, cuma saya sedih kejadian tragis ini berlaku di hadapan mata kami sekeluarga,” katanya.

Suasana pilu turut menyelubungi lokasi kejadian apabila ibu mangsa menangis teresak-esak tanpa henti sambil memeluk jenazah mangsa sehingga saat mangsa ingin dibawa polis ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikannya kes sebagai kematian mengejut.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pemuda Pas  Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak yang turut hadir ke lokasi kejadian meminta orang ramai terutama golongan ibu bapa supaya lebih berhati-hati mengendalikan kenderaan di pekarangan rumah masing-masing.

“Kejadian tragis wajar dijadikan iktibar kepada semua ibu bapa agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak kecil terutama apabila mereka berada di luar rumah,” katanya.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Nak balik kampung lah .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


alhamdulillah . kelas petang dianjak ke pagi . so boleh la balik kampung cepat sikit . siap2 buat publish entry . mana sempat nak update esok . hehe . isnin ni hari malaysia kan ? of course la cuti . dpaat balik rumah yeahhh ! 


korang cuti ke tak ? dah sampai rumah , tira singgah blog korang okey .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Bayi Ditikam Kerana Gigit Ibu Masa Menyusu

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

 

Jiangsu – Gara-gara menggigit ibunya ketika menyusu badan, seorang bayi berusia lapan bulan telah ditikam sebanyak 90 kali oleh wanita tersebut dengan menggunakan gunting. Ia menyebabkan Xiao Bao menerima 100 jahitan.


Bayi malang itu menetap bersama ibu dan dua bapa saudaranya dan mereka menjalani kehidupan dengan mengutip sampah-sampah untuk tujuan kitar semula.

Kejadian itu disedari oleh salah seorang bapa saudaranya selepas melihat Xiao Bao dalam keadaan berlumuran darah, sebelum dikejarkan ke hospital. Wanita berkenaan akhirnya mengaku bahawa dia menikam anaknya sendiri kerana bayi itu menggigitnya ketika sedang menyusu. 

Laporan polis menyebut wanita itu tidak mengalami sebarang penyakit mental. Dalam pada itu, jiran-jiran telah meminta supaya pihak berkuasa mengambil bayi berkenaan, agar kejadian sama tidak berulang. 

Penyakit mental menjadi isu utama yang dibangkitkan di China dan satu analisis kesihatan yang dikeluarkan oleh empat wilayah di China pada 2009 yang disiarkan dalam jurnal perubatan The Lancet menganggarkan 91 peratus daripada 173 juta penduduk di China dipercayai mengalami masalah mental.

Namun mereka tidak pernah mendapatkan bantuan professional.

** Allahuakbar . anak sendiri . sedih la macam nie .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Jum Selawat dipagi hari

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



jum selawat sesama dengan tira . "Ya Allah , cucurilah rahmat, kesejahteraan dan keberkatan ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarganya, dan ke atas para sahabatnya sekalian" . alhamdulillahh . amalkan selalu ye :)

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Special Giveaway 2013 by Misz Nadea

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



join sini mari

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Feeling sad !

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


penat penat . jam 12 baru sampai rumah . first week dah kena training volleyball . hmm , ape nak buat . ekot je lah . korang boleh main volley ball ? tira takde lah pandai sangat , tapi disebabkan minat tu , paksa jugak main . hehe .

cuti sem dah lama , cuti pon bukan exercise . tadi training badan berat gila . haha . nak lompat pon malas . nak kena paksa diri sendiri nie . sedih2 . minggu depan ade friendly . dengan sape pon tak tau lahh . janji rock . haha . ehh , korang minat volley ball tak ?


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH