Nur Atirah

Saturday, 27 April 2013

Pembunuhan Shaharuddin Dikutuk!

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Pembunuh Shaharuddin Perlu Segera Diburu!

PAGI tadi(semalam) kira-kira pukul 8.15 pagi, berlaku satu kejadian yang cukup kejam bila  Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, ditembak di dalam keretanya ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya
Beliau yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das dari jarak oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa.
(KLIK – GAMBAR: Timbalan Ketua Pengarah Kastam Maut Ditembak Dalam Kereta)
Kejadian berlaku ketika kereta mangsa bersama pemandunya berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan, apabila dua lelaki menaiki sebuah motosikal tiba-tiba muncul dari belakang dan melepaskan tembakan ke arah mangsa.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi ini.
Mangsa dipercayai ditembak tiga das di leher dan kepala.
20130426das
Berikutan kejadian itu, polis telah menubuhkan satu pasukan khas Bukit Aman untuk menyiasat kejadian pembunuhan beliau.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan tersebut adalah tindakan segera dan serta-merta pihak polis selepas menerima laporan kejadian.
“Saya telah mengarahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin dengan segera untuk menyiasat kejadian ini dan kita telah bertindak serta-merta,” katanya.
Menurut Ismail insiden melibatkan pegawai penguatkuasa ini tidak boleh diterima kerana keberkesanan menjalankan tugas dan ia berlaku di Putrajaya.
“Dalam insiden ini seorang pegawai tinggi penguatkuasa telah menjadi mangsa dan saya tidak boleh ingat bila kali terakhir pegawai tinggi penguatkuasa menjadi mangsa jenayah semata-mata pihak penguatkuasa dapat menjalankan tugas dengan tegas dan penuh amanah,” katanya.
Ismail berkata sehingga kini sebarang tangkapan belum dibuat tetapi pihak polis telah memanggil beberapa orang yang dipercayai dapat membantu siasatan.
Beliau yang mengutuk perbuatan ini sekeras-kerasnya berkata kejadian seperti ini tidak harus dibiarkan berlaku terutama di Putrajaya yang menjadi pusat pentadbiran negara.
“Kita tak akan biarkan apa-apa kejadian berlaku. Saya akan tentukan siasatan dijalankan dengan terperinci dan akan cuba mencari mereka yang bertanggubgjawab,” katanya.
Keluarga-Datuk-Shaharuddin-Ibrahim-Kastam
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan polis supaya menyegerakan siasatan dan usaha memberkas penjenayah yang menembak mati Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim pada Jumaat.
Sambil mengutuk sekeras-kerasnya insiden kejam itu, perdana menteri berkata ia merupakan satu kejutan kerana berlaku di Putrajaya yang menjadi pusat pentadbiran negara serta melibatkan penjawat awam yang sedang menjalankan tugas.
“…ia berlaku kepada anggota kita (penjawat awam) yang sedang ambil tindakan penguatkuasaan undang-undang kepada pihak yang tidak senang dengan tindakan tegas (mereka).
“Saya kutuk perbuatan tersebut sekeras-kerasnya dan berharap polis siasat segera dan cari serta berkas mereka yang bertanggungjawab kerana penjawat awam kita mesti dijaga keselamatan mereka,” tegasnya.
Mengulas lanjut, Najib berkata keselamatan penjawat awam di negara ini perlu diberi perhatian terutama ketika mereka menjalankan tugas.
“Apa yang saya nak nyatakan di sini, penjawat awam dalam negara mesti diberi perlindungan lebih-lebih lagi ketika mereka melaksanakan tanggungjawab demi kepentingan negara,” tegas beliau.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

No comments:

COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH