Nur Atirah

Thursday, 26 September 2013

Remaja mampu nyanyi dalam lapan bahasa

Assalamualaikum .
Apa Khabar !



ALOR SETAR - Seawal usia enam tahun, Ahmad Iqbal Baqi Omar Baqi, 14, mula menunjukkan minat mendalam terhadap bidang seni sehingga dia tidak pernah melepaskan peluang menyertai sebarang pertandingan nyanyian.

Berbekalkan keazaman dan bakatnya dalam bidang nyanyian, anak muda ini pernah menyertai sebuah pertandingan realiti nyanyian kanak-kanak dikenali Idola Kecil 4 beberapa tahun lalu.

Bapanya, Omar Baqi Ahmad berkata, mereka sekeluarga tidak menghalang minat anaknya dalam dunia muzik, sebaliknya sentiasa menyokong dan menggalakkan usaha Iqbal kerana sekurang-kurangnya ia membantu meringankan kesulitannya.

“Jadi, kami menghantarnya ke kelas muzik demi memberi peluang kepada Iqbal menambahkan pengalaman dan memantapkan diri melalui teknik menyanyi, mengubah, mencipta mahupun menulis lirik lagu.

“Lebih membanggakan, minat mendalam terhadap dunia muzik telah membolehkan dirinya mampu menyanyi lagu asing dalam lapan bahasa seperti Inggeris, Thailand, Hokieen, Mandarin, Kantonis, Jepun mahupun Hindi,” katanya.

Katanya, walaupun usia anaknya masih muda, namun perjalanan seninya dilihat semakin berkembang melalui permintaan menggalakkan untuk melakukan persembahan  di Kedah.

Menurutnya, dia juga sering menggunakan kelengkapan alat muzik dimiliki untuk membantu anaknya mencipta mahupun mengubah lagu, yang mana setakat ini sebuah lagu bertajuk ‘Teman Setia’ dihasilkan.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

4 comments:

Invisible Me said...

Waahhh.
Muda-muda dah dapat nyanyi banyak bahasa.

Khai♥Rin : anies said...

hebat!

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

ooo berbakat ya, banyak bahasa boleh cover.. tahniah..

Nadia Johari said...

hensem budak ni..hhehee..supaya success dan tak lupa diri

COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH