Nur Atirah

 Banner

Wednesday, 21 August 2013

Jep Sudah Terima Petanda Kecil Mampu Kalahkan Jozan

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Jep Sudah Terima Petanda Kecil Mampu Kalahkan Jozan

KUALA LUMPUR : Kemenangan ahli Sepahtu, Mohd Nadzri Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan nama Jep menewaskan Johan, Zizan, Dato’ AC Mizal dan Yus Jambu dalam kategori Artis Lawak Lelaki Paling Popular pada Anugerah Lawak Warna 2013 benar-benar telah mengejutkan ramai peminat industri komedi tempatan.

Malah, Jep yang ditemani kawan baiknya, Shuib pada malam itu mengakui turut terkejut dengan kemenangan itu. Pun begitu, sebelum namanya diumumkan sebagai pemenang, Jep sudah menerima petanda kecil bahawa dia akan meraih anugerah berkenaan.

“Saya sama sekali tidak menyangka, saya akan menang pada malam ini. Namun, saya sudah dapat petanda kecil bahawa saya akan menang. Sebenarnya, saya mahu terus pulang selepas saya buat persembahan pertama tadi kerana saya kurang sihat.

“Namun, pihak produksi telah menghalang saya berbuat demikian dengan memberikan pelbagai helah supaya saya terus kekal di situ dan tidak pulang. Setelah diumumkan, barulah saya tahu kenapa mereka halang saya dan saya betul-betul terperanjat.

“Anugerah ini memang saya tujukan buat orang yang selalu percayai bakat saya iaitu Bob Azrai dan Hussein.Tidak lupa juga, buat sahabat baik saya, Shuib yang selalu bersama saya dan faham kerenah saya. Dia adalah sahabat saya yang paling sempurna,” katanya kepada murai.com.my.
Dalam pada itu, Jep menafikan bahawa kemenangannya pada malam itu adalah sebagai satu gelanggang untuk dia bersaing dengan Jozan yang sememangnya diketahui sedang lebih popular di mata masyarakat pada saat ini.

“Semuanya terpulang kepada masyarakat. Saya memang kagum dengan bakat yang ada pada Jozan. Terutama sekali Johan. Saya tidak merasakan saya berlawan dengan Johan mahu pun Zizan.

“Kita orang dah macam adik-beradik. Sejujurnya, saya tidak tahu nak komen lebih mengenai persoalan tentang saya kalahkan Jozan. Apa yang boleh saya katakan, kami saling menasihati dan saling memerlukan,” katanya lagi.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

No comments:

 Banner
COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH