Nur Atirah

 Banner

Sunday, 28 April 2013

Russia tahan 140 jemaah masjid

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


MOSCOW: Polis Russia dan ejen keselamatan menahan 140 orang di sebuah masjid di sini kelmarin kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pelampau. 

Agensi Keselamatan Persekutuan dilaporkan agensi berita Russia sebagai berkata, antara mereka yang ditahan termasuk 30 warga asing tetapi tidak didedahkan dari negara mana. 
Penahanan itu berlaku seminggu selepas dua suspek pengeboman Maraton Boston dikenal pasti keturunan etnik Chechen kelahiran Russia yang bersimpati dengan pelampau Islam. 


Tiada laporan segera atau tuduhan difailkan. Agensi keselamatan merujuk The Associated Press kepada sebuah pejabat daerah tetapi panggilan ke sana tidak dijawab. 

Laporan memetik agensi berkenaan sebagai berkata, masjid itu sebelum ini dkunjungi mereka yang terbabit dalam menyediakan atau melakukan keganasan. 

Pemberontakan pemisah Chechen bermula pada 1990-an merebak ke rantau berjiran Caucasus Russia, termasuk Dagestan, tempat tinggal suspek pengeboman Boston, Tamerlan dan Dzhokhar Tsarnaev dan keluarga mereka untuk seketika sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat pada 2002 atau 2003. 

Ibu bapa Tsarnaev kemudian kembali ke Dagestan dan Tamerlan yang terbunuh ketika berbalas tembakan dengan polis minggu lalu membuat kunjungan pada 2012. 
Penyiasat cuba mencari apa yang dilakukannya dalam persinggahan enam bulan, terutama jika dia bertemu dengan mana-mana pelampau. - AP 

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

No comments:

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH