Nur Atirah

Thursday, 5 September 2013

ni Lah perkara yang tira takot

Assalamualaikum .
Apa Khabar !


kalau dah dekat atas jalanraya tu , benda ni lah paling tira ngeri . lori yang bawak kayu balak ! yang besar gedabak plak tu . terbayang2 je kalau lah kayu penahan tu tak kukuh , maun dihempok nye tira . fuu , jiwa perempuan kan . gerun gerun . ni haa , seb bek abg ni selamat . 
GOMBAK - Seorang pemandu nyaris maut selepas kereta Proton Gen 2 yang dinaikinya terhempap muatan kayu balak di Jalan Lama Batu 10, kira-kira jam 7.45 pagi.

Mangsa, Nordin Abdul Shukor, 54, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Subang menuju ke tempat kerjanya yang terletak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Menurutnya, secara tiba-tiba lori muatan batu yang berada di hadapan keretanya cuba memintas sebuah motosikal di hadapan lori berkenaan namun gagal lalu bergesel dengan lori yang membawa muatan kayu balak dari arah bertentangan.

"Lori yang bawa batu itu terus merempuh penunggang motosikal manakala lori kayu balak hilang kawalan sehingga menyebabkan muatannya jatuh menghempap kereta saya.

“Saya hanya mampu menjerit Allahuakbar ketika kejadian itu berlaku. Saya hanya berserah pada ALLAH,” katanya.

Nordin berkata, akibat kejadian itu, dia mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan dan dibawa ke Hospital Orang Asli Gombak untuk menerima rawatan.

"Penunggang motosikal itu patah kaki kanan dan di hantar ke Hospital Selayang manakala pemandu lori muatan batu itu terus menghilangkan diri selepas kejadian itu," katanya.

Menurutnya, dia bagaimanapun bersyukur kerana terselamat dalam kejadian ngeri itu.

"Saya akan buat laporan polis selepas ini bagi membolehkan siasatan dijalankan,” katanya.

Dalam pada itu, pemandu lori balak yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian itu berlaku, dia sedang dalam perjalanan menghantar kayu balak ke Ulu Yam.

"Saya terkejut dan gagal kawal lori selepas lihat lori di laluan bertentangan masuk secara tiba-tiba ke laluan saya.

"Saya tak sempat elak menyebabkan lori saya terbabas dan muatan dibawa menghempap kereta Gen 2 itu,” katanya.

Jari Menaip ,
Nur Atirah .

10 comments:

timm_bill said...

Eii..sama la..mnympah klau lori mcm ni lalu sbelah..seriau..

Chot said...

scary... nauzubillahiminzalik..
mintak jauh.

ekin schmidt said...

eiii..seram...
kalau jumpe mesti nak tglkan lori tu or bg die jln dlu or ikot jln lain..huhu

TelingaBulat said...

ishh dasyat nye..bahaya sebenarnye park kete bawah pokok kemungkinan kite xtau kn

Hafiza AizZawa said...

klu npk bapak tiri nie (lori2 besar) mmg jgn ikut dekat.. sbb dorg nie x npk kete2 kecik dan moto nie..

Nur Atira said...

@timm_bill

ofcoz la kan . seramm je rase kan . hehe

Nur Atira said...

@Chot

aminn :)

Nur Atira said...

@ekin schmidt

kalau tira , jala jauhhhhhhh kat blkg haha

Nur Atira said...

@TelingaBulat

hm betul tu . hehe

Nur Atira said...

@Hafiza AizZawa

bapak tiri mana nak nampak anak tiri . hehe . sbab dia dah besa gedabak ,. kahkah

COPY RIGHT RESERVED 2013 . FULL EDITED BY NUR ATIRAH