Nur Atirah

 Banner

Sunday, 21 July 2013

Pemanah negara dapat peluang kedua

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Pemanah  negara  dapat peluang kedua

Kuala Lumpur: Selepas kali terakhir mara ke final dua tahun lalu, pasukan recurve lelaki negara berpeluang sekali lagi untuk memperoleh pingat emas pertama buat Malaysia dalam peringkat tiga Piala Dunia yang sedang berlangsung di Medelline, Colombia. 

Pasukan negara yang dibarisi Khairul Anuar Mohamad, Atiq Bazil Bakri dan Haziq Kamaruddin berjaya memperoleh purata mata 220 seperti yang diharapkan ketua jurulatih, Lee Jae Hyung untuk menempah tempat ke final menentang Mexico yang juga pasukan pilihan utama kejohanan. 

Malaysia tewaskan Cuba 

Malaysia dan Mexico yang diwakili Juan Rene Serrano, Luis Eduardo Velez dan Luis Alvarez, masing-masing pernah memperoleh pingat perak di Piala Dunia, namun masih belum memenangi emas. 

Perlawanan perebutan pingat emas akan berlangsung awal pagi esok. 
Terdahulu dalam pusingan suku akhir semalam, Malaysia menewaskan Cuba 222-215 sebelum mara ke separuh akhir bagi menewaskan Kanada biarpun dengan kemenangan tipis 220-219. 

Kali terakhir Malaysia mara ke final adalah pada peringkat empat Piala Dunia di Shanghai 2011 dengan negara diwakili Cheng Chu Sian, Khairul dan Haziq ditewaskan trio Amerika Syarikat 218-222.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

No comments:

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH