Nur Atirah

Friday, 27 September 2013

dah ade new BB .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

wahh , care betul eh korang . semalam tira post pasal bb tira hilang tu , kat entry INI , ramai jugak yang bagi nasihat soh carik balik . tapi sayang , tak boleh , sebab tira dah hilangkan kat pantai . camna nak carikk . hehe . 

now , tira dah ade sim kad bb baru . pakai celcom . mcam yang lepas tu digi kan . kali ni nak cuba celcom plak . hehe .  macam best taw . nanti dah guna 2 3 hari tira buat review sikit ehh .


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

tak sempat lagi nak blogwalking .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


ahhh , kesian nya tira . super busy gilaa . entry pon curik2 masa nak update . nak blogwalking ? hmm . jangan harap ade mase . tira nak sangat baca entry2 baru korang .  dua tiga hari ni tak dapat lak . nanti dah free sikit , tira jalan2 sane , klik2 nuffnang okeh . teruskan blogging korangg :)


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

WW. SALAM JUMAAT

Assalamualaikum .
Apa Khabar !





selamat beramal .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Handgrip 10kg

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


yeahhh , pergi2 jusco semalam , dapat beli benda alah ni . best sedap dapat train tangan2 ni . tira kan nak main volley ball , so tangan kena kuat . hehe . tak mahal . murah je . carik kat daiso k .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

3000 SLE Supporters Giveaway


Assalamualaikum.


klik banner untuk join


Senarai hadiah:
Cash RM100 x 1, doodle ART button badge x 10, DuniaShida button badge x 3, perfume x 2, photo canvas (art kufi) x 3, photo canvas (typography canvas) x 3, Novel x 5, tudung bawal x 3, beauty tool x 1, bookmark limited edition x 15, pin ribbon x 2, topup RM10 x 8, topup RM5 x 5

3000 SLE Supporters Giveaway dianjurkan oleh DayangDeno dan disponsor oleh DayangDeno, NazrinaHussin, DuniaShida, Canvas D'Arte, Hawadah, Mojat, DyshaSahhir, MamaDarwiish, AkuMira, Pinkizluv, NadiaDiana, Cahaya Jannah, AdamFaiz, AisyaLieza, Nasuha, CikkMira

Tamat 24 Oct 2013, 12malam

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Thursday, 26 September 2013

Kad Sim Broadband DiGi dah hilang .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

wahh , dah sekian lama tira guna sim kad tu , boleh plak dah takde . actually murah gila pakai plan tu . kita topup terus sekali RM100 , then boleh guna 100 hari . contoh macam 1hari , RM1 la . murah kan . then dia unlimited plak tu . still laju jeee . 

kalau just untuk online ke ape, tira guna tu je la dulu . nak download movie memang la tak boleh . macam berat gilaa . sebab tu dalam masa yang sama , tira pakai p1 dalam bilik . then sim DG tu letak dalam phone . tapi tak sedar bila dia hilang . maybe masa pergi pantai hari tu .  hm


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Remaja mampu nyanyi dalam lapan bahasa

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



ALOR SETAR - Seawal usia enam tahun, Ahmad Iqbal Baqi Omar Baqi, 14, mula menunjukkan minat mendalam terhadap bidang seni sehingga dia tidak pernah melepaskan peluang menyertai sebarang pertandingan nyanyian.

Berbekalkan keazaman dan bakatnya dalam bidang nyanyian, anak muda ini pernah menyertai sebuah pertandingan realiti nyanyian kanak-kanak dikenali Idola Kecil 4 beberapa tahun lalu.

Bapanya, Omar Baqi Ahmad berkata, mereka sekeluarga tidak menghalang minat anaknya dalam dunia muzik, sebaliknya sentiasa menyokong dan menggalakkan usaha Iqbal kerana sekurang-kurangnya ia membantu meringankan kesulitannya.

“Jadi, kami menghantarnya ke kelas muzik demi memberi peluang kepada Iqbal menambahkan pengalaman dan memantapkan diri melalui teknik menyanyi, mengubah, mencipta mahupun menulis lirik lagu.

“Lebih membanggakan, minat mendalam terhadap dunia muzik telah membolehkan dirinya mampu menyanyi lagu asing dalam lapan bahasa seperti Inggeris, Thailand, Hokieen, Mandarin, Kantonis, Jepun mahupun Hindi,” katanya.

Katanya, walaupun usia anaknya masih muda, namun perjalanan seninya dilihat semakin berkembang melalui permintaan menggalakkan untuk melakukan persembahan  di Kedah.

Menurutnya, dia juga sering menggunakan kelengkapan alat muzik dimiliki untuk membantu anaknya mencipta mahupun mengubah lagu, yang mana setakat ini sebuah lagu bertajuk ‘Teman Setia’ dihasilkan.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Wednesday, 25 September 2013

tira dah jadi hero.

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


good job untuk performance setakat pagi ni . hehe . why ? ade yang tak tau ke ? kan tira dah cakap , terang2 kat tajuk tu tira dah jadi hero . pertama kali jadi hero taw . haha . sebelum2 ni , pernah cuba gak , tapi tak pernah menjadi .

pernah derma darah ? pernah ? syabas untuk korang . tira ni , baru merasa nikmat first time derma darah . jadi heroin taw . hehe . sebelum ni tira pernah cuba , tapi tak pernah lepas . bukan sekali je eh cuba . now , saat bertarikh 25 september 2013 ni , bila nurse tu kata , 'okey , lepas' . huu , bapak terkejut . haha . selalunyee , 'sory dik . tak boleh' =,=

agak berdebar gak tadi . tapi tira kuat wehh . buang suma debaran tu . tunjuk tangan , aduhh , bulu roma naik meremang . terkejut tira tengok . hahaha . dah tu , doktor lelaki plak tu yang incharge. malu . cepat2 tira usap biar dia tak nmpak . agaknya dia nmpak tira malu2 kot , dia panggil doktor wanita plak . hehe . bagus betul .

now , nak rehat . kejap lagi ade class . anneyongg . :)


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Nuffnang - Cpuv ke6 - KL Sogo Trendsetter Online

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



alhamdulillah . baru dua tiga hari lepas masuk BE ke 5 , now , bila tira check , dah ade CPUV ke6 dari nuffnang . i love nuffnang gitu . hehe . kali ni CPUV dari KL Sogo Trendsetter Online . terima kasih kerana sudi berkempen dan bagi earning kat tira .
setakat ni , tira ade 5 BE yang still on going . rezeki dari blogging . tahniah jugak kat rakan blogger lain yang dah dapat . hehe . 

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Makan hati.

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



entah kenapa hari ni , tetibe nak emo . alaa , tira bukan lepas kan dengan perasaan marah . no ! cuma termakan hati plak . sebab ? bukan pasal boyfriend ke ape eh . its about my friend . housemate . tapi nak wat cmna kan . terima je lah , nak tegur nanti , kawan sendiri plak . hmm .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Tuesday, 24 September 2013

Nuffnang - CPUV ke5 - University of London International

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


sekali lagi rezeki masuk . alhamduillah . kali ni CPUV dari University of London International . thanks nuffnang . thanks pihak ads . kepada rakan blogger jugak , jangan jemu datang kat blog tira okey . tinggalkan komen ke , nanti tira balas balik ehh . much love . tataa

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Nuffnang - CPC ke14 dan 15

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


alhamdulillahh . syukurrr . sejak dua bulan ni , asyik bertuah je dapat earning dari nuffnang . terima kasih kerana sudi berkempen kat blog tira .


kali ni tira dapat CPC ke14 dan ke15 . nuffnang dengan pihak ads , tira berterima kasih banyak2 kat pihak berkenaan . 

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Monday, 23 September 2013

Sekarang dah available .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

ehh , bukan bermaksud "available" tu ehh . hehe . macam semester lepas , tira tambah income sikit dengan jual topup . so , masa cuti hari tu , tira stop kejap . yelahh , duduk kat rumah , mana  ade customer . hehe .

bila dah naik sem , kawan2 asyik tanyaa , tiraaa , nak topup ! laaa , duit ku kering la sayang . tunggu duit masuk , baru tira start jual balik . 

now, alhamdulillah . sekarang dah available dah . senang lah kawan2 lepas ni . and terima kasih jadi customer tira . hehe .


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

teruk muntah muntah !

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


ni la kesan nye kalau tak makan . entah lahh . nak kata tak makan , tira pun tak makan . roommate tira ni haa , abis muntah muntah teruk . risau jugak der . pagi tadi dia masak sardin . kitorang lunch sardin tu cicah roti . tira oke je . tapi tekak zura plak yang tak okey .

tadi dalam kuliah , dah dua kali keluar pergi tandas . bila nak masuk kali ketiga tu , tira soh dia balik terus . barang suma tinggal je . biar tira yang bawak balik . hmm . dah balik rumah , still tak habis muntah lagi . banyak gilaaaaaaa . 

now, dia g klinik tu . harap takde ape2 lahhh .


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

lulus temuduga tentera udara - part 1

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


ni berita baik sikit . membangga kan tira . hehe . tak nak ucap tahniah ke ? hehe . actually buka tira yang nak masuk tentera udara taw . tira ni mana layak . dah ley tak kuat . hehe . yang lulus nya adik tira tu haaa . 


si hensem ni lahh . hehe . dengan eksaited nya bagi tau tira . tahniah la kat dia . dia kate dia g temudu . pastu pass bahagian satu . tira tanya dia tanya ape je ? adik kata dia tanya background education , then diorang kena la wat latihan fizikal sikit .

alhamdulilah dia lepas . lega hati tira dengar . dasyat gak dia . diam2 je dia pergi tanpa cakap ngn tira . dia kata nanti kalau layak , mereka akan bagi surat then pergi ke temuduga kedua pulak . kat subang gitu . tapi lambat lagi . akhir bulan 11 gitu . 

tira pesan kat diaa . kalau dah dapat tu , bagus . tapi buat masa sekarang ni fokus dulu kat STPM dia tu . dah nak exam ni kan . sayang kau adik . adik lelaki tunggal ni .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

akhirnyaaa , masuk jugakkk dah diaa

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


akhirnyaaa , yang ditunggu2 dah pun masuk . menguji kesabaran student2 tajaan diorang . hehe . alhamdulillah . biasiswa JPA untuk semester ni dah masuk . setel ! yuran pon dah bayar . now , untuk uruskan sejumlah duit yang dia bagi tu jee .

hati ni dah lega sikit bila duit dah masuk . boleh lah bayar duit buku . buku2 suma tira beli dari senior . so , dapat lah kautim sikit tangguh bayar . wan dengan mak kat rumah pun dah bagi tahu . takde la risau sangat diorang kat rumah pasal tira . 

adik tira plak , dengar dah masuk duit . terus dia wechat . "wehh , dah kaya kaa ? belanja lahh" . amboii , kemain . ni adik laki tu lah punya kerjaa . hehe . dont worry la . tira share jugak dengan diorang . rezeki tira wat masa sekarang , rezeki untuk diorang jugak .


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Nuffnang - CPUV ke4 - Ford MCA Launch (SEPT)

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


alhamdulillahhh . sekali lagi rezeki datang . terima kasih nuffnang sayang . kali ni bagi BE yang ke 4 pada tira . BE kali ni dari Ford MCA Launch (SEPT)

actually semalam masa nak tengok pageview berapa , tengok2 ade CPUV baru . seronok gilaaaaaaaaa . hehe . korang pon mesti ade kan . tahniah lah kat korang okeee . muchlove to nuffnang . hehe

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Kena kerja lebih sikit ni .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



semalam dan kelmarin kurang update . pageview pon menurun . risau risauuuu . kena cover balik ni . tak boleh jadik . hehe . sepatutnya cuti lah mase sesuai nak update and blogwalking lebih sikit . tapi , bila malas dah datangg , hampehh !

hari ni dah start kelas balik . macam biase pergi kelas , balik , tido , buat assignment . life student lah kate kan . ehh , korang tak datang jenguk tira ehh ? sampai hati .. *muka sedey* . 

disebabkan malas , lepas ni kena kerja lebih sikit . pendapatan tu ade la sikit . dari takde langsung ? haaa !

emm , nak kerja lebih . schedule je la cara terbaik . mana de masa nak mengadap jeee online . korang mesti ade blogger droid kan . hati ni belum terpikat lagi kat benda alah tu . hehe . tunggu lah dulu .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Sunday, 22 September 2013

hari malas sedunia

Assalamualaikum .
Apa Khabar !




bagus . sangat bagus . hari ni malas seduniaaa . ehh , korang rajin eh ? hehe . tira ni main sebut je . actually hari malas bagi tira sorang je rasenye . sebab ape ? sebab malas update blog . no point to update . tu yang malas . leka dok tengok movie korea jee .

assignment langsung tak buat . dasar malas kan ! hehe . tapi tira dah buat tak lepas isyak . rajin kan ? hehe . tak update sehari ni , ape lah dah jadi dengan pageview hari ni . menurun ke ehh ? kejap lagi baru nk g tengok account nuffnang tu .

dear nuffnang , please mengerti . tira ni busy sikit . hhehe . kalau lah nuffnang mengerti kan . merepek je tira ni . kihkih .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Saturday, 21 September 2013

Bayi empat bulan jadi tebusan bapa

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Bayi empat bulan jadi tebusan bapa

Pegang parang bersama anak elak dicekup polis

Bukit Mertajam: Seorang bapa bersenjatakan dua parang tergamak menjadikan bayi perempuannya yang berusia empat bulan sebagai tebusan apabila sepasukan polis membuat serbuan di rumahnya di Kampung Bukit Teh, di sini, semalam. 

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, suspek yang dipanggil dengan nama gelaran Kopi dalam kalangan penduduk kampung berada di dalam rumah berkenaan bersama isteri dan anaknya. 
Bagi mengelak daripada ditangkap polis, suspek mendukung bayinya di tangan kiri sambil memegang sebilah parang yang diletakkan di leher bayinya manakala tangan kanan yang turut memegang sebilah parang mengacukannya ke arah polis selain mengugut mahu membunuh bayinya. 


Polis cuba memujuk suspek namun dia bertindak agresif ke atas bayinya hingga memaksa polis melepaskan satu das tembakan amaran tetapi tidak dipedulikan. 

Cuba lepaskan diri 

Suspek yang semakin agresif cuba melarikan diri bersama bayi ke arah kawasan belukar berhampiran menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan yang mengenai kaki serta paha kiri suspek sebelum rebah. 

Sebaik menghampiri suspek, anggota polis terus menyelamatkan bayi berkenaan daripada bapanya. 
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, berkata suspek yang berusia 26 tahun cuba ditahan dalam operasi kes narkotik mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985. 

Katanya, polis terpaksa melepaskan tembakan yang mengenai kaki dan paha kiri suspek selepas dia bertindak agresif ke atas bayi yang didukung selain mencederakan seorang anggota polis selepas melibaskan parang ke arah anggota berkenaan. 

“Suspek yang tidak bekerja didapati mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah dan curi motosikal dilaporkan dalam keadaan stabil serta akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya. 

Sementara itu, seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Din mendakwa terdengar suara orang menjerit-jerit sebelum disusuli bunyi tembakan ketika menjalankan kerja ukur tanah di kampung berkenaan. 

Katanya, dia terlihat seorang lelaki berlari sambil mendukung seorang bayi dengan kedua-dua belah tangannya memegang parang sambil menjerit dan mengacukan parang kepada sepasukan polis yang mengekorinya. 

“Saya lihat polis cuba memujuknya namun lelaki itu bertindak agresif dan melibaskan parang ke arah polis sebelum polis menembak bahagian kakinya,” katanya.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

berkelahhhhhh

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

yeahh , kejap lagi nak keluar berjalan . hari ni girls day out ! nak outing sama2 dengan classmate tersayang . pakat2 nak g berkelah kat pengkalan balak . dah lama cuti , sekali sekala nak keluar berjalan dengan member pun , best jugak .

kitorang pergi dalam 10orang . 2 keretaa . tak sabar ! nak snap photo banyak2 . then nak share kat sini . nanti rajin2 singgah blog tira okey . klik la nuffnang jugak . hehe .


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Rindu adik-adik

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


tengah bosan2 tue , tira dok belek gambar dalam lappy ni . tup , nampak satu video plak . play ! alahai , adik2 gua weii . nak share , tak ley plak sebab diorang tak pakai tudung . hehe , maklum lah . dok menyumbangkan suara dalam rumah .

tengok sampai habis . dok nyanyi lagu firman -kehilangan tue . si adik wat muke comel dia . adoiii , rindu seyy dengan diorang . sayang kau adik2 .


Ya Allah , Kau peliharalah mereka . berikan kesihatan yang baik untuk mereka . jauhi mereka segala bencana . Kau permudahkan untuk mereka mencapai apa yang dihajati . sesungguhnya mereka anugerah terindah kau ciptakan untukku berada disamping aku . amin .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Friday, 20 September 2013

Kesian Perempuan ...

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


kesian perempuan bilaaa ..
diam - dia lemah
lantang - nampak salah
mesra - dia gatal
pasif - dipijak pijak
kahwin - bila nak beranak?
tak kahwin - pasti digelak
berhijab - dikata kolot
tak tutp - lagilah heboh
setia - dimadu laki
curang - dicanang keji
terlalu cinta - dimain-mainkan
terlalu berjaga - dimarah marahkan
menangis - rimas selalu, tidak dipedulikan
mata kering - dipanggil kepala batu
buat betul - pelbagai benda dipersoal
buat silap - sekampung berbual
tapi UNTUNG perempuan sebab setiap kali dilemparkan semua iti , dia tetap kuat dan tabah unutk menghadapinya. kerana syurga telah menuggunya.
cukup hanya menjadi wanita SOLEHAH , insyaAllah dirinya sebaris dengan para bidadari.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Birthday Giveaway by Cik Hawa


ASSALAMUALAIKUM

Bismillahirahmanirrahim..


TEKAN BANNER UNTUK JOIN

MENCARI ENTRY PALING KREATIF DAN TOP REFFERAL
BERMULA PADA 15.09.2013
TAMAT PADA 03.10.2013
PENGUMUMAN PEMENANG PADA 04.10.2013

MARI RAMAI-RAMAI MERIAHKAN GA NI. KERANA HADIAHNYA YANG SANGAT LUMAYAN.
TAK PERCAYA? TENGOK SENARAI HADIAH DULU

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Pantaskah Surga Untukku

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Mengapa begitu berat 
jalankan segala perintah Mu
Begitu banyak rintangan
tuk mengarahkan wajah
bersujud kepadamu Tuhan
wooo ooo

Indahnya dunia ini
membuat orang terlena
Bekerja terus bekerja
Tak kenal waktu dan tak kenal lelah
hoooo

Gema adzan Subuh, aku lelap tertidur
Gema adzan Dhuhur, aku sibuk bekerja
Gema adzan Ashar, aku geluti dunia
Tuhan, pantaskah surga untukku

Gema adzan Subuh, aku lelap tertidur
Gema adzan Dhuhur, aku sibuk bekerja
Gema adzan Ashar, aku geluti dunia
Tuhan, pantaskah surga untukku

Gema adzan Maghrib, aku di perjalanan
Gema adzan Isya',lelah tubuhku Tuhan
Tak pernah lagi ku baca firman MU
Tuhan tolonglah hambamu uuhuu
Tuhan

*lirik lagu tegar ni memang menusuk kalbu tira . sedeyhh :(

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Salam Jumaat : Kisah Iblis Terpaksa bertemu Rasulullah Saw

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Dari Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas:

Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:

"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan membutuhkanku. "

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"



Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemauanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."

Orang Yang Dibenci Iblis

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya? "

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara' (Loyal)"

" Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya? "

" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya ?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. "

"Usman bin Affan?"

"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ."

"Ali bin Abi Thalib?"

" Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

Amalan Yang Dapat Menyakiti Iblis

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"

"Aku merasa panas dingin dan gementar. "

"Kenapa?"

"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"

"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."

"Jika ia berhaji?"

"Aku seperti orang gila. "

"Jika ia membaca al-Quran?"

"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"

"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu? "

"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"

"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"

"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"

"Sedekah yang diam - diam. "

"Apa yang dapat menusuk matamu?"

"Solat fajar."

"Apa yang dapat memukul kepalamu? "

"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu? "

"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"

"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"

"Di bawah kuku manusia."

Manusia Yang Menjadi Teman Iblis

Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?"

"Pemakan riba."

"Siapa sahabatmu?"

"Penzina."

"Siapa teman tidurmu?"

"Pemabuk.."

"Siapa tamumu? "

"Pencuri."



"Siapa utusanmu?" 

"Tukang sihir."

"Apa yang membuatmu gembira?"

"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu? "

"Orang yang meninggalkan solat jumaat"

"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? "

"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu. "

Iblis segera menimpali :" Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.

Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

Iblis Dibantu oleh 70000 anak - anaknya

Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan.

Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak - anak muda, sebahagian untuk menganggu orang - orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita - wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

Cara Iblis Menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?

Akulah makhluk pertama yang berdusta.

Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad?

Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.

Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata - kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak - anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu',

Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.

Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.

Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.'

Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.

Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?

10 Permintaan Iblis kepada Allah SWT

"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"

"10 macam"

"Apa saja?"

Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.

Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.


Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata : "Wahai muhammad, aku tak bolej menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda."

Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.

Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119)

Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata : " Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."


Sumber

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Jangan buat macam ni .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

actually tira saje nak kongsikan tips ni yang tira bace dalam satu buku . majalah NUR ! best taw baca sebab more to women la kan . hehe . lets read .

1. Buruk Sangka
Buruk sangka adakah jalan yang terbaik bagi syaitan merangsang manusia untuk bergaduh, megumpat, melempar tohmahan, membuat pakatan jahat, berpecah belah dan sebagainya. hindari sikap negatif supaya kamu sentiasa posotif melakukan apa saja yang kamu inginkan.

2. Kelemahan Jiwa.
Jiwa yang lemah akan mendorong seseorang mudah terikut dengan pemikiran yang negatif dan buruk terhadap orang lain. Pastikan anda kuat secara spritual untuk sentiasa positif dan tidak terikut dengan sikap negatif lain.

3. Sombong dan Bongkak.
Perasaan ini menyebabkan seseorang itu merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain. ia merasakn dengki kalau ada orang lain mendahului dalam mengecap sesuatu kejayaan atau membuat sesuatu kebaikan ataupun mendengar orang memuji musuhnya de hadapannya.

4.Keburukan Batin.
Seseorang yang biasa membuat tipu helah dan penipuan akan merasakan rang lain juga sama sepertinya. justeru perasaannya tidak pernah positif terhadap orang lain kerasan dengann sikappnya yang negatif itu.

5. Amarah.
Sifat amarah sememangnya antara sikap yang perlu anda hindari unutk mencapai sukses dalam kehidupan. marah merupakan antara musuh dalaman yang perlu anda hindari.

6. Malas.
dengan adanya sifat malas dalam diri , segala urusan akan tergendala malah kita akan lemah dan mundur serta mudah dikalahkan oleh musuh. dengan itu apa yang kita rancangkan pasti menjadi huru hara. oleh itu , hindari malas 

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Thursday, 19 September 2013

Wordless Thursday - Noise to signal

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


which one is you ?

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

all about volleyball .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



Jari Menaip ,
Nur Atirah .

malam ni friendly

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


macam biase . memang dari dulu kalau berlatih karisma , malam selasa , malam khamis . and hari ni khamis ! ade friendly dengan mana pun tak tau . coach tira tu suka berahsia . suka main teka teki dengan kitorang . selasa lepas pun ade jugak actually , tapi yelah , tira ade kelas malam . nak wat cmne , tak join pun .

ehh , tau tak tira game ape ni ? hehe . volley ball la awakk . tira penggemar sukan volleyball .tapi takde lah pemain yang hebat . setakat main2 tu okey lah . jom buat friendly nak ? antara blogger . fuu , macam best je bunyi . hehe



Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Nuffnang - CPUV ke3 - Olay JAS Bundle

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


sekali lagi . CPUV ke3 dari nuffnang . alhamdulillahh . seronok rasenye bila dapat macam ni . dulu , susah betul nak dapat . yelah , condition nye tak betul . sekarang , rezeki tu ade .

 CPUV pertama still on going . tapi CPUV ke 2 tu dah credited plak . hehe . tapi walaupun sikit , rezeki tetap ade . bukan senang nuffnang nak melekat kat account . thank you nuffnang :)

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Kejujuran membawa jalan kebaikan

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



Rasulullah Saw bersabda :
"Hendaklah kalian semua menjadi jujur, karena sesungguhnya kejujuran itu akan membawa kepada kebaikan, dan sesungguhnya kebaikan itu akan menyampaikan kalian ke syurga. Bilamana seseorang itu jujr dan mengusai sifat jujur (secara terus menerus), maka Allah menetapkannya sebagai seorang yang jujur. Dan sekali kali jangan kalian berbohong, karena sesungguhnyaa kebohongan itu mengiringi kalian kepada berbagai kejahatan (dosa) dan sesungguhnya berbagai kejahatan itu akan mengiringi kalian ke neraka. Bilamana seseorang itu berbohong dan terus berbohong, maka Allah akan menetapkannya sebagai pembohong"
(HR. Bukhari dan Muslim)

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Wednesday, 18 September 2013

kelulusan diploma dan ijazah je yang layak .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



entah kenapa tira rase macam lain macam plak kan . marah pun ade , bengang sikit , tak puas hati sikit . semua sikit-sikit . hehe . citanya camni . dok tengah online kat wechat tu , tengok moment . terbaca plak status nie .

dia dok mara2 cakap anak melayu sekarang tak diberi peluang bekerja sebab tuan syarikat nak kan mereka yang ade diploma dengan ijazah je . tambah lagi salahkan kerajaan sebab tak bantu mereka2 ni untuk dapatkan kerja . habis golongan SPM ni mcam mana ?

tira macam tak setuju lak dia kata macam tu . reason ? of course lah mereka yang berpendidikan yang layak nak uruskan kerja untuk majukan bisnes . okey . memang betul ade je mereka yang pendidikan SPM je boleh berjaya sendiri . tapi dibelakang dorang mesti ade yang bantu untuk diorang berjaya .

tapi kalau dah depan mata korang dah ade kelulusan ijazah , lagi sorang kelulusan SPM? mana anda pilih ? komen bagi korang camne ? 

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Segmen : Blog sebagai pendapatan sampingan !

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

BEN ASHAARI


blog sebagai pendapatan sampingan ? okey , bagi pendapat tira , blogging jgak boleh jana pendapatan sendiri . blogger jugak seorang pekerja . betul tak ? kalau kat blog tira , tira letak iklan nuffnang . dulu masa mula2 buat blog , takde lah aktif mana pun . so , earning takde .

sekarang , alhamdulillah . blog dah macam hobi tira walaupun nak rebut2 masa dengan study lagi . kat sini baru nmpak ade earning nuffnang tue . selain nuffnang pun , ade je banyak lagi iklan2 yang boleh di iklan2 kan dalam blog . sekian .

nak join , klik banner ye .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

syok sangat sampai lupa handphone.

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


sedap dan lazat ! tu lah gambaran setelah dapat makan steamboat kat api-api . tak terkata . haha . macam2 boleh makan . hari ni tira makan dengan harga ladies price . murah taw . RM17.50 sekepala . macam2 adoooo .

nak dijadikan cerita tu , makan punya makan . memang makan tak ingat orang sekeliling dah . amik2 gambar . tira plak tak bawak beg . handphone , beg duet , suma pakai pegang jee . dah bayar tue terus je melulu masuk kete . kete kawan lah kan . lari2 g jusco terus . nak solat maghrib .

hamik kau , gelabah tengok handphone takde kat tangan . haha . sayang woo , nombor tu sayang . cepat2 call restoran tu . alhamdulillah , soh dia pegangkan sementara kitorang merayau2 dalam jusco . niceeeeeeeeee meal for today . kenyang sangat . alhamdulillah .


murah taw . kalau korang nak pergi , boleh lah google tempat tu k . boleh booking dulu . 
http://www.apiapisteamboatandgrill.com.my/

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Nuffnang - 5 CPC sekali gus !

Assalamualaikum .
Apa Khabar !




alhamdulillah , saat2 tira dah makin takde masa sangat nak blogging ni , Nuffnang still lagi melekat kat account tira . sungguh , masa singkat sangat kalau nak dibandingkan masa tira cuti , tira dapat bogwalking sana sini . tapi sekarang , kalau setakat 2 kali update dalam sehari boleh lah kot .

and yang teruja sikit ni , En.Nuffnang bagi tira earning untuk CPC . yeahh . tepuk tangan sikit ! hehe . legaa bila tengok ade earning tu . maknanya korang still lagi sudi singgah kat blog yang tak seberapa ni . cewahh . hehe .

5 CPC sekali gus . hamek kau . CPC yang ke9 hingga ke13 . terima kasih En.Nuffnang . Terima kasih kawan blogger sekalian . jangan jemu singgah sini ye . tinggalkan komen sekali ye . kalau perasan , setiap CPC 0.25sen . korang pun macam tu ke ?

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

eye bag teruk .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

nak cite pasal eyebag sikit . taukan ape eyebag ? alaaa , hitam2 bawah mata tu . korang selalu kena tak ? tira ni memang pemenang anugerah eyebag lah kalau nak diawardkan . hehe . sebab ape , sebab ayebag ni senang je nak lekat . kalau tira lmbat tido ke , ape ke . dah teruk .

actually tira ade pengalaman buruk la kan . mase SPm dulu , time study malam2 , memang susah sangat nak study . tira duduk rumah , kadang2 tu bangun pukol 4 pagi gitu . nak bukak mata tu susah sangat sebab mata ni sensitif gila kat cahaya lampu . seksa jugak mase tu . 

tira ni pulakk suka gosok2 mate ni . tu yang dok lekat eyebag . susah nak hilang . hmm , pakai ape pun , gitu je . lepas ni nak google plak cara nak hilangkan eyebag tuh . 


nampak tu ? still jelas kan ? dark circle tu ! korang ade petua nak tolong ? hehe . share lahh .


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Tuesday, 17 September 2013

Schedule post .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


kalau dah blogger , mestilah tau namanya schedule post . ye dok . ape kelebihan schedule post nie ? hmm , alaa , sorang blogger tu mesti selalu guna . macam tira ! hehe . yelahh . start dah busy musim class nie . mana ade masa nak ngadap laptop je kan . nak blogging je . so , gunakan lah schedule post .

sebenarnya entry ni pon adalah schedule post . time tengah menaip ni jam 2 . dalam klas , so , siap kan sntry siap2 ! hehe . have fun kawan2 . bye 


Jari Menaip ,
Nur Atirah .

AllahuRabbi :(

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



"Saya sangat mencintai Rasullah Saw , menangis merindukan Rasullah Saw dan sering dikunjungi Rasullah Saw dalam mimpi . Rasullah Saw selalu menghiburkan saya jika saya sedih" .. 
Suatu ketika , saya mimpi bersimpuh dan memeluk lutut beliau Saw dan berkata " wahai Rasullah Saw , aku rindu padamu , jangan tinggalkan aku lagi , butakan mataku ini asalkan bisa berjumpa dengan mu atau matikan aku sekarang , aku tersiksa didunia ini" ..
lalu Rasullah Saw menepuk bahu saya dan berkata " Munzir , tenanglah .. sebelum usiamu mencapai 40tahun , kau (bisa) bertemu dengan ku"
maka genaplah umurnya 40tahun , pergi bertemu kekasihnya iaitu Rasullah Saw ..
ALfatihah .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Sebab aku pandang-pandang kau

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


haa , meh sini tira nak cite sikit . ni suma atas dasar pengalaman lah kan . sebab kenapa kita akan pandang2 orang lain . elehhh , korang pon mesti penah kan asyik pandang orang yang tak kenal je . ade sebab kan . takkan sesaja . tak kesah la lelaki pandang perempuan ke , perempuan pandang perempuan ke . whatever . bagi tira la kan sebab pandang2 ni kerana 

1. Jatuh Cinta
haa , part yang ni sesaja tira tambah ekot logik . kihkih . ehh , mesti lah ade kan orang yang first time jumpa pun dah jatuh cinta . cinta pandang pertama la katekan . sweet ke gitu ? lepas tu , termimpi2 , tu lah orang kate makan tak kenyang , mandi tak basah , tidur tak lena . cewahh .

2. Muka Serupa
korang pernah dengar kan orang kate muka kita akan ade 7orang muka sama . tapi tira tak tau lah betul ke tak . maybe kita pandang orang tu sebijik macam someone yang kita kenal . then , kita asyik pandangggggg je muka diaaa . haha . oke , part ni tira ade pengalaman sendiri . muka girl tu sebijik macam housemate tira .

3. Something Wrong
something wrong ni macam perempuan dengan perempuan lah contoh . korang pandang dia tu , rambut terkeluar dari tudung ke , baju dia kotor ke , zip beg dia trbukak ke . then korang macam berani tak berani je nak cakap . pandang je muka dia dengan harapan dia paham maksud korang . adehh , tira pernah k macam tu .

4. Nak Berkenalan
yang ni of course lahh . contoh macam lelaki dengan perempuan . kadang2 , kadang2 oke , lelaki ni yang akan mula dulu . yeke ? haha . kalau perempuan tu cun sikit , pandangg je . then sebab anda sorang2 kan kan tempat tu . korang pon tengok dia sorang . mesti ade rase nak g kenal , then korang pn ade lah kawan nak berborak .

5. Kagum
okey , ni last . kagum , faham maksud kagum ? contoh macam seseorang yang lebih bagus dari kita . korang akan pandag je dia kan . dalam hati tu cakap "seronok nye jadi mcam dia" hehehe . ade tak ?
okeyy . ni lah yang dapat tira ringkas kan . nak cita suma pengalaman , memang berjela lah entry ni kan . kenapa aku pandang2 kau ? ni lah sebab diaaa . ehh , korang ade sebab lain ke ? jom kongsi .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Simple Give away for facebookers and bloggers

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


join mari

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Give Away Set Kurus/Diet Shaklee

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


join mari.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Ucapkanlah setiap hari

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Selamat beramal :)

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Monday, 16 September 2013

baru sampai bilik.

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


hari ni 16hb . last lah cuti maknenye kan . esok dah start class . pukol 3 gerak dari rumah . laa ni baru sampai . adehhh , boleh pengsan gini . padahal negeri sembilan - melaka takdelah jauh mana . kat tampin tadi tunggu bas kemain lamaaa . 

orang pulak ramai . nak rebut2 pn , tetap gak tak dapat masuk bas tu . last2 kena tunggu second bas . macam2 dugaan . tapi alhamdulillah sampai jugak . lapar pn ade nih . korang dah makan ?




muka buruk pakai topi keledar . haha . mintak adik hantar kan sampai bastop kat luar . hari ni orange day ! hehe .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Perempuan lebih comel bilaaaa ...

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


ce jawab sikit .. hehe .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

takda duet woooo

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

adehh , class dah seminggu start . duet still tak credit lagi . masuk kolej hari tu , pinjam duet wan . sewa mahal woo . satu sem ade lah sekian sekian . tu baru sorang , kalau 10orang untuk satu rumah ? boleh pasang kot guard suma kat satu blok . tapi keselamatan ? hampehhhh . kenapa tira cakap gitu ? adelahh . next time cita .

duet buku , manual , suma dah nak kena ada . nak print past year , suma guna duet . jimat2 sekarang pn macam tak ley jimat dah . memang kena keluar jugak duet nya . sabar tira sabar . wahai en.JPA . kami memerlukan mu . huaaa


agak2 ni suma bape RM ? kihkih

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

Selamat tinggal sayang .

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


masa makin mencemburui . cepat je dia berjalan . hmm , rasa macam semalam baru balik rumah . nak cuti lagii . now , dah kena balik melaka semulaa . this weekk , kena pk pasal assignment pulokkk . selamat tinggal sayang . mak , adik2 dirumah .

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

zikir-zikir penenang hati

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



(: salam subuh dan
selamat beramal :)

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH