Nur Atirah

 Banner

Sunday, 28 April 2013

Polis nafi khabar angin pembunuh ditembak

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Kuala Lumpur: Polis menafikan khabar angin tersebar meluas di internet yang mendakwa seorang lelaki ditembak mati berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim di Putrajaya, semalam. 

Ini berikutan terdapat khabar angin yang disebarkan individu tidak bertanggungjawab berhubung insiden berkenaan di internet dan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). 
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden berkenaan terutama motif pembunuhan itu kerana ia masih dalam siasatan polis. 


“Berita yang mengatakan suspek kejadian sudah dikesan dan ditembak mati manakala rakannya berjaya melarikan diri adalah tidak benar sama sekali,” katanya dalam kenyataan media yang disiarkan di laman Facebook Polis Kuala Lumpur semalam. 

Shaharuddin mati ditembak dua lelaki bermotosikal dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, ketika kereta yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan, kira-kira 8.15 pagi kelmarin. 

Mohmad berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil memberi keterangan di mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, Deputi Superintendan Hamzah Buman di talian 012-2342122, Pegawai Penyiasat Kanan IPD Putrajaya Asisten Superintendan Irwan Saimi di 019-6007772.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

No comments:

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH